Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label CUEPACS. Show all posts
Showing posts with label CUEPACS. Show all posts

28 January 2024

Kenapa British Tetapkan Pencen Pada Umur 55 Tahun Dulu?

Bhai/DeeDee semua...

Tak semua yang British buat dulu tu salah dan tak elok. Banyak yang elok.

1. British tahu selepas umur 55 tahun, pekerja dah tak berapa produktif. Jadi British setkan bersara pada umur 55 tahun. British bagi peluang orang muda pula naik pangkat dan jadi pegawai kanan pulak.

2. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara mungkin susah nak dapat kerja walaupun boleh bekerja sanbilan. Jadi British sediakan sistem pencen. At least boleh la survive sikit. Nak buat kerja part time atau berkebun pun boleh. Sebab ada bekap dengan duit pencen.

3. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara akan ader banyak sakit itu ini. Jadi British sediakan skim perubatan untuk kakitangan awam yang berpencen. Siap ada “guarantee letter @ GL” lagi. British tahu rakyat belum tahu banyak tentang kemudahan insuran. Malah syarikat Insuran pun tak berapa nak ada. Bagi yang tak berpencen, pandai-pandai la guna duit apa yang ada untuk itu di kemudahan perubatan swasta.

4. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara perlukan duit, jadi British ujudkan skim Employee Provident Fund (EPF) sebagai simpanan kepada kakitangan awam (yang belum disahkan dalam jawatan) dan juga untuk kakitangan swasta. At least nanti boleh la survive sikit guna dana ini.

5. British tahu selepas umur 55 tahun, ramai orang Melayu beragama Islam akan cuba untuk menunaikan Fardhu Haji, jadi mereka sediakan duit gratuiti (saguhati). Pekerja lombong bijih timah dan estet getah (walaupun adalah syarikat swasta) pun lepas umur berpencen akan dapat duit gratuiti (duit saguhati). Boleh la buat tanbah modal nak pi Haji dan Umrah.

Ader banyak lagi… tapi cukup la sembang banyak ini ja dulu… Hahaha…

*** soheh lepas nih akan ader pentaksub yang kata gua pro penjajah la pulak… Hahaha



10 April 2023

Cuba Kalau Orang Tak Bising?

Bhai/DeeDee semua...

Tadi ada sorang pembaca blog nih komen kecam gua... kata PMX dah luluskan pembayaran awal gaji dan BKKA .... hehehe...

Kena ingat.... kalu la orang tak bising... ingat PMX akan buat benda macam tue ka?? Hahaha....

Tengok macam kes Azeez Rahim yang Ahmad Zahid Hamidi kata telah dilantik jadi Pengerusi KEDA .... ramai orang termasuk la gua bising bab nih... tetiba.... PMX sudah tukar tune... hahaha... sebab itu pentingkan kritik dan tegur nih... supaya amik tindakan... jangan buat bodo jer...

WalaNON dan Bangsa Slurpp apa tau... bodek ja pandai la... bagi nasihat kepada PMX tak pandai... Hahaha

Pelantikan Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum mencapai kata putus dan akan diteliti semula, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah dibincangkan antara beliau bersama Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar berkata, penelitian semula boleh dilakukan berikutan surat pelantikan juga belum dihantar kepada Abdul Azeez.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pengagihan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2 (STR2) di Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Meru Raya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lantikan ahli yang mempunyai jawatan dalam UMNO menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan berkanun yang mutakhir ini menjadi bualan ramai pihak. Harian Metro

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL



Satu Saranan Gila

Bhai/DeeDee semua..

Ini satu saranan gila ... Bangkai punya cadangan. Tak bagi can orang lain nak naik pangkat. Gila betul la. Adoilah...

Kalu pencen dinaikkan sampai 65 tahun... macam mana orang baru nak naik pangkat.... sebab bos tak pencen-pencen... perjawatan baru macam mana nak isi?? Pening aaa ...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL

Cadangan Gila

Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan pekerja dibenarkan untuk bekerja secara rela sehinga berusia 65 tahun.

Penasihat tenaga keraja SPCAAM Callistus Antony D’Angelus membangkitkan isu pengeluaran KWSP yang hangat diperkatakan, yang menurutnya menunjukkan ramai pekerja akan mendapat manfaat daripada pendekatan yang anjal.

"Mereka tidak sepatutnya diwajibkan bersara ataupun dimestikan bekerja.

"Bagi mereka yang terus bekerja melangkaui usia persaraan sekarang, ia tidak sepatutnya melibatkan pekerjaan berdasarkan kontrak kerana ia meningkatkan risiko amalan tempat kerja yang bahaya dan bersifat eksploitasi," katanya.

D’Angelus berkata langkah itu akan membolehkan orang bekerja sehingga berusia 65 tahun dan justeru meringankan beban ekonomi mereka dan juga negara.

09 April 2023

Mahukah Anwar Ibrahim Mendengar Pandangan?

Bhai/DeeDee semua...

Jangan mimpi lah Kerajaan Madani nih nak ikut cadangan dan saranan dari CUEPACS nih... Mimpilah... Gua tak rasa ianya akan diawalkan... Kalu ikut perangai Kerajaan Madani nih... gaji yang kalu jatuh tarikh 25 tu pada hari cuti pun tetap akan dibayar pada 25 haribulan...

Takdernyer diawalkan macam Kerajaan sebelum nih... Dulu kalu 25 hb tue jatuh pada hari Sabtu contohnya... maka 23 hb dah gaji... sebab 23 hb adalah Hari Khamis...

La nih lain.... Hahaha .... mahukah Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim mendengar pandangan???

Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.

"Cuepacs yakin bahawa kerajaan mampu melaksanakan perkara tersebut kerana ia tidak melibatkan proses yang sukar selain dapat memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan sendiri.

"Cuepacs juga menyeru agar majikan di peringkat swasta turut berbuat demikian sebagai salah satu usaha menjaga kebajikan warga pekerja,"

04 January 2022

Sembang Seorang Hassan Karim

Bhai/DeeDee semua...

Sembang boleh lar... kita tau la siapa Hassan Karim.... aper pekerjaan dier... bagaimana pendapatan dier.. macam mana keadaan rumah dier..  jadi tak payah la Hassan Karim nak pertikaikan apa keperluan orang-orang yang dah hilang pekerjaan, tiada pendapatan.. tiada kaya dan banyak simpanan serta aset macam dier... dan rumah pulak kena banjir sampaikan ader yang hilang 100% peralatan rumah...

Orang-orang marhaen mustad'afin yang tengah susah nih... sudah la pendapatan pun tak menentu @ tiada pendapatan... rumah pulak kena banjir lumpur sampai teruk sangat... dan anak-anak nak masuk sekolah balik...

Sure diorang nih buntu nak memikirkan semua benda... bukan setakat urusan makan minum pun terganggu... inikan pulak nak uruskan benda lain...

Agak-agak la nak sembang pun... Hak orang yang empunya KSWP la dier nak buat apa dengan duit dier sementara masih hidup.... belum tentu depa nih semua sempat sampai umur 55 tahun.... betul tentu diorang nih merasa nak guna duit KWSP tue... kalu ikut cara normal...

Nak harapkan Kerajaan punya bantuan?? Agak-agak la... macam siput dan ciput ja dana bantuan tue... giler ka apa...

So... Pada gua simple jer... kepada yang  bising pertikaikan kenapa orang lain nak sangat keluarkan duit KWSP tu dalam keadaan sekarang ... hanya selepas PKP yang lama... gua doakan bahawa yang pertikaikan tue kena lah musibah sampai tinggal sehelai sepinggang...  dan tabley nak claim insuran bagai... dan duit simpanan dalam bank pon takder atau hilang...

Baru diorang nih ader akai...  Semoga Hassan Karim nih pon jadi salah satu mangsa bencana ...

P/S. Gua walaupun tak kena bencana... tapi gua bersolidariti dengan yang kena bencana...



09 March 2016

Pimpinan Cuepacs Memang Bangang

Bhai/DeeDee semua...

Bagi sesiapa yang kerja dalam Perkhidmatan Awam... memang senang nak tengok benda macam ni... Pegawai yang patutnya dah lama pencen... tapi pasai sistem sedia ada tak bagi pencen pada umur 55 tahun... maka ramai pegawai yang uzur dan tak berapa "fit to work" akibat dari penyakit tiga serangkai.. Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi....

Itu belum lagi kalu ader pegawai yang kena Sakit Buah Pinggang.,.... Pergh... alamat selalu kosong la meja opis sebab asyik dok berulang alik ke hospital atau klinik...



Cadangan Cuepacs nak naikkan umur pencen dari 60 kepada 62 memang paling bodoh.... Apa la yang ader dalam pikiran pimpinan Cuepacs... Kalau dah bangang tu jangan duduk kerusi pimpinan la... Aper daaa...

Daripada naikkan kepada 62 tahun... baik ejast terus naik sampai umur pencen 85 tahun.... baru la ader akai.... Aper kelas umur 62 jer... 75 tahun takmo ker?

Jadah aper bangangnyer Cuepacs ni.... Bangang tak abis-abis...  Patut-patut umur 55 tue berenti la... pi buat amal ibadat... pi melancong... pi main dengan cucu... pi riadah.....  Kalo naikkan kepada 62 tu... makanyer ramai la yang mampus dulu tapi tak dapat kuarkan duit KWSP...

Gua tau ini cara depa nak ejast supaya dilewatkan lagi nak boleh kuarkan duit KWSP.... ini cara ngelat.... ini cara jilaker... Tau la sebab KWSP pun bukan ader duit tunai pun ... banyaknyer ader atas kertas utang Kerajaan Malaysia.... Idiot betul lar...

27 October 2013

Ini Masalah Lu Bukan Gua

Bhai/DeeDee sekalian...

Banyak orang bagi info kepada gua yang NUBE tak support Kakitangan Ambank... Ambank ader kesatuan sekerja dier sendiri... Jadi sebab itu lar NUBE buat derk jer pasai kes rompak dan bunuh di Ambank USJ... 

Okeh..

Ini pandangan dan jawapan dari gua.... Ader tak syarikat kawalan keselamatan yang sama dalam kes di Ambank tue bagi servis di bank-bank lain... Takder ker... Hahahaha... Jangan buat lawak la bhai... Tolong jangan buat bangang... Cukup la ramai para VVIP dan ahli politik kat Malaysia nih yang memang bangang... Lu orang jangan pulak tambahkan korum plak...

Isunyer.. Memang syarikat kawalan keselamatan yang sama jugak bagi perkhidmatan mereka di bank-bank lain yang jadi ahli NUBE... Boleh kata syarikat yang sama nih jugak mungkin ramai kakitangannyer menggunakan IC palsu dan bolos tapisan KDN dan SB...

So... Nak tunggu ader yang lain plak ditembak dan dibunuh kat bank lain ker baru nak amik tindakan bagi komen ker mender... Hahaha... Sebab macam biasa la orang kata... Selagi belum kena... Hahaha... Biler dah kena baru la ader akai.... Baru la nak bising.... 

Kalu kesatuan sekerja pon tabley berpakat antara satu sama lain... Tabley nak tolong satu sama lain... Serupa tak payah la buat kesatuan... Lu orang nih dah jauh lari dari matlamat asas keujudan UNION...

Bapak gua antara yang terlibat mengasaskan Partai Buruh di Malaya dulu...  Dan gua dibesarkan dalam ideologi kesatuan (UNION) yang mantap.... Jadi gua cukup tau aper sebenarnya tujuan UNION diaderkan... Ianya aderlah untuk kepentingan semua puak mustad'afin (tertindas) ....

So berbalik kepada bekap dan komen lu orang sumer tue pasai kononnya gua salah tembak ... Siap ader pembekap NUBE yang maki hamun gua... Gua nak kasitau lu orang.... Lu orang buang jer la keahlian kesatuan sekerja lu orang tue... Sebab matlamat dan hala tuju kesatuan sekerja pon lu orang masih tak paham.... Hahahaha

Buat malu betul lar...

UNION is about collective people power... UNION is about solidarity.... Seorang sakit ... semua yang lain akan rasa sakit... Tanpa mengira orang tue ahli kesatuan kita atau tidak... Yang penting... semua golongan pekerja diberikan sokongan padu.... Sebab golongan pekerja la selalunya ditindas...  Mustad'afin....

Dalam UNION... tiada ranking atau kasta... All equal.... Semua sama...  Solidariti....

Tapi UNION kat Malaysia macam CUEPACS, NUTP, NUBE dan semua sekali... Jauh dah lari dari asas perjuangan UNION sebenarnya..... semua kini pentingkan diri masing-masing jer ...

Dalam ertikata lain... "Ini masalah lu bukan gua".... Hampeh aaaaa... Pentingkan diri sendiri jer....


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1