Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Lesen Senjata Api. Show all posts
Showing posts with label Lesen Senjata Api. Show all posts

24 December 2013

Kes Rompak Dan Bunuh Ambank Kini Senyap

Bhai/DeeDee sekalian...

Ingat lagi ka dengan kes rompak dan bunuh di Ambang Subang Jaya tue... nampaknyer kini dah senyap dah.... Takder saper nak bawak komen lagie.... takut nanti diklasifikasikan sebagai "menghina mahkamah" .... Hahahaha

Ader beberapa persoalan yang masih lagi tak dapat terjawab... dan gua amat berharap agar pendakwaraya boleh membawa persoalan nih.... Antara persoalan yang gua nak sangat tau aderlah....

1. Bagaimana KDN boleh cuai dalam tapisan keselamatan
2. Bagaimana KDN boleh memberikan lesen senjata api kepada warga asing
3. Bagaimana KDN boleh membiarkan syarikat keselamatan tanpa dipantau
4. Bagaimana KDN boleh membiarkan agensi dibawah seliaan mereka (JPN) cuai dalam urusan berkaitan MyKAD.
5. Bagaimana KDN boleh memberikan permit dan lesen senjata kepada syarikat tanpa tapisan keselamatan
6. Bagaimana KDN boleh meluluskan dan membenarkan syarikat keselamatan beroperasi dengan mudah
7. Bagaimana KDN boleh membiarkan begitu ramai pegawal keselamatan di premis kerajaan dari warga asing.

Selagi beberapa isu nih tak terjawab.... pada gua semua kesalahan dan beban adalah terletak pada bahu KDN yang mana Menterinya (Zahid Hamidi) adalah Menteri Gred B.

Agak-agaknyer la... KDN jadi camnie pasai ramai pegawai dan kakitangan dier dari Gred B macam si Zamihan tue jugak la..... Hahahaha.....

By the way..... Biler baca citer kat bawah nih..... nampak macam gempak jer hebat kesatuan sekerja di Malaysia nih..... Hahahaha.... macam bagoosh jer... macam hebat jer.....  ker .... sebenarnya macam chilaka..... Hahahaha

Kematian kakitangan bank ditembak oleh pengawal keselamatan bank langsung takder saper nak bising buat demo ka ... buat piket ka... buat bantahan ka... tak kisah la kesatuan sekerja mana pon.... Nih.... MTUC nampak macam bersolidariti ngan NUBE.... konon kepentingan kesatuan perlu bekerjasama... berpadu tenaga.... Hahahaha... Macam haramjadah ker..... Inilah sebenarnya sikap kesatuan sekerja kat Malaysia nih..... berpilih-pilih.... hampeh.....


31 October 2013

Sudah Jadi Trend La...

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper nak jadi aaa... Makin hari makin takut orang dah nih... Aper tindakan KDN... Hahaha .. Bikin gempak boleh aaa kata lesen operasi kena gantung la... Tapi itu semua sembang gempak jer...

Nih dalam kes kat bawah nih...  Ader chan la kiter semua akan dengar gempak konon KDN akan batalkan lesen operasi syarikat kawalan keselamatan nih serta merta...

Blah la... Tapisan keselamatan boleh bolos lagi mau sembang deras KDN nih... Mana itu Menteri Tiga Line tue... Itu Zahid Hamidi ... Aper citer nih...

Aper daa...


30 October 2013

Perlu Tubuhkan Satu Suruhanjaya Diraja

Bhai/DeeDee sekalian...

Gua berpendapat bahawa Kerajaan Malaysia perlu menubuhkan dengan segera satu Suruhanjaya DiRaja yang berkuasa menyiasat dan juga mendakwa pihak-pihak yang terbabit dalam keseluruhan proses yang mengakibatkan  kes rompak dan bunuh di Ambank USJ berlaku..

Suruhanjaya DiRaja juga perlu menyiasat bukan sahaja dari isu MyKad palsu tetapi juga kepada proses pemberian lesen senjata api. Malah Suruhanjaya DiRaja juga perlu menyiasat pembekal MyKad, penyedia aplikasi MyKad, pihak bank yang meluluskan pembukaan akaun bank oleh suspek....

Tidak ketinggalan juga Suruhanjaya DiRaja juga wajar menyiasat proses pembekalan kawalan keselamatan, pemberian tender, termasuklah juga alokasi kawasan-kawasan dibawah seliaan syarikat kawalan keselamatan. Jangan dilupakan juga siasatan adalah perlu dibuat terhadap persatuan perkhidmatan kawalan keselamatan Malaysia (PPKKM) dari segala segi....

Siasat juga tentang kontrak keselamatan yang dapat kat satu syarikat.... Tapi diagihkan pula kepada satu syarikat lain.. Perlu dilihat disini juga kepada pembekal senjata api... Bagaimana prosesnya dan SOP yang dilakukan..

Selagi mana Kerajaan Malaysia tidak mahu menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi tujuan ini, maka gua percaya rakyat Malaysia amnya telah hilang kepercayaan kepada KDN, JPN, PPKKM, dan syarikat kawalan keselamatan....

Rakyat Malaysia mahukan satu jaminan keselamatan daripada Kerajaan Malaysia. Takkan ini pun susah ker???


29 October 2013

Ini Artikel Sindir

Bhai/DeeDee sekalian...

Kejam dan sadis sungguhlar majikan kepada suspek perompak dan pembunuh di Ambank USJ baru-baru nih..... dah dekat seminggu pon.... langsung takder wakilnyer tampil untuk memohon maaf kepada waris mangsa ....

Takkan la susah sangat pon.... kalu takut sangat nak pi jumpa dalam senyap... bawak la wartawan skali ka... Polis skali ka... masa nak jumpa tue... Jangan riso... lagi ramai orang ader hadir... lagi senang news tersebar... dan lagi selamat lu...

Takkan kena hamput dek waris mangsa la.... Yang dah pergi tue ... kita biarkan dier pergi... Allah lebih menyayangi dier.... Kiter sedekah la Al-Fatihah....

Tunjukkan la sikap prihatin dan CSR syarikat lu tue..... pergi la melawat dan berziarah..... tawarkan sumbangan buat anak-anak mangsa ker mender ker.... sumbangan dana pendidikan ka.....  Takkan la selama nih jadi majikan kepada suspek langsung tak buat duit kot...

Ala.... berapa la sangat.....

Macam mana la majikan suspek nih boleh hati kering jer buat derk ... langsung tak tunjukkan keprihatinan kepada mangsa kekejaman kakitangan syarikat dier...

Memang patut la lesen operasi syarikat nih dibatalkan.....  takder ati perut... Pergh...


---------------------------------------------------------------------------------------------

Ader paham ka???

28 October 2013

Loophole Terbesar Dalam Keselamatan Negara Malaysia

Bhai/DeeDee sekalian...

Sudah berapa episod penulisan dah gua habiskan dengan ulas benda yang sama.... berkait rapat dengan insiden rompak dan bunuh di Ambank USJ... Suspek masih lagi bebas (atau dibebaskan?) ... Yang trauma masih lagi trauma.... Yang buat-buat pekak, buta dan bisu masih lagi Zahid Hamidi..... Hahahaha

Malaysia nih bukan la besar mana pon... bukan la sebesar Australia ker... Amerika Syarikat ker.... Brazil ker... China ker.... atau Russia....... kecik jer lar Malaysia nih.....  Loophole terbesar dalam keselamatan negara Malaysia nih sebenarnya.....



The problem is..... senang sangat nak masuk dan bolos dari sempadan negara nih.... senang benar.... Kawalan hancuss.... ATM cuma cover kawasan yang luas jer..... kerja jaga sempadan nih dok bawah jabatan-jabatan dalam KDN... contohnyer... Imigresen ka.... PDRM ka.....

Tapi.... kalu dah tapisan keselamatan yang simple macam nih pon untuk amik lesen senjata api pon boleh senang-senang lepas..... senang-senang bolos.... errr... timbul persoalan disini.... ini semua boleh kawtim ka??? ini semua boleh setel ngan duit ka??? Kad Pengenalan.... hahaha... ini lagi satu lawak besar.... Ini JPN pon bawah KDN gak.... hahaha

Lu tau dak... Kad Pengenalan Malaysia la paling senang orang nak ciplak.... wei... diorang tak pakai tiruan punya kad bercip lar.... diorang dapat fresh ori punya dari "supplier" .... Data nak input dalam MyKAD... ini satu lagi lawak..... mudah benar aksesnyer bhai.... gua takmo nak citer kat sini... tapi gua nak kasitau sumer.... Ianyer bersangkut paut dengan duit dan kabel.... Betul duit dan kabelnyer... kat Malaysia nih semua boleh dapat...

Begitu teruknya dan korupnyer jabatan kerajaan yang kendalikan keselamatan di Malaysia nih.....  Kalu tidak takkan la enjin jet TUDM pon boleh ilang sampai jumpa kat Argentina.... Hahahaha ... Giler aaa Malaysia nih.... Paling best skali..... cuba tengok kes Altantuya.... mati kena C4 di Malaysia... tapi rekod kemasukan ke Malaysia dalam sistem Imigresen takder... Hahaha... hilang..... ader hantu makan kot....

Hahaha.... orang SULU boleh gi mari gi mari ulang alik suka-suka jer kat Sabah tue.... Hahaha.... siap boleh bukak kebun dan ladang kelapa sawit lagie.... Hahahaha.... stakat lesen senjata api.... aper ader hal.... semua boleh setel kalu ader CA$H.....

KDN nak malu ka? sori aaa.... KDN mana ader kemaluan la bhai..... Siap bekap syarikat keselamatan yang terlibat lagi ader....

Gua nak tanya soalan skit boleh aaa..... berapa diorang bayar aaaa.... berapa juta aaa.... Errr KDN boleh jawab ker??? Sebab ader satu warga asing nih mintak gua tanyakan..... sebab dier nak bukak syarikat keselamatan kat Malaysia.... kalu stakat USD$100 juta tue..... dier kata takder hal nak bayar..... Hahahaha

Kesian kat Zahid Hamidi.... sudah bisu agaknyer..... Hahahaha

Berkaitan :

- Ada dua kemungkinan
- Ini masalah lu bukan gua
- Tiga isu sebenarnya
- Terbaeklah diorang nih
- Kambing Hitam oh Kambing Hitam

25 October 2013

Kambing Hitam Oh Kambing Hitam

Bhai/DeeDee sekalian...

Episod rompak dan bunuh di AMBANK USJ dah jadi makin menarik... Dah ader kambing hitam la pulak... Hahaha

Siap ader plak citer yang kata "kununnya" syarikat Securiforce Sdn Bhd tak cukup kakitangan... Jadi yang tue terpaksa pinjam kakitangan keselamatan dari Kawalan Prima Sdn Bhd... Hahahaha

Just nak kasitau lu orang... Kalu guna anggota yang dipinjamkan nih... Secara otomatik lesen boleh batal lar... Bukan lesen senjata api.. Tapi lesen operasi... Mana boleh main suka-suka pinjam sana sini... Sebab kalu pinjam... Biler jadi aper-aper pihak mana yang nak bertanggung jawab???

Aper daaaa nak pusing citer agak-agak la wei... Nak bekap pon pandang la kiri kanan skit... Nak guna kambing hitam pon pastikan la yang ianya ori... Hahaha

Gua nak tengok sampai biler diorang nak pusing belit citer nih... Yang pasti... KDN dah lepas tangan dan basuh kaki... Hahaha... Walhal sebenarnya KDN telah buat salah besar dengan tak jalankan SOP yang diorang tetapkan sendiri...

Lepas nih mesti kiter akan dihidangkan citer ader pegawai sumber manusia yang diarahkan berenti atau pecat bagi kes nih... Semua yang kena cuma bilis jer... Jerung masih lepas bebas

Gua percaya "Pandora Box Has Been Opened"  .... Tunggu dan lihat ... Hahahaha

Oh yer... Kenapa kambing itu hitam aaaa??? Hahaha

04 August 2013

Ballistic Database

Bhai/DeeDee sekalian...

Malaysia memang melaksanakan dasar pengawalan senjata api (gun control) yang agak keras. Pemilikan senjata api hanyalah boleh melalui beberapa cara sahaja... termasuklah jika memiliki kebun dan ladang serta untuk kegunaan keselamatan diri..

Setiap pemilik senjata api di Malaysia diwajibkan menjalani ujian kecekapan dan ujian psiko. Malah terdapat juga senarai pemilik lesen senjata api disatu-satu kawasan yang dibawah pengawasan Ketua Polis Daerah (OCPD)... 

Jadi ... Gua ader satu cadangan... Gua rasa terbaik kalau ader satu Ballistic Database yang mengandungi semua ujian balistik dan data mengenainya bagi setiap senjata api yang dilesenkan...

PDRM patut mengujudkan satu pangkalan data bagi ujian balistik (ballistic fingerprinting test) bagi setiap senjata api yang dilesenkan.. Dan jugak semua senjata api milik anggota keselamaan bagi memudahkan untuk mengenal pasti senjata api mana yang terlibat dalam satu-satu kes jenayah...

Oleh yang demikian.. Secara otomatiknya ianya akan memudahkan pemantauan jika terdapat senjata yang dilesenkan terlibat dalam kejadian jenayah...

Tapi... Seperti mana yang kita tahu... Kebanyakan penjenayah akan menggunakan senjata api yang diseludup secara haram dalam mana-mana kes jenayah.. Walaupun begitu kita tidak boleh menolak begitu saja elemen senjata api berlesan yang disewa secara haram oleh pemiliknya untuk tujuan jenayah...

Jadi. Adakah PDRM mahu mengorak langkah kearah menyediakan satu pangkalan data balistik (ballistic database) bagi ballistic fingerprinting test ....  Atau... Ada pihak dalam PDRM sendiri yang akan menolak cadangan ini kerana takut segalanya terbongkar???

Kita tunggu dan lihat... Hahaha

UPDATE : Kalau tak paham tentang Ballistic Fingerprinting nih... sila baca di sini.


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1