Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pengundi Hantu. Show all posts
Showing posts with label Pengundi Hantu. Show all posts

27 January 2021

Syaitan Juga Yang Salah

Bhai/DeeDee semua...

Pada PRU14 tempohari... PAS katanya tak risau sangat kerana dikatakan Malaikat akan turun mengundi untuk PAS.. sampaikan kata-kata tersebut disambut dengan takbir yang bergemuruh... sana sini ahli dan penyokong PAS berasa seronok kerana para Malaikat juga akan turun mengundi untuk membantu kemenangan PAS...

Dan sesungguhnya PRU14 memperlihatkan PAS hanya memenangi 18 kerusi Parlimen sahaja.... dan yang menariknya... berkemungkinan ramai Malaikat sebenarnya mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri terutamanya di Kelantan dan Terengganu.... sehingga PAS berjaya merampas kembali pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu...

Masa itu tidak kedengaran tuduhan daripada Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang mengatakan bahawa kekalahan PAS di banyak kerusi yang ditandingi mereka adalah disebabkan sokongan dan rasukan Syaitan.. langsung kita tak dengar...

Tapi kini... menjelang PRU15 yang rasanya makin hampir... tetiba jer Abdul Hadi Awang mengeluarkan cerita yang sesiapa yang tak mendaftar untuk mengundi itu sebenarnya telah dihasut syaitan... rasukan syaitan... Waduh... sampai begitu sekali pertuduhan yang dibuat... Syaitan juga yang salah...

Tak mendaftar mengundi salah syaitan, kalah undi pun salah syaitan... kalo boleh agaknya akan dikaitkan parti-parti politik selain dari PAS adalah terlibat dengan syaitan.... Adoyailah... abistue yang banyak anggota PAS yang terlibat dengan salahlaku seks semua tu bukan salah syaitan ke??  Takkan lah kot... semua tu ramai jugak yang level guru agama...

Tapi pelik juga... bila mana semua yang bersekongkol dengan PAS tidak pula diklasifikasikan sebagai geng syaitan.... macam UMNO, MCA, MIC dan sebagainya....  hanya yang mana PAS dah anggap musuh ja akan diklasifikasikan sebagai geng syaitan... 

Huhuhu.... PRU15 nih agaknya berapa ramai pula Malaikat akan turun membantu berkempen dan mengundi PAS??? Harap janganlah ada rasukan syaitan lagi...



23 August 2013

1.4 Juta Pengundi Warga Bangla Dibawa Masuk Mulai 2014

Bhai/DeeDee sekalian....

Gua terkedu... tak tau nak kata camana lagi.....  rasanyer nih sumer akan jadi bakal pengundi pada PRU14 nanti........ 1.4 juta warga Bangla nih dibawa masuk mulai 2014 ... cayalah... siap bagi IC khas lagie... hahaha

Aper daa... mesti SPR boleh proses diorang nih supaya senang jadi pengundi..... hahahaha


27 June 2013

Ahli Silap Mata Diundang Membuat Persembahan Di London

KUALA LUMPUR - Ahli silap mata Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf akan mengadakan persembahan di London atas undangan The Magic Circle, kelab yang dianggotai ahli dan peminat silap mata terkenal di dunia sejak 1905.

Ini Bukan Gambar Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, 63, akan mengadakan persembahannya bulan depan. Pemergiannya ke seberang laut itu ditaja beberapa syarikat dan organisasi tempatan termasuk Pembekal Dakwat Kekal, UMNO dan Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, ahli silap mata kelahiran Sabak Bernam ini berkata beliau akan menyelitkan identiti Malaysia dalam aksi yang akan dilakukan kelak untuk mempromosi Malaysia di London.

"Setiap kali saya mengadakan persembahan, penonton bertanya tentang Malaysia kerana mereka tidak percaya kita ada orang macam David Copperfield. Mereka juga cukup teruja bagaimana ahli silap mata kita di Malaysia boleh melakukan silap mata secara terang-terangan kepada 28 juta orang.

"Walaupun persembahan saya nanti sama saja, tapi saya boleh beri jaminan bahawa kualitinya tetap sama dengan persembahan yang telah saya kendalikan di Malaysia pada 5 Mei 2013," katanya.

Tan Sir Abdul Aziz Mohd Yusuf pernah terlibat mengadakan persembahan didalam beberapa Pilihanraya Kecil bermula pada 2008 atas status Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya.

Beliau sebenarnya tidak pernah menuntut di McBride School of Magic and Mystery, Las Vegas, dan bukanlah bekas pelajar dalam bidang Manual Dexterity and Prestidigitation, Chaves Studio of Magic, Los Angeles.

Mengimbas kembali pembabitannya dalam bidang permainan silap mata, pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ini berkata beliau mula meminati bidang itu ketika berusia tiga puluh enam tahun selepas menonton persembahan ahli silap mata terkenal dunia David Copperfield pada 1980-an.

Beliau mula melakukan aksi itu ketika terlibat dengan SPR dengan mengadakan persembahan terbaik pada beberapa Pilihanraya Kecil (PRK).

Sejajar dengan hasratnya untuk melihat lebih ramai belia Malaysia melibatkan diri dalam bidang ini, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf merancang untuk membuka kelas silap mata untuk berkongsi pengetahuannya dengan mereka. - NONAMA NEWS NETWORK (NNN)

Berita Asal - No Pun Intended

14 May 2013

Ditangkap Setelah Selesai Mengundi

Bhai..... Hahaha... berita nih memang nampak biasa jer pada permulaannyer... tapi kalu lu baca berkali-kali... lu akan nampak citer disebalik cerita.... baca baik-baik aaaa.... Hahaha....  macam mana diorang nih ditangkap setelah selesai mengundi pada PRU13 baru nih...

Itu hari diorang nih diberikan kad pengenalan MyKAD dan diarahkah mengundi BN .... maka diorang nih pon dengan jujurnya mengundi BN la dalam PRU13.... hahaha.... setelah selesai mengundi.... dan BN memang secara tipu dalam PRU13... maka barulah Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara buat operasi susulan...

Diorang tau kat mana tinggalnya warga asing yang dah diberikan kad pengenalan MyKAD nih....  jadi mudah la diorang nak pi serbu.... siap panggil wartawan skali ikut serta.... hahaha... dan tertangkap la mangsa-mangsa nih.... biler ditangkap... diorang pon tunjuk la diorang punya MyKAD... hahaha... aper lagi... terus pegawai JPN tue kata ini MyKAD palsu... walhal dengan MyKAD itulah warga asing nih mengundi BN baru-baru nih.... hahaha

Hahaha.... sempoi betul la agenda diorang nih....  buat operasi sebaik sajer selesai mengundi.... hahaha... yang best tue semua saspek (mangsa) ader MyKAD.... hahaha..... ini betul-betul lakonan.... hahahaha ....  Kalu tidak camana Husni Hanadzlah boleh menang besar..... hahaha


IPOH – Tindakan pendatang tanpa izin warga Indonesia bersembunyi di siling rumah untuk elak diberkas dalam satu serbuan penguatkuasa Imigresen terbongkar apabila terjatuh dari ketinggian empat meter di sebuah rumah di pengkalan di sini, semalam.

Dalam operasi pada jam 2 pagi itu, lelaki berusia 30-an itu terjatuh seperti nangka buruk apabila siling rumah pecah akibat tidak dapat menampung berat badannya.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri, Irwan Zahid berkata, operasi dilakukan membabitkan kediaman, restoran dan kilang sekitar kawasan Batu Gajah, Simpang Pulai, Pengkalan dan Kampung Tawas.

Menurutnya, operasi khas itu membabitkan 34 anggota Imigresen dan lapan anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak bagi menjejaki golongan itu yang bekerja secara haram.

“Lelaki warga Indonesia terbabit ditahan dan hanya mengalami kecederaan ringan dan diberkas bersama tiga rakan lain yang sedang tidur dalam rumah berkenaan.

“Sebelum itu, keempat-empat mereka mempamerkan MyKad kemudian ditahan oleh pegawai JPN selepas didapati MyKad terbabit adalah palsu. Berkemungkinan dibeli dari sindiket tertentu,” katanya.

Selain itu, Irwan berkata, pihaknya turut menahan lima individu di beberapa premis perniagaan di sekitar Simpang Pulai dan Batu Gajah setelah gagal mengemukakan dokumen sah memasuki negara ini.

“Kelima-lima mereka adalah warga Myanmar dan Indonesia dan seramai 71 warga asing diperiksa sepanjang operasi itu.

“Kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di negara ini tanpa pas sah dan ditahan di Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

30 April 2013

Update Isu Berita Panas Untuk PR

Bhai... gua baru jer sampai kat rumah... dah solat maghrib dah pon... tadi bawak motor macam cipan... macam mat rempit... hahaha..... berdesup...

Okeh.... Ini ringkasan jer citer tue... sebab gua kena pergi satu program baca Yaasin ......

Citernyer camnie..... tadi gua diberitahu dan ditunjukkan demonstrasi memadam "dakwat kekal" yang dikatakan oleh SPR tue... rupanya banyak senang nak cuci lar.... tak payah sampai sakit tangan ker mender ker... Hahaha...

Boleh cuci pakai Petrol lar... RON95 pon boleh.... hahaha....

Jadi.... gua diberitahu.... bahawa ader sekumpulan "pengundi ragu" yang akan mengundi dua kali di beberapa kerusi Parlimen yang panas.... yang best tue.... semua pengundi nih ader dua kad pengenalan atas nama diorang.... camana tue.... hahaha....

Parlimen yang akan dapat undi tambahan nih aderlah dikawasan yang ader kem tentera dan anggota keselamatan lain.... jadi... berhati-hati aaa...

Anyway..... pastikan jumpa yang keluar mengundi kali ini lebih dari 93% bagi setiap kawasan pengundian.... agar SPR dan agen-agen dier tak dapat nak buat magik pada PRU13 nih... kalu kurang yang kuar mengundi... mudah bagi SPR dan sebagainya.....

UBAH.....

P/S : ini sebahagian dari citer... yang lain lepas gua balik dari majlis baca Yaasin... okeh...

24 April 2013

Pengundi Pun Boleh Disewa?

Bhai... Ini sudah kerja giler... Malaysia nih memang sudah kronik... politik Malaysia yang makin hari makin jadi macam cilanat.... Dari pemimpin yang bangang dan bangsat... sampailah kepada pengundi-pengundi yang tak ketahuan...

Sampaikan ader warga asing pon boleh jadi pengundi... aper daaa...

Nih cuba lu tengok screenshot kat bawah nih... nampak tak kegilaannyer... hahaha... memang la bangsat betul... ader plak pengundi pun boleh disewa?? Bagero betul lar... sampaikan pengundi pon dilelong.... jahanam Malaysia nih... giler aaah...


07 April 2013

Makin Panas Bos...

Bhai.... Hahaha... Biler gua publishkan citer pejabat PAS tutup tak beroperasi walaupun Parlimen dah dibubarkan.... Ramai yang melenting marah kat gua... Yang ganbar gua amik waktu malam pukul 9 lepas Isya diorang kata gua tipu dan amik pukul 2 pagi... Hahaha... Punya la diorang tak percaya...

Yang gambar amik waktu siang pulak... Diorang kata super imposed... Dan gambar lama.... Walhal terpampang banner bagitau esok ader pelancaran... Hahaha... Punya la diorang nak cover macam-macam.... Siap ader yang makin panas hati la bos.... Hahaha

Hahaha... Bhai... Gua paham... Diorang mana boleh orang kritik diorang... Kalu benda sekecik camnie pon tabley nak terima hakikat kena kritik... Macam mana nak pimpin negeri dan persekutuan... Nanti katalah ditakdirkan menang besar kat lebel persekutuan... Mau kot diorang nih lagi giler guna akta hasutan dan ISA untuk kekang orang kritik...

Aper daaa... Biler orang kritik dan tunjukkan kelemahan... Bukan nak amik iktibar dan perbetulkan mana yang tak betul tue... Tapi siap bising tuduh macam-macam.... Hahaha... Stendet la... Lu ingat Allah Taala tak uji ker orang yang mengaku beriman.... Hahaha... Lagi tinggi ilmu dan lagi banyak hafal kitab... Lagi berat ujian dari Allah Taala...

Sendiri mau ingat lar bhai.... Hahaha...

Aper pon... Perangai over confident menang nih memang penyakit yang susah nak diubat... Samer la jugak dengan penyakit langsung tabley kena kritik... Hahahaha...

Takper.... Kiter biarkan diorang... Sebab kalu kalah nanti diorang pastinya akan salahkan pengundi hantu dan silap mata SPR........ Hahaha... Itu jer la yang stendet ader dalam post mortem diorang... Salah dan kelemahan diorang sendiri mana diorang nak kaji..... Hahaha

Gua pon ader stok gambar pejabat PKR yang jugak tak beroperasi walaupun Parlimen dibubarkan..... Hahaha.... Yang itu gua akan passkan kat kawan blogger pro PKR.... Hehehe.....

P/S: Belajar-belajar la trima hakikat untuk kena kritik... Gua sendiri pon hari-hari kena kritik berbagai... Hahaha.... Stendet la tue.... Gua bukan maksum...

23 March 2013

Kalu Bangang, Jangan Cerita Pada Orang Lain

Bhai..... gua dok peratikan satu blogger pencacai nih.... yang nih satu spesis dengan PapaTulur gak....hahaha... spesis tak ngaku blog sendiri.... hahaha.... takper la.... nak buat camana... geng-geng nih sumer tulur sudah dibuang kat Pejabat PKR itu hari.... hahaha... mana ader tinggal tulur lagi... sudah abis pecah... hahahaha


Blogger RBF Online nih.... selalu tulis artikel tahap bangang... pon begitu... pencacai semua respek giler kat dier.... hahaha.... memang lawak la dier nih.... hahaha

Contoh terbaru kebangangan tahap dewa kayangan Jalan Duta si blogger RBFOnline nih .... aderlah biler dier menerbitkan artikel yang kat bawah nih... gua dah snapshot untuk tatapan lu orang.... Hahaha... Punya la bangang... sumber yang dipetik oleh blogger pencacai nih pon dier tak semak.,..... hahaha... aper la punya biol lar.... hahaha



Takper ... nak buat camana... dah memang spesis bangang.... hahaha.. beza nama antara "MOHD RAFIZI BIN RAMLI" dengan "RAFIZI BIN RAMLI" pon dier tak dapat kenalpasti... lagi lawak tu... tarikh lahir pon tak samer .... macam nih ker yang dikatakan bukti.... hahahaha.... lawak siot.... hahahaha

Wei... ini mesti skolah dulu tak abis sekolah rendah.... terus jadi balachi pencacai.... hahaha.... kesian... Gua cukup kesian kat mak bapak dier..... penat cuba mendidiknya menggunakan akal... tapi... sampai skrang masih lagi takder akal... nama berbeza dan tarikh lahir berbeza pon dikatakan orang yang samer...

Bhai RBF... jangan la main rembat artikel orang lain... kalu orang lain tue bodoh... takkan lu pon nak jadi bodoh gak.... agak-agak lar..... hahahaha....  Kalu MyMassa tue bangang... jangan la lu ikut dier jadi bangang samer .... hahaha

Tue la... orang tua-tua ader cakap.... kalu bangang, jangan cerita pada orang lain.... hahahaha

P/S:  Oh yer.... gua tak amik pot pon tentang pendedahan Rafizi Ramli tue... itu hal dier... gua pon tak carry citer dier dalam blog gua.... sebab pada gua... pendedahan yang Rafizi Ramli buat tu kurang releven dan tak penting buat gua..... Hahaha..... kalu Rafizi Ramli nak jadi bodoh ker mender... itu hal dier... takder kena mengena ngan gua....  Dier lain fikrah ngan gua.... hahahaa

04 February 2013

Hehehe

Bhai.... Pertama sekali... gua nak ucapkan selamat maju jaya kepada wartawan Sinar Harian yang bernama Wan Saidatul Fadzilah Binti Wan Najemudin ... gua saspek dier nih mesti wartawan paling junior.... paling muda... baru dapat kerja kot.... hahaha....

Pasai tue la nama orang yang dier temuramah dier boleh tersalah tulis dalam artikel dier yang diterbitkan di Sinar Harian hari nih... Hahaha... yang lagi lawak tue... editor akhbar Sinar Harian pon terlupa nak semak nama orang yang ditemuramah.... kesilapan yang agak besar bagi sesiapa yang berkhidmat dalam dunia kewartawanan.... Hahaha...

Takper.. takper.. kiter bagi peluang kepada dier.... hahaha



Keduanya .....

28 December 2012

JPN: MyKad Hanya Untuk PATI

Bhai.... Selama 40 tahun.... 40 tahun la bhai... bukan 40 hari ker 40 bulan... ader pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tak buat kerja... dan gua salahkan bukan setakat pegawai bawahan... tapi sampai ke Ketua Pengarah JPN dan Ketua Setiausaha Negara (KSN)... Semuanya hampeh....

Kalu dah orang Melayu bumiputera pon susah nak dapat Kad Pengenalan .... gua tak terkejut macam mana plak kaum India dan Cina warga Malaysia pon takder dapat Kad Pengenalan (IC) .... Agaknyer bagi JPN.. yang layak dan mudah diorang nak bagi Kad Pengenalan (MyKad) nih adalah kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)...

Sebab... JPN siap bekerja sama buat kuanter pendaftaran khas itu hari secara gelap untuk PATI ... supaya PATI dapat MyKad dan boleh mengundi pada PRU13...  Siap bekerja sama dalam program 6P la berbagai... aper daaa.... JPN nih makin hari makin menyebabkan orang menyampah...

Aper ke jadahnyer kalu warga Malaysia pon susah nak dapat MyKad.... tak reti buat kerja ker... cukup-cukup la memperbodohkan orang ramai... macam la orang ramai tak tau agenda JPN dan SPR nih.... semua kerja macam chilaka... bangsat betul lar...


14 March 2012

Jangan Mimpi La Nak Menang

Bhai... gua nak kasi tau lu satu mender.... mender pasai PAS di Terengganu nih... atau dalam bahasa glamernyer... gua labelkan sebagai "Geng Rusila"...

PRU11 dulu... Terengganu terlepas daripada tangan Geng Rusila... selepas memerintah satu penggal.. dengan mudah jer Idris Jusoh amik alih pentadbiran Terengganu dari Hadi Awang (leader Geng Rusila) nih...

Geng-Geng Rusila masa tue dok kecoh salahkan SPR yang kononnyer ramai sangat pengundi hantu di Terengganu sampaikan Geng Rusila nih kalah teruk... sampaikan tabley nak kekalkan kuasa pemerintahan.... berbulan-bulan... dan makan tahun la citer pengundi hantu di dicanangkan oleh Geng Rusila nih.....

Betul... gua stuju memang ujud pengundi hantu... tapi takder la sampai tahap mega yang teramat sangat... takkan la peratusan pengundi hantu boleh ader sampai 30% daripada jumlah pengundi... logik la skit bagi alasan pon...

Tapi sebenarnya .. yang menyebabkan Terengganu jatuh kepada kuasa Idris Jusoh aderlah bukan disebabkan semata-mata oleh pengundi hantu... yang sebenarnya.. Geng Rusila tak dapat mengekalkan kuasa di Terengganu sebab sikap mereka sendiri...

Masa Geng Rusila menang jer kat Terengganu... ramai dikalangan pimpinan atasan mahupun bawahan serta penyokong dan pendokong Geng Rusila yang mabuk kuasa... semua macam orang hilang akal... semua masa tue rasa macam hebat.. dan masa tue la jugak diorang memulakan satu proses "membalas dendam" kepada semua yang tak menyokong Geng Rusila....

Masa tue ader sajer projek yang baik yang telah dijalankan oleh beberapa agensi kerajaan sebelumnya yang dikacau gugat, diganggu malah dihalang untuk terus beroperasi. Semua dibuat bukan kerana ader rasional disebaliknyer.. tapi lebih kepada membalas dendam...

Sebagai contoh ... antara yang paling ketara sekali aderlah dengan mengarahkan Tabika Kemas mengosongkan dewan orang ramai yang mana ianya sedang digunakan oleh Tabika Kemas. Alasan yang kerap gua dengar masa tue adelah.. Kemas tidak membayar sewa... Kemas tidak mengikut peraturan dalam urusan penggunaan dewan orang ramai... Kemas tidak memohon dan mengisi borang untuk menggunakan dewan orang ramai tersebut...

Ini semua alasan bangang wal bodoh yang pada gua tak sepatutnya dikeluarkan oleh Geng Rusila atas aper sahaja asbabnyer... Ini kerana pada gua... takder masalahnyer kalu Tabika Kemas nak menggunakan balairaya atau dewan orang ramai tersebut. Kalu Geng Rusila bermasalah untuk biarkan Tabika Kemas beroperasi disitu.. aper kata Geng Rusila sediakan dulu tempat (lokasi lain) dengan kemudahan yang mencukupi dan barulah berikan arahan pindah kepada Tabika Kemas...

Tapi nak buat camana... Geng Rusila banyak yang jenis bangang nak mampus... sebab itular diorang main terjah ker suruh Tabika Kemas berpindah.. sedangkan tidak menyediakan alternatif kepada Tabika Kemas... yang paling lawak lagi... biler Tabika Kemas dah mengosongkan Balairaya atau Dewan Orang Ramai tue... takder plak Geng Rusila nak buat aper-aper aktiviti secara konsisten kat tempat tue...

Tempat tue terbiar jer kosong... malah ader yang jadi rosak pasai takder orang nak jaga kemudahan kat situ.... inilah contoh tindakan bangang oleh Geng Rusila yang menyebabkan pengundi atas pagar yang pernah mengundi PAS pada PRU10 telah membuat keputusan drastik untuk tidak mengundi PAS lagi pada PRU11.

Masalahnyer... benda ini terlekat lama kat dalam pemikiran orang kampung dan penduduk serta pengundi di Terengganu.. Imej buruk nih masih orang ingat... dan Geng Rusila jangan buat-buat lupa aaa... Itu baru satu contoh jer gua dah tulis panjang berjela... kalu gua listkan semua kerja bangang yang Geng Rusila buat di Terengganu... mau jadik novel rasanyer... hahaha...

Dan sekarang... Geng Rusila masih lagi rasa mereka paling hebat.. paling mantop.. paling berkuasa dan konpiden menang tahap dewa.... hahaha... Wei... Gua nak kasitau Geng Rusila nih... jangan mimpi la nak menang kalu perangai masih tahap bangang macam masa PRU10 dulu....jangan mimpi la nak menang...

Cara terbaik kalu nak menang di Terengganu aderlah dengan mengeluarkan statement meminta maaf atas segala kerja bodoh yang dibuat oleh Geng Rusila semasa pemerintahan mereka dulu... kena mintak maaf secara sincere... secara ikhlas... jangan buat-buat berlakon.... dan Hadi Awang kena jangan berlagak sombong sangat.... itu jer...

P/S: Gua aderlah ahli PAS seumur hidup... Bapak gua dulu aderlah antara pengasas Parti Buruh di Malaysia dan kini menjadi ahli PAS seumur hidup sejak dari tahun 70'an. Mak gua dulu asalnyer dari AWAS gak... la nih jadi Ahli DAP seumur hidup sejak dari tahun 80'an.

25 April 2010

Orang Asal Disekat Untuk Mengundi

Gua dengar khabar ader ramai Orang Asal telah disekat untuk mengundi... setakat pagi tadi laluan ke kampung Orang Asal berhampiran Pertak telah disekat... malah laluan lain yang terus kepada Hulu Yam juga disekat..

Siapa yang sekat... takkan Polis yang sekat kot... awat... kalu ader yang sekat Orang Asal nih mengundi.. takkan Polis tak nak amik tau...

Orang Asal juga berhak untuk membuang undi terhadap calon pilihan mereka pada hari ini... Rasanya tidak wajar disekat hak Orang Asal nih... bagi yang menyekat tue.. kalu lu kena sumpit nanti.. lu tak boleh la nak buat laporan polis.. sebab lu sekat kawasan Orang Asal...

So.... tolong aaaa.. tolong mintak SPR tengok sat benda nih... macam mana boleh jadi camnie... tolong aaa...

Rasanyer la.. diorang cuba nak tukar pengundi Orang Asal dengan pengundi hantu... kepada para pegawai PACA .... sila semak sama ada muka pengundi yang pakai kad pengenalan Orang Asal tue ader muka Orang Asal ker atau Bangla, Nepal atau Indon... okeh...

Tamat Sudah Kempen P094 Hulu Selangor

Bhai... dah tamat sudah kempen P094 Hulu Selangor ... Pintu masuk ke pusat pengundian akan dibuka beberapa minit lagie... jadi... sekarang nih kempen tak boleh dibuat secara biasa... apa yang boleh dibuat adalah dengan merayu undi...

Kalu ikut SPR.. merayu undi dah tak boleh dah... tapi sebenarnya masih lagi dibuat semua pihak... BN seperti biasa akan bagi pengundi... kipas... air botol... payung.. topi dan macam-macam lagi yang berlambangkan Barisan Nasional..

Sama gak ngan Pakatan Rakyat... cuma bagi PR nih... modal kecik... jadi tak banyak la boleh kasi...

Apa yang pasti... 80% pengundi dah tetap pendirian mereka... cuma tinggal lagi 20% jer yang masih berbelah bahagi... Setakat maklumat yang gua dapat seawal pukul 5 pagi tadi... peratusan kekuatan masih dipihak Barisan Nasional... tapi... apa-apa pon boleh berubah menjelang tempoh tamat pengundian...

Kepada para pengundi... 1Malaysia sedang tumpukan perhatian pada korang... kalo korang mangkak dok masih giler nak pilih Barisan Nasional... 1Malaysia akan kutuk korang sampai la PRU13 nanti... so buat la pilihan tue baik-baik... Hantu ader dimana-mana... nanti diorang akan pi mengundi la jugak.. hahaha

08 April 2010

Senarai Calon Bebas P94 Hulu Selangor?

Bhai, lu agak-agak la... berapa ramai agaknya calon bebas P94 Hulu Selangor nanti tue... ader tak boleh lawan PRK Bukit Selambau itu hari ker? Itu hari ader 13 calon bebas... hahaha... semua hilang wang deposit... hahaha.... gua ader senarai calon bebas P94 Hulu Selangor nih...

Gua rasa la... kali ini tak ramai mana calon bebas akan bertanding... yang gua saspek .. hehehe mungkin ader sekitar 6 orang jer...

Okeh ini senarai yang gua saspek setakat nih...

1. Calon PKR/Pakatan Rakyat
2. Calon MIC/Barisan Nasional
3. Calon AKIM
4. Kamarul Ramizu Idris
5. Calon UMNO (geng boikot calon MIC)
6. Calon PERKASA
7. Calon PCM (Parti Cinta Malaysia)
8. K. S. Nallakaruppan (Parti Bersatu India Malaysia)

Hahaha.. kalu lu ader senarai yang lebih bagus... tolong la tambah semangkuk... hahaha.. gua dah takder idea lagie setakat nih la... hahaha... maybe petang nanti mungkin ader idea tambahan... hahaha ...

Apa-apa pon.. pastinyer meriah gak Hulu Selangor la nih... sekejap meriah macam raya Deepavalli, sekejap meriah macam raya Posa, sekejap meriah macam Kong Hee Fat Choy... cuma rasanyer lagi dekat nak waktu pilihanraya tue nanti... sure rasa meriah macam raya Hantu Chap Goh Meh... hahaha

Yer la ... mana tak meriah macam raya hantu Chap Goh Meh ... yer la.. akan ader banyak pengundi hantu akan kuar nanti untuk memastikan calon MIC kali nih menang bergaya... nampak gayanyer la... akan ader ramai hantu India kali nih... hahaha... kuar dari estet-estet... hahahaha.... siap bertanda tiga garis kat atas dahi... hahahaha.... macam siot jer...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1