Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kenyataan Media. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Media. Show all posts

28 October 2013

Takkanlah Hanya Dua Wartawan Sahaja Yang Tahu?

Bhai/DeeDee sekalian...

Something fishy here.... Tadi ader orang pastekan link suruh gua semak kat Harian Metro... bagitau yang Zahid Hamidi dah namakan syarikat kawalan keselamatan tue....  Katanyer nama syarikat tue aderlah Prima Sekuriti...

Hasil semakan gua ngan macam-macam media lain..... pelik... takder plak citer nih... cuma ader kat Harian Metro jer..... biler gua semak kat BERNAMA.... ader tulis benda camtue... tapi artikel tabley nak baca.... Errr... lagi peliknyer... dalam main page ader tertulis... tapi biler semak senarai berita penuh... takder plak berita nih... magik betul lar....

Persoalan gua aaa.... takkan la dalam banyak-banyak media kat Malaysia nih... yang gua tau semua akan berkejaran nak dapatkan story terbaek daripada Menteri.... dan biasanyer dimana ader Menteri... disitulah berpuluh wartawan akan ader.... hahaha.... Gua tau benda nih.... sebab gua biasa join diorang gak.... Hahahaha .... takkan la cuma ader dua wartawan jer yang dapat berita sehebat nih dari mulut Zahid Hamidi...

Wartawan yang lain pekak ker sampai tak dengar aper citer dari Zahid Hamidi..... takkan la kot... Atau... hanya dua wartawan nih jer dijemput dalam temuramah dengan Zahid Hamidi..... hahahaha....  kesian la kat Utusan Malaysia dan Kosmo... diorang tak dapat scoop citer nih.... Aiyo.... Aiyo...

Tapi pelik gak gua,.... macam mana citer tentang 1000 kemasukan pembantu rumah Kemboja akan masuk ke negara nih setiap bulan yang Zahid Hamidi cakap ader plak dalam semua media..... pergh.... betul-betul lar memang ekslusif lar.... Hahahaha ....

Even MalaysiaKini, Mstar Online dan TheMalaysianInsider pon tak dapat scoop ini berita.... walaupun diorang memang cukup terkenal dok berkejar hurung Zahid Hamidi setiap kali ader peluang....

Pening aaa...... Story nih lagi pening.... dan gua tak tau penamatnyer camana.... hahaha









By the way..... KDN takder pon keluarkan kenyataan media rasmi yang mengumumkan nama syarikat kawalan keselamatan yang terbabit pon.... Kalu setakat cakap dari Menteri (Ahli Politik) nih... selalunyer nanti dier akan salahkan media konon putar belitkan dier punya citer.... Aper daaa...

Aiyo camana nih.... takkan susah sangat kot KDN nak keluarkan kenyataan media rasmi...... Aiyo....

Ader Lu Nampak Kenyataan Media Rasmi Tak?

Bhai/DeeDee....

Hehehehe...... Gua masih stick kepada statement gua yang asal..... kalu lu orang biasa baca blog gua... gua jarang sekali akan mengendur .... tambah plak menarik balik statement gua..... sebabnyer...

Sebabnyer..... setakat sampai ke hari ini.... gua takder nampak pon mana-mana kenyataan media rasmi daripada syarikat Securiforce Sdn Bhd berkenaan kes nih..... KDN pun tak keluarkan kenyataan media rasmi... setakat Ketua Pengarahnyer jer bagi komen kepada media....

Kalu ikut stendet kenyataan media... agak kureng tepat tue...

Selagi KDN tak keluarkan kenyataan media rasmi yang menyebut nama syarikat kawalan keselamatan yang terlibat..... selagi itu gua stick kepada kenyataan gua yang sebelum nih.... Sebab gua ader maklumat yang tepat....

Nak jadi best lagi.... Baju seragam pegawai keselamatan Kawalan Prima Sdn Bhd bukankah berwarna biru atau kelabu... sori... gua tak tau nak klasifikasikan warna baju tue warna aper.... Tapi .... suspek pada kes rompak dan bunuh di Ambank USJ tue memakai pakaian seragam warna putih dan berjeket hitam (gelap) masa kejadian tue berlaku...

So.... aderkah lu orang pasti suspek tue bekerja dengan Kawalan Prima Sdn Bhd.... Lagipon syarikat Kawalan Prima Sdn Bhd sampai ke hari ini masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan media secara rasmi..... semuanya senyap.....

Gua takder hal nak buat permohonan maaf.... tapi kena tunggu KDN keluarkan kenyataaan media rasmi la bagitau nama syarikat yang terlibat....

Hahahaha...... so ader paham ka???


Ader beberapa gambor tue suspek nih tengah tunjukkan dier sedang layan gym.... Yang best tue ... Dapat dikenalpasti yang dier guna gym Fitness First kat Empire Subang Jaya... Banyak duit dier nak layan gym nih... Besar betul gaji pengawal keselamatan aaaa..

28 March 2013

Buat Perangai Lagi

Bhai... gua sebenarnya maleh nak layan "mangkuk" sorang nih.... bukan aper... sebab dah banyak kali dah statement yang dier keluar sebenarnya menjadi pemangkin untuk mengurangkan sokongan rakyat anti-BN .... pelik aaa... gua perasan pelaq dier nih sejak dari 2008 lagi.... dah banyak kali...

Pelaq dier nih banyak kepada macam tabur duri kat jalan untuk nak jatuhkan BN... tak paham gua.... daripada isu Kerajaan Perpaduan yang dipelopori idea olehnya... sampailah kepada yang terbaru nih pasai jawatan PM dan pembahagian kerusi... "mangfkuk" nih biasa kalu cakap depan ahli parti ... dier citer lain... waktu muktamar plak dier citer lain... dan kalu depan geng-geng parti gabungan.. dier akan story lain.... pening aaa "mangkuk" nih...

Pelik... benda yang dah disepakati pon dier boleh lagi main tarik-tarik tali..... sori aaa.. gua tau ramai penyokong dan pengkagum dier baca blog gua.... tapi pada gua... mana-mana orang yang "cuba" mendajaikan usaha rakyat marhaen untuk menghumbankan BN.... serta "cuba" menyelamatkan dan memberikan oksigen kepada BN..... memang aderlah "mangkuk" yang tabley pakai skali... walau siapa pon dier.... gua tak kira....

Tak kisah la orang itu aderlah Karpal Singh ker.. Lim Kit Siang ker... Khalid Ibrahim ker... Anwar Ibrahim ker ... Azmin Ali ker.... Saifuddin Nasution ker... Nik Aziz ker... Hadi Awang ker.... Harun Din ker... Nasharuddin Mat Isa ker.... Harun Taib ker.... Ismail Kamus ker....  Lim Guan Eng ker....  Nurul Izzah ker...

Pada gua kalu "lu" menjadi batu penghalang untuk menghumbankan BN.... dan siap lagi menolong untuk menyelamatkan BN.... "lu" memang wajar di kutuk tahap dewa kayangan Jalan Duta....

Pelaq "mangkuk" sorang nih lu boleh baca kat bawah nih....


Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan parti itu seolah-olah ‘merestui’ keputusan nekad Pas Bagan Serai untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai yang diperuntukkan kepada PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Bayangan itu disuarakan Presiden Pas sewaktu menyampaikan ucapan di hadapan lebih 300 penyokong Pas cawangan Parit Haji Taib, petang semalam apabila menuntut ahli-ahli Pas mempertahankan sejarah parti itu bertanding di Parlimen Bagan Serai sejak dahulu lagi.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi turut menekankan kerusi Bagan Serai merupakan kerusi Parlimen pertama dimenangi Pas pada tahun 1955, di mana kerusi itu pada asalnya dikenali sebagai Kerian Darat.

“Bagan Serai merupakan kerusi parlimen pertama dimenangi Pas pada tahun 1955.

“Justeru, saya berharap supaya ahli-ahli Pas mempertahankan sejarah kita di sini. Dengan melihat ramai generasi anak muda baru berketrampilan (menyertai Pas), ia jelas menunjukkan Pas mempunyai (pemimpin) pelapis untuk meneruskan perjuangan parti,” katanya ketika berucap merasmikan Unit Peti Undi Parit Haji Taib 1 dan 2 di sini, Ahad lalu.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain, Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan, Adun Gunung Semanggol, Ramli Tusin dan Adun Selinsing, Husin Din.

Bagaimanapun, nada berbeza disampaikan Abdul Hadi sewaktu ditemui Sinar Harian bagi mendapatkan penjelasan mengenai status tuntutan kerusi Parlimen Bagan Serai oleh Pas kawasan Bagan Serai apabila menegaskan segala keputusan hanya didedahkan pada hari penamaan calon.

“Segala keputusan akan dibuat dalam Majlis Presiden PR. Kita tunggu penamaan calon (setelah parlimen terbubar),” katanya.

Abdul Hadi turut menafikan kehadirannya pada mesyuarat tertutup Pas Kawasan Bagan Serai bertujuan mencari penyelesaian berhubung isu tuntutan kerusi Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu.

“Tiada (perbincangan). Hanya sekadar lawatan turun padang semata-mata,” katanya.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1