Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Projek IC. Show all posts
Showing posts with label Projek IC. Show all posts

06 November 2013

Ader Dengar Citer Tak?

Bhai/DeeDee sekalian...

Hari nih aderlah hari Rabu... Rabu minggu ketiga setelah berlakunya insiden rompak dan bunuh di Ambank USJ... Sudah lama masa berlalu... Ader lu dengar citer tak tentang pemilik syarikat kawalan keselamatan tue atau wakilnya hadir berjumpa waris mangsa untuk menyampaikan kekesalan atas aper yang berlaku...

Ader dengar citer tak?

Pemilik kontrak kawalan keselamatan tue pon takder amik pot... Inikan pulak kambing hitam... Takkan la kambing hitam mau sesajer hulur tengkok nak bagi kena sembelih ... Hahaha... Betul tak.... Memang haramjadah punya manusia nih... Oh yer... Kambing hitam pon khabarnya kejap nama nih kejap nama tue.... Hahaha... Lawak siot...

Kambing Hitam Strikes Back.... Hahahaha    (Sumber)

KDN yang cuai dalam urusan tapisan keselamatan pon takder nak nyatakan kekesalan... Nak harap Zahid Hamidi datang jumpa waris mangsa pon jangan mimpi la... Nasib baik la ader mamak tulekek sorang tue yang hadir... Itu pon kiter tak tau dier hadir sebab ikhlas atau sebab mau masuk berita... Hanya Allah jer yang tahu...

Berbalik kepada citer kes nih...

Ader dengar citer tak suspek dah ditangkap... Ader dengar citer tak yang Fitness First disiasat.... Ader dengar citer tak??

Oh yer... Gua rasa kan... Kalu ader lagi kakitangan yang mati ditembak di Ambank... Mesti takder sorang pon kakitangan akan bising... Sebab semua sudah jadi pengecut... Semua sudah diugut.... Tabrani nak bising... Takut nanti kena buang kerja... Kesatuan Sekerja Ambank pon senyap jer... Wei ... Berapa banyak duit sudah sumbat kat mulut aaaa....

Inilah jadinyer kat Malaysia... Teruk...


31 October 2013

Sudah Jadi Trend La...

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper nak jadi aaa... Makin hari makin takut orang dah nih... Aper tindakan KDN... Hahaha .. Bikin gempak boleh aaa kata lesen operasi kena gantung la... Tapi itu semua sembang gempak jer...

Nih dalam kes kat bawah nih...  Ader chan la kiter semua akan dengar gempak konon KDN akan batalkan lesen operasi syarikat kawalan keselamatan nih serta merta...

Blah la... Tapisan keselamatan boleh bolos lagi mau sembang deras KDN nih... Mana itu Menteri Tiga Line tue... Itu Zahid Hamidi ... Aper citer nih...

Aper daa...


30 October 2013

Dalang Bekalkan IC Palsu Dibongkar... Menteri? Pegawai JPN?

Bhai/DeeDee sekalian...

Pembuatan Kad Pengenalan bercip 64k (MyKad) bukan dibuat dan dibekalkan oleh lima enam syarikat lar.... Setakat yang gua dimaklumkan... cuma ader satu syarikat jer yang terlibat... Iris Technology Sdn Bhd....  Dan cip pada kad tersebut khabarnya disediakan oleh GEMPLUS (yang nih cuba lu orang tolong sama siasat aaa)...


Persoalannyer sekarang ialah...

Kenapa IC Palsu dan IC Sah samer jer kualiti dan pembekalannya....  Semacam ader orang yang jual blank card (kad bercip kosong) kepada sindiket IC Palsu nih....  Aderkah ader pihak dalam Iris Technology yang terlibat menjual dan membekalkan kad bercip kosong (blank cip) nih kepada sindiket... ataupun memang ader production batch khas untuk sindiket nih....

Aderkah ianya sebenarnya bukan IC Palsu.... tapi ianya aderlah sebahagian daripada Projek IC yang mana data-data yang ada didalam cip MyKAD tersebut telahpon difabrikasikan....

Ader dua senario yang gua dapat semak ...

1. Kad bercip lengkap dengan data yang difabrikasikan (data biometrik) tapi tiada data link-up (tidak tally) dengan sistem di JPN (iaitu tiada data kelahiran dan sebagainya)

2. Kad bercip lengkap dengan data yang difabrikasikan (data biometrik) tapi ada data link-up (tally) dengan sistem di JPN... (iaitu ada data kelahiran dan sebagainya)

Kedua-dua kes senario nih boleh lu semak ada pada semua warga asing yang memiliki kad pengenalan MyKAD Malaysia... Aderkah ini menunjukkan bahawa sindiket tersebut menjangkau sampai terlalu ramai yang terlibat (dalam JPN)..

Masa gua bertugas di Ops Alpha Two-Zero di Cagayan De Oro... ramai warga Filipinia berbangsa Sulu siap berbangga dengan menunjukkan mereka ader MyKAD Malaysia beserta dengan Paspot Antarabangsa Malaysia..... Fuh.... teruk betul lah khianatnya pihak tertentu nih sampai menggadai keselamatan negara...

Bhai... kalu ikut undang-undang ... hukuman yang patut dikenakan bagi pihak yang terlibat khianat kepada negara dengan terlibat sindiket menjual identiti kenegaraan nih aderlah hukuman mati mandatori.... Hukuman "treason" aderlah gantung sampai mati.....

Tapi... biasa la... kes perbicaraan Projek IC kat Sabah itu hari pon senyap... malah takder saper pon yang akan dikenakan hukuman menderhaka kepada negara bab isu nih.... Hahahaha

29 October 2013

Yang Atas Lepas, Yang Bawah Merana

Bhai/DeeDee sekalian...

Sikap terlalu mengambilkira keuntungan berbanding dengan risiko keselamatan negara aderlah punca kepada semua pernasalahan yang berlaku pasca kes rompak dan bunuh di Ambank USJ...

Majikan yang mementingkan keuntungan... Akan cuba mencari ruang dan peluang untuk mengelak daripada mengeluarkan kos yang tinggi... Malah dek kerana nak kejar untung... Mereka sanggup terbabit sama melakukan jenayah...

Jenayah yang pada mata lu orang mungkin kecik... Tapi pada gua itulah jenayah paling celaka... Jenayah dimana menggunakan pengawal keselamatan yang tidak disemak sepenuhnya latar belakang...

Yer betul... Mangsa aderlah seorang pegawai biasa... Orang biasa... Bukannya saudara mara golongan Dewa @ Kerabat Merabat... Mangsa jugak bukan saudara mara golongan VVIP... Pasai tue la seboleh-bolehnya ader sajer pihak yang nak cover-up citer nih... 

Cuba kalu yang kena tue ader kaitan sedara mara dengan golongan VVIP atau para Dewa... Mestilah akan kecoh punya ...

Semuanya berpunca dari satu perkara jer... Bila pihak yang berwajib pandang ringan isu keselamatan nih... Bagaimana IC Palsu boleh ader berlambak di pasaran... Bagaimana IC Palsu tue punya watermark (fingerprinting) sama macam yang dibekalkan oleh Iris Technology Sdn  Bhd kepada KDN dan MyEG...

Bagaimana ader pulak data dalam kad bercip tue yang membolehkan pemilik IC palsu tue membuka akaun bank tempatan... Bagaimana lemahnyer sistem biometrics verification pada MyKad tue...

Dan bagaimana khianatnyer pihak-pihak di KDN sampaikan pemilik IC Palsu nih boleh plak berbondong-bondong ader lesen senjata api... Walhal kalu rakyat biasa nak mohon lesen senjata api punya la susah... Gua percaya mesti ader hulur, rasuah dan tumbuk rusuk berlaku dalam kes nih...

Inilah jenayah paling celaka yang bukan sajer menyebabkan mangsa di Ambank tersebut mati.. Tapi rakyat keseluruhannya hilang kepercayaan terhadap institusi kawalan keselamatan nih... Malah lebih ramai orang hari ini memandang serong kepada semua kakitangan kawalan keselamatan...

Ini semua kerana yang atas nak lepas dan untung.... Yang bawah pulak yang merana...

Kerana sorang dua yang tamak... ramai kakitangan keselamatan yang jujur dan sah menjadi manga... Syarikat dibatalkan lesen operasi... Mereka dibuang kerja... Bagaimana pula nasib anak dan isteri serta keluarga kakitangan keselamatan yang sah nih... Kesian pada mereka...

Yang boleh bergelak gulintang... Aderlah para majikan... Enjoy macam takder masalah... Yang kena syarikat dan kakitangan syarikat... Gua daripada awal lagi hanya mencadangkan lesen operasi digantung sahaja sementara siasatan dilakukan... Bukan sampai dibatalkan..

Aper plak jadi dengan kakitangan KDN dan JPN yang terlibat dalam sindiket yang melepaskan warga asing boleh mendapat IC Palsu dan jugak lesen senjata api... Takkan tak kena tindakan kot...

Yang pasti...  Semuanya berpunca dari rasuah dan kuasa... Kalu tidak camana Projek IC nih nak jalan... Silap-Silap suspek kes di Ambank itu hari berpeluang mengundi pada PRU13.... Pergh...

P/S: Orang Pro-BN tuduh gua penyokong tegar PR... orang Pro-PR plak tuduh gua penyokong tegar BN.... Hahahaha... Lawak la lu orang nih...

Ini Artikel Sindir

Bhai/DeeDee sekalian...

Kejam dan sadis sungguhlar majikan kepada suspek perompak dan pembunuh di Ambank USJ baru-baru nih..... dah dekat seminggu pon.... langsung takder wakilnyer tampil untuk memohon maaf kepada waris mangsa ....

Takkan la susah sangat pon.... kalu takut sangat nak pi jumpa dalam senyap... bawak la wartawan skali ka... Polis skali ka... masa nak jumpa tue... Jangan riso... lagi ramai orang ader hadir... lagi senang news tersebar... dan lagi selamat lu...

Takkan kena hamput dek waris mangsa la.... Yang dah pergi tue ... kita biarkan dier pergi... Allah lebih menyayangi dier.... Kiter sedekah la Al-Fatihah....

Tunjukkan la sikap prihatin dan CSR syarikat lu tue..... pergi la melawat dan berziarah..... tawarkan sumbangan buat anak-anak mangsa ker mender ker.... sumbangan dana pendidikan ka.....  Takkan la selama nih jadi majikan kepada suspek langsung tak buat duit kot...

Ala.... berapa la sangat.....

Macam mana la majikan suspek nih boleh hati kering jer buat derk ... langsung tak tunjukkan keprihatinan kepada mangsa kekejaman kakitangan syarikat dier...

Memang patut la lesen operasi syarikat nih dibatalkan.....  takder ati perut... Pergh...


---------------------------------------------------------------------------------------------

Ader paham ka???

28 October 2013

Ader Lu Nampak Kenyataan Media Rasmi Tak?

Bhai/DeeDee....

Hehehehe...... Gua masih stick kepada statement gua yang asal..... kalu lu orang biasa baca blog gua... gua jarang sekali akan mengendur .... tambah plak menarik balik statement gua..... sebabnyer...

Sebabnyer..... setakat sampai ke hari ini.... gua takder nampak pon mana-mana kenyataan media rasmi daripada syarikat Securiforce Sdn Bhd berkenaan kes nih..... KDN pun tak keluarkan kenyataan media rasmi... setakat Ketua Pengarahnyer jer bagi komen kepada media....

Kalu ikut stendet kenyataan media... agak kureng tepat tue...

Selagi KDN tak keluarkan kenyataan media rasmi yang menyebut nama syarikat kawalan keselamatan yang terlibat..... selagi itu gua stick kepada kenyataan gua yang sebelum nih.... Sebab gua ader maklumat yang tepat....

Nak jadi best lagi.... Baju seragam pegawai keselamatan Kawalan Prima Sdn Bhd bukankah berwarna biru atau kelabu... sori... gua tak tau nak klasifikasikan warna baju tue warna aper.... Tapi .... suspek pada kes rompak dan bunuh di Ambank USJ tue memakai pakaian seragam warna putih dan berjeket hitam (gelap) masa kejadian tue berlaku...

So.... aderkah lu orang pasti suspek tue bekerja dengan Kawalan Prima Sdn Bhd.... Lagipon syarikat Kawalan Prima Sdn Bhd sampai ke hari ini masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan media secara rasmi..... semuanya senyap.....

Gua takder hal nak buat permohonan maaf.... tapi kena tunggu KDN keluarkan kenyataaan media rasmi la bagitau nama syarikat yang terlibat....

Hahahaha...... so ader paham ka???


Ader beberapa gambor tue suspek nih tengah tunjukkan dier sedang layan gym.... Yang best tue ... Dapat dikenalpasti yang dier guna gym Fitness First kat Empire Subang Jaya... Banyak duit dier nak layan gym nih... Besar betul gaji pengawal keselamatan aaaa..

27 October 2013

Ada Dua Kemungkinan

Bhai/DeeDee sekalian...

Begitu banyak persoalan yang timbul dalam kes rompak dan bunuh di Ambank USJ baru-baru ni... Terlalu banyak cover-up yang dilakukan... Sampaikan rakyat jadi pening... Tak tau mana satu nak percaya...

1. KDN tuduh syarikat keselamatan cuai dan tidak buat siasatan latar belakang.

2. Kad Pengenalan suspek pula palsu... Tapi JPN senyap membisu... Iris Technology Sdn Bhd pon diam jer... Walhal syarikat ini yang bekalkan MyKAD.

3. JPN.pun dibawah KDN... Jadi isu ini balik kepada KDN. Menteri KDN iaitu Zahid Hamidi buat-buat pekak dan bisu tak keluarkan apa-apa statement.

4. KDN takmo kasitau dan dedahkan nama syarikat kawalan keselamatan yang terlibat... Biler blogger dedahkan Syarikat Securiforce Sdn Bhd yang terlibat... Langsung takder apa-apa input daripada pengurusan Securiforce Sdn Bhd secara rasmi...

4. Securiforce Sdn Bhd plak tuding kawalan Prima Sdn Bhd kononnya yang terlibat... Tapi takder satu pon statement rasmi dari Kawalan Prima Sdn Bhd.

5. Takder wakil dari mana-mana syarikat kawalan keselamatan nih hadir dan menunjukkan simpati waris mangsa. 

6. Kenyataan media "kononnya" dari Securiforce Sdn Bhd hanya dibuat oleh blogger dan tidak melalui mana-mana media cetak dan elektronik yang sepatutnya.

7. Ambank sendiri tidak pasti sama ada mahu meneruskan kontrak kawalan keselamatan syarikat terbabit atau tidak.

8. Industri Insuran dan Takaful juga lengang tanpa ada cerita-cerita dan kekecohan macan biasa bila ader kes besar yang melibatkan tuntutan dan pampasan.

9. Adakah nilaI RM450 ribu itu nilai sebenar atau nilai yang di"bloated"kan sekadar untuk memenuhi tuntutan Insuran & Takaful.

10. Paling best skali... Semacam ader "gag order" terhadap media... Sampaikan takder satu media pon berani nak risik dan dedahkan nama syarikat keselamatan yang terlibat. Mungkin disebabkan ader ugutan saman kot...

Jadi... Berasaskan semua point diatas... Ader beberapa poiny lagi yang malas gua nak sebutkan kat sini (sebab banyak sangat orang yang bengap tabley nak berfikir dengan rasional).... Disini gua nak dedahkan lagi dua senario kemungkinan

Pertama - Suspek adelah sebenarnya agen rahsia dari negara luar yang beroperasi di Malaysia dimana semua maklumat peribadinya serta dokumen perjalanan dan dokumen peribadinya telah dengan sengaja dibina dan difabrikasikan. Tapi... Gua kureng yakin sangat dengan kemungkinan nih pasai biasanyer special-ops operative takkan menonjolkan diri mereka ...

Kedua - Suspek aderlah pembunuh upahan @ bekas pembunuh upahan yang dalam masa yang sama mengambil upah untuk kawalan keselamatan.. Sebab itu dokumen peribadi dan perjalanannya semua palsu. Ini memudahkannya untuk menyelinap keluar selepas tugasannya selesai... Bagi kemungkinan yang ini pada gua ianya agak relevan skit... 

Ntahlah...

Oh yer... Sekadar info kepada lu orang... Masa gua bertugas dalam Ops Alpha Two-Zero yang bertempat di Cagayan De Oro sekitar Februari 2013... Gua masuk ke Filipina dengan dokumen perjalanan diri Indonesia... Dengan SPLP ... Dengan Paspor.. Gua blending di sana tanpa masalah... Bila Imigresen Filipina semak masa kat Airport... Semuanya valid dan clear.... Takder masalah... Walhal semua dokumen tue dibekalkan oleh Agensi.... Hahaha...

Samer macam masa gua di Slovenia dulu sekitar tahun 90'an..... Masuk guna ID Thailand..... Hahaha.... Semua dibekalkan....

UPDATE: 

Ada berita warga asing tidak dikenali didapati mati dibunuh di Shah Alam tadi. Mungkinkah dia suspek kes rompak dan bunuh di Ambank USJ?

UPDATE LAGI:


Rasanyer geng-geng IO kes ini boleh semak dengan Ambank Taipan .... sebab pada 26 Jun katanyer suspek dapat bukak akaun bank.... Errr... macam mana nih... IC dier nih betul ker palsu nih.... Macam mana boleh lepas dengan biometrics verification.... Ambank mesti jugak kena siasatan nih...

Lagi satu.... Patut IO kes nih kena semak dan siasat semua member FB suspek nih.... siasat betul-betul lar....okeh.... wa caya sama lu orang....

P/S: Lagi satue... khabarnyer dier nih dulu belajar di Sunway College... yang nih pon patut kena semak jugak... kaitannyer...

Ini Masalah Lu Bukan Gua

Bhai/DeeDee sekalian...

Banyak orang bagi info kepada gua yang NUBE tak support Kakitangan Ambank... Ambank ader kesatuan sekerja dier sendiri... Jadi sebab itu lar NUBE buat derk jer pasai kes rompak dan bunuh di Ambank USJ... 

Okeh..

Ini pandangan dan jawapan dari gua.... Ader tak syarikat kawalan keselamatan yang sama dalam kes di Ambank tue bagi servis di bank-bank lain... Takder ker... Hahahaha... Jangan buat lawak la bhai... Tolong jangan buat bangang... Cukup la ramai para VVIP dan ahli politik kat Malaysia nih yang memang bangang... Lu orang jangan pulak tambahkan korum plak...

Isunyer.. Memang syarikat kawalan keselamatan yang sama jugak bagi perkhidmatan mereka di bank-bank lain yang jadi ahli NUBE... Boleh kata syarikat yang sama nih jugak mungkin ramai kakitangannyer menggunakan IC palsu dan bolos tapisan KDN dan SB...

So... Nak tunggu ader yang lain plak ditembak dan dibunuh kat bank lain ker baru nak amik tindakan bagi komen ker mender... Hahaha... Sebab macam biasa la orang kata... Selagi belum kena... Hahaha... Biler dah kena baru la ader akai.... Baru la nak bising.... 

Kalu kesatuan sekerja pon tabley berpakat antara satu sama lain... Tabley nak tolong satu sama lain... Serupa tak payah la buat kesatuan... Lu orang nih dah jauh lari dari matlamat asas keujudan UNION...

Bapak gua antara yang terlibat mengasaskan Partai Buruh di Malaya dulu...  Dan gua dibesarkan dalam ideologi kesatuan (UNION) yang mantap.... Jadi gua cukup tau aper sebenarnya tujuan UNION diaderkan... Ianya aderlah untuk kepentingan semua puak mustad'afin (tertindas) ....

So berbalik kepada bekap dan komen lu orang sumer tue pasai kononnya gua salah tembak ... Siap ader pembekap NUBE yang maki hamun gua... Gua nak kasitau lu orang.... Lu orang buang jer la keahlian kesatuan sekerja lu orang tue... Sebab matlamat dan hala tuju kesatuan sekerja pon lu orang masih tak paham.... Hahahaha

Buat malu betul lar...

UNION is about collective people power... UNION is about solidarity.... Seorang sakit ... semua yang lain akan rasa sakit... Tanpa mengira orang tue ahli kesatuan kita atau tidak... Yang penting... semua golongan pekerja diberikan sokongan padu.... Sebab golongan pekerja la selalunya ditindas...  Mustad'afin....

Dalam UNION... tiada ranking atau kasta... All equal.... Semua sama...  Solidariti....

Tapi UNION kat Malaysia macam CUEPACS, NUTP, NUBE dan semua sekali... Jauh dah lari dari asas perjuangan UNION sebenarnya..... semua kini pentingkan diri masing-masing jer ...

Dalam ertikata lain... "Ini masalah lu bukan gua".... Hampeh aaaaa... Pentingkan diri sendiri jer....


26 October 2013

Tiga Isu Sebenarnya

Bhai/DeeDee sekalian....

Hahahaha.... Panas tepon gua hari nih... Ramai sangat yang tepon... Bekas bos gua masa gua berkhidmat ngan Agensi ader tepon tanya khabar dan bagi kata-kata semangat... Kengkawan kat Agensi pon ramai yang tepon... Kengkawan gua kat Jabatan "E" Bukit Aman pon ader call ... Borak-borak...  Semuanya pasai satu perkara jer... Pasai kepoh yang dah gua buat.... Hahaha...

Malah Bekas bos gua tue ader nasihatkan kat gua yang perkara nih melibatkan VVIP... Jadi agak bahaya skit kat gua... Risiko kena "tembak" agak tinggi... Tambah plak ngan geng "Yamaha LC warna merah hitam" yang banyak tembak orang sana sini... Lagi pon bukankah gua dah serahkan senjata milik Agensi awal September ari tue...

Aper-aper pon... Terima kasihlah atas nasihat dan keprihatinan lu orang sumer... Gua cukup terharu... Selepas 15 tahun gua terlibat dalam Agensi dan bertugas dimerata ceruk dunia... Sama ader secara terang mahupon secara samaran... dengan misi terakhir gua di Cagayan De Oro (Selatan Filipina) masa kemuncak Ops Alpha Two-Zero pada bulan Februari baru nih... Banyak benda yang gua dapat belajar... 

Dan itu semua amat bersesuaian dengan aper yang sedang gua hadapi la nih.... Hahahaha.. Terbaek...

Okeh... Berbalik kiter kepada perkara yang sedang panas la nih... Sebenarnya cuma ader tiga isu jer... Memang ader tiga isu sebenarnya... 

1. Khianat
2. Salahguna Kuasa
3. Rasuah

Kenapa gua beritau camnie... Sebab dalam mencari penyelesaian... Kiter kena cari "root cause"... Punca kepada masalah.... Bapak segala punca tue aderlah jatuh kepada Projek IC di Sabah circa 80'an dan 90'an ... Inilah sebenarnya yang memberikan risiko yang paling besar kepada kiter semua skrang nih...

Sebelum pihak tertentu nak sembang deras ngan gua pasai konon gua dah buat salah besar... Sila rujuk kepada punca masalah nih dulu...

By the way... Tiada satu pon artikel dan penulisan gua yang menghina dan mengaibkan mangsa... Malah saspek pon gua tak hina dan aibkan... Artikel gua lebih kepada mencari punya masalah.. "Root Cause".... Ianya lebih berkisar tentang ke"cuai"an pihak yang berwajib...

Ader paham ka?

P/S: Kenapa tiada komen mahupun permohonan maaf dari pihak Kawalan Prima Sdn Bhd jika benar syarikat mereka yang terlibat dalam insiden di Ambank USJ... Fikir-fikirkan lah....

24 October 2013

Securiforce Sdn Bhd Perlu Bertanggungjawab

Bhai/DeeDee sekalian...

Gua masih lagi menunggu aper komen Maznah Hamid selaku pemilik Securiforce Sdn Bhd atas kejadian rompak dan bunuh yang berlaku di Ambank USJ semalam.


Menarik perhatian gua, dikhabarkan bahawa kad pengenalan suspek (pengawal keselamatan tersebut) adalah palsu dan tiada dalam rekod JPN.

Persoalannya sekarang ini ialah bagaimana seseorang pekerja kawalan keselamatan boleh terlepas dari tapisan keselamatan tambah lagi yang berkaitan dengan penggunaan senjata api.

Adakah KDN dan Cawangan Khas juga cuai dalam menyiasat dan menentusahkan latar belakang seorang pekerja keselamatan bersenjata.

Adakah ada unsur-unsur rasuah dalam semua perkara ini. Harap SPRM boleh campurtangan menyiasat Syarikat Securiforce Sdn Bhd, Kementerian Dalam Negeri dan juga Cawangan Khas bagi menentukan bahawa tiada unsur rasuah atau salahguna kuasa berlaku.

Sementara itu wajarlah KDN menggantung operasi Syarikat Securiforce Sdn Bhd sehingga semua kakitangannya disiasat dan disemak sepenuhnya latar belakang mereka. Itupon kalu KDN ader telur la nak buat camnie... Sebab kita tau Maznah Hamid tue siapa dalam Wanita UMNO..



Tambahan:

Gua dapat maklumat juga tadi bahawa Syarikat Western Digital di Kelana Jaya juga menggaji ramai pekerja asing sebagai pengawal keselamatan yang tak sah (tanpa permit dan visa kerja). Harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan tegas.


Kes Rompak & Bunuh Di Ambank

Bhai/DeeDee sekalian..

Gua just nak bangkitkan beberapa isu berkaitan dengan insiden rompak dan bunuh kakitangan Ambank di USJ semalam...

1. Apakah prosidur operasi telah dipatuhi dalam urusan bilik kebal?

2. Apakah nama syarikat yang membekalkan khidmat kawalan keselamatan kepada cawangan Ambank tersebut?

3. Bagaimana pemilihan dan perlantikan kakitangan keselamatan dibuat oleh syarikat keselamatan. Adakah mengikut SOP yang ditetapkan KDN?

4. Bagi pengawal bersenjata, tidakkah ada semakan dibuat keatas pengawal tersebut oleh pihak syarikat dan juga KDN dalam menentukan boleh atau tidak  pengawal tersebut dibekalkan dengan senjata?

5. Bukankan pihak SB biasanya akan menyemak latarbelakang pengawal keselamatan bersenjata yang diambil bekerja oleh pihak syarikat dengan arahan KDN?

6. Bagaimana boleh seorang yang menggunakan kad pengenalan palsu boleh diterima bekerja di syarikat keselamatan dan lepas tapisan KDN serta SB?

7. Kenapa pengawal keselamatan boleh terlepas masuk kedalam kawasan pintu khas sebelum bilik kebal bank? Biasanya pengawal keselamatan hanya dibenarkan berada dalam kawasan juruwang (teller) sahaja. Dan operasi didalam bilik kebal cuma dilakukan oleh kakitangan bank yang dibenarkan sahaja. Mungkin pengawal ini mengugut mangsa dan kakitangan lain dari kawasan juruwang lagi kot?

Cadangan gua la.... Ujian berkala psikologi perlu dibuat keatas semua kakitangan kawalan keselamatan dimasa akan datang untuk mengelakkan benda macam nih berlaku lagi...  

Pihak KDN dan SB tidak boleh berlepas tangan terhadap isu ini kerana ianya menunjukkan bahawa KDN dan SB bersikap sambil lewa dalam melakukan semakan keselamatan. Bahaya kalu jadi camnie... 

Bayangkan kalu lepas nih ader kumpulan pengawal keselamatan Parlimen menjadikan semua Ahli Parlimen kita yang sedang bersidang sebagai tebusan... Tak ker giler jadinyer...

       Kad pengenalan suspek

UPDATE: Maklumat tambahan yang baru dapat kejap nih... Berkenaan dengan syarikat yang membekalkan kawalan keselamatan di cawangan Ambank tersebut aderlah:

Syarikat Securiforce Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Maznah Hamid (Ketua Wanita UMNO Kedah).

11 March 2013

Berehat Di Kepayan

Bhai.... untuk pengetahuan lu... gua baru jer sampai kat KK... la nih tengah lepak kat Kepayan.... jumpa member-member.... berehat sekejap lepaskan lelah.... Esok pagi gua akan gerak pi Kudat... Kalu ikut perancangannyer... gua mungkin akan station kat sana.... Tapi tak tau la... perancangan nih banyak yang berubah last minit...

Berbalik citer tentang isu MyKad di Sabah nih... gua dan kengkawan di agensi semua berpandangan masalah nih semua berpunca dari isu pemberian Kad Pengenalan secara sembrono yang telah dibuat lebih kurang 20 tahun dulu... dan semua ini didalangi oleh Mahathir Mohamed... Sebab kalu tidak... senang anggota keselamatan kita dari PDRM dan ATM untuk buat kerja sweeping dan mopping...

Tapi la nih... pengganas dan penceroboh pon ada IC dan Paspot Malaysia.... aper ker jadahnyer...

Walau macam mana pon.... sepatutnya Suruhanjaya Diraja bagi siasatan kes IC nih di Kota Kinabalu patut diteruskan.... kena buat jugak... sebab sekarang nih kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah telah jatuh merudum... Tak kisah la Najib Razak nak bodek bagi imbuhan macam-macam kat kakitangan kerajaan ker mender ker... itu semua takder efek... sebab rakyat Sabah tengah marah sangat nih.... semua pasai isu Kad Pengenalan nih...

Kalu Mahathir Mohamed ader telur... gua cabar dier mari datang la kat Lahad Datu ka... Semporna ka... Kunak ka.... Tawau ka.... gua berani jamin... kalu tak kena baling dengan kasut atau sampai.... mungkin ader kot yang tibai dengan lastik.... Sebab orang tempatan gua diberitahu cukup marah kat Mahathir Mohamed pasai isu IC nih.... sebab pasai IC la... yang menyebabkan penduduk tempatan kat sini susah...

Kalu PR nak amik mileage ... sebaiknyer buat satu poster letak gambar Mahathir Mohamed tengah serahkan IC kat pendatang asing... dan taburkan ker seluruh Sabah dan Sarawak.... mesti orang akan lagi terbakar.... hahaha....  jangan lupa jugak sabitkan kes IC nih dengan kematian dan kecederaan anggota keselamatan....

Geng-geng PDRM pon dah menyampah dengan Mahathir Mohamed ... pasai kematian dan kecederaan kengkawan diorang nih semua disebabkan oleh projek IC Mahathir Mohamed dulu tu... cuma kemarahan diorang nih diorang tak serlahkan kat public.... hahaha... tapi itulah yang sebenarnya sedang berlaku....

Aper pon.... Ini komen gua terhadap politik negara... hahaha... sempat lagie tu.... bahawasanya... Najib Razak tak layak nak umumkan apa-apa peruntukan, imbuhan atau sebagainya kepada kakitangan awam kerana Najib Razak sekarang ini bukan lagi Perdana Menteri.... tetapi Presiden UMNO... sebabnya... mandat sudah tamat pada 9 Mac baru nih... sekarang nih yang ader cuma kerajaan sementara.... interim government.... yang boleh umumkan peruntukan, imbuhan dan sebagainya hanyalah YDP Agong....

Jadi.... kalu mengikut undang-undang... Najib Razak tidak layak untuk menandatangani apa-apa dokumen sebagai Perdana Menteri melainkan hanya sekadar seorang kakitangan awam kerajaan sementara. Oh yer... gua tak dengar pon YDP Agong mengeluarkan dekri atau watikah dan melantik Najib Razak mengepalai kerajaan sementara.... lu orang ader dengar ker.... kalu takder... maknanyer... aper yang berlaku sekarang nih semuanya adalah kerajaan sementara yang haram.... sebab takder dekri atau watikah dari YDP Agong... 

Mahathir Patut Didakwa Melancarkan Perang Kepada Agong

Bhai..... Lu kenal tak sama itu Mahathir Mohamed... Ala... si tua kutuk yang dah menyusahkan gua dan kengkawan gua.... sampai ader yang tercedera dan terkorban.... semua kerana kerja giler dan celaka yang dah Mahathir Mohamed nih buat dulu...

20 tahun dahulu Mahathir Mohamed buat projek IC kat Sabah... habis semua warga asing dari Filipina dapat kad pengenalan (IC) dan surat beranak.... dengan semua dokumen nih... ramai warga asing nih yang dapat Paspot Antarabangsa Malaysia.... cukup ramai.... kalu ikut analisis dari agensi gua... sekitar lebih kurang 500 ribu orang warga asing di Sabah dan Sarawak yang ader surat beranak, IC dan paspot antarabangsa Malaysia...

Bukan sikit.... analisa nih ketepatan dier cuma 80% jer... sebab banyak benda yang dah dikaburkan dan ditutup loopholenyer oleh JPN.... Semuanya atas arahan dan kepala bangang si Mahathir Mohamed tue.... Agensi dah kasi laporan lama dulu... menerangkan risiko yang bakal ditanggung jika berlaku sesuatu insiden.... tapi aper yang agensi dapat .... pegawai agensi dapat caci maki dan ugutan dari JPM termasuklah dari MKN jugak....

Macam haram jer kan.... celaka punya Mahathir Mohamed.... pasai dier la anggota keselamatan ader yang cedera dan meninggal dunia dalam insiden pencerobohan warga asing di Sabah..... dan pada gua.... Mahathir Mohamed ini patut didakwa melancarkan perang kepada YDP Agong.... dan dier patut dihukum gantung sampai mati....

Itu sahaja yang selayaknyer hukuman buat Mahathir Mohamed nih....

UPDATE 10.00 am : Bukan Mahathir Mohamed sahaja yang patut kena hukuman mati mandatori tetapi Aziz Shamsuddin dan beberapa orang lagi (ada masa nanti gua dapatkan senarai nama mereka yang patut dihukum mati atas menderhaka in). Semua mereka ini membelot dan melancarkan perang kepada YDP Agong.

by the way.... gua dah ader kat KL (sampai lewat malam tadi)... skrang tengah tunggu arahan untuk ke Sarawak atau Sabah pulak.


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kerajaan membuat kajian mendalam berhubung insiden pencerobohan militan di Lahad Datu yang mengorbankan lapan anggota polis sehingga kini.

Bekas perdana menteri berkata kajian itu perlu bagi mengenal pasti bagaimana pencerobohan boleh berlaku termasuk kelemahan negara sehingga berlaku insiden itu.

"Kajian ini juga penting bagi menentukan sama ada kerajaan perlu menambah perbelanjaan untuk pertahanan termasuk membeli peralatan perang dan senjata untuk menangani serangan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pandangan pada Forum Strategik bertajuk 'Masa Depan Bangsa Malaysia' di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata hasil kajian itu nanti akan membantu kerajaan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan Lahad Datu memandangkan pantai di Sabah berliku-liku dan mudah diceroboh pihak tertentu dari negara jiran, misalnya Filipina.

Beliau juga percaya kerajaan memiliki wang secukupnya untuk menambah perbelanjaan untuk pertahanan, termasuk meningkatkan bilangan anggota pasukan keselamatan, untuk menangani insiden pencerobohan sebab mendapat hasil yang banyak menerusi syarikat tempatan yang membuat keuntungan besar.

Ops Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebelum ini berkongsi pendapat dengan Dr Mahathir apabila dilaporkan berkata kerajaan perlu membuat kajian terperinci tentang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Terdahulu dalam ucapannya pada forum itu, Dr Mahathir berkata kerajaan hanya memperuntukkan lima peratus dalam Belanjawan tahunan untuk pertahanan, manakala 25 peratus untuk pendidikan kerana menganggap pendidikan menentukan masa depan rakyat di negara ini - SUMBER

16 January 2013

#RCI : 20 Tahun Terlewat

Bhai.... citer pasai #RCI.... Suruhanjaya Siasatan Diraja isu kes pemberian Kad Pengenalan dan taraf warganegara di Sabah memang gua malas nak layan.. sebab aper... sebab dah 20 tahun terlewat... Kerana 20 tahun lewat nih... banyak bukti sudah hilang... saksi pon ramai yang dah mati....

Itu belum masuk lagi berapa banyak dah disonglap hasil dari bawak warga asing jadi warganegara.... dan kasi undi serta menang pilihanraya... Kerana menang pilihanraya tue plak... berapa banyak keputusan (sabit pasai dah dapat undi majoriti) yang menguntungkan pihak-pihak tertentu...

Berapa banyak plak dasar dan polisi macam nakharom yang dah BN buat.... berapa banyak kerja bangang dan merosakkan negara yang dah terbuat selama 20 tahun nih.... berapa billion atau trillion yang dah jadi milik peribadi....

Sebab itu pada gua.... #RCI nih... sudah 20 tahun terlewat... buang masa jer... tak payah la nak buat-buat siasatan... buang duit jer... memang dah terbukti pon... walaupun takder #RCI .... semua orang Sabah tau pasai nih...

Tapi still BN berkuasa.... macam sekarang nih... buat #RCI tue semua berlakon jer.... cuma nak bagi nampak BN nih bersih dan telus... pastu PRU13 ... macam nakharom ejast undi... dan menang lagi BN dalam PRU.... ala... selagi mana SPR dibawah kuasa BN.... dan SPR memang ikut telunjuk BN... mimpi la PR nak menang....

Dalam laporan yang Cawangan Khas dah sediakan untuk rujukan Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri serta Kabinet... dah ader citer pasai nih... citer pasai peratusan BN akan menang... dan macam mana strategi nak menang... berapa kuat sentimen yang ader... hahaha... cuma nak atau tak nak jer... hahaha...

Itu sebab... #RCI nih dah 20 tahun terlewat..... hampeh....


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1