Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

22 May 2013

Mahukah Mereka Membuat Pengundian Semula

Bhai.... kiter semua tahu yang ader ramai gak calon PR yang menang dalam PRU13 walaupun ianya penuh dengan penipuan.... dan kalu kiter stadi semua analisa dan keputusan yang ader... kiter boleh nampak bahawasanyer... ader sesetengah tempat tue... semacam sengaja dibiarkan calon PR menang....

Persoalan yang gua nak tanya lu nih..... mahukah mereka membuat pengundian semula.... bagi kawasan-kawasan yang PR menang tue... atas alasan kita mahukan pengundian yang telus dan bersih.... mahukan agaknyer wakil rakyat PR yang dah menang nih untuk mengambil risiko dalam pengundian semula...

Gua berani katakan... bahawasanyer... perkara sebegini takkan berlaku.... sori aaa... takkan ader sorang pon dari kalangan wakil rakyat PR yang nak amik risiko nih.... percayalah cakap gua...

Sebab diorang mesti dah seronok dengan kemenangan tue... takkan la diorang nak tambah risiko.... diorang cuma akan kecoh kat tempat yang mana PR kalah jer.... tempat kat mana PR tak dapat menang pada PRU13 itu hari.... bagi kawasan yang menang diorang takkan buat punya...

Serupa la macam kalu Anwar Ibrahim ker... Hadi Awang ker... Lim Kit Siang ker... takkan nak bagi dibuat pengundian semula kat kawasan diorang.... semata-mata nakkan ketelusan dan bersih dalam urusan pengundian..... hahahaha

Jadi... jangan lu harap PR akan membantah keputusan PRU13 di Mahkamah bagi kawasan yang PR dah menang walaupun dengan majoriti bawah 4 %... hahahaha....  Kalu lu tarak percaya aaa.... takper... lu tengok jer la senarai bantahan selepas SPR mewartakan keputusan PRU13 hari nih.... hahaha... tunggu dan lihat.... hahaha


SPR warta keputusan PRU13 hari ini

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mewartakan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang diadakan 5 Mei lalu.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata selepas pewartaan keputusan pilihan raya dibuat, calon dan parti politik yang tidak puas hati boleh memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya umum di mahkamah mengikut negeri masing-masing.

Menurutnya, calon-calon dan parti politik boleh menggunakan saluran yang sah iaitu undang-undang untuk membuat sebarang bantahan termasuk keputusan PRU13.

"Insya-ALLAH SPR akan mewartakan keputusan pilihan raya untuk PRU13 pada hari ini, 22 Mei.

"Dan bermula pada esok, walaupun kita wartakannya pada hari ini tetapi mengikut undang-undangnya, bermula daripada esok 21 hari.

"Jadi mana-mana parti politik dan calon-calon yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya atas apa alasan sekalipun mereka berhak dari sisi undang-undang untuk mencabar keputusan pilihan raya dengan memfailkan petisyen di mahkamah tinggi negeri-negeri yang dipertikaikan itu," katanya pada Sinar Harian dalam satu wawancara khas di sini, hari ini.

Sebelum ini PKR dilaporkan sedang menyiasat keputusan 27 kerusi Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada PRU13 lalu berdasarkan alasan wujud elemen penipuan.

Siasatan mengenainya sudah pun dijalankan awal minggu lalu berdasarkan 237 aduan dan laporan daripada orang ramai berhubung dakwaan itu.

“... siasatan berdasarkan empat kriteria iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus, tidak sepadan dengan undi rosak, peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan daripada undi biasa serta kerusi Parlimen mempunyai bukti penipuan bersama dan laporan polis.

"Empat kriteria itu akan diguna pakai untuk menetapkan kerusi Parlimen dan Dun yang akan disiasat dengan lebih mendalam,” katanya pada satu sidang media berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Ahmad turut menyatakan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum boleh memfailkan petisyen dalam apa jua perkara.

"Tidak semestinya mengenai dakwat kekal, tapi apa jua perkara.

"Sebab itu saya minta parti politik kumpul bukti, kemudian kita berhujah dimahkamah," katanya lagi.

1 comment:

  1. Kenapa lama sangat nak warta? adakah sebab nak memain dengan 21 hari dari tempoh pilihanraya?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1