Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

28 March 2013

Buat Perangai Lagi

Bhai... gua sebenarnya maleh nak layan "mangkuk" sorang nih.... bukan aper... sebab dah banyak kali dah statement yang dier keluar sebenarnya menjadi pemangkin untuk mengurangkan sokongan rakyat anti-BN .... pelik aaa... gua perasan pelaq dier nih sejak dari 2008 lagi.... dah banyak kali...

Pelaq dier nih banyak kepada macam tabur duri kat jalan untuk nak jatuhkan BN... tak paham gua.... daripada isu Kerajaan Perpaduan yang dipelopori idea olehnya... sampailah kepada yang terbaru nih pasai jawatan PM dan pembahagian kerusi... "mangfkuk" nih biasa kalu cakap depan ahli parti ... dier citer lain... waktu muktamar plak dier citer lain... dan kalu depan geng-geng parti gabungan.. dier akan story lain.... pening aaa "mangkuk" nih...

Pelik... benda yang dah disepakati pon dier boleh lagi main tarik-tarik tali..... sori aaa.. gua tau ramai penyokong dan pengkagum dier baca blog gua.... tapi pada gua... mana-mana orang yang "cuba" mendajaikan usaha rakyat marhaen untuk menghumbankan BN.... serta "cuba" menyelamatkan dan memberikan oksigen kepada BN..... memang aderlah "mangkuk" yang tabley pakai skali... walau siapa pon dier.... gua tak kira....

Tak kisah la orang itu aderlah Karpal Singh ker.. Lim Kit Siang ker... Khalid Ibrahim ker... Anwar Ibrahim ker ... Azmin Ali ker.... Saifuddin Nasution ker... Nik Aziz ker... Hadi Awang ker.... Harun Din ker... Nasharuddin Mat Isa ker.... Harun Taib ker.... Ismail Kamus ker....  Lim Guan Eng ker....  Nurul Izzah ker...

Pada gua kalu "lu" menjadi batu penghalang untuk menghumbankan BN.... dan siap lagi menolong untuk menyelamatkan BN.... "lu" memang wajar di kutuk tahap dewa kayangan Jalan Duta....

Pelaq "mangkuk" sorang nih lu boleh baca kat bawah nih....


Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan parti itu seolah-olah ‘merestui’ keputusan nekad Pas Bagan Serai untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai yang diperuntukkan kepada PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Bayangan itu disuarakan Presiden Pas sewaktu menyampaikan ucapan di hadapan lebih 300 penyokong Pas cawangan Parit Haji Taib, petang semalam apabila menuntut ahli-ahli Pas mempertahankan sejarah parti itu bertanding di Parlimen Bagan Serai sejak dahulu lagi.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi turut menekankan kerusi Bagan Serai merupakan kerusi Parlimen pertama dimenangi Pas pada tahun 1955, di mana kerusi itu pada asalnya dikenali sebagai Kerian Darat.

“Bagan Serai merupakan kerusi parlimen pertama dimenangi Pas pada tahun 1955.

“Justeru, saya berharap supaya ahli-ahli Pas mempertahankan sejarah kita di sini. Dengan melihat ramai generasi anak muda baru berketrampilan (menyertai Pas), ia jelas menunjukkan Pas mempunyai (pemimpin) pelapis untuk meneruskan perjuangan parti,” katanya ketika berucap merasmikan Unit Peti Undi Parit Haji Taib 1 dan 2 di sini, Ahad lalu.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain, Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan, Adun Gunung Semanggol, Ramli Tusin dan Adun Selinsing, Husin Din.

Bagaimanapun, nada berbeza disampaikan Abdul Hadi sewaktu ditemui Sinar Harian bagi mendapatkan penjelasan mengenai status tuntutan kerusi Parlimen Bagan Serai oleh Pas kawasan Bagan Serai apabila menegaskan segala keputusan hanya didedahkan pada hari penamaan calon.

“Segala keputusan akan dibuat dalam Majlis Presiden PR. Kita tunggu penamaan calon (setelah parlimen terbubar),” katanya.

Abdul Hadi turut menafikan kehadirannya pada mesyuarat tertutup Pas Kawasan Bagan Serai bertujuan mencari penyelesaian berhubung isu tuntutan kerusi Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu.

“Tiada (perbincangan). Hanya sekadar lawatan turun padang semata-mata,” katanya.

5 comments:

  1. tak selesai lagi isu bagan serai ni. adoiii...

    ReplyDelete
  2. lagi satu tuan di kedah nampak sangat ada mangkuk-mangkuk yang menentang ustz azizan terang-terangan macam dajjal umno-apco ! kalu nak komen ka ,tuntut ka apa ka takbley ka dalam ruang lingkop parti islam dari dok salak dalam paper macam anjing,sori tuan saya geram kat mangkuk-mangkuk ayun ni semua macam bagi peluru pada parti sekutu apco saja ! nampak sangat depa ni macam barua umno dah la ada jawatan dalam parti tapi ngaku ahli parti islam konon,buat kerja barua ,ABU jangan lupa !

    ReplyDelete

  3. Memang orang kampung dah lama tau KEBANGSA[T] mamat ni mmg cukup kuat mcm si Bro Azmi APA-Lan&^% tu mamat sekor ni..BANGSA SGT DENGAN BANGSA[t} nya dari AGAMA..

    babtu la dia nak sangat UG berlaku..

    LAGI MAU COVER UP...!!!!

    BABTU LA GANU DAPAT JAGA SEP[ENGGAL JER..

    MAKCIK WA KAT KKOLA BERANG SANA TU PUNG NAIK NYAMPAH GAN GANG-GANG MAMAT NI.. RAMAI DAH TUKAU BAJU MASA ZAMAN DOWANG PERINTAH GANU DULU DISEBABKAN "HASAD DENGKI" & "REVENGE" YG ADA DIHATI PENGANUT TEGAR PAS GANU TU..

    PHUIIIIIIIIIIIIIIII!!!!/... SIAP ADA CAKAP LAGI TERUK DARI KEBANGSATAN BN BRO...

    KUIKUIKUIKUI...

    APA-APA_Lan pun bn MUST GO DOWN!!!

    ReplyDelete
  4. Setuju kita vs UmNo bukan sebab setuju 100% apa yg orang atas, orang bawah dlm PAS buat. TGHH ker mana ulamak pun kalu kacau visi, misi, objektif yang praktikal, effisien, dia kita cantas gak. Step by step kita leh tumbangkan U-BN, sistem yg failed big time tu. Now is the time.

    Strategi kena betui walau pun akan ada konflik of interest antara PAS, PKR, DAP..tu tolak tepi dulu. Kawtim apa patut. Janji UmNo kalah besar kali ni.

    Kita bukan bodoh punya olang macam tu celaka punya olang atas ada ingat kita. Kita punya suka la nak pilih & menangkan sapa nak kalahkan sapa!

    People power.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja