Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Warga Asing. Show all posts
Showing posts with label Warga Asing. Show all posts

02 September 2024

Statistik Masuk Ada, Statistik Keluar Pula Tiada?

Bhai/DeeDee semua....

Dulu ,,, satu masa dulu...  Anwar Ibrahim dan geng-geng dier la paling juara dalam isu kononnya ada puak yang masukkan pendatang asing dan berikan kat pengenalan..... La nih.... mana pergi suara tue semua,.,, Sejak jadi Kerajaan... benda nih sudah tak jadi isu lagi ka??? 

Hahaha...



07 February 2024

Pelaburan Berbilion Ini Sebenarnya Untuk Siapa?

Bhai/DeeDee semua,,,

Pelaburan berbilion ini sebenarnya untuk siapa?

Nampak macam kecelaruan polisi dan perancangan… adoilah… 90% pendapatan @ gaji warga asing ini akhirnya dihantar balik kampung mereka. Ekonomi dalam negara tak jugak dapat imbalan dan pertumbuhan. Teori @ formula ekonomi yang gagal sejak 1995. 

Maaf cakaplah…



17 January 2024

Atas Jambatan Pun Jadi

Bhai/DeeDee semua...

Jenuh la jenayah melibatkan warga asing di Malaysia nih... makin hari makin kronik,.. bahaya sungguh la... Huhuhu.... Adoilah.

Kes macam nih... atas jambatan pun jadi... huhuhu

Bahaya Sungguh La

Polis Durjana


18 September 2023

Sokong Cadangan Ini

Bhai/DeeDee semua...

Benda camnie gua sokong,... Benda betul... tak kira la orang parti mana yang cakap... UMNO ka... PAS ka... DAP ka... Pasok Momogun ka .... gua akan sokong..

Kena dahulukan warga negara...

Dari dulu lagi gua selalu bercerita bab nih... Kalu setiap kali kita beli barang di pasaraya ... kita akan gunakan membership card pasaraya tue untuk dapat point.... apa kata kita tukar semua itu menggunakan MyKAD .... 

Bukan setakat dapat point masuk dalam MyKAD ... tapi dari situ kita akan dapat tau yang beli tu sapa...  Sure warga Malaysia.... dan kalu Warga Malaysia... layak dapat subsidi...  yang mana takmo atau takdak nak pakai MyKAD ... itu tak layak untuk subsidi...

Takder susah mana pun... sebab sekarang semua pasaraya pun pakai sistem Membership Card.... takkan la Mydin takder sistem macam itu... Hahaha.... cikai sangat lar kan...

Ketirisan Subsidi barangan dapur nih paling kritikal di Johor terutama dikawasan yang mana warga Singapura dok masuk shopping setiap hari..... Itu kawasan yang kita rugi Subsidi sebenarnya..

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 


Cadangan paling baik


08 June 2023

Malaysia Dihina Pelawak Singapura?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua ader tengok satu video tular “pelawak berdiri” perempuan yang membandingkan Singapura dan Malaysia. Penuh hinaan darinya terhadap Malaysia.

Gua simple je. Kenapa “beliau” mengatakan macam tue. Sebab di Malaysia nih masalah rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah sejak sekian lama…

Bila dinasihat dikatakan dengki… itu masalah utamanya Malaysia. Tak kira la siapa yang memimpin. Yang lama ka yang baru ka. Sama ja.

Kita nak marah kat seorang “pelawak berdiri” tu ka? Sebenarnya tak boleh jugak nak marah dier sorang sebab apa yang dier cakapkan tue sebenarnya ialah apa yang keseluruhan warga Singapura punya persepsi terhadap Malaysia.

Tak kira la warga Singapura ru dari bangsa Cina, India atau Melayu… sama jer perangai dan persepsi merekw terhadap Malaysia.

Jadi… apa yang kita boleh buat?

Kita kena berubah. Kita kena keluar dari kepompong selesa. Kita kena lebih berfikiran terbuka. Keluar dari daerah pemikiran sempit berasaskak kaum dan agama.

Kita sebenarnya sebuah negara kaya. Tapi macam gua bagitau tadi la… Pengurusan negara sejak sekian lama terbelenggu dengan pemikiran yang kolot yang penuh dengan kroni, puak, geng dan sebagainya.

Contoh mudah la… penjanjian air ngan Singapura pun masih guna deal yang lama. Langsung takder anjakan. Adoyai.. jual air mentah 10000 liter pada harga 3 sen… Gila apa..

Situ ja dah cukup menunjukkan betapa lemahnya tadbir urus aset negara.

Belum lagi isu kita benarkan warga Singapura berbondomg-bondong masuk Malaysia setiap hari untuk membeli barangan dapur “bersubsidi” tanpa kawalan pun. Habis subsidi kita hilang ke Singapura.

Patut di Johor, warga Singapura kena beli barang dapur pada harga bukan subsidi… Pembelian di pasaraya mesti menunjukkan MyKad… barulah kita boleh kawal…

Kalu nak dikirakan … subsidi barang dapur paling banyak habis di Johor kepada Warga Singapura… sama la jugak dengan kos petrol bagai.

Untuk kesekian kalinya… Kita perlu ajar sedikit warga Singapore untuk hormat Malaysia. Mana yang ader saman trafik, haramkan saja dari memasuki Malaysia. Kalu dah berada di Malaysia… saman trafik tue kena ikut nilai dalam Dollar Singapore.

Jangan la saman trafik RM300… berapa la sangat duit Singapore…

Kita kena bertegas.

Contoh lagi… Jangan benarkan warga Singapore bawa kenderaan mereka di Malaysia. Mereka wajib kena sewa kenderaan di Malaysia.. semua kenderaan peribadi rakyat Singapore wajar diparking di kawasan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Parkir ini kita bagi kat LTAT kendalikan… at least ader income.

Kita hanya benarkan kenderaan perdagangan jer untuk guna jalan di Malaysia.

Tapi…

Ini semua tak berguna jika rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah di Malaysia tidak dapat ditangani dengan baik dan segera.

Akhir kata… Agensi Risikan Singapura (SID) memang lawak… banyak kali depa kantoi… Your moves always as predicted … Hahahaha

Shalom, Naem meod
Dirgahayu Malaysia.

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



15 March 2023

Ketirisan Paling Kritikal

Bhai/DeeDee semua...

Dah lama dah gua suarakan benda nih... Dah banyak kali gua bawak cerita nih... dan dengan banyak pihak dah gua sampai benda nih.... Tapi itu la...

Pekerja Asing yang berpermit punya la ramai di Malaysia... dan diorang takder langsung sekatan untuk hantar berapa banyak pun pendapatan mereka di Malaysia balik ke kampung halaman dan negara mereka.... Langsung takder limit... nak hantar 100% pon boleh...

Itu yang berpermit... yang masuk secara haram... yang PATI ... sama la boleh hantar seberapa banyak pun... 

Sudah lah mereka hidup di Malaysia nih menggunapakai semua subsidi yang ada... subsidi bahan bakar.. subsidi barang makan.. segala-gala disubsidi... elektrik dan air pun ikut harga rakyat tempatan.... belum lagi naik bas naik teksi atau naik e-hailing.... mereka sama macam rakyat tempatan... satu cukai pon tak dibayar... haramjadah betul...

Itu yang ketirisan banyak dana negara nih... ketirisan paling kritikal... Huhuhuhu

Kerajaan kena amik cakna dan buat tindakan penting... sekat penghantaran keluar duit kita... limitkan penghantaran... kenakan cukai atas penghantaran duit ke luar negara oleh syarikat-syarikat penghantar wang macam Merchant Trade dan sebagainya tue.... kena setkan limit penghantaran ikut nombor paspot bagi setiap bulan...

Bagi syarikat yang menggajikan pekerja asing... kutip terus cukai khas dari gaji pekerja asing tue... Majikan kena bayar automatik masuk dalam tabung khas nih... kenakan denda kepada majikan yang culas dan degil...

Rugi banyak Malaysia


04 January 2023

Pertahankan Hak Warga Asing Pasai Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Bas PJ City ini percuma untuk warganegara Malaysia. Kepada warganegara asing, sila bayar RM0.90.

Kepada puak-puak NGO yang tak puas hati kenapa ader diskriminasi kepada warga asing... cadangan gua simple jer... Sila kerat MyKAD anda sekarang dan publishkan dalam akaun media sosial anda.

Once anda kerat dan publish, anda boleh hilang kewarganegaraan Malaysia. Mohonlah untuk jadi warganegara asing yang korang bising nak backup sangat tu.

Warga Asing Sila Bayar RM0.90


28 December 2022

Masalah Buruh Asing

Bhai/DeeDee semua...

Masalah buruh asing nih.... gua tetap salahkan kepada polisi Kerajaan Malaysia... Benda yang dah berlarutan sejak sekian lama... pada gua ianya start membarah bila masuknya pekerja asing nih dalam industri perkilangan sekitar 1990'an dulu... Sebelum tue tak la kronik sangat sampat terganggu perindustrian kita...

Ader dua perkara utama disini... 

1. Permit... Banyak pekerja @ buruh asing nih masuk bekerja di Malaysia tanpa permit... Semua sebab syarikat nak untung maksima... kalu boleh medical benefits dan sebagainya pun pemilik kilang taknak support... Pekerja mesti dok di asrama yang biasanya dalam kawasan kilang... paspot (kalu ader) kena pegang... dan pekerja diperas dan diperhambakan semaksima yang boleh.

2. Gaji... Bila amik pekerja asing tambah lagi yang takder permit.... apa ada hal kalu gaji kena hold dan sebagainya... pekerja bising kalu... deal jer ngan agensi penguatkuasa secara belakang tabir... time dah nak gaji... kediaman pekerja asing diserbu... yang mana takder permit... kena kutip... gaji burned lar... Hahaha

Itu sebab majikan tak amik pekerja tempatan.... sebab kalu amik pekerja tempatan... bukan setakat kena bayar gaji minima... tapi kalu tak bayar perlindungan medical / insuran / kwsp /socso bagai... memang la senang-senang majikan kena...

Nak selesaikan masalah nih simple jer...

1. Akta sedia ada perlu dipertingkatkan dan denda atau hukuman yang dikenakan perlu di revised ikut rate terbaru.. dan ianya perlulah sampai kepada pengurusan dan level pengarah syarikat... contoh kalu ader berlaku kesalahan ... semua director (pengarah) eksekutif atau bukan eksekutif pun patut kena tindakan juga.... kalu boleh sabitkan sampai ke pemegang saham utama pun lagilah baik..

2. Pemantauan berkala dan random perlu dibuat setiap masa.... contoh... kalu kawasan kilang tu di Rawang.... Team serbuan / pemantauan dari Melaka di gerakkan dan digunakan... tabley dari kawasan yang sama... nanti bocor dan ader kawtim..

3. Kurangkan pergantungan kepada pekerja asing... setkan satu tahap sekitar 40% kakitangan jer boleh amik pekerja asing.... tabley lebih... kena amik pekerja tempatan 60%.

Amacam ... ada brani???

Mogok Pekerja Kilang Warga Asing


25 December 2022

Terserlah Kebodohan Salahuddin Ayub

Bhai/DeeDee semua...

Masa jadi pembangkang.... ternampak bijak... tapi bila jadi Kerajaan... secara otomatik bodoh wal bangang... Adoilah Salahuddin Ayub ooi.... payah... payah...

Dulu gua pernah tulis berkenaan cara nak kawal subsidi minyak petrol dari disalahgunakan sama ada oleh warga asing atau kumpulan bukan sasaran subsidi... Benda simple jer... tak perlu pon macam cadangan bangang Menteri Salahuddin Ayub macam dibawah nih...


Cara yang gua pernah sarankan jauh lebih baik dan teratur dari apa yang Salahuddin Ayub cadang nak implementasikan.... 

Camnie...

Kita manfaatkan la MyKAD yang semua warganegara Malaysia dah ader..... Kan MyKAD tue ader banyak fungsi yang kita boleh praktikkan... ader Cip padanya...

So.... Caranya adalah dengan memasang sistem lock kat mesin pam minyak tue … untuk akses kepada pam minyak RON95 … kena masukkan MyKAD dan verified thumbprint … baru la warga asing tabley nak akses pam RON95... hanya warganegara jer boleh akses pam RON95 .... setel dah satu masalah...

Lepas tue.... Kita setkan pada semua MyKAD access... cuma limitkan pembelian pada 500 liter petrol RON95 yang bersubsidi sebulan ... kalu sesiapa beli lebih dari tue... automatik harga akan ikut harga tanpa subsidi...  benda simple jer... boleh diprogramkan pada MyKAD dan pada mesin lock serta pada pam minyak petrol...

Senang nak pantau... contoh... kalu ader yang abuse gunakan MyKAD orang lain... dan orang lain tue pulak takder kenderaan bermotor yang didaftarkan atas nama dier yang gunakan minyak lebih dari 500 liter sebulan... secara otomatik orang itu melakukan satu kesalahan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974) ... dan boleh dikenakan denda penalti.

Kan senang nak kawal subsidi... tak perlu pon ikut jenis CC kenderaan dan sebagainya.... buat susah jer.... setkan secara otomatik pada MyKAD...

Nak pasang alat mesin lock nih pun bukannya mahal... dalam sekitar RM350 jer.... based on IoT.

Tapi kan.... idea macam nih mana depa nak dengar dan implementasikan... lebih dengar idea bangang dari puak-puak Bangsa Slurpp jer.... hahahaha .... kan kan kan...

04 August 2022

Sedih, Kecewa, Murung Boleh Membawa Padah

Bhai/DeeDee semua...

Semua masalah boleh diselesaikan. Berbincanglah. Berhubunglah. Carilah rakan taulan atau sesiapa yang boleh membantu. InsyaAllah semua ada jalan penyelesaiannya. Sedih, Kecewa, Murung semua nih boleh membawa padah... Bahaya.

Jangan ambil tindakan drastik yang membahayakan nyawa.

Campak anak dari jejambat Balu bergantung ihsan aktivis, rakan

#bunuhdiri #kesihatanmental #psikologi #trauma #kesihatan #CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com 
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

 

03 April 2022

Satu Penyelesaian Mudah dan Murah Untuk Sistem Subsidi RON95

Bhai/DeeDee semua...

Warga asing yang didapati menyalahgunakan subsidi minyak RON95 sewajarnya kita tangkap, dakwa dan hukum. Mereka ini berdepan dengan denda sebanyak RM1 juta dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mengikut 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 Akta Kawalan Bekalan 1961 jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Layan video ini untuk tahu apa penyelesaian mudah dan murah yang gua cadangkan itu.

Warga Singapura Salahguna Subsidi Minyak Berdepan Denda RM1 Juta

#Singapura #SubsidiMinyak #RON95 #Salahguna #Denda #AktaKawalanBekalan #WargaSingapura #Abuse #CipanTapirTenuk #SocialCritics

22 December 2021

Tan Sri Celaka

Bhai/DeeDee semua...

Jenis perangai macam Tan Sri celaka nih ramai sebenarnya.... Macam celaka jer... tambah yang berpangkat besar dan ader kabel bagai.... 

Bukan setakat pekerja warga asing ja kena... tapi pekerja warga tempatan pon sama kena... 

Bab bangsat dan celaka macam nih... semua bangsa ader.. Tan Sri Melayu, Tan Sri Cina, Tan Sri India.... Tan Sri Benggali pon ader perangai macam ni...

Itu belum lagi bab merogol atau melakukan kelucahan melampau terhadap pembantu rumah... Ala banyak kes yang disenyapkan dengan dibayar duit... tapi ader yang siap panggil polis konon pembantu rumah mencuri ..... semata-mata nak senyapkan kes rogol dan sebagainya itu..

Bab mintak Polis cover-up tu kita dah biasa dengar selama nih...

Baa Beek sungguh lar...



04 May 2021

Nak Jadi Samseng Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Semalam tular satu video pendek berdurasi 1 minit 53 saat di Youtube yang menunjukkan satu kegiatan samseng yang dilakukan oleh Yusof Azmi dan rakan-rakannya yang membelasah seorang warga asing berbangsa Bangladesh disebuah kaki lima kawasan perniagaan.

Dan hari ni telah dapat berita yang PDRM telah amik tindakan menangkap semua pelaku termasuk ketuanya iaitu Yusof Azmi untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Gua cukup bersetuju dengan tindakan PDRM nih... tak perlu tunggu ada laporan daripada rakyat atau mangsa... ader sahaja yang viral teruslah amik tindakan... Ini penting.. sebab kalu tak dibendung awal... maka ianya akan menjadi lebih kronik.

Samseng taik kucing macam Yusof Azmi nih tak boleh dibiarkan bermaharajalela sebab ianya akan menjadikan keadaan tidak terkawal. Mamat Yusof Azmi nih bukan sajer buat kerja gangster tapi juga kutip wang perlindungan...


26 November 2013

KDN : Idea Cari Duit Baru

Bhai/DeeDee sekalian...

Terbaek la idea dari Zahid Hamidi nih.... Ala... Dier nih yang tabley nak bagi jawapan pasai aper berlaku kecuaian tugas dalam KDN sehinggakan tapisan keselamatan bagi pengawal bersenjata yang mendapat lesen senjata api boleh terlepas kepada tangan warga asing....

La nih.... hanya kerana isu pendatang asing yang ader MyKad..... yang takder satu pon tindakan tuntas dan audit kepada kecuaian KDN..... terus plak Zahid Hamidi cadangkan agar KDN mengenakan caj dan denda terhadap sesiapa yang hilang kad pengenalan MyKad....

Walhal.... hampir 80% orang yang hilang kad pengenalan MyKad aderlah disebabkan jenayah ragut dan samun...... yang semuanya patut ditangani dengan berkesan oleh PDRM yang dok bawah KDN.... dimana KDN nih dikuasai oleh Zahid Hamidi.....

Aper ker jadahnyer mangsa-mangsa nih akan kena denda yang diorang tak buat... tak pasai-pasai jer.....

Ini semya kerana idea cari duit baru.... terbaek la.... Semua kerana duit..... macam cilaka jer.... Kalu jenayah ragut dan samun takder berlaku... atau kurang berlaku.... maka tak ramai la yang akan hilang kad pengenalan MyKad.....  cuba lihat zaman dahulu... sekitar tahun 70'an.... ader berapa banyakkan jenayah ragut dan samun.... tak banyak la bhai.....

Sebab itu la orang dulu-dulu jarang sangat hilang kad pengenalan...... sebab masa tue PDRM buat kerja sungguh-sungguh dan orang politik jarang campur tangan kacau kerja polis..... La nih... anggota polis banyak plak buat kerja berkaitan politik..... semua kerana nak selamatkan UMNO yang dah tak releven lagie tue..... hahahaha ... hampeh....

SUMBER

31 October 2013

Sudah Jadi Trend La...

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper nak jadi aaa... Makin hari makin takut orang dah nih... Aper tindakan KDN... Hahaha .. Bikin gempak boleh aaa kata lesen operasi kena gantung la... Tapi itu semua sembang gempak jer...

Nih dalam kes kat bawah nih...  Ader chan la kiter semua akan dengar gempak konon KDN akan batalkan lesen operasi syarikat kawalan keselamatan nih serta merta...

Blah la... Tapisan keselamatan boleh bolos lagi mau sembang deras KDN nih... Mana itu Menteri Tiga Line tue... Itu Zahid Hamidi ... Aper citer nih...

Aper daa...


30 October 2013

Dalang Bekalkan IC Palsu Dibongkar... Menteri? Pegawai JPN?

Bhai/DeeDee sekalian...

Pembuatan Kad Pengenalan bercip 64k (MyKad) bukan dibuat dan dibekalkan oleh lima enam syarikat lar.... Setakat yang gua dimaklumkan... cuma ader satu syarikat jer yang terlibat... Iris Technology Sdn Bhd....  Dan cip pada kad tersebut khabarnya disediakan oleh GEMPLUS (yang nih cuba lu orang tolong sama siasat aaa)...


Persoalannyer sekarang ialah...

Kenapa IC Palsu dan IC Sah samer jer kualiti dan pembekalannya....  Semacam ader orang yang jual blank card (kad bercip kosong) kepada sindiket IC Palsu nih....  Aderkah ader pihak dalam Iris Technology yang terlibat menjual dan membekalkan kad bercip kosong (blank cip) nih kepada sindiket... ataupun memang ader production batch khas untuk sindiket nih....

Aderkah ianya sebenarnya bukan IC Palsu.... tapi ianya aderlah sebahagian daripada Projek IC yang mana data-data yang ada didalam cip MyKAD tersebut telahpon difabrikasikan....

Ader dua senario yang gua dapat semak ...

1. Kad bercip lengkap dengan data yang difabrikasikan (data biometrik) tapi tiada data link-up (tidak tally) dengan sistem di JPN (iaitu tiada data kelahiran dan sebagainya)

2. Kad bercip lengkap dengan data yang difabrikasikan (data biometrik) tapi ada data link-up (tally) dengan sistem di JPN... (iaitu ada data kelahiran dan sebagainya)

Kedua-dua kes senario nih boleh lu semak ada pada semua warga asing yang memiliki kad pengenalan MyKAD Malaysia... Aderkah ini menunjukkan bahawa sindiket tersebut menjangkau sampai terlalu ramai yang terlibat (dalam JPN)..

Masa gua bertugas di Ops Alpha Two-Zero di Cagayan De Oro... ramai warga Filipinia berbangsa Sulu siap berbangga dengan menunjukkan mereka ader MyKAD Malaysia beserta dengan Paspot Antarabangsa Malaysia..... Fuh.... teruk betul lah khianatnya pihak tertentu nih sampai menggadai keselamatan negara...

Bhai... kalu ikut undang-undang ... hukuman yang patut dikenakan bagi pihak yang terlibat khianat kepada negara dengan terlibat sindiket menjual identiti kenegaraan nih aderlah hukuman mati mandatori.... Hukuman "treason" aderlah gantung sampai mati.....

Tapi... biasa la... kes perbicaraan Projek IC kat Sabah itu hari pon senyap... malah takder saper pon yang akan dikenakan hukuman menderhaka kepada negara bab isu nih.... Hahahaha

03 September 2013

Ops PATI

Bhai/DeeDee sekalian.

Gua percaya lu orang tau yang mostly pemaju perumahan yang beroperasi di Malaysia nih dipunyai oleh puak-puak yang rajin bersekongkol dengan UMNO.. Malah ramai dikalangan ahli UMNO yang menjadi proksi dalam syarikat pembinaan dan pemaju nih.. Memang ramai ahli UMNO yang jadi kontraktor pembinaan nih...

Pasainyer... Senang nak dapat tanah... Senang guna pengaruh nak dapat tanah komersial pada harga premium yang rendah... Malah dalam banyak kes... Siap dapat tanah kurnia lagi...

Jadi ... Tenaga kerja yang digunakan memanglah dari luar... Kepakaran dari buruh Indon, Bangla, Myanmar dan pelbagai bangsa lagi terlibat dalam industri pembinaan... Jadi .. Untuk untung lebih.. Pemaju perumahan dan kontraktor nih akan gunakan tenaga kerja haram... Pendatang haram... Pasainya tak perlu nak bayar levi... Tak perlu nak kena caruman itu ini... 

Memang jimat... Nak best lagi.. Paspot diorang majikan jaga... Hahaha...  

Lepas tue... Alang-alang takmo nak bayar gaji pekerja... Diorang perdajal dengan buat operasi... Macam Ops PATI nih...

Yang penting gaji tak perlu dibayar... Hahaha... Bijak macam setan betul lar puak-puak nih... Tue lagi siap ader hati nak bawak pekerja Bangla seramai 1.4 juta masuk Malaysia...

Aper nak jadi aaaa... Hahaha

23 August 2013

1.4 Juta Pengundi Warga Bangla Dibawa Masuk Mulai 2014

Bhai/DeeDee sekalian....

Gua terkedu... tak tau nak kata camana lagi.....  rasanyer nih sumer akan jadi bakal pengundi pada PRU14 nanti........ 1.4 juta warga Bangla nih dibawa masuk mulai 2014 ... cayalah... siap bagi IC khas lagie... hahaha

Aper daa... mesti SPR boleh proses diorang nih supaya senang jadi pengundi..... hahahaha


09 August 2013

Suasana Pelik Hari Raya

Bhai/DeeDee sekalian...

Gua ader citer skit nak dikongsikan ... Pengalaman gua solat sunat Hari Raya Eid'ul Fitr..... Satu suasana pelik Hari Raya... Hahaha

Semalam... Setelah usai solat sunat hari raya.... Gua pon bergegas lepak kat pintu utama masjid... Nak cari peluang kot-kot boleh terserempak ngan member-member satu sekolah dulu..

Punya la ramai orang gua salam... Tapi sampai ke sudah... Takder sorang pon member-member sekolah atau orang yang gua kenal yang bersalam dengan gua... Hampeh.. Mana pergi semua orang... Takkan semua beraya kat tempat lain kot..

Kenapa plak ramai jemaah solat hari raya kat sini aderlah orang tua-tua dan warga asing.. Pelik aaa... Sebab ramai yang gua jumpa aderlah orang Indon dan Bangla ... Takkan la member sekolah gua semua sudah beraya di Indon dan Bangla sampaikan bertukar warga Indon dan Bangla plak yang lepak kat sini...

Hebat Malaysia nih... Ini baru betul 1Banglindonsia... Hahahaha

Giler aaaa...

14 May 2013

Ditangkap Setelah Selesai Mengundi

Bhai..... Hahaha... berita nih memang nampak biasa jer pada permulaannyer... tapi kalu lu baca berkali-kali... lu akan nampak citer disebalik cerita.... baca baik-baik aaaa.... Hahaha....  macam mana diorang nih ditangkap setelah selesai mengundi pada PRU13 baru nih...

Itu hari diorang nih diberikan kad pengenalan MyKAD dan diarahkah mengundi BN .... maka diorang nih pon dengan jujurnya mengundi BN la dalam PRU13.... hahaha.... setelah selesai mengundi.... dan BN memang secara tipu dalam PRU13... maka barulah Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara buat operasi susulan...

Diorang tau kat mana tinggalnya warga asing yang dah diberikan kad pengenalan MyKAD nih....  jadi mudah la diorang nak pi serbu.... siap panggil wartawan skali ikut serta.... hahaha... dan tertangkap la mangsa-mangsa nih.... biler ditangkap... diorang pon tunjuk la diorang punya MyKAD... hahaha... aper lagi... terus pegawai JPN tue kata ini MyKAD palsu... walhal dengan MyKAD itulah warga asing nih mengundi BN baru-baru nih.... hahaha

Hahaha.... sempoi betul la agenda diorang nih....  buat operasi sebaik sajer selesai mengundi.... hahaha... yang best tue semua saspek (mangsa) ader MyKAD.... hahaha..... ini betul-betul lakonan.... hahahaha ....  Kalu tidak camana Husni Hanadzlah boleh menang besar..... hahaha


IPOH – Tindakan pendatang tanpa izin warga Indonesia bersembunyi di siling rumah untuk elak diberkas dalam satu serbuan penguatkuasa Imigresen terbongkar apabila terjatuh dari ketinggian empat meter di sebuah rumah di pengkalan di sini, semalam.

Dalam operasi pada jam 2 pagi itu, lelaki berusia 30-an itu terjatuh seperti nangka buruk apabila siling rumah pecah akibat tidak dapat menampung berat badannya.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri, Irwan Zahid berkata, operasi dilakukan membabitkan kediaman, restoran dan kilang sekitar kawasan Batu Gajah, Simpang Pulai, Pengkalan dan Kampung Tawas.

Menurutnya, operasi khas itu membabitkan 34 anggota Imigresen dan lapan anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak bagi menjejaki golongan itu yang bekerja secara haram.

“Lelaki warga Indonesia terbabit ditahan dan hanya mengalami kecederaan ringan dan diberkas bersama tiga rakan lain yang sedang tidur dalam rumah berkenaan.

“Sebelum itu, keempat-empat mereka mempamerkan MyKad kemudian ditahan oleh pegawai JPN selepas didapati MyKad terbabit adalah palsu. Berkemungkinan dibeli dari sindiket tertentu,” katanya.

Selain itu, Irwan berkata, pihaknya turut menahan lima individu di beberapa premis perniagaan di sekitar Simpang Pulai dan Batu Gajah setelah gagal mengemukakan dokumen sah memasuki negara ini.

“Kelima-lima mereka adalah warga Myanmar dan Indonesia dan seramai 71 warga asing diperiksa sepanjang operasi itu.

“Kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di negara ini tanpa pas sah dan ditahan di Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1