Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

11 January 2023

Bila Ibadah jadi Komersial...

Bhai/DeeDee semua...

Makin hari makin ketara sangat Ibadah Haji dan Umrah dah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan... Makin dah nampak bisnes bila ibadah jadi komersial. Adoilah.. Pak Arab dengan macam-macam cara dier nak buat duit...

Semua jadi bahan buat duit... Penginapan, kemudahan, pengangkutan dan macam-macam lagi... Makin dah jauh dah dari apa yang Nabi dakwahkan dulu.

Tiada lagi had bilangan jemaah haji.

#HajidanUmrah #VisaHaji #PaspotHaji #VisaUmrah #Mutawwif #PakejHaji #PakejUmrah #BadalHaji
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

 

21 December 2022

Makin Pening Abdul Hadi Awang

Bhai/DeeDee semua...

Tak pernah takder dalil dan fatwa .... kalu ianya boleh menguntungkan PAS dalam berpolitik... mesti ader punya... Ini ... kali nih... keluar pulak dalil "berdosa besar" kepada orang yang pergi tunaikan umrah dan haji sebab tak mengundi...

Hahaha.... adoilah...

Dulu tak pernah jumpa dalil macam nih .... tak dengar pun... kalu ader pon sekadar fiqh jer... adoilah.. 

Apa nak jadi la ngan Abdul Hadi Awang nih... relaks aaa.. dulu kan kata Malaikat pun mengundi PAS... so apa salahnya Malaikat pulak kali nih memenangkan PAS dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 2023 nanti....

Huhuhu



Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberi pesanan khusus kepada bakal jemaah haji dan umrah dengan mengingatkan mereka terhadap kewajipan mengundi dalam pilihan raya.

Ia dibuat tidak sampai lima minggu selepas PRU ke-15, dan menjelang pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di beberapa negeri yang tidak dibubarkan baru-baru ini.

Memulakan catatannya dengan memetik ayat al-Quran mengenai amaran seksaan terhadap orang Islam yang enggan "berjuang" serta kemungkinan mereka akan digantikan dengan kaum yang lain, Abdul Hadi berkata Rasulullah SAW mendahulukan asas memelihara agama dengan menjadikan ia satu kewajipan.

"Apabila Islam dalam keadaan bahaya, maka hukum jihad yang asalnya fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain dan hendaklah diutamakan.

"Sehinggakan, para huffaz (penghafaz al-Quran) dalam kalangan para sahabat ramai yang gugur syahid apabila berlaku peristiwa riddah (murtad) yang mengepung Islam ketika wafatnya Rasulullah SAW," katanya hari ini.


Pandangan Abdul Hadi Awang berkaitan ‘dosa’ jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi perlu diperhalusi, kata bekas setiausaha Majlis Syura PAS Khairuddin Aman Razali.

Khairuddin berkata tindakan presiden PAS mengqiyaskan perkara itu dengan tindakan lari daripada medan perang adalah “istinbat (mengeluarkan) hukum yang tersasar dan sangat tidak halus”. 

“Apakah ia bermaksud mereka yang tidak mengundi dalam PRU yang lalu adalah berdosa besar.

“Dan lebih jauh lagi mengundi parti lain sehingga terbentuk kerajaan baru sekarang di peringkat persekutuan bermaksud kuasa Islam telah jatuh? 

12 November 2022

Diperdaya Sekali Tak Apa, Jangan Dua Kali ...

Bhai/DeeDee semua...

Bak kata orang dulu-dulu... diperdaya sekali tak apa, jangan dua kali... 

Kalau kena dua kali diperdaya... itu maknanya sangat-sangat bodoh wal bebal... Hahaha... Bangang nak mampos... Hahaha.... Itu hari semasa berkempen... katanya nak bawak orang Melayu pi Mekah buat Umrah.... sampai ke PRU15 ... langsung tak dengar cerita yang ader orang Melayu pi Mekah atas sponsor dia...

Hahaha...

Kali ini... hampir separut pengundi adalah dari kalangan orang muda... adakah Jeck Seng nih boleh kekal relevan di Tanjung Piai?? Ingat pengundi muda nih senang nak digula-gulakan ker?? Hahahaha

Saluran 1 dan Saluran 2 memang dah tak boleh nak diselamatkan.... hahaha... tak kira la apa sahaja talian hayat yang nak digunakan... memang dah tak boleh nak diselamatkan... hahaha

#PRU15 #GE15 #TanjungPiai #BN #Penipu #Undi18



22 June 2022

Kartel Hotel Tabung Haji (TH)

Bhai/DeeDee semua...

Benda bukan baru... Benda dah lama... dulu gua ingatkan sebab Kerajaan Arab Saudi yang adakan sekatan sampai pelabur asing tak boleh membeli dan memiliki aset di Mekah dan Madinah... Mesti kena sewa jer dari pemilik orang Arab...

Tapi rupanya bukan...

Semuanya sebab ader kartel hotel yang membuat duit atas urusan penginapan jemaah Haji dan Umrah... Hahaha... Hanya perlu jadi orang tengah ja....  makan komisyen atas angin.... Hotel memang sudah ader .... kartel book semua room... pastue pajakkan room pada TH dan agen-agen travel agensi.... Pajak pulak tue paling kurang 5 tahun...

Hahaha... masyuk....



13 January 2022

Takkan Orang Agama Main Konspirasi Gak?

Bhai/DeeDee semua...

Takkan la orang agama bermain dengan konspirasi gak? Agak-agak la... Takkan la kot..  Takkan la orang agama nih tatau hukum hakam... tatau dosa pahala... tatau syurga neraka???

Takkan la kot...

Tapikan...

La nih bukan boleh kira orang agama ka orang tak dak agama ka... sama spesen jer... sama sebijik sebuntat... Hahaha... semua sapu... semua sekongkol.. semua taram... apa kira pun...

Nanti dah tua... pi la buat Umrah dan Haji.... lepas tue bersih la macam bayi baru dilahirkan... Hahaha... senang kan... Hahaha



06 September 2021

Mana Ada Kakitangan Bukan Melayu Di Pejabat Tanah

Bhai/DeeDee semua...

Di Semenanjung Malaysia nih.... mana ada kakitangan bukan Melayu di Pejabat Tanah ... Mana ader kakitangan bukan Islam bertugas di Pejabat Tanah.... Biasanya dari Kepala Ketua sampailah yang level paling macai pun mesti Melayu...

Dah Melayu... mestilah Islam kan.... Hahaha .... dan antara pejabat yang paling kerap anjurkan program bubur lambuk time Ramadhan... program berbuka puasa di bulan Ramadhan... malah setiap Khamis atau Jumaat mesti ader program baca Yaasin....

Hahahaha....

Tapi Rasuah, Tumbuk Rusuk dan sebagainya langsung tabley tinggal... Hahaha...

Bila nak pencen.... ader yang dapat offer pi buat Umrah dan Haji.... lepas pencen... staff paling cikai pon akan ader lot tanah sampai berpuluh ekar.... tanah kebun... tanah pertanian.... tanah rumah.... tanah industri.... Malah ader yang sampai beratus ekar.... hahahaha

Kalu kereta tue.... hahaha.... mana ader yang pakai cikai-cikai.... Hahaha.... apa susah... beli kereta bayar muka jer.... bulanan ader orang boleh cover..... hahaha

Ini realiti... ini fakta....

Kalu tidak macam mana boleh tanah Hutan Simpan Kekal (Raub) dan sebagainya boleh kena rembat ratusan ekar diteroka..... Hahaha



01 August 2013

Selamat Tinggal Semua

Bhai/DeeDee sekalian...

Inilah penamatnyer.... selamat tinggal semua dari Salamfone kepada semua pengguna dan pelanggannya....  talian hayat telah habis digunakan... moga akan bangkit dimasa depan satu lagi solusi terbaek untuk umat Islam...


SALAMFONE Sdn Bhd (Salamfone), perkhidmatan mudah alih berasaskan syariah pertama di dunia yang memulakan perkhidmatan pada April 2011 mengumumkan syarikat itu telah menghentikan perkhidmatan secara rasmi, semalam, beberapa hari selepas melaporkan gangguan taliannya.

Dalam satu kenyataan melalui laman web dan laman Facebook, Salamfone memaklumkan syarikat itu gagal mengaktifkan kembali perkhidmatan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan selepas gangguan terhadap talian Salamfone dilaporkan mula berlaku pada 27 Ogos lalu.

"Kami ingin memohon maaf kerana telah mengecewakan semua rakan-rakan kami yang selama ini telah menaruh sepenuh kepercayaan dengan perkhidmatan yang kami sediakan," menurut kenyataan di laman web Salamfone.

Usaha untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung punca penamatan perkhidmatan itu tidak berjaya dan wakil syarikat itu hanya memaklumkan akan mengadakan sidang media bagi memperjelaskan isu itu dalam masa terdekat.

Syarikat itu turut menasihati penggunanya supaya berhijrah ke perkhidmatan lain dengan segera.

Salamfone yang menerima pensijilan syariah pada Disember 2010 adalah anak syarikat Reach Telecom, iaitu sebuah syarikat teknologi berpusat di Kuwait yang menyediakan penyelesaian mudah alih.

Salamfone diperkenalkan sebagai perkhidmatan mudah alih pertama berasaskan syariah dari segi operasi, proses dan prosedur syarikat, produk dan servis yang ditawarkan, dari segi kontrak hingga ke transaksi jualan dan dalam segala aktiviti dikendalikan oleh pengurusan syarikat itu.

Selain perkhidmatan biasa seperti panggilan suara dan internet, Salamfone turut membuat aktiviti seperti infak, di mana 1 sen daripada setiap panggilan melebihi 60 saat untuk rangkaian Salamfone akan dimasukkan ke dalam tabung infak yang kemudian didermakan kepada orang memerlukan.

Salamfone sebelum ini turut menyediakan khidmat rujukan agama Talian Hidayah secara percuma serta menghantar beberapa penggunanya untuk mengerjakan umrah dan haji sebagai hadiah istimewa.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1