Bhai.... gua hormat penulisan orang lain... tak kisah la disebelah mana penulis itu bertapak dalam dunia politik.... oleh yang demikian... gua akan menjawab dan menyanggah tulisan blogger RBF Online secara berhemah dan berilmu.
- Pecahan pengundi seperti yang dipamerkan itu memang tepat dan ianya melambangkan komposisi penduduk Shah Alam.. Gua dulu pernah tinggal selama lebih 8 tahun di Sekyen 7 Shah Alam dan TTDI Jaya Shah Alam... dan gua cukup tahu senario kependudukan Shah Alam.
- Akan tetapi hujah blogger RBF Online mengatakan bahawa kedua-dua calon PRU13 Parlimen Shah Alam berdepan tuduhan menghina Tuhan adalah tidak tepat....
- Bagi kes Zulkifli Nordin memang benar dier menghina agama Hindu... dan sebagai seorang Islam, penghinaan terhadap agama lain adalah dilarang oleh Rasulullah s.a.w ... Malah para sahabat Nabi juga mengutuk keras orang yang melakukan penghinaan terhadap agama lain.
- Bagi kes Khalid Samad, tuduhan yang mengatakan bahawa dia telah menghina Tuhan kerana membenarkan penggunaan kalimah Allah didalam Bible itu pada dasarnya tidak tepat. Ini kerana yang telah membenarkan penggunaan kalimah Allah didalam Bible berbahasa Melayu terlebih dahulu aderlah Kementerian Dalam Negeri (KDN).... sila semak dan rujuk pekeliling di Kementerian.
- Sebab kenapa orang Melayu di Shah Alam menolak Zulkifli Nordin pada pandangan gua adalah disebabkan oleh video temuramah khas dengan Zulkifli Nordin yang jelas menunjukkan sikap sebenar Zulkifli Nordin yang kononnya pejuang Islam sebenar. Sikapnya yang bertegas yakin akan memenangi kerusi Parlimen Shah Alam tanpa disandarkan kepada ketentuan Allah Taala amat dikesalkan. Sikap bongkak ini amat memualkan
- Bukan sekali Zulkifli Nordin mengeluarkan kenyataan (statement) yang bongkak, ujub, riaq dan takabbur... tetapi amat banyak... malah dalam banyak sesi ceramahnya telah dikesan beliau banyak mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan menipu.
- Bercerita pasai isu Murtad yang diwarwarkan oleh Hassan Ali rakan kepada Zulkifli Nordin tue... gua dan ramai lagi rasanyer dah tak tahan menunggu setahun lamanyer untuk melihat dan menonton video pengakuan murtad yang dikatakan ada oleh Hassan Ali tue... Err... takkan lama sangat kot nak siapkan video murtad tue...
So.... kepada Blogger RBF Online... gua nasihatkan ... sebelum nak bekap giler Zulkifli Nordin tue... sila kaji dan kenal siapa Zulkifli Nordin... Jangan setakat tengok dan nilai dier sehari dua... kenal dan nilai dier lebih dari itu....
Gua... cukup kenal Zulkifli Nordin sejak dari 1997 lagi..... hahahaha.... sebab itu la gua cakap Zulkifli Nordin tidak layak menduduki kerusi Parlimen Shah Alam atas sikap bongkaknyer kepada Allah Taala..
bhai c++, gua ada baca komen kat blog RBF tu...mereka ckp org bkt jelutung berlagak pasal kaya2 belaka...hoi! tolong cermin diri sikit! sapa yg kaya? sapa yg berlagak? gua rasa mereka yg tulis komen tu lagi kaya2 belaka pasal tak heran nak bayar petrol mahal, bayar tol dan lain2...aduiiii poning palo den...
ReplyDeleteSame la kita bhai...gua dok belakang bomba bukit jelutong,mak mertua gua dok sek 7 shah alam...
ReplyDeleteselain dari faktor yang lu cakap tu..majoriti orang muda (saluran 4,5,6) shah alam memang tolak zul nordin..
Eh Bhai
ReplyDeleteZul Nordin 101% yakin boleh menang Bhai lol.. sikit pun tak sebut InShaAllah :) bermakna Lebih yakin dari ketentuan Allah. :)
Pengunaan nama Allah sebenarnye hanya dibenarkan Sabah dan Serawak sebab sudah sedia terpakai (mungkin bible mereka diterjemah dari bible Arab). Bible universal takda pun sebut nama Allah kenapa nak guna nama Allah dalam Bible Melayu?
Kecelaruan akidah sebenarnye untuk orang Islam yang bersetuju tentang ni bila hujah zaman yang kata Allah sedia terpakai oleh agama lain.. dulu dibenarkan sedangkan Al-Quran telah menyuruh kita membetulkannya. Maknanya Allah dan maknanya telah dibetulkan dan hanya boleh terpakai dalam Quran. Allah hanya satu dan esa.
Sape yang bersetuju Allah boleh guna kat agama lain untuk dakwah mereka betulkanlah akidah kamu.. kerana ianya seakan kamu bersetuju tafsiran akidah mereka sedangkan Nabi Muhammad S.A.W telah betulkan perkara ini. Allah hanya satu tiada beranak dan diperanakan, kita hanya ikut Al-Quran.
Kalau ikut Al-Quran settle dah benda ni tak payah kalut2..
p/s: Perlembagaan boleh dicabar kerana tidak ikut Al-Quran.. Kalau ikut Al-Quran yang adil dan telus itu tak payah gaduh2 pasal benda ni.. Al-Quran complete cover untuk orang islam dan bukan Islam.
Walalhualam.
memang elok mamat tu kalah pun buat menyemak aja banyak perkara lain boleh dibincangkan untuk hari mendatang dalam siasah negara kita
ReplyDeleteder bkt..
ReplyDeletebleh tak lu bagi satu ayat yg menyatakan Allah perintahkan agar nama Dia tak di sebut/tulis selain dari kitab Al Quran??
dan lu nak nafikan rukun iman ke der? PERCAYA pada kitab? ok gua tahu lu akan cakap kitab2 tu telah diseleweng!! Allah telah disekutukan.. Allah ada anak..
tapi gua nak ajak lu perincikan perkataan GOD/ALLAH/TUHAN dalam kitab2 tu.. kitab injil ada sebut 3 entiti tuhan.. iaitu roh kudus, jesus kristus dan TUHAN/ALLAH/god itu sendiri.. di situ gua rungkaikan.. perkataan god/tuhan atau Allah masih lagi merujuk kpd Allah kan? so bagi dorang.. Allah masih lagi entiti yg satu.. cuma dorang kata jesus kristus dan roh kudus sama dengan Allah.. lu paham tak apa yg gua nak terangkan ni der? tak paham lu tanya..
dan gua pun terdetik gak ketakutan pasal bila Allah tiada beza antara tuhan dorang dan kita.. bila2 masa je anak2 kita buleh murtad.. gua pun takut der.. tapi.. gua PERCAYA.. sbb sbgi umat ISLAM kita di TUNTUT tuk percaya ALLAH MAHA BERKUASA ATAS segala kejadian @ bahasa senangnya kita kena percaya pada rukun iman yg terakhir.. Qada' dan Qadar.. bila lu boleh percaya dan yakin sebetul2 yakin.. gua rasa lu tak akan bertanya pasal hal ni..
dan der.. lu duduk zaman mana ni der? zaman skang.. tak payah nak bagi kalimah Allah di gunakan oleh kitab len pun dah berapa ramai muda mudi kita yg murtad der? memang lu dan gua patut TAKUT.. tapi.. kita tak boleh halang.. sbb banyak ayat yg menyatakan Allah tak larang kalimah tu digunakan oleh mereka..
kita tak layak mengharamkan menda yg Allah tak haramkan der.. sbb tu gua/kami/mereka tengah berjuang agar rejim umNgok tak guna ni tumbang.. lu tahu gua pun tahu apa yg mereka buat.. ceramah agama di pandang sinis... dan masih terngiang2 di telinga gua.. "adik ko tu blaja sekolah pondok.. tah macammana la idup dia nanti, nak kerja apa la dia nanti.. boleh ke nak sara anak orang nanti.." skarang.. gua rasa rezeki dia lagi banyak dari gua..
lu perhatikan.. betapa hinanya orng yg nak belaja agama di mata kita semua.. sbb apa.. ha.. lu biasa dengar tak ayat ni?? "kaum arab pakai pudrah pasal kaum arab kuat sex", "kalau hukum hudud dilaksanakan, kita akan mundur" dan banyak lagi.. itu semua kenyataan yg camana tu der? mmg patutla lu takut.. dan memang patut pun gua takut.. dan kita sekalian takut.. sbb tu kitorang nak tukar..
kitorang menyampah sgt.. di mulut.. lu la pejuang agama.. tapi bila lu nampak orang berpakaian mengikut sunnah lu kutuk, lu maki.. tapi bila lu nampak org yg pakai seksi2.. lu puja.. sampai anak2 pun dah keliru yg mana satu yg betol..
der.. lu kena berlapang dada.. sbb hidayah tu haq mutlak Allah Ta'ala.. dan biasanya bagi org mcm kita yg lahir sbagai seorang islam.. kita banyak kekurangan... sbb kita tak di galakkan bertanya banyak pasal agama.. kita men ikut je.. bida'ah dan halal haram kita campur adukkan.. sbb kita tak tahu mana halal mana haram..
berbeza dengan seorang pencari kebenaran.. apa apa pun yg dihidangkan kepadanya dia akan bertanya rasionalnya.. dan mereka akan betul2 mengerti apa ISLAM yg sebenar2nya.. bukan cam kita...
der.. aku dok satu negeri tu siap berbahas ngan seorang perempuan yg telah bersuami.. dia cakap taat pada ibu adalah yg paling utama.. sbb ustaz dan pak haji tempat dia cakap tak boleh derhaka pada ibu.. itu yg aku menyinga sgt tu.. anak dia dah buleh kawin dah... tapi tahap pemikiran dan pemahaman agama masih lagi.. hampeh..
begitu jugak kat satu daerah tu.. bila mamat sarawak yg baru memeluk islam pergi berjemaah di surau.. dia di pulaukan.. siap di perli2 suruh buang tatto yg dia ada..
itu ke yg islam kita ajar der? itu ker yg Nabi s.a.w kita ajar?
memang lu patut takut.. gua pun.. kita pun.. tapi.. jangan.. menghalalkan menda yg haram dan mengharamkan menda yg halal der..
ps: sori sekali lagi der pan.. amik ruang lu banyak sgt.. patutkah gua berblog?? bukannya rajin sgt gua nak mengupdate nih..
ala.. telepas pandangla plak.. der betul Allah hanya satu tiada beranak dan diperanakan, kita hanya ikut Al-Quran. akidah kita pada Al Quran..
ReplyDeleteder gua nak tanya skit.. dalam kitab injil di negara arab dorang guna nama Allah kan? gantinama tuhan kan?
pelik tak? maaf gua terpaksa bercakap kasar/biadap skit kali ni... lu tak pelik ke KENAPA NABI MUHAMMAD s.a.w tak MELARANG dan MEMBAKAR kitab2 INJIL yg ada pada masa tu? pada masa Islam telah kuat? KENAPA DER? KENAPA?
Apa lu ngan Nabi Muhammad s.a.w. tu sama taraf ke der? ke lu punya taraf lebih hebat daripada dia? habis lu punya keputusan betol?? keputusan JUNJUNGAN kita tu salah?? bodoh ke apa lu ni? sori.. kalau gua cakap elok2 lu bukannya boleh paham.. dah nek letih gua terangkan hal kalimah Allah nih.. masih lagi nak ajak betekak..
der.. tolong la.. gua tahu niat lu baik.. lu tanak generasi muda kita mudah di tarik ke 'sana' gua pun tak mahu.. sebenarnya kalu kita tak nak menda tu berlaku.. kita kena PERKASAKAN IMAN dorang sementara dorang masih muda.. bukannya seronok tengok anak2 join idola kecil.. kita kena bawa mereka mengimarahkan masjid.. bukan mengimarahkan jom heboh.. itu yg betulnya..
der.. tak guna kita nak halang 'mereka' itu ini sedangkan kita secara diam seronok ngan cara 'mereka'.. cara islam kita buang jejauh.. cara dorang kita raikan... bukankah itu satu bentuk kebodohan? sbb tu kitorang ajak supaya kita tukar... dan berjuang nak tukar... kita tanak pemimpin yg lebih sukakan hiburan.. kita nak pemimpin yg betul 2 ikhlas nak perjuangkan islam.. bukan hanya di bibir..
tolongla paham der.. menda ni simple je kalu kita semua FAHAM ngan RUKUN IMAN... ni tak..
ps: sori lagi der cipan.. hahahaa tak dapat gua elakkan... dan kalau nak tahu lebih lanjut lu bawak bahan gua ni ke mana2 ustaz/guru agama/ulamak.. dan lu tolong rungkaikan mana yg gua cakap tu salah.. gua menulis berdasarkan pemahaman gua mengenai rukun IMAN.. kalau salah gua berbesar hati nak bacanya.. tak pun buleh je email kat gua @ bewoxair@gmail.com
Bhai Bewok air,
ReplyDeleteDengar apa kata ustaz ni dulu
Aku ngaji tak tinggi tapi aku hanya harap dapat ikut dan berpandukan Al-Quran mengatasi segala perundangan dalam kehidupan.
Dalam Al-Quran menjelaskan tentang Allah. Tentang penyelewengan dan kaum2 terdahulu yang telah diberi Kitab-Kitab Allah. Yea rukun Iman ada suruh percaya kepada Kitab2 dan Nabi.. Cuma persoalan Kitab tu ASLI ke? Aku hanya yakin Al-Quran asli sebab itu janji Allah yang menjaga Al-Quran.
Dalam Quran juga TAK SURUh ikut kitab2 terdahulu.. Ada ayat suruh ikut kitab-kitab terdahulu? Kenapa kerana ada yang telah diseleweng.. dan pelbagai versi tu Nabi Muhammad S.A.W turun membawa kita yang terakhir yang sempurna dan lengkap dari pelabagai sudut kehidupan.
Seperti dalan Surah Al-Baqarah ayat 2 - "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"
Dah ada kitab yang tiada syak dan selindung.. buat apa nak menangkan dan benarkan kitab injil yang kita tak tahu palsu ke tak.. sedangkan dalam Quran telah jelas dan nyata tentang ini?
An-Nisa ayat 171 - "Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang Pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
Dan nyata Allah suruh mereka berhenti mengatakan Allah tu tiga.. Sekarang kau nak ikut Al-Quran ke nak ikut Kitab Injil?
Aku tak sokong BN atau UMNO tapi aku hanya ikut apa ada dalam Quran kerana ini Iman adalah iman aku.
Korang nak setuju nak benarkan kerana hujah2 lapuk tu terpulang la kat korang. Agama aku agama Islam bukan Kristian.
Der BKT.. terima kasih atas pencerahan sedara..
ReplyDeleteAdoii aii.. panjang la plak nak mengarang nih... tapi pape pun terpaksa la jugak gua tulis.. memang betol apa yg lu tulis.. bila di kuarkan ayat2 tauhid.. memang gua akui.. Allah tu satu... gua tak pernah nak nafikan.. atau gua nak kita semua pegi beriman ngan kitab injil yg telah diseleweng.. tak.. gua bukan nak berhujah ke arah itu..
Gua berhujah atas kapasiti pengunaan PERKATAAN ALLAH itu sendiri.. gua taknak berhujah atas kapasiti TAUHID.. kalau atas dasar kapasiti TAUHID mmg Allah itu satu.. tidak beranak dan di peranakkan..
Kita berbalik pada zaman nabi.. der gua suka menggunakan ‘hujah lapuk’ berkaitan zaman nabi.. sebab dia sebaik2 contoh.. dan bila gua tak dapat jawapan yg memuaskan dari al quran dan hadis.. gua akan refer kpd dia.. akhlak dan kehidupan beliau.. sbb pada zaman dia lg penggunaan KALIMAH ALLAH ni dalam kitab INJIL yg DISELEWENG WUJUD..
Bila beliau di naikkan menjadi nabi.. APA yg di suruh kepada beliau untuk di ajar kpd umat manusia? ILMU TAUHID@ mengesakan Allah.. itu bermakna makhluk di zaman sebelum islam lagi dorang percaya Allah ni TUHAN dorang.. kan? Ok.. setakat ni kita pahamkan.. Cuma mereka MENYEKUTUKAN ALLAH je kan?.. so tugas nabi kita boleh di katakan senang gak.. pasal dorang dah kenal dan mengaku Allah tu tuhan mereka.. Cuma mereka mengatakan ada gak tuhan len..
ok selepas ilmu tauhid dah di ajar.. barulah beliau mengajar bab2 lain.. dan pada zaman dia tu kalimah Allah telah pun di gunakan di dalam kitab INJIL... jadi.. kenapa?? Kenapa beliau tidak memerintahkan geng2 kristian jangan menggunakan perkataan ALLAH di dalam kitab injil? Ketika ISLAM telah menjadi kuasa besar di sana? Der gua guna perumpamaan dan ketika di zaman nabi kita masih hidup sebab kita buntu.. yg mana yg valid?? PERKATAAN ALLAH tu statusnya macammana... akhlak sapa lg yg kita patut ikut.. beliau tak meLARANG pun geng2 kristian guna perkataan Allah dlm kitab Injil.. so.. lu sapa? Gua sapa? Ulamak2 dan tok guru skarang sapa? Nak pertikaikan keputusan dia tuk merelakan penggunaan PERKATAAN ALLAH dlm tu?
Der.. lu nak guna ayat Al Ikhlas.. gua guna ayat Al fatihah.. tak.. banyak ayat2 dalam Al Quran yg kalau kita nak guna pon tak habis hujah kita.. tahap pemahaman agama.. antara gua dan lu berbeza.. begitu juga diantara seorang guru dan murid.. sbb pemahaman yg berbeza ni la adanya 4 mazhab.. jadi kita raikan perbezaan nih.. lu tak bleh hukum gua.. begitu juga sebaliknya.. sbb keyakinan kita berdua valid.. atas kapasiti seorang yg sayangkan agama.. sbb tu gua cukup tak suka ISU ni DI POLITIKKAN atau DITIMBULKAN.. sbb masing2 akan merasa diri masing2 betul.. dan bila kita buntu.. kita kembali pada Al Quran dan Hadis.. kalau buntu jugak kita teliti balik akhlak Nabi s.a.w.
Der.. banyak menda yg gua nak tulis.. dan kalau kita nak berhujah bab ni.. gua rasa sampai tahun depan pun tak habis.. bagi gua kalau Nabi s.a.w. boleh REDHO.. kenapa kita sebagai umatnya tak REDHO? Bukankah kita di SURUH menyontohi beliau?
Lu ingat gua suka ke nak benarkan kristian guna KALIMAH ALLAH nih? Infiniti kali gua tak suka.. tapi gua terpaksa merelakan.. sebab yg gua dok cakap kat atas.. kita tak ada kapasiti tuk melebihi Nabi kita.. apa yg beliau buat kita ikut.. tak payah di tanya kenapa.. tak perlu dikaji.. sbb apa yg beliau buat adlah berdasarkan petunjuk..
Dan buat kesekian kalinya gua nak tekankan.. gua BERHUJAH ATAS KAPASITI KALIMAH.. BUKAN KAPASITI TAUHID.. JADI LU KENA FAHAM BETUL2.. BERBEZA ANTARA KEDUA-DUANYA.. dan gua ada baca pendapat ulamak dan tok guru.. setengah kata boleh bersyarat.. setengah pulak kata tak boleh.. jadi bila ada pertikaian.. kita balikla kpd INSAN yg paling VALID KEPUTUSANNYA.. ok puas hati? Ke nak kena karang panjang lagi?
Owh dunia patut la susah laksanakan undang2 Islam semua kelentong manjang..tauhid dan dunia sudah kena pusah.. Esok ada masalah macam indon baru irang melayu Islam sedar langit tinggi rendah..
ReplyDeleteSubhanAllah..
ReplyDeleteSegalanya di alam maya ini Milik Allah termasuk lah hidayah..
Terpulang lah kat saudara kalau nak menafikannya.. dan kalau nak pisah-pisah sekalipun. Kepada Dia jua kita kembali..
Belajar la bahasa Arab jangan diperbodohkan oleh mubaligh kristian.. sebab diaorang memang nak orang Islam ikut mereka.. maksud Allah dalam Bible Arab merujuk kepada tuhan sebab itu bible disebut atau translate sebagai God atau lord.
ReplyDeleteBahasa Arab ni unik kadang satu perkataan tu nampak sama tapi bila diguna dalam ayat jadi berbeza.. kalau tak paham sila tanya pakar bahasa Arab.
der anon May 11, 2013 at 4:44 PM..
ReplyDeletesebenarnya gua dah malas nak memanjangkan isu nih.. sbb pemahaman kita berbaza tentang isu agama nih..
tapi kalu lu takut jadi macam indon.. gua rasa susah der.. pasal kita punya rukun negara percaya kpd tuhan dan tidak seperti indo nya panca sila iaitu kebebasan beragama.. susah utk rakyat kita sesuka suki je nak murtad..
dan der sbb tu gua tengah berjuang tuk menjahanamkan umngok.. sebelum anakmuda kita di jahanamkan oleh mereka.. kita nak mencari pemimpin yg mesra ilmu agama.. agar menda2 yg berkaitan agama ni tak di pandang ringan.. agar muda mudi kita di dada mereka ada ilmu tauhid ni..
der.. mereka kalau di ibaratkan atas kapal.. umpama nakhoda.. kalau dia tu jenis suka berpoya2.. memperkecilkan nasihat dan pandangan ahli agama dalam menentukan arah dan hasil pelayaran.. lu rasa apa yg jadi kat kelasi dia der..
kalau pkr tu sama mcm dorang.. kita tukarla lepas 5 taun dorang perintah.. kita tukar dan terus tukar sampai kita jumpa ngan pemimpin yg suka pada ilmu agama.. sbb bila pemimpin tu suka ilmu agama maka dia akan menaikkan kembali pengiktirafan kepada pelajar/sekolah2 agama.. dan dari segi pekerja di dalam jabatan kerajaan org yg berilmu agama lebih di titik beratkan untuk di ambil bekerja.. dan bila seorang pekerja tu berilmu agama.. maka kemungkinan utk dia menyeleweng tu lebih rendah..
dan lagi bagus jika dia (pemimpin) melaksanakan hukum hudud kepada semua kaum.. selepas kita sama2 mengenalkan kpd kaum non muslim apa itu hukum hudud yg sebenarnya.. bukan mcm sekarang.. dorang ditakutkan dengan isu hudud.. dan buat pengetahuan lu la.. kadar celik hudud di kalangan orang cina di semenanjung ni semakin bertambah.. alhamdulillah..
der.. lu tak perlu risau pasal isu kalimah Allah ni kalu anak2 kita dididik dengan sempurna ttg ilmu tauhid sedari kecil der..
der.. itu lah peri pentingnya kita memilih pemimpin yg akan memimpin kita ke jalan yg betul der.. sbb yg kontrol media massa ni.. dan corak pembelajaran anak2 kita di tangan dorang.. mohla kita berjuang menumbangkan dorang.. kalau dorang still tanak berubah...
sori bro cipan.. tumpang lu nyer blog lagi.. hahaha.. adoii aii... dilema sungguh...
der BKT..amin..
ReplyDeletegua tanak nafikan ke apa ke gua tak mo.. cuma gua harap udah la di naikkan isu ni ke permukaan..
ia hanya akan merosakkan akidah org yg tak berapa nak paham.. mungkin lu nak kata gua punya aqidah dah rosak? terpulang la der.. yg gua tahu gua dah malas nak ulas isu ni.. just let it be.. silap2 aribulan kalu tak akidah lu.. akidah gua plak yg melayang..
dan kepada anon May 11, 2013 at 8:01 PM gua dah terangkan dengan panjang dan lebar dah isu ni.. lu masih lagi tak puas hati.. gua tak di bodohkan oleh mubaligh kristian.. dan kalu lu suruh gua blajar bahasa arab lebih dalam lagi jadi gua sejuta kali lagi nak tanya lu.. apa Nabi Muhammad s.a.w. tak faham ke bahasa arab der? dan dia tak tahulah yang kristian merujuk Allah tu kepada TUHAN yg mana? sedangkan boleh je dia nak larang gereja menggunakan perkataan Allah tu.. dia boleh je suruh sahabat dan umat dia membakar gereja yg ada tertulis nama Allah di dalamnya.. dia buleh je nak suruh umat dia membakar kitab2 injil dan taurat yg diselewengkan?? kan?? kenapa dia tak buat der? memang.. kalau ikut hati gua dan nafsu gua.. sama gak macam lu semua.. tanak dan tak mo kalimah Allah ni sewenang2nya di gunakan oleh dorang.. tapi kita kena kaji menda ni secara mendalam.. dan menda ni terdapat banyak unsur khilafiah..
der lu bleh pegi baca dlm blog drmaza isu nih dan gua amik sikit dari situ
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,
part 1
Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).
ReplyDeleteAyat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,
Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).
Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.
Sbb tu gua tak suka lu semua dok ungkit isu2 ni.. sbb isu ni boleh kita abaikan jika kita sama2 mencari jalan tuk menaikkan institusi agama di negara kita.. yg mana secara tak langsungnya akan ada banyak ceramah/syarahan/ dan ilmu tauhid di ajar dan secara tak langsung kita semat kuat2 ilmu tauhid di dalam dada anak2 kita.. bila ilmu tauhid di dalam dada mereka dah cukup kuat.. lu rasa ada ke dorang nak jadi murtad der.. ni tak kita dok pakat ajar anak2 ke arah hiburan.. akedemi fantasi la.. mentor la, idola kecil la..
Der.. sekali lagi gua mohon.. bukalah minda dan hati lu lebih luas.. lu akan nampak.. walaupun kita tak suka.. sbb kita akan rasa Allah tu adalah milik mutlak kita sebagai umat islam.. dan org len tak ada haq ke atas NamaNya.. tapi.. kaji la balik.. dah gua rasa gua dah terangkan dengan penuh jujur dan sehabis ikhlas dah.. dan gua mohon dahla kita nak timbulkan balik isu ni.. tak ada pekdahnya.. ..
Ps: Hmm.. panjang gak yg gua kena ulas der.. siap ada part 1 part 2 lagi
part 2
Kita takda kuasa menentukan cuma nak bagi sedikit pencerahan.
ReplyDeletePelik kat Malaysia je kecoh bila nama Allah orang Kristian nak guna.. dan dijadikan modal politik murahan..
Sebenarnya simple aje pun.. Pada saya dah semenanjung tak guna baik kekalkan aje, ianya menambah banyak keburukan kepada semua terutama Melayu dan agama Islam di Malaysia dari kebaikan walau apa justifikasi sekalipun.
Dah tulis perlembagaan dalam Melaysia ni agama rasmi agama Islam dan keputusan majlis fakwa kebangsaan seharusnya dihormati.
Ada 40 perkataan khas surau, masjid juga termasuk Allah dan sebagainya yang dikenalpasti tidak digunakan oleh agama lain telah diwartakan oleh majlis fatwa agama Islam supaya tidak digunakan sewenang-wenangnya demi menjaga keharmonian agama Islam.
Saya melihat lebih banyak keburukan dan kekalutan. Mengapa ?
Ada banyak sebab salah satunya kerana sentimen negara dan orang Melayu. Kalau dalam agama dan bangsa sendiri pun nak gaduh akan jadi lebih parah bila Kristian pakai nama Allah.
Akan muncul Melayu kristian (yang sekarang sudah pun kristian) menuntut hak fasa melayu islam dihapuskan.
Ianya walau nampak baik dan positif dari kebebasan agama tetapi melihat kepada "Melayu" di malaysia ianya suatu yang buruk kerana akan muncul golongan Melayu Kristian extream juga golongan Islam extream yang lebih Kristian dah lebih Islam bahkan sangup gaduh dan mati macam dekat Indonesia kerana mereka juga rumpun melayu yang mempunyai "sifat melayu".
Semua ada baik dan buruk dan saya lihat terlampau banyak keburukan dari kebaikan. Kristian dibenarkan diamalkan selama lebih 50 tahun di Malaysia ni jadi gunakan amalan yang telah digunakan saja sepatutnya tidak menjadi masalah.