Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

06 May 2013

Cerita Disebalik Isu Blackout

Bhai.... Dulu masa gua tinggal di Shah Alam... Gua selalu lepak minum kat Kelab Kilat di TNB Bangsar.. Pasainyer... Gua ader ramai kengkawan kat Ibupejabat TNB tue... Dari sekecil-kecil jawatan sampailah kepada beberapa pengurus besar disana.... Hahaha...

Jadinyer tadi gua sengaja call diorang kat TNB Bangsar tue.... Kasi perhangatkan isu blackout kat pusat penjumlahan undi pada PRU13 nih... Diorang siap melenting bising... Diorang kata diorang dah sediakan cukup generator mudahalih bagi semua pusat penjumlahan undi...

Dan hari nih diorang banyak dihujani panggilan telefon marah-marah TNB pasai benda nih... Walhal... TNB takder kaitan pok... Bukan TNB yang sabotaj... Tambah lagi ramai staff TNB yang menyokong Pakatan Rakyat...

Member gua bagitau... Ini semua kerja celaka bangsat yang usik "Main DB" kat lokasi pusat penjumlahan undi... Mesti ader orang yang cabutkan fius nih... Sengaja buat nampak macam blackout sebabkan TNB...

So... Aper citer nih... Bukan ker dalam setiap kali kursus PACA telah diperingatkan bahawa insiden blackout nih besar kemungkinan akan terjadi... Takkan la tak diperingatkan kot... Takkan la takder seorang pon ahli Pakatan Rakyat yang ditugaskan untuk mengawal suis elektrik dan kotak fius.... Takkan la bodoh lagi kot...

Dah 13 kali pilihanraya... Takkan tabley nak amik perhatian...

Dulu masa Mahathir hampir kalah ngan Tengku Razaleigh pon jadi blackout masa kiraan undi.... Aper daaaa...


So... citer banyak takder... orang TNB takmo dipersalahkan pasai isu blackout nih... Diorang takder kena mengena... Jadi... amacam... PR mau buat camana???

UPDATE 7 Mei : Gua dikhabarkan bahawa ada pihak-pihak tertentu dalam PR yang sedang mengumpulkan bukti kejadian terputus bekalan elektrik ini dan mahu menyaman TNB...  Sewajarnya TNB dapat membuat pengumuman awam bagi mempertahankan sikap non-partisan TNB dalam isu ini sebelum saman menyusul.



22 comments:

  1. Sdr. C++

    Ha...haa...sibodoh yang tak pernah belajar dari kesilapan.

    Nak gelarkan apa entah?

    ReplyDelete
  2. PR kena highlight benda2 macam ni... Strategi beb... Strategi... Kotor ke, bersih ke, diorang peduli apa??? Yg penting, nak menang...!!!

    ReplyDelete
  3. Tulah pasal.. aku pun tak dapat jawapan kebangangang puak-puak Pakatan Rakyat ni.. dah 13 kali PRU tu beb! Setiap kali PRU mesti ada kes mcm ni.. Kalau sabotaj sekecil ni pun tak boleh nak diatasi, jadi fahamlah aku kalau Allah SWT masih belum izinkan PR memerintah Malaysia.

    ReplyDelete
  4. rakyat boleh terima kekalahan, tapi bukan dengan cara menipu.
    natijahnya, rakyat tidak akan hormati pemerintah.

    ReplyDelete
  5. Adinda C++,

    Saya tak pernah miss baca tulisan C++, dan tak pernah komen kerana percaya bahawa apa yang saudara tulis ada banyak kebenarannya dan menongkah arus dan mengajak pembaca berfikir diluar kotak.

    Ok. Ini pendapat teman.

    Pemimpin Pas yang berstatus ulama atau yang berlagak menjadi ulama jadian masih bermimpi bahawa mereka mereka berada di era awal 80an sedangkan politik Malaysia semakin rencam.Pemikiran fiqh politik Islam semakin berkembang dan semakin dinamik sesuai dengan zaman yang mencabar tetapi kerangka pemikiran politik setenggah ulama' Pas masih terikat dengan kerangka pemikiran politik di zaman Abbasiah. Ini adalah masalah besar yang dihadapi oleh kepimpinan Pas.

    Imam Mawardi yang menulis Al ahkam Al Sultaniyyah di zaman pemerintahan Abbasiyyah adalah seorang ulama yang baik agama dan akhlaknya walaupun pendapatnya tentang kenegaraan sudah banyak yang sudah tidak boleh diguna pakai. Tetapi sayang seribu kali sayang, pembaca setianya masih terikat dengan pendapat politik Imam Mawardi, terutamanya dari Dewan Ulama Pas, dan Majlis syuro. Sepatutnya mereka membaca tulisan Tariq Ramadhan, Rashid Ghanushi dan ramai lagi sarjana Islam yang kontemporari. Akibatnya, pemikiran para ulama dan Pas semakin mandul dan jumud.Itu sebablah Malek ben Nabi , pernah berkata bahawa ulama' jenis ini hanya hebat berceramah, tetapi tak pandai buat kerja dan berfikir secara kritikal.

    Teman tak nafikan ada ramai ulama Pas yang hidup sederhana ala zuhud, tetapi itu bukan syarat utama untuk memimpin parti dan negara. Kekuatan mental dan tenaga serta amanah adalah syarat utama untuk menjadi pemimpin. Tanpa dua syarat utama ini, pemimpin yang yang ada akan tidak mempunyai landasan berfikir dan bertindak secara strategik.Lalu, bila bercakap keluar kata-kata seperti merapu dan meraban dan kadang-kadang bunyinya penuh dengan keangkuhan yang membuat kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat terpaksa menahan geli hati dan ada masanya sakit hati.

    Akibatnya persepsi rakyat marhen terhadap setengah ulama Pas terhakis.

    Itulah sebabnya,setengah ulama' pas melakukan kesilapan yang sentiasa berulang-ulang (continuously) dan tak mahu mengaku kesilapan dan meletak kesilapan walaupun sudah banyak kali menyertai pilihanraya. Nasihat teman, eloklah orang seperti ini, lebih baik mengajar dimasjid dari ikut serta dalam politik atau berdiam diri dan menasihati dari segi agama kepada ahli-ahli Politik Pas yang ada kekuatan minda dan amanah.

    Sebenarnya yob, teman dah lama tak menulis tapi sangat sedih dengan kegagalan Pakatan Rakyat merampas Putrajaya.

    Maafkan teman, kalau menulis terlalu panjang. Sekadar meluahkan rasa risau dan sedih.



    ReplyDelete
  6. salam bro cipan tapir & tenuk, ade keje kosong x? -hakim 0173285943

    ReplyDelete
  7. Salam C++

    Teknik blackout ni teknik zaman mak enon! Heran betui bila ia jadi waktu ini.

    Mungkin kerana itu PR tak bersedia. Mungkin yang jaga tempat mengira tu orang muda tak tahu teknik begini akan dibuat. Atau oang tua yang dah lupa.

    Perlu highlgh kejadian ini. Bawa kes ke mahkamah!

    ReplyDelete
  8. Entah la Bhai

    banyak kali dah insiden macam ni.. PR masih tak cerdik sediakan generator dan bekalan lampu yang mencukupi di pusat pengundian..

    Now tak banyak boleh buat BN dah menang.. kalau nak buat apa nanti dikata PR tak puas hati sebab kalah lol..

    Apa nak buat lagi tunggu pru 5 tahun lagi? yang mungkin akan sama juga? Harap 5 tahun lagi semua SPR yang bangsat ni mendapat balasan atau mati?

    Ntah la bhai.. Apa kata mastermind bagi mendapat kepuasan dan mengelakan kekacauan dari berlaku? Apa usaha boleh buat?

    ReplyDelete
  9. kalau tak tipu bukanumno laa..mereka ini anak haram jadah

    ReplyDelete
  10. Bhai/DeeDee sekalian...

    Nak buat camana.... Dah 13 kali pilihanraya pon masih boleh kena "main" dengan benda-benda lawak camnie... hahahaha.... Kalu gua cakap benda nih... pandai plak puak-puak PR melenting... hahaha...

    Jangan mare...

    ReplyDelete
  11. ceter blackout nie aku dengar sejak aku belum bersunat lagi...

    kalau kena tipu dengan benda yang sama sekali tu, kira ok... tapi kalau berbelas-belas kali... setiap PRU dan PRK... apa kah bukan bodoh namanya...

    'bodoh' pun boleh diconsider as a mild word...

    COBOL

    ReplyDelete
  12. Bro,
    Biasanya org2 PAS klu kita ckp tntng risiko penipuan mcm nih..diorang akan kata..bersangka baik la! Dan klu kita bg input atau idea..mrk akan ramai2 buat komen d belakang dan sesma clique mereka. Sebabnya..mrk rasa mcm ragu dgn idea atau pandangan bersifat kritikal dr org mcm kita!

    Well IMO..ramai pegawai penyiasat polis sendiri tidak mahir dlm bidang siasatan. Org PAS jg x suka siasat idea dan pandangn kritikal kita ttp ambil mudah dgn segala kemungkinan risiko penipuan pilihanraya ini.

    Knp sy bgtau polis pon x brp bagus dlm soal siasatan! Buat apa nk terminte atau balon suspek klu ko ada kemahiran interrogation dan psychological manipulation?

    Dlm bidang sy yg menyiasat fraud cases..kita tidak boleh ambil ringan sebarang isu atau fakta dan semua terlibat dlm kes akan di anggap suspek terlebih dahulu atau turut berkonspirasi. Selepas semua keraguan yg ada samada dari segi proven atau possibilities conspirator dah xde. Barulah org itu bersih atau di anggap ok dan tidak bahaya. Ini semua mesti di lakukan untuk meminima kan sebarang elemen buruk. Tetapi dlm PAS klu kita cuba ckp sikit mende macam nih..haaa tok lebai akan angkat kening la dgn kita sambil "budak ni mcm bagus..mcm semua dia tau" hahaha
    Hasilnya..tadaaa..blackout la, undi antu la sebagainya! But lu org suma pikir atau sedar tak? SPR dan petugasnya yang mengundi awal tu...sekor makhluk tu pun jari nya tidak di calit!!!

    Chitttt..podaaaaaaa!
    Krankenman

    ReplyDelete
  13. satu lagi... aku tension betuilah ada yang tulih... 'tak berjaya ke Putrajaya tapi lima pegawai najib berkubur'... 'Ali Rustanm merajuk'... 'tahniah pada Zul Nordin'... 'politik Ghani berakhir'...

    hey... depa tu memang UMNO nak bagi mampus sendiri...

    COBOL

    ReplyDelete
  14. satu lagi... ada ke patut bloger PAS friendly boleh suruh kita pikir-pikirkan apakah patut YB PAS patut jadi MB Selangor sebab PAS lebih banyak kerusi dari PKR... berapa lebihnya kerusi tu... satu je bhai...

    aku taklah cakap bila YB PAS jadi MB, Selangor akan jadi macam Kedah... sebab spesis Azizan tak ada kat YB Selangor, tinggal lagi, tengoklah track record si Khalid tu... A+ tu...

    nasib baiklah DAP yang menang banyak kat parlimen, kalau PAS yang menang lebih banyak, confirm ada yang tak sabar-sabar nak jadi ketua pembangkang...

    COBOL

    ReplyDelete
  15. kes naya macam ni
    kasi doa ramai2
    tangan gatal duk tutup letrik
    gatal seumur hidup
    dengan izin Allah...
    Moga Allah perkenan doa org yg dizalimi
    oleh tangan penutup suis...
    Amiiin!!
    Insya Allah...
    Kalau makbul ada la kuar kat mastika nanti..
    Kahkahkah!!

    ReplyDelete
  16. Hmm PR mungkin dah bersedia tapi la pusat pengundian berapa banyak.. ada je lubang boleh masuk dan tembus.. ada banyak cara nak putuskan cable letrik (blackout)..

    Kalau tak dari kotak fius dari cable luar kalau tak luar dari pencawang kalau tak pencawang dari pusat kawalan tnb dsb..

    PR negeri lain kena belajar macamana PAS kat kelantan kawal pusat pengundian mereka dari kena sabotaj.. Mungkin juga Penang dan Selangor dah belajar..

    Selain sentimen pengundi kena target calon yang boleh menang dan sentimen pengundi tempatan kalau rasa boleh menang kena kawal pusat pengundian sebaiknya..

    memang banyak benda kena pantau.. ada je trik dan teknik menipu yang semua tahu SPR dah buat benda ni 13 kali kalau kali (angaran 5 tahun) dan 60 tahun Bhai.. ada calculation semua.. tu ada peyempadan semula.. ada kajian pengundi tempatan undi pos undi awal..

    juga banyak akta yang melindungi peyelewengan spr.. Misalnya akta SOSMA yang kau tak boleh tahan pengundi walau kau ragu dia ni warga asing yang diberi kad pengenalan.. kalau tahan gak leh kena penjara 2 tahun sebab menghalang orang yang ada IC mengundi.. pondok panas yang dijauhkan dari pusat pengudian 50 supaya tak boleh monitor dan pantau kalau ad aorang asing di bawa masuk..

    terlampau banyak trik la kalau nak list satu-satu.. semua dah dalam calculation untuk "magic" trick ni..

    aku cadangkan pru14 depan kita adakan team siasat dan rakam semua penyelewengan yang ada di seluruh negara dan publis rakaman ni... cover segala hole yang SPR adakan untuk memungkinkan penyelewengan..

    tu je caranya kot tak tau la kalau dah ada inisiatif group untuk selongkar dan selidik benda ni pada pru13 ni.. mungkin ada tengah edit ke apa tak tau la.. kalau takda kena prepare untuk next pru.. segmen terjah pilihanraya.. gunakan segala gadget yang ada untuk dedahkan penipuan dan penyelewengan spr.. hantar ke national geographic history channel ke apa.. the dirtiest election..

    ReplyDelete
  17. jangan terlalu berlembut dan terlampau bertolak ansur ... buang sikap "tak apalah", "cukuplah", "biarlah", "sabarlah", "maafkanlah" dan sebagainya lagi yang murni tetapi negatif .... mesti tegas, aggresif dan positif .... berlandaskan hukum Islam ......

    ReplyDelete
  18. COBOL,c++ etc

    ada cadang, ada tegur, ada cakap, ada berpendapat, ada berstrategi, ada berancang, ada risikan, ada secret ejen

    Tapi ada ke yg BUAT? semua tak guna kalau kita tak BUAT asyik dok bekokok je pandai..

    Pemimpin PR x BUAT? KITA BUAT!!!

    ReplyDelete
  19. si bodoh bodoh sekalian

    sediakan lah genset seratus sekalipun..kalau dah org sabotaj db..genset on tak smpai ke db bodoh..
    !!

    org umno ni mmg bodoh bodoh ke

    ReplyDelete
  20. Fahamkan BETUL2 AYAT2NI;"Kita akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun" lagi...."Kita akan mempertahankan putrajaya hingga ketitisan darah terakhir"
    Siapa yg cakap begitu? PR ke? Undi yg buat bn menjadi kerajaan bukn kerana pemberian penduduk Malaysia 100% tapi DARI PENGUNDI2 LUAR yg telah d bawa ke Malaysia. Yg telah mendapat IC. Inilah penyumbang terbesar atas kejayaan bn. ALANGKAH INDAH DAN BAIKNYA JIKA DI ADAKAN PENGUNDIAN SEMULA..... pengundian yg benar2 jujur. SPR yg TIDAK BERPIHAK PADA MANA2 PARTI yg bertanding.

    ReplyDelete
  21. Aku tak paham la bro...
    ko dah ade analisis agensi korang yang boleh dikatakan 99.99% tepat tu.. memang aku tabik spring biler buat comparison chart ko ngan result slps PRu..
    Dan keputusan PRU13 adalah lebih kurang sama macam korang punya sentiment ratio analisis tu ...
    jadi kalau analisis dah menunjukkan jangkaan keputusan2 pilihan raya yang akan diperolehi, apa kene mnengenanya isu blackout dan pengundi hantu yang menyebabkan BN menang?
    Atau adakah korang dah masukkan sekali dalam calculation korang berapa byk pengundi hantu dan blackout dan lain2 yang akan berlaku sampai analisis boleh jangka sentimen 99.99% sama dgn keputusan PRU?
    camna tu bro?

    ReplyDelete
  22. Bhai Anonymous May 19.2013

    Tak best la kalu citerkan rahsia disebalik VSR tue... camana pengiraan dier... tak aci la... Hahahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja