Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

12 November 2024

Mengimpikan Pembangunan Lestari Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Ada 4 Lebuhraya yang kalu dibangunkan di Semenanjung Malaysia pastinya akan menguntungkan dan menjadi pemangkin ekonomi dan industri di Malaysia.


Pertamanya adalah Lebuhraya Pesisir Pantai Timur (dari Johor Bahru - Kota Tinggi - Mersing - Kuala Rompin - Endau - Nenasi - Pekan - Kuantan). Lebuhraya ini kenudiannya akan bersambung dengan jalinan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Keduanya adalah Lebuhraya Jalinan Selatan (Melaka - Seganat - Gemas - Muadzam Shah - Kuantan). Lebuhraya ini juga akan bersambung dengan jalinan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) serta disokong dengan satu Expressway Muadzam Shah - Pekan.

Ketiganya adalah Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) (Kg Gemuruh - Manir - Batu Rakit - Penarik - Tok Bali - Pasir Puteh - Kubang Kerian - Kota Bharu - Tumpat - Pengkalan Kubur). Jalinan jalan sokongan ke lokasi lain perlu dipertingkatkan.

Keempatnya adalah Lebuhraya Jalinan Dalam (Permaisuri - Setiu - Machang- Tanah Merah - Jeli - Pangkalan Hulu - Jeniang - Sungai Petani). Ianya akan bersambung dengan Leburaya Utara Selatan di Sungai Petani

Beberapa jalan sokongan seperti EkspresWay Arau ke Pengkalan Hulu boleh dirancang dan dibangunkan. Begitu juga EkspressWay Pangkalan Hulu ke Gua Musang serta EkpressWay Gua Musang je Jeli.

Semua EkspressWay ini wajar memanfaatkan dua lorong + 1 lorong kecemasan bagi setiap hala siap kemudahan Hentian Sebelah dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R)

Maybe juga boleh diadakan satu ExpressWay yang menghubungkan Pengkalan Kubur ke Padang Besar dan Wang Kelian Ini bagi melengkapkan jalinan lebuhraya dan ekspressway yang ada di Semenanjung Malaysia.

Dengan adanya semua ini.. maka pastilag ekonomi dan industri akan berkembang pesat di Pantai Timur sejajar dengan adanya beberapa pelabuhan yang dapat kita manfaatkan dan bangunkan.

Seperti contoh: (termasuk cadangan pelabuhan dan jetty baharu)

- Pelabuhan Pengerang (Oil & Gas, Petrokimia)
- Jetty Kota Tinggi (Perikanan)
- Jetty Mersing (Perikanan)
- Pelabuhan Kuala Rompin (Pembalakan & Perikanan)
- Pelabuhan Tanjung Agas (Petrokimia)
- Pelabuhan Kuantan (Industri & Kontena dan Petrokimia)
- Pelabuhan Kemaman (Oil & Gas)
- Pelabuhan Kuala Terengganu (Industri, Kontena dan Perikanan)
- Jetty Besut (Perikanan)
- Pelabuhan Tok Bali (Industri, Kontena, Petrokimia, Pembalakan & Perikanan)

Kalu negara ini tidak membazir benda-benda mengarut, pastinya mudah sahaja kita nak bangunkan semua ini sama ada dari dana Kerajaan sendiri atau pun kerjasama dengan swasta secara PFI.

Bezanya sama ada hendak atau tidak sahaja. Kalu kekal nak bermain politik, sampai kesudah Malaysia macam ni la.. Politik menekan dan politik geng… Payah nak berubah. Yang duduk berkeliling dengan kepimpinan dan penguasa bukan nak bagi idea bagoosh tapi lebih kepada menantikan habuan tulang belulang. Bangkai semua tue.

Huhuhu.

03 May 2024

Takkan Malaysia Tunduk Kot?

Bhai/DeeDee semua...

Orang Malaysia selalu kutuk Indonesia.... tapi satu part gempak dengan Indonesia ialah Kerajaan Indonesia tidak mudah digertak oleh kuasa besar... tambah lagi kalu Amerika Syarikat yang cuba nak gertak...

Tapi Malaysia nih lain..... payah nak kata apa...

Cuma takkan la Malaysia tunduk kot dengan gertakan Amerika Syarikat ni??? Lemah sangat la kalu tunduk dengan mudah....

Huhhuhu

Takkan kena buli kot??


18 February 2024

Dari Jualan Rahmah Ke Kedai Runcit Rahmah

DARI JUALAN RAHMAH KE KEDAI RUNCIT RAHMAH

Menjadikan Jualan Rahmah yang bermusim sebagai Kedai Runcit Rahmah yang beroperasi sepanjang masa adalah idea yang menarik dan dapat memberikan kestabilan kepada perniagaan. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk melaksanakan perubahan ini:

Pelbagai Produk:

Perluaskan rangkaian produk dalam kedai runcit untuk mencakup barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, barangan rumah tangga, dan sebagainya. Ini membolehkan kedai memenuhi keperluan pelanggan sepanjang masa.

Identiti dan Branding:

Reka semula identiti dan branding kedai untuk mencerminkan konsep Kedai Runcit Rahmah yang beroperasi sepanjang masa. Pastikan logo, warna, dan slogan menyampaikan pesanan nilai rahmah dan keadilan harga.

Penghargaan Tempatan:

Galakkan produk tempatan dan jalin kerjasama dengan pengeluar atau penjual tempatan. Ini boleh memberikan sokongan kepada komuniti setempat dan mencipta perasaan kesetiaan di kalangan pelanggan.

Pricing yang Berpatutan:

Tetapkan harga yang berpatutan untuk produk-produk di kedai runcit. Pastikan harga-harga ini memberikan manfaat kepada pelanggan dan tetap kompetitif di pasaran.

Program Loyalti:

Wujudkan program loyalti untuk menarik dan menyimpan pelanggan. Diskaun atau ganjaran khas untuk pelanggan setia boleh menjadi insentif untuk mereka terus berbelanja di kedai.

Perkhidmatan Pelanggan yang Unggul:

Latih kakitangan dalam perkhidmatan pelanggan yang baik dan mesra. Pelanggan yang merasa dihargai dan dilayan dengan baik lebih cenderung untuk kembali.

Pemasaran dan Promosi Tempatan:

Jalankan kempen pemasaran yang fokus pada produk dan nilai tempatan. Gunakan media sosial dan saluran pemasaran tempatan untuk meningkatkan keedaran dan tarikan terhadap kedai.

Inovasi Produk dan Penyampaian:

Pantau trend pasar dan selalu bermula dengan inovasi baru dalam produk atau cara penyampaian. Ini dapat meningkatkan daya saing dan menarik minat pelanggan.

Kerjasama dengan Komuniti:

Terlibat dengan komuniti tempatan melalui acara-acara atau sumbangan amal. Ini bukan hanya memperkuat hubungan dengan komuniti tetapi juga membangunkan imej positif untuk kedai.

Sistem Pengurusan Inventori:

Gunakan sistem pengurusan inventori yang cekap untuk mengelakkan kekurangan stok atau pembaziran. Pastikan persediaan cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Pendidikan Kesedaran dan Pemahaman:

Laksanakan program pendidikan kesedaran dan pemahaman kepada pelanggan mengenai peranan mereka dalam menyokong perniagaan tempatan. Ceritakan kisah di sebalik setiap pembelian mereka.

Teknologi dan Pembangunan Diri:

Manfaatkan teknologi untuk memperbaiki proses operasi dan meningkatkan kebolehlaksanaan kedai. Pastikan kakitangan mendapat peluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Dengan mengambil langkah-langkah ini, Kedai Runcit Rahmah yang beroperasi sepanjang masa boleh menjadi lebih stabil dan berjaya dalam menangani perubahan dalam permintaan dan keperluan pelanggan.



10 February 2024

Polisi Malaysia Yang Silap

Bhai/DeeDee semua...

Dulu pelabur bukak kilang di Malaysia sebab ader ramai pekerja mahir di Malaysia. Pekerja yang tak perlu teruk dilatih.

Lepas tu Kerajaan (pada 1995) membenarkan pekerja asing (sehingga 90%) diambil bekerja di kilang-kilang berteknologi tinggi ni.

Pekerja mahir kita diarahkan untuk berikan training kepada pekerja asing nih.

Sekarang ni pekerja asing tu semua dah balik ke negara mereka. Balik Vietnam… dan kilang itu pon dah bukak kat Vietnam.. yang di Malaysia depa dah tutup… Naya betul la.. semua kerana polisi yang salah…

Dan lagi terkini .. Kerajaan nak benarkan pelabur bawak masuk pekerja asing level berijazah masuk Malaysia dengan banyaknya.

Rakyat Malaysia? Pigi mampos la korang takder kerja pon. Huhuhu… Kerajaan mana nak pikir bab tue.

Bodoh yang tak boleh nak dinasihat, nak diajar


.

28 January 2024

Kenapa British Tetapkan Pencen Pada Umur 55 Tahun Dulu?

Bhai/DeeDee semua...

Tak semua yang British buat dulu tu salah dan tak elok. Banyak yang elok.

1. British tahu selepas umur 55 tahun, pekerja dah tak berapa produktif. Jadi British setkan bersara pada umur 55 tahun. British bagi peluang orang muda pula naik pangkat dan jadi pegawai kanan pulak.

2. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara mungkin susah nak dapat kerja walaupun boleh bekerja sanbilan. Jadi British sediakan sistem pencen. At least boleh la survive sikit. Nak buat kerja part time atau berkebun pun boleh. Sebab ada bekap dengan duit pencen.

3. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara akan ader banyak sakit itu ini. Jadi British sediakan skim perubatan untuk kakitangan awam yang berpencen. Siap ada “guarantee letter @ GL” lagi. British tahu rakyat belum tahu banyak tentang kemudahan insuran. Malah syarikat Insuran pun tak berapa nak ada. Bagi yang tak berpencen, pandai-pandai la guna duit apa yang ada untuk itu di kemudahan perubatan swasta.

4. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara perlukan duit, jadi British ujudkan skim Employee Provident Fund (EPF) sebagai simpanan kepada kakitangan awam (yang belum disahkan dalam jawatan) dan juga untuk kakitangan swasta. At least nanti boleh la survive sikit guna dana ini.

5. British tahu selepas umur 55 tahun, ramai orang Melayu beragama Islam akan cuba untuk menunaikan Fardhu Haji, jadi mereka sediakan duit gratuiti (saguhati). Pekerja lombong bijih timah dan estet getah (walaupun adalah syarikat swasta) pun lepas umur berpencen akan dapat duit gratuiti (duit saguhati). Boleh la buat tanbah modal nak pi Haji dan Umrah.

Ader banyak lagi… tapi cukup la sembang banyak ini ja dulu… Hahaha…

*** soheh lepas nih akan ader pentaksub yang kata gua pro penjajah la pulak… Hahaha



24 January 2024

Dongeng Seorang YB

Bhai/DeeDee semua...

Tanda-tanda tue sebenarnya dah lama ader... tapi kita jer yang mungkin buat-buat tak nampak.

Contohnya.... sebelum berkuasa... bukan main berdemo pasai bahayanya Lynas... Bila dah berkuasa, permit operasi Lynas disambung dan disambung lagi...

Sebelum berkuasa... bukan main sembang tuduh kerajaan tak pandai urus negara pasai kejatuhan nilai matawang.... Bila dah berkuasa... matawang terus juga jatuh... tapi siap marah bila orang kata dier tak pandai mengurus negara...  Hahaha

Itu tanda-tandanya...



18 January 2024

Tak Lama Dah Ni

Bhai/DeeDee semua...

Kepada yang pakai kenderaan 4x4 berkuasa Diesel... korang bertabahlah yer... sebab tak lama dah nih...  Hahahaha...

Terutama yang berada di Sabah dan Sarawak... yang dok kawasan pendalaman.... yang duduk luar bandar....  err... lupa... yang mana ader backhoe... ader kubota... ader generator ... ala semua la yang berkuasa diesel.... sabor la yer....

HAHAHA....

Korang kena la bantu KERAHjaan.... hahahaha



17 January 2024

26 November 2023

Kementerian Sumber Manusia Salah Tumpuan

Bhai/DeeDee semua...

Kementerian Sumber Manusia nih dah salah tumpuan... Yang sepatutnya lebih dibantu adalah warganegara tempatan... Rakyat Malaysia yang terabai tidak dapat pekerjaan.... Sama ada setelah diberhentikan kerja akibat masalah majikan... atau atas sebab-sebab ekonomi yang lain...

Ini yang sepatutnya KSM buat... 

Warga Asing yang terabai takder pekerjaan... antar jer balik ke negara mereka... Malaysia kena dahulukan beri pekerjaan kepada warganegara terlebih dahulu...

Ini tidak.... adoilah... Huhuhu

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Salah Tumpuan


30 October 2023

Diayam-ayamkan Sahaja

Bhai/DeeDee semua....

Bertabahlah.... Dengan keadaan matawang yang cukup lemah... dan dengan ketiadaan subsidi.... maka bersedialah untuk mengeluarkan kos yang lebih.... Ini realiti... 

Cakap banyak pun tagune... Pentaksub tetap akan bangang... Hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Bertabahlah Wahai Ayam



Boleh Percaya Ka?

22 September 2023

Bila Kena Pada Mereka

Bhai/DeeDee semua...

Bila kena pada mereka... tahu pulak mereka meroyan... bising .... konon depa jugak la penjawat awam.... Kah Kah Kah..... berkhidmat pun 5 tahun... mau pencen penuh seumur hidup... ajer bajang lar...

Patut setkan ja pencen depa pada RM1500 sebulan.... sebab ikut kadar gaji minima yang ditetapkan Kerajaan... satu pencen jer.. walaupun depa ader banyak jawatan dan kedudukan masa berkhidmat... takder pencen bertingkat-tingkat...

Baru la tepat.... supaya depa tahu yang macam mana nak hidup dengan RM1500 sebulan....  

Kita tengok ader tak yang lain nak jadi wakil rakyat.... hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Pandai pulak meroyan?


10 August 2023

tumPAS - Besarlah Ke "Malu" Annya

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah... biarlah gambar berbicara... Kah Kah Kah

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 






05 August 2023

Serang Salah Tempat, Kampung Sendiri Tergadai

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah ..... Serang salah tempat, kampung sendiri tergadai.... 

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Serang... Serang...



28 July 2023

Benda Betul Pun Takut Cakap Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... ini semua lawak... siap ubah statement lagi... Hahaha... walhal semua orang dalam dunia kewangan dan perbankan tahu yang statement asal itu adalah yang benar... Hahaha... nampak sangat la Maybank kena tekan... kena sound... hahaha...

Lawak la Maybank nih...

=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Cover Baek Punya


25 July 2023

Maybank Pun Tak Percaya ...

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Maybank pun tak percaya ... sampai kata dasar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim (PMX) adalah tidak jelas .... Hahaha...

Bukan sajer orang biasa yang cakap dasar tak jelas.. tapi puak-puak institusi kewangan dan perbankan... What do you expected.... Hahaha... kalu dengar cakap WalaNON dan Bangsa Slurpp ... mesti depa kata yang institusi kewangan dan perbankang nih tak pandai... nak buat kerja sabotaj... Hahaha.... Semua mesti bekap punya...

Walhal... setakat nih tak nampak apa dasar yang mampan... pelaburan yang masuk... setakat MOU pelaburan tue semua tagune kalu satu pun tak sampai ke sini... TESLA ...  itu bukan pelaburan.. dier cuma bukan sales office jer kat sini... bukan bawak industri dan pembuatan ke sini...

Hahaha....  adoilah..

=================
PERCUMA: Income bulanan sekurang-kurangnya RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Maybank Pun Tak Yakin




15 July 2023

Cerita Kelapa

Bhai/DeeDee semua...

Kelapa ... yer Kelapa.... apalah sangat dengan kelapa... Banyak orang berpandangan begitu.. Tapi mereka lupa bahawa Kepada itu adalah pohon 1000 kegunaan... Dari daunnya, dari pelepahnya, dari lidinya, dari isinya, dari airnya, dari sabutnya, dari batangnya ... cukup banyak kegunaan...

Fiber yang datangnya dari sabut kelapa boleh buat banyak benda... sebagai campuran dalam pembuatan jalanraya sampailah kepada pembuatan jaket kalis peluru...

Tapi itulah... Kerajaan (tak kira mana satu pun) tetap memandang sepi industri kelapa nih... Walhalnya boleh saja digembeling untuk menjana pendapatan negara... Pokok kelapa jarang sakit.... kurang makhluk perosak...  buah kelapa mumbang pon boleh menjadi pendapatan dari sabutnya.... Huhuhu..

Payah...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Kelapa / Nyiur


14 July 2023

Kadar Inflasi Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Sekadar berkongsi carta kadar inflasi Malaysia ini... lain-lain kita fikir sendiri la... Huhuhu

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1