Bhai/DeeDee semua...
Dulu .... satu masa dulu... pada 1998 ... Anwar Ibrahim sendiri yang tuduh Mahathir Mohamed kenakan dier dengan tuduhan yang berasaskan politik... Ini sejarah... Sejarah yang ramai tahu... dan sekarang mereka cuba buat tak tahu lah pulak..
Sekarang .... Anwar Ibrahim marah bila Muhyiddin Yasin tuduh cara yang sama macam mana Anwar Ibrahim tuduh Mahathir Mohamed...
Hahahaha... kifarah tue benar bhai.... Hahaha
Di tengah-tengah tuduhan pembangkang terhadap kerajaan yang disifatkan zalim dan mengamalkan pendakwaan terpilih, Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertanya sama ada mereka yang membuat tuduhan itu mempunyai bukti dakwaan mereka atau tidak.
“Jangan gunakan al-Quran hukum saya (sebagai) zalim dan campur tangan. Saya nak beritahu pimpinan di sana. Saudara kena ingat sebagai orang Muslim bertanggungjawab, adakah saudara yakin, ada bukti bahawa Anwar campur tangan untuk mendakwa sesiapa?
"Kalau tidak, zalim jawabnya. Guna agama dan fitnah orang. Sebut nama saya. Saya tidak campur tangan, boleh tanya SPRM dan peguam negara.
"Tanya ketua hakim negara, bila saya campur tangan, minta dikurangkan atau ditarik balik tuduhan,” kata Anwar semasa Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat hari ini.