Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label EPF. Show all posts
Showing posts with label EPF. Show all posts

28 January 2024

Kenapa British Tetapkan Pencen Pada Umur 55 Tahun Dulu?

Bhai/DeeDee semua...

Tak semua yang British buat dulu tu salah dan tak elok. Banyak yang elok.

1. British tahu selepas umur 55 tahun, pekerja dah tak berapa produktif. Jadi British setkan bersara pada umur 55 tahun. British bagi peluang orang muda pula naik pangkat dan jadi pegawai kanan pulak.

2. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara mungkin susah nak dapat kerja walaupun boleh bekerja sanbilan. Jadi British sediakan sistem pencen. At least boleh la survive sikit. Nak buat kerja part time atau berkebun pun boleh. Sebab ada bekap dengan duit pencen.

3. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara akan ader banyak sakit itu ini. Jadi British sediakan skim perubatan untuk kakitangan awam yang berpencen. Siap ada “guarantee letter @ GL” lagi. British tahu rakyat belum tahu banyak tentang kemudahan insuran. Malah syarikat Insuran pun tak berapa nak ada. Bagi yang tak berpencen, pandai-pandai la guna duit apa yang ada untuk itu di kemudahan perubatan swasta.

4. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara perlukan duit, jadi British ujudkan skim Employee Provident Fund (EPF) sebagai simpanan kepada kakitangan awam (yang belum disahkan dalam jawatan) dan juga untuk kakitangan swasta. At least nanti boleh la survive sikit guna dana ini.

5. British tahu selepas umur 55 tahun, ramai orang Melayu beragama Islam akan cuba untuk menunaikan Fardhu Haji, jadi mereka sediakan duit gratuiti (saguhati). Pekerja lombong bijih timah dan estet getah (walaupun adalah syarikat swasta) pun lepas umur berpencen akan dapat duit gratuiti (duit saguhati). Boleh la buat tanbah modal nak pi Haji dan Umrah.

Ader banyak lagi… tapi cukup la sembang banyak ini ja dulu… Hahaha…

*** soheh lepas nih akan ader pentaksub yang kata gua pro penjajah la pulak… Hahaha



04 March 2023

KWSP Masih Menguntungkan

Bhai/DeeDee semua...

Kalu la KWSP nih tak ditaji dananya oleh Kerajaan (bagi pinjam buta jer ngan FELDA) dan banyak lagi institusi .... sure lah dividen yang boleh diberikan kepada semua pencarum lebih tinggi...

Tapi itulah... 

Apa pun... tetap KWSP masih menguntungkan berbanding Unit Trust syarikat swasta yang banyak dak menjahanamkan dana orang awam.. kan kan kan



31 March 2020

Esok Pejabat KWSP Buka Kah?

Bhai/DeeDee semua...

Satu persoalan yang timbul yang gua takder jawapannya...

Adakah esok pejabat KWSP buka? Sebab dengar citer ramai yang nak keluarkan duit dari akaun 2 yang mereka ada... Katanya kalu isi borang esok.... awal bulan 5 baru dapat duit tue...

Huhuhu... lama masanya la bhai...

Kalu bukak... sure ramai yang akan hadir dan.. tentunya proses penjarakkan sosial akan menjadi satu isu pulak....

Huhuhu..... naya....

Sabor je la

22 April 2015

Jom Bantah Cadangan KWSP

Bhai/DeeDee semua...

Cadangan KWSP untuk melanjutkan umur pengeluaran bagi dana KWSP kepada 60 tahun dengan alasan untuk mencukupkan dana yang sesuai untuk persaraan adalah tidak praktikal dan berniat jahat.

Pencarum KWSP adalah berhak keatas dana yang dicarum dan sebarang penggunaan ataupun kawalan atas dana tersebut sepatutnya diberikan kepada pemunya dana setelah pencarum mencapai umur persaraan, walaupun umur persaraan bagi warga kerja kerajaan dinaikkan ia adalah tidak kena mengena dengan pencarum yang mana majoritinya adalah pekerja swasta.

Dengan perkembangan teknologi dan suasana kerja yang semakin canggih golongan pencarum yang sudah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun sudah tidak releven untuk terlibat dalam kerja yang melibatkan waktu kerja yang tetap, sesuai dengan umur persaraan 50 tahun/55 tahun satu waktu kerja yang fleksibel amatlah diperlukan...

Terpulang pada pencarum samaada untuk bersara terus ataupun menggunakan dana pencarum untuk memulakan kerja secara fleksibel yang lebih relax dan kurang tekanan.

Dengan cadangan KWSP ini ,ia akan membantutkan proses peralihan pesara yang telah lama mereka rancang dan idamkan...

Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pencarum KWSP untuk membantah cadangan ini dikemukakan apatah lagi dilaksanakan.

Tandatangani petisyen ini di SINI


20 December 2012

Caruman Sukarela KWSP

Bhai ..... dulu masa gua jadi "askar upahan" .... gua dibayar dengan upah yang lumayan... agak tinggi jugak.... tapi.. takder potongan KWSP .... melilau gak cari tempat nak buat simpanan masa hari tua.... yer la... nak simpan dalam bank... sure kena withdraw biler-biler sesak jer... jadi masa tue gua amik kesimpulan.... gua beli saham .... gua beli SSP BSN .... dan gua buat deal ngan KWSP untuk buat caruman sukarela...

Dapat la menyimpan skit untuk hari tua.... tapi duit dalam akaun 2 kat KWSP dah susut skit... pasai buat modal beli rumah... hahaha.... la nih dalam proses nak kembung balik....

Cuma satu jer yang skrang nih gua rasa tak best... kenaper KWSP nak sekat plak maksima simpanan setahun caruman sukarela kepada RM60k sahaja.... tak aci la camnie... suka kiter la nak simpan setahun banyak mana.... kalu gua dapat payment macam "askar upahan" tue lagie... patutnya takder masalah la kalu gua nak simpan lebih dari RM60k setahun...... Kenaper dulu masa gua buat caruman sukarela... boleh plak gua masukkan lebih dari RM60k setahun ... aper rasionalnya kena sekat nih.... tak aci la...

Suka kita la kan nak masukkan duit banyak mana.... ker KWSP takut nak bayar dividen tak tau nak cekau mana.,..... hahaha


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1