Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Undang-Undang. Show all posts
Showing posts with label Undang-Undang. Show all posts

22 November 2024

Ulat Bulu Naik Mata

Bhai/DeeDee semua...

Undang-undang penggunaan Bahasa Melayu pada papantanda komersial bukan benda baharu... Sudah puluhan tahunn... cukup lama....


Semua pemilik premis perlu tahu dna ambil tahu semasa nak memohon lesen perniagaan... Ianya wajib... benda asas...

Takkan itu pun nak dikatakan satu tindakan keras??? Bila si bangkai @ bangsar tak basuh ponggong ni cakap... pembekap dari kalangan pengkhianat berbangsa Melayu laju ja nak bekap.... Apa punya bangsat la...


Bangsatnya perangai Ahli Parlimen Bukit Bintang nih sampai perkara undang-undang pun nak kena ikut kepala puak bangsat dier jer... Celaka betul la...

Ini memang bangsat.... Melayu yang sokong puak bangsat nih lagi la 18 kali lebih bangsat...


03 May 2024

Takkan Malaysia Tunduk Kot?

Bhai/DeeDee semua...

Orang Malaysia selalu kutuk Indonesia.... tapi satu part gempak dengan Indonesia ialah Kerajaan Indonesia tidak mudah digertak oleh kuasa besar... tambah lagi kalu Amerika Syarikat yang cuba nak gertak...

Tapi Malaysia nih lain..... payah nak kata apa...

Cuma takkan la Malaysia tunduk kot dengan gertakan Amerika Syarikat ni??? Lemah sangat la kalu tunduk dengan mudah....

Huhhuhu

Takkan kena buli kot??


11 February 2024

Pegang Teguhlah Kamu Dengan Tali Allah

Bhai/DeeDee semua...

Post ini gua tujukan kepada orang Islam. Takder kena mengena dengan orang bukan Islam atau atheis serta murtadin.

Camnie… 

Kalaulah enakmen syariah yang dicadangkan oleh DUN Kelantan itu digubal dengan hukuman yang lebih “PADU” berbanding hukuman sivil, agak korang la Nik Elin akan cabar jugak ke tidak?

Dan kalu hukuman dalam cadangan DUN Kelantan itu lebih berat dari hukuman sivil, adakah korang bersetuju enakman syariah itu digagalkan atau dihalang?

Kena ingat satu perkara. Jenayah Syariah (ta’azir) tidak menawarkan pengurangan hukuman atas sebab berkelakuan baik atau diampunkan oleh Sultan atau YDPA.

Tapi jenayah sivil memberi kuasa kepada Sultan dan YDPA untuk mengurangkan dan mengampunkan semua kesalahan sivil waima jenayah terkait seksual seperti Liwat dan Rogol dibawah Lembaga Pengampunan.

P/S: Kalu pun enakmen itu ada kekurangan, adalah lebih wajar ianya di perbaiki dan di rundingcara untuk mendapatkan sesuatu yang  lebih baik daripada terus menyekat dan menghalangnya.
 
Sebagai orang Islam, walaupun sedikit usaha yang dibuat, kita wajar cuba untuk mengangkat apa-apa yang akan menaikkan dan memartabat syiar Islam.

Gua tak kisah lu orang nak maki hamun dan fitnah gua sebagainya, sebab gua insyaAllah teguh dengan jawapan gua depan Allah Taala, Tuhan Yang Maha Adil.

Gua nak tanya lu orang satu perkara nih ja.. Jawab dengan tenang dan yakin.

Korang nak tengok mamat penzina #HotDaddy tu dihukum bawah syariah ke atau sivil?

Kalu dia dihukum berzina bawah syariah.. disebabkan dier adalah Mukhsan, dia boleh dikenakan hukuman yang lebih berat. Betul la takdak enakmen benda ni… Tapi benda boleh dibincang, dibuat, diperkukuhkan dan dan digubal. Kalu la ada hukum hudud, dia boleh dikenakan rejam sampai mati. Dalam syariah, tiada pengampunan.

Tapi,

Kalo korang berpandangan dia wajar dihukum dibawah sivil, dia boleh kena hukuman yang berat jugak tapi dia berpeluang untuk memohon pengampunan dengan Lembaga Pengampunan. Dia juga boleh dikurangkan hukuman atas sebab berkelakuan baik.

So… apa pilihan korang..

Dier pon ramai yang dah jadikan idola. Tengok muka bangkai yang senyum bangga kat bawah nih… Bangkai yang tak berakal.



Selagi Tak Kena

Bhai/DeeDee semua...

Selagi tak kena kat diri sendiri... selagi itulah tak sedar... tak nak sedar.... Huhuhu... payah aaa...



31 December 2023

Penakut?

Bhai/DeeDee semua....

Gua tatau nak cakap apa la... payah... sebab gua peratikan puak AMANAH, puak PKR yang beragama ISLAM semua senyap tak terkutik... Awat jadi penakut??? 

Adoilah... at least puak UMNO pun ader yang bising.....  apa nak jadi la nih..

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



07 August 2023

Cerita Bab Saman

Bhai/DeeDee semua...

Kalu nak bercerita bab saman nih... dah muak dah gua dengar... sebab semua ini adalah mainan orang berduit (kaya) untuk ugut orang tak berduit (miskin)... macam-macam kes dah...

Itu hari sorang kawan gua kena ugutan saman RM5 juta .... konon memfitnah sorang Dato' nih... yang promo program saham bagai.... walhal dalam statement kawan gua tue... dier cuma suruh orang berhati-hati ja dengan program saham bagai nih... sebab ader tendency untuk jadi scam...

Pun Dato' tue gunakan kuasa duit dier ugut saman.... last member gua tak mampu bayar kos guaman... kena la setel luar Mahkamah... kena setel RM100k

Banyak lagi kes penggunaan salahguna urusan Mahkamah untuk ugut orang.... janji ko ader duit... tak penting pon kalu memang orang yang kena saman tue ader bukti bagai... ko heret jer sampai dier tak mampu bayar kos guaman... last nanti dier akan setel luar la... ko tetap untung...

Tak kira la scammer berjanggut ka... tokey judi ka.. scammer saham ka... atau level kayangan bagai... sama ja abuse Mahkamah.... pentaksub.... hahaha... depa bodoh dan kekal bangang.... hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 





04 February 2023

Part Ini Gua Setuju

Bhai/DeeDee semua...

Memang betul tiada akta yang menghalang dari mana-mana orang awam merekodkan mana-mana serbuan Polis... Sebab itulah Polis mestilah mematuhi semua SOP Serbuan seperti yang termaktub dalam Undang-Undang.

Polis tak boleh abuse the system....

Part ini gua setuju...

Serbuan Polis


09 January 2023

Ini Cadangan Yang Baik

Bhai/DeeDee semua...

Cadangan ini adalah cadangan yang baik... Gua sokong 300% ... Kita sebagai rakyat Malaysia mesti memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita sebagai Bahasa yang utama... Bahasa Malaysia perlu dijadikan satu Bahasa yang mengikat dalan peruntukan undang-undang kita...

Bahasa Malaysia perlu menjadi bahasa undang-undang sepenuhnya...

Salute dengan cadangan ini...


Peguam Negara Idrus Harun mencadangkan agar kerajaan menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi muktamad (authoritative) bagi undang-undang tertinggi di Malaysia.

Dia berkata demikian ketika berucap pada Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

“Perlembagaan Persekutuan bertindak sebagai asas kita dalam melaksanakan pengasingan kuasa (antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman).

“Oleh itu, bagi tahun 2023, menurut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan, AGC bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini.

"AGC juga bercadang untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa kebangsaan menjadi teks rasmi (authoritative) selaras dengan Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan.

“Kedua-dua rancangan ini tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Idrus.

Perkara 160A menyatakan "pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang persekutuan bagi maksud menyemak undang-undang boleh, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agng, membenarkan percetakan salinan perlembagaan ini, termasuk segala pindaan yang berkuat kuasa padaa tarikh kebenaran itu; dan di mana-mana salinan perlembagaan ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai salinan yang benar dan betul bagi Perlembagaan Persekutuan.”

Perkara 160B pula menyebut,"jika perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris perlembagaan ini, teks bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.”

05 January 2023

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?

Bhai/DeeDee semua...

Bekas perdana menteri Najib Razak telah mengemukakan petisyen berkenaan isu pemenjaraannya ke PBB dan ianya telah difailkan secara digital di Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia PBB Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) tadi.

Najib Razak telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan... iaitu Mahkamah paling tinggi di Malaysia. 

Korang tahu dak aper kesan implikasi perkara yang dibuat oleh Najib Razak nih kepada Kedaulatan Undang-Undang di Malaysia?

Jadi jika PBB masuk campur dan cuba nak membelakangkan keputusan kehakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia, makanya tindakan ini sebenarnya telah mencabar bukan sahaja Kedaulatan Undang-Undang Malaysia... akan tetapi ianya sebenarnya telah melibatkan kepada (Kedaulatan) Sovereignty Negara Malaysia itu sendiri...

Adakah kita nak benarkan Negara lain tentukan apa dasar dan keputusan undang-undang di negara kita nih? Sepatutnya negara lain tak boleh nak usik apa sahaja keputusan kehakiman didalam negara kita... sebab ianya mencabar kedaulatan kita...

Tindakan peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Najib Razak mengemukakan petisyen ini adalah sangat bertentangan dengan prinsip Kenegaraan dan ianya sebenarnya telah melanggar peruntukan Perlembagaan sedia ada dan boleh dilihat menderhaka terhadap negara. 

Ada limit terhadap hak asasi... terutama bab perundangan dan kehakiman.
Takkan nak sampai kena jajah secara perundangan pulak.... bodohlah...

Kita taknak tindakan ini jadi precedent kepada kes-kes yang lain sampai dilihat menghina Mahkamah Persekutuan.

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?


25 December 2022

Apa Dah Jadi Dengan Malaysia Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Gua pernah terbaca dulu... satu ucapan yang mengatakan sebegini...

"Kepapaan dan kemiskinan boleh menjadi punca kesesatan dan kebinasaan"

Dan gua percaya sesangat... bilamana orang dalam keadaan terdesak (tak kisah lah atas apa isu sekalipun) ... mereka akan mampu berbuat sesuatu yang mungkin menyalahi undang-undang dan norma kehidupan bermasyarakat... 

Sebab itulah dalam Islam... ujudnya zakat, wakaf, infaq, baitulmal, sadaqah dan dan pelbagai lagi mekanisma..... keluarga, masyarakat dan pemerintah sewajarnya mengambil berat akan isu ini.... jangan sampai benda macam dibawah nih terjadi...

Allahuakbar...


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, suspek yang bersenjatakan pisau telah melarikan wang tunai RM197 dan tiga kotak rokok.

Menurutnya, tidak sampai lima jam melakukan jenayah tersebut, suspek yang berusia 32 tahun berjaya dicekup sepasukan polis dari cawangan Siasatan Khas D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Melaka Tengah.

“Suspek yang tidak bekerja dipercayai mengaburi perbuatannya dengan mempergunakan anaknya yang juga OKU lembam untuk melakukan jenayah tersebut.

“Ekoran penahanan lelaki itu, polis menemui semula wang tunai RM187, sekotak rokok dan pakaian yang digunakan dalam kejadian tersebut,”

20 December 2022

Cukup-Cukuplah ...

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih memang selalu berlaku... dan bukanlah benda baru... dah cukup lama berlaku... sampaikan Sultan Perak (Raja Nazrin Shah) pun perasan dan tegur benda nih...

Adoilah... Cukup-cukuplah ...

Jangan aniaya rakyat yang lain fikrah politik... Jangan la perdajai rakyat hanya sebab tak undi masa Pilihanraya... jangan tengok rakyat hanya time mengundi jer.... Sudah-sudahlah...

Huhuhu ...


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan pemimpin kerajaan negeri yang dilantik supaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan Perlembagaan serta berteraskan undang-undang.

Baginda bertitah mereka hendaklah bersifat adil mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama tanpa prejudis, diskriminasi dan penindasan kepada mana-mana pihak.

"Oleh itu, rakyat jangan dihukum untuk menanggung kesusahan, di sebaliknya dengan menjunjung semangat demokrasi, kepentingan dan kebajikan setiap rakyat jelata hendaklah berada di hati pemimpin dan senantiasa diutamakan," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipohi hari ini.

11 December 2022

Ingat Mat Pet Mana Tadi

Bhai/DeeDee semua...

Sekali baca tajuk... gua ingat citer tentang Mat Pet.... Hahahaha... rupanya citer tentang Pertubuhan Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) ...

Hahaha.... ingat awal apersal la Mat Pet bising tentang UMNO tentang SUHAKAM bagai..... Hahaha ... rupanya Madpet lain... hahaha

Lenkali pilih la nama akronim yang okay sikit... adoilah... main sesah jer akronim nih kan naya... Hahaha



10 December 2022

Tak Bersatu La Kan?

Bhai/DeeDee semua...

Ini lawak... BERSATU Sabah keluar BERSATU.... hahaha... makna kata Tak BERSATU la kan?? Hahaha

Dah bersatu pon keluar bersatu... apernyer bersatu... ini bercerai la maknyanya... Hahahaha... lawak siot... Hahaha

Akta Anti Lompat boleh dikira ka? atau tutup mata ja... hahaha




01 December 2022

Eloklah Buat Macam Ni

Bhai/DeeDee semua..

Benda baik gua sokong... itu ja nak bagitau... apa sahaja benda baik memang gua akan sokong sebaiknya... tambah lagi yang berkaitan dengan syiar Islam...

Kes perbomohan dan sihir nih memang wajar diangkat dan dijadikan satu hukuman tegas... Dah banyak sangat dah nih... makin hari makin banyak mengarut... so terbaeklah Kerajaan Negeri Terengganu...



30 November 2022

Ingat Jadi Peguam Itu Pandai?

Bhai/DeeDee semua...

Ingatkan dah jadi peguam itu pandailah... Tapi rupanya bodoh lagi...  Adoilah....

Sebelum mana-mana kes nak sampai ke Mahkamah .... terutama bab hasutan yang boleh melibatkan kemudaratan awan... mestilah PDRM (Polis) kena buat siasatan dulu...  Itu proses dan prosidur... Selepas Polis buat siasatan... barulah boleh diangkat ke Mahkamah..

Aper daa...

Kesian lawyer sorang nih... adoilah... silap-silap lawyer nih spesis walaun gak... hahha

Punya la banyak statement hasutan yang Abdul Hadi Awang buat... tapi mamat nih tak nampak .... adoilah... bangang wal bangkai betul la...



11 November 2022

Main Ugut La Pulak ... Hahaha

Bhai/DeeDee semua...

Nak ugut mender la pulak... Kalu gabungan lain campur-campur dah cukup majoriti .... dan tak perlu bawak masuk Mak Lampir nih... eh.. silap... Zuraida Kamaruddin nih ... dier nak cabar apa di Mahkamah???

Nak cabar bawak klausa mana? Nak cabar bawah peruntukan mana???

Lain la kalu tak cukup bilangan majoriti... Itu citer lain... tapi persoalan yang nyata... rasanya tanpa adanya dia pon ... tetap cukup minimum majoriti... Hahaha...

Eh... sekejap.... Zuraida Kamaruddin nih ader potensi menang ke?? Hahaha... Orang kenal ke PBM nih?? Ader chan ke dier menang kerusi Parlimen Ampang??? Main ugut-ugut la pulak ... hahaha

Hahahaha....



04 November 2022

Jamal Md Yunos Sebenarnya Masih Boleh Bertanding...

Bhai/DeeDee semua...

Memang ader prosiding kebankrapan ke atas Jamal Md Yunos pada 30 Ogos lalu berdasarkan kepada penghakiman yang diterimanya pada 26 Julai.... tapi ianya masih belum diputuskan...

Jadi... kepada Teresa Kok .... Jamal Md Yunos sebenarnya masih boleh bertanding pada PRU15.... Sebab dia belum full disahkan bankrap lagi...

So... selagi mana Mahkamah tak finalised kan semua kes nih... selagi itu Jamal Md Yunos masih boleh menjadi calon dan bertanding dalam PRU15.... Undang-undang dah setkan camtue... So terima jer la...

Sekian. Harap maklum.


15 July 2022

Proaktif Sungguh La Jabatan Perhutanan Kelantan

Bhai/DeeDee semua...

Betul la peribahasa orang tua-tua dahulu... Gajah depan mata tak nampak, nyamuk seberang laut boleh nampak.

Betul-betul proaktif sungguh la Jabatan Perhutanan Kelantan.... Hahaha


TANAH MERAH - Jabatan Perhutanan Negeri menyita 10 tan sisa dan tunggul kayu, termasuk tual kayu bulat pelbagai spesis tanpa pas pemindah yang sah dalam tiga operasi berasingan, sejak Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah berkata, serbuan tersebut dilakukan pihaknya berdasarkan maklumat dan aduan awam.

Menurutnya, kes pertama melibatkan serbuan pada 29 April lalu di sebuah kilang kayu getah di Jalan Machang-Tanah Merah dengan penahanan seorang warga tempatan dalam lingkungan 40 tahun.

“Hasil serbuan mendapati terdapat beberapa longgokan tual kayu bulat pelbagai spesis di lokasi berkenaan dan pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen yang membenarkan beliau memiliki hasil hutan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 69(1) Akta Perhutanan Negara 1984: Operator Loji Penukaran Dikehendaki Mempunyai Pas Pemindah dan Rekod Ukuran," katanya ketika ditemui di Pejabat Perhutanan Tanah Merah di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Abdul Khalim berkata, serbuan bagi kes kedua pula dilakukan pada 30 April di sebuah premis perniagaan kayu sisa di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang turut menahan seorang suspek bagi membantu siasatan.

“Kami menemui longgokan sisa kayu iaitu tunggul kayu, kulit kayu dan bongkah kayu pelbagai spesis seberat sembilan tan tanpa pas pemindah yang sah.

“Suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 84(1), Akta Perhutanan Negara 1984: Memiliki Hasil Hutan Secara Menyalahi Undang-undang,” katanya.




 

13 July 2022

Dimana Silapnya Sehingga Aset Petronas Dirampas Waris Sultan Sulu?

Bhai/DeeDee semua...

Pertama sekali gua nak nyatakan bahawa tindakan perampasan aset Petronas oleh waris Sultan Sulu tu adalah mengikut undang-undang tetapi secara ex-parte. Jadi proses itu tidaklah semudah yang disangka kan.

Persoalan undang-undang terkait insiden nih memang sudah dijangka... Semua ini berlaku bilamana Najib Razak secara tepatnya selaku Perdana Menteri pada 2013 telah mengarahkan supaya pembayaran nilai pampasan tahunan sebanyak RM5k ++ kepada Sultan Sulu dihentikan serta merta selepas insiden Lahad Datu.

Dan ini membawa kepada tuntutan pampasan yang lebih besar oleh waris Sultan Sulu kepada mahkamah timbangtara di Peranchis dan Sepanyol.

Isu yang kita patut tanya... adakah Bailif dari Luxemburg boleh menguatkuasakan arahan tahan aset itu mengikut perjanjian Kesatuan Eropah (European Union) atau ianya hanya terpakai dalam negara ianya diputuskan sahaja iaitu Peranchis.

Satu lagi yang menjadi isu adalah berkaitan kesahihan susur galur keluarga (lineage) waris Sultan Sulu tersebut. Siapa dia yang menjadi penama dalam kes ini. Dan siapa yang mendanai proses guaman dan mahkamah kes ini...

Itu semua kita kena tanya ... supaya adakah sah tuntutan yang dinyatakan atau ianya sekadar tuntutan rambang semata-mata.

Apa pun... kita biarkan proses undang-undang berjalan.



18 June 2022

Hukuman Kesalahan Rasuah Tidak Menggerunkan

Bhai/DeeDee semua...

Mana la orang nak takut buat rasuah di Malaysia… sebab takder nilai hukuman penjara minima… boleh ja nak penjara satu hari ka lima hari ka… seminggu ka… atau maksima 20 tahun…

Denda pulak … tak la mahal mana… silap-silap boleb cover balik siap untung lagi…

Patut hukuman untuk rasuah macam nih

  • Mati Mandatori (bagi nilai kes RM1 juta keatas) 
  • Penjara Sampai Mati (bagi nilai kes RM1 juta kebawah) 
  • Sebat (minima 30 kali, maksima 300 kali) tanpa mengira umur muda atau warga emas. 
  • Denda (minima 30 kali dari nilai suapan, maksima 300 kali dari nilai suapan)
Bagi pesalah yang dijatuhkan hukuman mati mandatori, tiada rayuan atau penanggujan hukuman. Hukuman akan dijalankan 48 jam selepas disabitkan bersalah.

Bagi pesalah yang dipenjarakan sampai mati, tiada lawatan, panggilan telefon atau surat-menyurat dari ahli keluarga dibenarkan. Tiada rayuan dan penangguhan hukuman.

Barulah orang takut nak terlibat ngan rasuah.




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1