Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

14 May 2013

Ditangkap Setelah Selesai Mengundi

Bhai..... Hahaha... berita nih memang nampak biasa jer pada permulaannyer... tapi kalu lu baca berkali-kali... lu akan nampak citer disebalik cerita.... baca baik-baik aaaa.... Hahaha....  macam mana diorang nih ditangkap setelah selesai mengundi pada PRU13 baru nih...

Itu hari diorang nih diberikan kad pengenalan MyKAD dan diarahkah mengundi BN .... maka diorang nih pon dengan jujurnya mengundi BN la dalam PRU13.... hahaha.... setelah selesai mengundi.... dan BN memang secara tipu dalam PRU13... maka barulah Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara buat operasi susulan...

Diorang tau kat mana tinggalnya warga asing yang dah diberikan kad pengenalan MyKAD nih....  jadi mudah la diorang nak pi serbu.... siap panggil wartawan skali ikut serta.... hahaha... dan tertangkap la mangsa-mangsa nih.... biler ditangkap... diorang pon tunjuk la diorang punya MyKAD... hahaha... aper lagi... terus pegawai JPN tue kata ini MyKAD palsu... walhal dengan MyKAD itulah warga asing nih mengundi BN baru-baru nih.... hahaha

Hahaha.... sempoi betul la agenda diorang nih....  buat operasi sebaik sajer selesai mengundi.... hahaha... yang best tue semua saspek (mangsa) ader MyKAD.... hahaha..... ini betul-betul lakonan.... hahahaha ....  Kalu tidak camana Husni Hanadzlah boleh menang besar..... hahaha


IPOH – Tindakan pendatang tanpa izin warga Indonesia bersembunyi di siling rumah untuk elak diberkas dalam satu serbuan penguatkuasa Imigresen terbongkar apabila terjatuh dari ketinggian empat meter di sebuah rumah di pengkalan di sini, semalam.

Dalam operasi pada jam 2 pagi itu, lelaki berusia 30-an itu terjatuh seperti nangka buruk apabila siling rumah pecah akibat tidak dapat menampung berat badannya.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri, Irwan Zahid berkata, operasi dilakukan membabitkan kediaman, restoran dan kilang sekitar kawasan Batu Gajah, Simpang Pulai, Pengkalan dan Kampung Tawas.

Menurutnya, operasi khas itu membabitkan 34 anggota Imigresen dan lapan anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak bagi menjejaki golongan itu yang bekerja secara haram.

“Lelaki warga Indonesia terbabit ditahan dan hanya mengalami kecederaan ringan dan diberkas bersama tiga rakan lain yang sedang tidur dalam rumah berkenaan.

“Sebelum itu, keempat-empat mereka mempamerkan MyKad kemudian ditahan oleh pegawai JPN selepas didapati MyKad terbabit adalah palsu. Berkemungkinan dibeli dari sindiket tertentu,” katanya.

Selain itu, Irwan berkata, pihaknya turut menahan lima individu di beberapa premis perniagaan di sekitar Simpang Pulai dan Batu Gajah setelah gagal mengemukakan dokumen sah memasuki negara ini.

“Kelima-lima mereka adalah warga Myanmar dan Indonesia dan seramai 71 warga asing diperiksa sepanjang operasi itu.

“Kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di negara ini tanpa pas sah dan ditahan di Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

5 comments:

  1. MyKAD yang ==valid untuk undi pru13 haha.. Sian warga Asing ini.. :)

    Buat warga Asing begitulah jika anda bersekongkol dan menolong syaitan yang dikenali.. anda tetap akan kena tangkap jua..

    ReplyDelete
  2. aha ekk....

    apa bezanya "Sindiket Tertentu" dengan "Sindiket Pemalsuan" ???? ( 4 tanda soal tuuuu... ) *S*A*F*T*

    ReplyDelete
  3. wah cuba check IC tu ada dalam senarai pengundi ke tak?

    macamna yang dikatkan IC palsu tu?

    ReplyDelete
  4. Bhai Anonymous...
    Itulah yang biasa kena kat warga asing... tenaga diperah.. lepas tue ditangkap dihalau... Dulu ader dengar yang biler dekat time gaji jer... mola la bos diorang report kat Imigresen.. suruh tangkap... pasai takmo nak bayar gaji...

    Bhai Deng Dang...
    Samer jer... sindiket tertentu tue macam Projek IC kat Sabah la... hahaha

    Bhai Anonymous...
    Tak sempat nak cek... sudah kena rampas dek JPN.... hahaha.. cover baek punya...

    ReplyDelete
  5. jd kalau dah sama je

    lebey kurang gini..

    Syaitan dikenali *plus* Sindiket tertentu = Bohong Sunat
    huhuhu

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1