Bhai/DeeDee sekalian...
Sikap terlalu mengambilkira keuntungan berbanding dengan risiko keselamatan negara aderlah punca kepada semua pernasalahan yang berlaku pasca kes rompak dan bunuh di Ambank USJ...
Majikan yang mementingkan keuntungan... Akan cuba mencari ruang dan peluang untuk mengelak daripada mengeluarkan kos yang tinggi... Malah dek kerana nak kejar untung... Mereka sanggup terbabit sama melakukan jenayah...
Jenayah yang pada mata lu orang mungkin kecik... Tapi pada gua itulah jenayah paling celaka... Jenayah dimana menggunakan pengawal keselamatan yang tidak disemak sepenuhnya latar belakang...
Yer betul... Mangsa aderlah seorang pegawai biasa... Orang biasa... Bukannya saudara mara golongan Dewa @ Kerabat Merabat... Mangsa jugak bukan saudara mara golongan VVIP... Pasai tue la seboleh-bolehnya ader sajer pihak yang nak cover-up citer nih...
Cuba kalu yang kena tue ader kaitan sedara mara dengan golongan VVIP atau para Dewa... Mestilah akan kecoh punya ...
Semuanya berpunca dari satu perkara jer... Bila pihak yang berwajib pandang ringan isu keselamatan nih... Bagaimana IC Palsu boleh ader berlambak di pasaran... Bagaimana IC Palsu tue punya watermark (fingerprinting) sama macam yang dibekalkan oleh Iris Technology Sdn Bhd kepada KDN dan MyEG...
Bagaimana ader pulak data dalam kad bercip tue yang membolehkan pemilik IC palsu tue membuka akaun bank tempatan... Bagaimana lemahnyer sistem biometrics verification pada MyKad tue...
Dan bagaimana khianatnyer pihak-pihak di KDN sampaikan pemilik IC Palsu nih boleh plak berbondong-bondong ader lesen senjata api... Walhal kalu rakyat biasa nak mohon lesen senjata api punya la susah... Gua percaya mesti ader hulur, rasuah dan tumbuk rusuk berlaku dalam kes nih...
Inilah jenayah paling celaka yang bukan sajer menyebabkan mangsa di Ambank tersebut mati.. Tapi rakyat keseluruhannya hilang kepercayaan terhadap institusi kawalan keselamatan nih... Malah lebih ramai orang hari ini memandang serong kepada semua kakitangan kawalan keselamatan...
Ini semua kerana yang atas nak lepas dan untung.... Yang bawah pulak yang merana...
Kerana sorang dua yang tamak... ramai kakitangan keselamatan yang jujur dan sah menjadi manga... Syarikat dibatalkan lesen operasi... Mereka dibuang kerja... Bagaimana pula nasib anak dan isteri serta keluarga kakitangan keselamatan yang sah nih... Kesian pada mereka...
Yang boleh bergelak gulintang... Aderlah para majikan... Enjoy macam takder masalah... Yang kena syarikat dan kakitangan syarikat... Gua daripada awal lagi hanya mencadangkan lesen operasi digantung sahaja sementara siasatan dilakukan... Bukan sampai dibatalkan..
Aper plak jadi dengan kakitangan KDN dan JPN yang terlibat dalam sindiket yang melepaskan warga asing boleh mendapat IC Palsu dan jugak lesen senjata api... Takkan tak kena tindakan kot...
Yang pasti... Semuanya berpunca dari rasuah dan kuasa... Kalu tidak camana Projek IC nih nak jalan... Silap-Silap suspek kes di Ambank itu hari berpeluang mengundi pada PRU13.... Pergh...
P/S: Orang Pro-BN tuduh gua penyokong tegar PR... orang Pro-PR plak tuduh gua penyokong tegar BN.... Hahahaha... Lawak la lu orang nih...