Tak semua yang British buat dulu tu salah dan tak elok. Banyak yang elok.
1. British tahu selepas umur 55 tahun, pekerja dah tak berapa produktif. Jadi British setkan bersara pada umur 55 tahun. British bagi peluang orang muda pula naik pangkat dan jadi pegawai kanan pulak.
2. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara mungkin susah nak dapat kerja walaupun boleh bekerja sanbilan. Jadi British sediakan sistem pencen. At least boleh la survive sikit. Nak buat kerja part time atau berkebun pun boleh. Sebab ada bekap dengan duit pencen.
3. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara akan ader banyak sakit itu ini. Jadi British sediakan skim perubatan untuk kakitangan awam yang berpencen. Siap ada “guarantee letter @ GL” lagi. British tahu rakyat belum tahu banyak tentang kemudahan insuran. Malah syarikat Insuran pun tak berapa nak ada. Bagi yang tak berpencen, pandai-pandai la guna duit apa yang ada untuk itu di kemudahan perubatan swasta.
4. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara perlukan duit, jadi British ujudkan skim Employee Provident Fund (EPF) sebagai simpanan kepada kakitangan awam (yang belum disahkan dalam jawatan) dan juga untuk kakitangan swasta. At least nanti boleh la survive sikit guna dana ini.
5. British tahu selepas umur 55 tahun, ramai orang Melayu beragama Islam akan cuba untuk menunaikan Fardhu Haji, jadi mereka sediakan duit gratuiti (saguhati). Pekerja lombong bijih timah dan estet getah (walaupun adalah syarikat swasta) pun lepas umur berpencen akan dapat duit gratuiti (duit saguhati). Boleh la buat tanbah modal nak pi Haji dan Umrah.
Ader banyak lagi… tapi cukup la sembang banyak ini ja dulu… Hahaha…
*** soheh lepas nih akan ader pentaksub yang kata gua pro penjajah la pulak… Hahaha





