Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Samseng. Show all posts
Showing posts with label Samseng. Show all posts

25 July 2023

Sama Geng Pun Gaduh Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Ajer bangang... takkan sesama geng pun gaduh ka?? Adoilah.... Masing-masing kan dalam satu geng... ini masa nak PRN la... boleh pulak bergaduh sesama seniri... 

Hahaha... bangang ...

=================
PERCUMA: Income bulanan sekurang-kurangnya RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Naya je kena sound.. Hahaha




09 July 2023

Air Kotor Di Kelantan (Siri 2)

Bhai/DeeDee semua...

Di Kelantan, oleh kerana sistem pembekalan air yang failed dari AKSB, maka berpusu-pusu orang mengambil keputusan untuk membuat telaga tiub (boreng air).

Sebenarnya ini bukan pilihan yang baik namun kerana terpaksa inilah pilihan yang telah dibuat.

Apa masalahnya dengan telaga tiub yang begitu banyak dan tidak terkawal ini?

Masalahnya ianya akan membuat paras air bawah tanah semakin rendah dan kelompongan ruang air yang ada dibawah tanah akan mendap. Lama kelamaan kawasan sekitar akan turun beberapa inci dari paras biasa. Dan bila ini berlaku… maka paras air laut akan lebih tinggi dari paras tanah dan banjir akan lebih mudah berlaku. Lebih kerap dan lebih kronik.

Inilah yang sebenarnya berlaku di Jakarta. Ibunegara Indonesia.

Apa pilihan yang ada?

Berkaitan : Air Kotor Di Kelantan (Siri 1)

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



Air Kotor Di Kelantan (Siri 1)

Bhai/DeeDee semua...

Dah lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan... bukan satu jangkamasa yang singkat... Kalu ader yang lahir masa PAS mula-mula perintah Kelantan.. sekarang ini rasanya bukan setakat sudah bekerja... taou mungkin sudah ader 3 atau 4 orang anak....

Begitulah lamanya PAS perintah Kelantan...

Tapi... orang cakap... lamanya sesuatu kerajaan negeri itu memerintah bukanlah satu penanda aras berlakunya perubahan dalam pentadbiran, pembangunan dan sosio-ekonomi rakyat..

Bayangkanlah semasa 30 tahun Kerajaan PAS memerintah... apa yang kita disajikan adalah betapa payahnya Kerajaan Negeri memerintah dalam keadaaan dana yang kurang.. ditambah lagi dengan kata bicara kononnya berlaku sekatan dana dari Kerajaan Persekutuan.... Betul... memang ada dana yang tersekat dan tersangkut... tapi itu bukanlah satu alasan yang tepat untuk terus berkeadaan begini..

Kerajaan Negeri yang diterajui PAS yang katanya ramai golongan professional tu sewajarnya dah lama boleh melihat dan mencari jalan untuk menjana dana dari dalam negeri itu sendiri... Contoh paling utama dengan keluasan tanah yang cukup besar dan landai... Kelantan sebenarnya boleh memajukan banyak industri sama ada yang bersaiz kecil dan sederhana sertajuga industri perladangan dan perkebunan.. Malah patutnya dengan guna tenaga yang cekap... industri ruminan juga boleh dilaksanakan secara berkesan.

Tapi yer la.... apa yang boleh diharapkan dengan kepimpian Kerajaan Negeri dan Parti yang susah nak terima pandangan dari sudut professional.. Mereka cuma nampak pada Hutan sahaja... itu sahaja yang mereka nampak untuk mendapatkan hasil untuk negeri... payah kalu dah mentaliti macam tue..

Sedangkan industri perikanan terutamanya laut dalam memang boleh dilaksanakan disana dengan bantuan dan kerjasama Kerajaan Negeri.... dengan memanfaatkan Koperasi Nelayan dengan lebih bersepadu sewajarnya mereka boleh menerajui industri perikanan laut dalam dan juga perikanan secara sangkar.

Itu gua citer dari sudut luar...

Kalu berkenaan dengan Air Kelantan... ini satu perkara yang agak payah nak diselesaikan... Semua sebab sikap dan keras kepala banyak pihak... Kita tahu selama 30 tahun paip-paip air besar milik Air Kelantan tidak dapat ditingkatkan dan dibaik pulih... Hampir 95% paip-paip besar milik Air Kelantan di Kota Bharu tidak dapat diakses untuk dibaik pulih hanya kerana ada binaan-binaan milik persendirian yang telah dibina diatas laluan paip ini... Hampir semua kawasan ROW untuk perkhidmatan Air Kelantan telah digunapakai secara haram oleh pemilik hartanah yang berdekatan...

Kaki lima jalan yang sepatutnya adalah laluan ROW paip Air Kelantan biasanya telah menjadi binaan kedai dan gerai malah ada yang menyambung membesarkan ruang rumah dan kedai sehingga mengambil kawasan ROW ini... Nak kata takder amaran dari PBT, mungkin betul tiada... tapi ... kalu ada pun biasanya PBT tak berani nak ambil tindakan lanjut hanya kerana sikap samseng dan gedebe orang Kelantan... kalau rasa nak kena parang, cuba lah runtuhkan binaan tu...

Masalah yang paling utama sebenarnya di Kelantan terutama di Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan sekitarnya adalah sikap tak ambil cakna atas had dan limit kawasan hakmilik tanah masing-masing. Dalam banyak keadaan, mengambil kawasan tanah milik awam menjadi sebahagian dari tanah penduduk tempatan adalah dikira normal.... Betul betul gila... Bukan tak ader diajar dalam agama bahawa haram hukumnya mengambil hak yang salah... tapi di Serambi Mekah ni ianya serupa mencurahkan air kedaun keladi...

Sebab itu Air Kelantan susah nak buat pembaikan dan penambahbaikan pada sistem perpaipan Air Kelantan terutamanya dikawasan bandar.... Walaupun berbilion duit disediakan ... tapi tetap susah nak dibuat... Kalu nak merobohkan binaan haram diatas ROW Air Kelantan nih, maka bersedialah dengan maki hamun atau bantahan besar-besaran... malah boleh jadi ada yang kena parang atau bedil..

Ini realiti.... Semuanya sebab sikap... acuh tak acuh dipermulaannya yang akhirnya sudah membarah... Apa pun terima sahajalah ..... kita tambah lagi 30 tahun ... kerana nampaknya takder tanda-tanda warga Kelantan akan berubah....

Kita yang dari luar Kelantan nih cuma mampu beri cadangan dan pandangan je... tapi kalu orang Kelantan tak mahu berubah... kita nak kata apa.... biarkanlah.... mereka dah selesa macam tue... Hahahaha


=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



04 June 2023

Jadi Ketua Polis Kenalah Berani

Bhai/DeeDee semua...

Nak jadi Ketua Polis... kenalah berani... mana boleh takut dengan ugutan bagai...  Kuasa ada ditangan... kena la amik tindakan...  baru la tegas dan boleh jadi contoh...

Kita pon tahu ader ular-ular puak gangster yang duduk dalam perkhidmatan Polis... itu open secret... Cuma sebagai Ketua Polis... kena la tunjuk contoh yang bagoosh... hapuskan semua ular-ular nih...

Itu ja.... 

Selamat bertugas la cip...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Kena Berani


11 May 2023

Nasib Baik Tak Berlaku Di Kelantan

Bhai/DeeDee semua...

Pemilik lori ikan dan pemunya stok ikan keli di Jawa Tengah nih patut berasa lega... sebab kejadian lorinya eksiden tak berlaku di Kelantan... huhuhu...

Kalu di Kelantan dier akan jadi lain cerita... huhuhu

Jauh sangat bezanya.... 
#RUU355

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Penduduk bantu kutip bagi elakkan kerugian kepada pemilik


Perangai Tak Bertamadun


23 March 2023

Ayahanda 3 Line - Parasit Lot Bazar Ramadhan

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih dah lama... macam celaka jer... Perangai yang tak pernah nak berubah... PBT dan pihak berkuasa pon macam lepas tangan.. Tak ambil tindakan tegas. Buat macam tak nampak. Celaka betul puak-puak nih..

Konon ayahanda kawasan la... abang long kawasan la... abang ngah kawasan la... puiii ... macam siot jer... Ini semua bangsat tuan/puan

'Ayahanda' tapak bazar hisap darah

#Ayahanda #3Line #BazarRamadhan #Samseng #SamsengMelayu #PBT #LotBazarRamadhan #Payung #Parasit #Celaka #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL

18 March 2023

Wow ... Garangnya

Bhai/DeeDee semua...

Wow ... Garangnya ... ader apa-apa ke nih?? Garang semacam ja??? Ka mau tunjuk pawer yang ader... Hahaha... sedar la wei... Kuasa pon harap sokongan dari penyamun... bukan ader kuasa solid pon.... Kalu penyamun tarik diri... tarik hand brake... jahanam... hilang kuasa....

Hahaha....

Tau la sekarang zaman nak naikkan taikun 1994 yang dah lama bagi sponsor.... Taikun yang dah lama keluar modal investment sejak 1994 .... Hahaha... kita paham la... investment dah matang... pelaburan dah matang... jadi kena la kutip balik untung dari pelaburan semua tue..

Hahahaha...

Takkan kritik camnie pon nak koyak kot.... ala... semua ni open secret lar... WalaNON dan Bangsa Slurpp apa tau.... hahaha... depa sama bangang macam Walaun dan Macai... Hahahaha

Garangnya


25 January 2023

Apalah Nak Diharapkan

Bhai/DeeDee semua...

Ibarat mengharapkan pegar... pegar makan padi.... Apalah yang nak diharapkan...  memang naya.... Penguatkuasa keselamatan sendiri pun terlibat sama dengan kegiatan ugut dan samseng.... adoilah...

Makin jahanam dunia...

Sebenarnya ini bukan perkara langka... tapi dah lama dah... banyak kali..  siap ader ayahanda kongsi gelap boleh lepak kat Balai Polis... dengan tangannya dicium oleh pegawai-pegawai polis lagi... tatau la apa yang hebatnya...

Samseng Taik Kucing

Polis percaya pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu lepas, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata siasatan mendapati, sebahagian daripada 21 suspek ditahan yang juga terdiri daripada dua pegawai dan 12 anggota polis, berperanan sebagai ejen pengutip hutang Ah Long dan aktiviti tarik kereta secara haram.

Beliau berkata pertubuhan AHK yang dipercayai memiliki antara 200 hingga 300 ahli di sekitar Dungun itu, juga dikesan mengutip wang perlindungan daripada ahli bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya melakukan kesalahan.

10 November 2022

Relaks Lah ...

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih gua dah lalui dan tengok sendiri depan mata... banyak kali... Satu part yang gua kurang gemar ngan para penyokong PAS nih sejak dulu adalah kepoh dan kecoh tak tentu hala... gedebe pon satu hal gak... samseng tak kena tempat..

Betul gua dalam PAS dulu... menjadi Ahli Biasa .. pernah jugak menjawat jawatan pimpinan peringkat Kawasan dalam PAS... menjadi Ketua Pemuda ... tapi gua cukup marah bila ader ahli dan penyokong PAS buat perangai samseng dan sombong macam nih...

Gua kata... kalu macam ni perangai Ahli dan penyokong PAS dengan orang lain yang tak sama fikrah... lain parti... lain puak... maka payahlah PAS nak dapat sokongan orang lain... payahlah PAS nak dapat undi dari orang lain... dari bangsa lain...

Masa tu dan sampai la nih... ahli dan penyokong PAS mana ngam ngan orang kafir... orang Cina dan India... kalu korang kata... itu ader DHPP ... hahaha... korang terpedaya... DHPP tu cuma tempelan lakonan pimpinan PAS jer... sekadar nak nampak tak bias sangat... supaya nampak merakyat... tapi realitinya kelaut....

Korang ingat geng agama dalam PAS suka sangat ker kerjasama dengan Cina dan India dalam DHPP.... itu semua sekadar strategi politik ja.... sesama bangsa dan agama pun susah PAS nak ngam tambah lagi yang lain parti dan fikrah.... 

Tak percaya ka??? Hahaha




17 October 2022

Ismail Sabri Tunjuk Samseng?

Bhai/DeeDee semua..

Wow.. mau tunjuk samseng eh... Ismail Sabri nak tunjuk power dier ngan orang... nak tunjuk samseng... Tu yang keluar cakap macam nih... Huhuhu....

Sedar la diri... awak tue bukan kuat mana sokongan dalam Parti... Dalam UMNO pon awak tue bukan la kuat sangat... Tak payah la nak tunjuk samseng...

Huhuhu



21 February 2022

Siapa Yang Korang Lebih Percaya?

Bhai/DeeDee semua...

Antara dua orang nih... Siapa yang korang lebih percaya?? Siapa aaa.... Muhyiddin Yasin ka atau Ahmad Zahid Hamidi???

Hahaha.... Gua toksah la korang tanya pandangan dan pendapat... sebab pada gua dua-dua mangkok nih memang tabley percaya sekupang pon... Hahaha... Ngarut ja...

Bukan sajer integriti rendah depa nih... tapi akhlak pon jahanam... Hahaha



19 December 2021

Sokongan Kuat Dari PM

Bhai/DeeDee semua...

Belum pernah lagi ada mana-mana Perdana Menteri Malaysia yang attached kan diri mereka secara berterangan macam nih ngan PEKIDA... Sebab mereka tahu ada beberapa risiko kalu mendekatkan diri secara berterangan ni...

PEKIDA yang cukup terkenal sebagai "kongsi gelap Melayu" nih biasanya akan cuba dielakkan daripada imej seorang Perdana Menteri Malaysia... 

Tapi... Bagi Ismail Sabri... nampaknya dia tidak segan silu menempelkan dirinya dengan NGO ultra semacam PEKIDA ni... pergh... nampak sangat la kan... 

Sepatutnya seorang Perdana Menteri mesti mengelakkan supaya dilihat adil.

Bayangkan kalu Presiden USA merapatkan diri mereka ngan Ku Klux Klan (KKK).... kan nampak akan ader bias dalam pentadbiran dan keselamatan...

Huhuhu



21 June 2021

Atau ...

Bhai/DeeDee semua...

Setakat UMNO nak ugut bagi masa 14 hari jer tue takder la gempak mana... Hahaha... Ini serupa Harimau yang dah tinggal gusi... Hahahaha... Takder efek... tak menakutkan...

Aper lagi yang menakutkan berhadapan harimau takder gigi ... setakat tunjuk muka garang ja buat apa... Hahahaha ... lawak siot...




26 May 2021

Perang Akan Bermula Kembali

Bhai/DeeDee semua..

Hahaha..... Tajuddin Abdul Rahman dah kena pecat daripada jawatan Pengerusi Prasarana Berhad.... Mana taknya ... perangai macam bangang dibuatnya ketika menjawab soalan masa Press Conference berkenaan kes kemalangan LRT tempohari...

Boleh pulak dier ketawa dan bagi komen sinis... macam takder empati dengan mangsa kemalangan.

Huhuhu

Lepas nih... boleh la Tajuddin Abdul Rahman nih buat perang balik... Abis la Muhyiddin Yasin... Abis la..

Langkah dan bunga silat dah bukak balik... jangan main-main...



04 May 2021

Nak Jadi Samseng Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Semalam tular satu video pendek berdurasi 1 minit 53 saat di Youtube yang menunjukkan satu kegiatan samseng yang dilakukan oleh Yusof Azmi dan rakan-rakannya yang membelasah seorang warga asing berbangsa Bangladesh disebuah kaki lima kawasan perniagaan.

Dan hari ni telah dapat berita yang PDRM telah amik tindakan menangkap semua pelaku termasuk ketuanya iaitu Yusof Azmi untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Gua cukup bersetuju dengan tindakan PDRM nih... tak perlu tunggu ada laporan daripada rakyat atau mangsa... ader sahaja yang viral teruslah amik tindakan... Ini penting.. sebab kalu tak dibendung awal... maka ianya akan menjadi lebih kronik.

Samseng taik kucing macam Yusof Azmi nih tak boleh dibiarkan bermaharajalela sebab ianya akan menjadikan keadaan tidak terkawal. Mamat Yusof Azmi nih bukan sajer buat kerja gangster tapi juga kutip wang perlindungan...


15 April 2021

Kes Viral Semalam

Bhai/DeeDee semua... 

Semalam viral kes majikan belasah dan ugut dengan senjata api kepada dua orang pengawal peribadinya (mangsa) yang berumur 26 tahun dan 43 tahun

Diberitakan suspek telah ditahan dan sedang disiasat berhubung satu laporan Polis yang dibuat oleh mangsa (pengawal peribadi)

Menarik sekali kalu kita tengok isu penggunaan senjata api oleh pengawal peribadi (mangsa) ini. Kerana berdasarkan gambar, gua tak percaya pengawal peribadi (mangsa) ini mempunyai lesen dan permit (CnU) pemilikan senjata api.

Dan gua berpandangan senjata api jenis pistol ini juga berkemungkinan besar tidak berdaftar.

Jika benar apa yang gua sangka, bukan sahaja suspek yang sangkut tapi mangsa pun akan sangkut sama... Kalu kena “picit” lebih lagi nih... ramai yang boleh kena kutip...

Itu kalu takder yang kawtim tepi la.... Hahahaha

Kalu ader ... what do you expect lar???



28 March 2021

Takutnya .... Hahaha

Bhai/DeeDee semua...

Takutnya la dengan amaran camnie... betul-betul takut... rasa nak terkucil nih... Hahahaha


Err... PAS dah jadi 3 Line ke???

Sebab ader level dan pangkat AYAHANDA ...  hahahaha

01 March 2021

Pelik Juga Bila Polis Juga Melindungi Gengster

Bhai/DeeDee semua...

Gua dimaklumkan dalam beberapa insiden yang dikenalpasti.... terdapat anggota Polis yang juga melindungi gengster... Ada yang sampai bila ketua gengster kaki pukul dan peras ugut singgah berurusan di balai polis.... ader anggota polis yang siap cium tangan ketua gengster tue...

Nak kata ader ikatan sedara mara tidak lah pulak.... sebab anggota polis tersebut bukan orang kawasan itu...

Yang menariknya... ketua gengster kaki pukul dan peras ugut tu siap berbangga dengan kad keahlian Kelab Anti Jenayah (siap bernombor siri 000001) lagie (lambang pada kad Kelab ini meragukan @ maaf tak sempat shotkan gambarnya) .. hahahaha ... dier siap berbangga dengan kehebatannya dalam jenayah... bunuh dan pukul..... sembangnya...

Gua jadi pelik gak... macam mana institusi kepolisian boleh berjalan seiring dengan kongsi gelap, gengsterisme, dan segala macam jenayah....  siap boleh keluar masuk dan bertepuk tampar dengan pegawai-pegawai polis di balai...

Ader deal dan kawtim baik ka??

Takkan tanya pon salah.....



25 January 2021

Ini Macam La Baru Abang Besar Punya Stail

Bhai/DeeDee semua...

Bukan kaleng-kaleng aaa MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor nih... ingat tak berani ka dier?? Ini macam lah baru abang besar punya stail... pergi mampos la sama MIC... parti nyamuk ja.... Hahaha...

Ini PAS la... Parti King Maker.... Dalam politik Malaysia... PAS adalah king maker... sapa boleh lawan PAS... lawan PAS mesti akan kalah terlungkup... kalu berjaya pon tak lama...

Sebab itu la Muhammad Sanusi Md Nor nih berani kuarkan statement kecam MIC nih... sebab dier tau MIC punya kekuatan kat mana... aper kemampuan MIC... aper yang MIC boleh buat dan lakukan... Sebab itu la MB Kedah ni menganjingkan sajer la MIC nih... Hahaha

Lagi tatau malu ini MIC... lagi mau tunjuk hero Tamil.... ahahaha

Deyy Thamby.... Rummbu Ranggi aaa ...

Nasib baik MB Kedah tak tunjuk Jari Tengah


29 December 2020

Mael Lambong Senyap Sunyi

Bhai/DeeDee semua...

Biasa kalu si Mael Lambong mesti akan kepoh kecoh kalu ader benda berlaku ... kalu nih benda berlaku kat tempat dier sendiri... kawasan dier kontrol.... senyap jer tak berkutik si Mael Lambong nih...

Gudang simpan dan proses untuk Kartel Daging Haram nih terletak kat kawasan dier... kawasan bawah kawalan dier... takkan la dier tak tau...  Samseng apa sampai ader benda berlaku kat kawasan dier, dier tak tau... ker memang dier tau.... tapi sajer mau lepas tangan??

Hahaha.. lawak la kalu Kepala Samseng tatau apa yang berlaku dalam area dier...  memang jadi bahan gelak aaa kalu Kepala Samseng taikorsai tatau... Hahaha..

Aper pon... kita tengok jer la drama telenovela nih... kita tengok biler Mael Lambong nak bising...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1