| Karut Sungguh La |
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C

Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
02 August 2024
21 June 2024
Menanggung Biawak Hidup
| Monyet mana layak dapat pencen |
28 January 2024
Kenapa British Tetapkan Pencen Pada Umur 55 Tahun Dulu?
Tak semua yang British buat dulu tu salah dan tak elok. Banyak yang elok.
1. British tahu selepas umur 55 tahun, pekerja dah tak berapa produktif. Jadi British setkan bersara pada umur 55 tahun. British bagi peluang orang muda pula naik pangkat dan jadi pegawai kanan pulak.
2. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara mungkin susah nak dapat kerja walaupun boleh bekerja sanbilan. Jadi British sediakan sistem pencen. At least boleh la survive sikit. Nak buat kerja part time atau berkebun pun boleh. Sebab ada bekap dengan duit pencen.
3. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara akan ader banyak sakit itu ini. Jadi British sediakan skim perubatan untuk kakitangan awam yang berpencen. Siap ada “guarantee letter @ GL” lagi. British tahu rakyat belum tahu banyak tentang kemudahan insuran. Malah syarikat Insuran pun tak berapa nak ada. Bagi yang tak berpencen, pandai-pandai la guna duit apa yang ada untuk itu di kemudahan perubatan swasta.
4. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara perlukan duit, jadi British ujudkan skim Employee Provident Fund (EPF) sebagai simpanan kepada kakitangan awam (yang belum disahkan dalam jawatan) dan juga untuk kakitangan swasta. At least nanti boleh la survive sikit guna dana ini.
5. British tahu selepas umur 55 tahun, ramai orang Melayu beragama Islam akan cuba untuk menunaikan Fardhu Haji, jadi mereka sediakan duit gratuiti (saguhati). Pekerja lombong bijih timah dan estet getah (walaupun adalah syarikat swasta) pun lepas umur berpencen akan dapat duit gratuiti (duit saguhati). Boleh la buat tanbah modal nak pi Haji dan Umrah.
Ader banyak lagi… tapi cukup la sembang banyak ini ja dulu… Hahaha…
*** soheh lepas nih akan ader pentaksub yang kata gua pro penjajah la pulak… Hahaha
Ada Ke Yang Bermoral?
| Sembang Boleh La |
26 January 2024
Nasib La Korang ... Hahaha
Bhai/DeeDee semua...
Situasi di Bank ditahun 2026.
Ali Bin Abu : Assalamualaikum tuan.
Mat Bin Along : Waalaikumussalam. Terima kasih sebab datang ke Bank Kapir Malaysia Berhad (BKMB). Boleh saya tahu apa urusan tuan nak buat ye?
Ali Bin Abu : Saya Ali. Saya datang ni nak buat pinjaman peribadi.
Mat Bin Along: Tuan datang di tenpat yang betul. Boleh saya dapatkan semua dokumen yang diperlukan. Tentunya tuan dah tahu tentang semua dokumentasi yang diperlukan.
Ali Bin Abu: Ya, semuanya dah ada dalam sampul ini. Penyata 6 bulan gaji dan surat perjawatan kerja pun saya dah sertakan.
Mat Bin Along: Sekejap ya tuan, saya semak dulu.
Ali Bin Abu: Baiklah.
Mat Bin Along: Err.. tuan adalah kakitangan awam nampaknya. Penyata gaji ni nampak dah cukup padu. Sudah berapa lama tuan berkhidmat?
Ali Bin Abu: Saya dah berkhidmat setahun. Hujung bulan ni genap setahun.
Mat Bin Along: Kalau ikutkan gaji tuan ni layak membuat pinjaman peribadi sebanyak RM150 ribu. Cumanya status pekerjaan tuan ni ada sedikit masalah.
Ali Bin Abu: Masalah macam mana tu ye?
Mat Bin Along: Macam ni tuan, Disebabkan status pekerjaan tuan adalah Kontrak, maka pihak bank ada sedikit masalah. Perjawatan tuan adalah mengikut kontrak 3 tahun ke 3 tahun. Jadi kalu mengikut kadar risk yang ada dalam sistem kami, ianya adalah agak kritikal.
Tambah lagi tuan baru berkhidmat setahun. Dan kemungkinan kontrak tuan tidak disambung selepas 3 tahun adalah tinggi.
Ali Bin Abu: Eh, takkan la macam itu? Saya kan bertugas sebagai guru sekolah?
Mat Bin Along: Betul tuan adalah seorang guru, tapi risk analysis bagi bank meletakkan status tuan pada kadar 6 dari kadar 10. Tapi tuan jangan bimbang, tuan masih boleh mendapatkan pinjaman peribadi ni. Cuma ianya sekadar bernilai 6 kali dari jumlah gaji bulanan tuan.
Ali Bin Abu: Oh, begitu ye. Saya cuma boleh buat sebanyak itu je lah?
Mat Bin Along: Betul tuan.
Ali Bin Abu: Err, kalau saya nak beli kenderaan pula?
Mat Bin Along: Yang itu kami boleh berikan pembiayaan macam biaaa seperti pada tahun 2024. Tiada masalah. Cuma ianya sekadar bernilai 60% dari nilai harga kenderaan.
Ali Bin Abu: Okay, kalau gitu saya nak cuba di Bank Scam Malaysia Berhad la pulak.
Mat Bin Along: Saya faham tuan. Cubalah mana tahu mereka boleh berikan nilaian yang lebih baik.
Ali Bin Abu: Assalamualaikum. Terima kasih tuan.
Mat Bin Along: Waalaikumussalam. Sama-sama.
*** nama bank adalah nama sebenar.
#tiadapencen #kwsp #penjawatawam #kakitanganawam #bank #pinjamanperibadi #loan #personalloan #walanon #bangsaslurpp #polisi #BNM
Ketahian Apakah Ini?
25 January 2024
Pencen Siapa Paling Besar Dan Banyak?
JUSA C, JUSA B, JUSA A sampailah kepada peringkat TURUS ... ini yang paling besar... termasuk juga Pencen Ahli Parlimen dan Ahli DUN ....
Celaka sungguh la..
10 April 2023
Satu Saranan Gila
| Cadangan Gila |
09 April 2023
Mahukah Anwar Ibrahim Mendengar Pandangan?
Takdernyer diawalkan macam Kerajaan sebelum nih... Dulu kalu 25 hb tue jatuh pada hari Sabtu contohnya... maka 23 hb dah gaji... sebab 23 hb adalah Hari Khamis...
03 January 2023
Sebab Kifarah?
Bhai/DeeDee semua...
958 orang kakitangan kontrak di LHDN dibuang kerja... ada yang dah lama dengan LHDN sampai lebih 10 tahun... ader yang tak lama.... Masa depa nih berkhidmat di LHDN... bukan setakat gaji yang okeh... tapi LHDN katanya ada beri bonus yang lebat bila kutipan lebih....
Masa tue.. diorang jarang bagi muka kat pembayar cukai... langsung takder timbang rasa.... semua atas alasan dalam SOP LHDN... bayar dulu... sembang kemudian... takder budi bicara ....
Sekarag diorang dah takder kerja.... dibuang kerja oleh LHDN... pulak depa pertikai kenapa LHDN takder budi bicara dan timbang rasa dengan diorang... kenapa diorang tak ditawarkan jawatan tetap walhal selepas diorang dibuang kerja... LHDN amik 700 kakitangan tetap yang baru....
Ramai kata kat depa nih... Hadan Huker.... ini semua sebab kifarah.... dulu tak ehsan kat orang... huhuhu
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditempelak kerana mengambil lebih 700 pekerja baharu yang berstatus tetap dan tergamak membuang staf kontrak yang berpengalaman luas.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, agensi itu sepatutnya mengutamakan pekerja tidak tetap yang berpengalaman.
Sebahagian besar kakitangan terbabit malahan ada berkhidmat lebih 10 tahun dan tidak perlu pun dilatih semula kerana sudah mahir dengan sistem kerja LHDN yang kompleks.
“Saya dimaklumkan LHDN boleh ambil pula lebih 700 staf baharu sebagai pegawai tetap walhal mereka pernah ada kata tidak perlu ramai pekerja lagi,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan surat ‘Rayuan Untuk Sesuap Nasi’ kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin di sini hari ini
Memorandum itu disampaikan oleh bekas Pemangku Presiden MTUC, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang hadir mewakili pemimpin blok berkenaan, Mohd. Effendy Abdul Ghani.
Ia diserahkan susulan isu penamatan seramai 958 petugas kontrak LHDN gred 21 pada 31 Disember lalu selepas rundingan terakhir pihak kesatuannya tiga hari sebelum itu gagal.
Badan berkanun tersebut dalam reaksi balasnya pada 29 Disember lalu memberikan alasan kononnya pembuangan itu perlu dilaksanakan kerana isu peralihan kepada fasa digitalisasi.
20 December 2022
Pejabat Tanah Memang Lubuk Rasuah
Dari dulu lagi gua selalu bercerita tentang benda nih... Tentang bagaimana Pejabat Tanah memang menjadi lubuk rasuah sejak dari dulu lagi... Keluarga gua ader pengalaman ini... begitu juga dengan beberapa keluarga lain yang gua pernah kenal dan bertanya...
13 November 2022
Ismail Sabri Yang Bodoh
10 November 2022
Malu Apa Kalau Berkata Benar
Cakap jer la... Gaji dan emolumen kakitangan awam diawalkan pada 17 November sebab nak pancing undi... Cakap jer la pencen pesara kakitangan awam yang diawalkan pada 14 November sebab nak dapatkan sokongan pada PRU15..
Benda bukannya susah pun... Hahaha
Kita semua tahu itu adalah untuk PRU15... takder hal... mana-mana kerajaan yang memerintah pon mungkin akan ambil jalan yang sama... apa ada hal... bab kewangan nih kena didahulukan... Hahaha
28 March 2022
KPDNHEP lemah dalam penguatkuasaan
Benda nih dah lama... kita dah tahu lama ... KPDNHEP nih serupa Singa tua tiada gigi... serupa Harimau tua yang kuku pon dah uzur...
Setakat sembang nak siasat dan pantau jer... tindakan saman pon sekadar buat syarat ja... lain hancuss... LEMAH...
KPDNHEP siasat kenaikan harga barang - Rosol Wahid
#KPDNHEP #RosulWahid #HargaBarang #Pencatutan #Kenaikan #CipanTapirTenuk #SocialCritics
03 January 2013
JPN : 40 Tahun Lamanya Siapkan Satu Kad Pengenalan
40 tahun.... empat puluh tahun... orang kata... kalu orang yang lahir pada masa tue lelaki... rasanyer at least dier akan ader anak dalam 3 atau 4 orang..... itupon kalu kawin lambat.... Kalu yang lahir 40 tahun dulu tue perempuan... rasanyer at least dier akan ader anak dalam 4 atau 5 orang.... hahahaha...
Dan dalam tempoh 40 tahun tue... rasanyer dah 40 kali kenaikan gaji kakitangan awam dah dapat.... dan maybe la... at least dah lebih 20 kali dapat bonus tahunan..... hahahaha.... Dan kalu berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan selama 40 tahun tue... rasanyer dah lama pencen dah.... hahaha... tak sempat nak capai 40 tahun berkhidmat...
Dan kalu kita congak..... berapa ramai yang dah meninggal dunia (arwah) pada umur 40 tahun tue.... hahaha.... kan lama 40 tahun tue.... Hahaha.... Umur gua pon dah lebih dari 40 tahun.....hahaha... so.... aper citer nih... kenaper gua nak bawak citer 40 tahun nih...
Nih la... Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kedah mengambil masa 40 tahun lamanya untuk siapkan satu kad pengenalan bagi seorang warga emas... Warga emas Melayu nih (Bashah Abdullah - 82 tahun) dah banyak kali berurusan dengan JPN... tapi haram... takder tindakan proaktif yang dapat.... hingga akhirnya makcik nih (nenek @ opah @ tokwan) nih keluar citer dier kat dalam media (akhbar) ... baru la laju JPN mengambil tindakan.. .... sila baca artikel gua yang ditulis sebelum nih...
Yang best tue... boleh plak buat hari Ahad dan siap hari Rabu berikutnya.... pergh.... pantas pon.... Abis tue aper citer yang amik masa selama 40 tahun tue... siap bagi alasan kononnya ader masalah teknikal...alasan kononnya pertukaran daripada sistem manual kepada komputer... walhal 40 tahun dulu gua dah ader surat beranak... dan 12 tahun lepas tue gua ader kad pengenalan... walaupun masa tue pegawai JPN Perak datang tempat gua sebulan sekali jer....
So.... aper citer nih.... Kenaper amik masa yang terlalu lama... kenapa warga asing cepat plak dapat kad pengenalan dan siap daftar sebagai pengundi lagi.... hahaha
02 August 2012
Jawatan Menteri Besar Adalah Kerja Swasta
Hujahan Shafee Abdullah kat Mahkamah mengatakan bahawa jawatan Menteri Besar bukanlah dilingkungi dibawah penjawat awam... kakitangan awam... hahaha... memang berbelit lar dier punya hujahan... hahaha
Kalu gitue... gaji MB tak perlu lah dibayar dari dana awam... hahaha... maknanyer jawatan Menteri Besar adalah kerja swasta la yer... hahaha... bengong .... ini baru first time gua tau yang jawatan MB aderlah kerja swasta... hahaha... aper aaa nama syarikatnyer???
Oh yer... gua lupa.. yang Shafee Abdullah nih walaupun dier nih peguam biasa jer... tapi paspot dier kata dier aderlah kakitangan awam.... hahaha ... memang Mamak betul lar.... hahaha
29 July 2012
Sabotaj???
Kemungkinan usaha sabotaj adalah tinggi... tunggu dan lihat...
12 January 2012
Biar Betul JUSA Dapat RM 6000 Kenaikan
Gua tak berani nak komen jauh-jauhn sebab maklumat dalaman gua belum dapat lagi sampai hari nih... Dah lama mintak ngan informer gua kat JPA dan Kementerian Kewangan... tapi.. yer la.. depa sibuk sampaikan tabley nak pass info kat gua... hahaha
Aper-aper pon.... kenaikan tue gua rasa jurangnyer terlalu banyak berbanding dengan pegawai yang satu takuk dibawah JUSA nih.... beza khabarnya hampir 8 atau 9 kali ganda.... giler aper perbezaan banyak tue...
Gua rasa aaa.. kakitangan kerajaan masih tak dapat clear lagi penjelasan mengenai SBPA ... Bini gua pon tak berapa clear info... Ntahla... aper sebenarnyer yang depa nak cover ntah ler...
Jangan sampai kakitangan awam buat tindakan boikot terhadap Kerajaan Malaysia udah ler... hahaha .... mampuih...
Oh yer.... malam semalam.. ader informer call kasitau kat gua bahawa sama ader petang hari nih atau pagi esok... Hassan Ali akan buat satu sidang akhbar mengenai jawatan EXCO yang disandangnya... khabarnya dier akan tunjukkan satu surat dari Istana yang mengarahkannya kekal dalam jawatan EXCO Agama di Selangor....
Hahaha.... kalu dier publish surat tue... cuba cek kesahihannyer... gua percaya memang sohih... sebab ader pihak dah tolong dier untuk dapatkan surat tue... Istana pulak senang nak sign surat yang dikarang dan dirangka oleh puak-puak tue... hahahaha
Kiter tengok dan lihat...
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai... selama nih gua selalu berdiam diri biler dengar citer macam-macam tentang pemberontakan di Syria... malah berita kekejaman tentera B...
-
Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seoran...
-
Bhai/DeeDee semua.... Anwar Ibrahim benar-benar memalukan Malaysia. Bukan sahaja dia digelakkan seluruh warga US... tapi juga sampai ke Isra...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1





