Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

04 August 2013

Ballistic Database

Bhai/DeeDee sekalian...

Malaysia memang melaksanakan dasar pengawalan senjata api (gun control) yang agak keras. Pemilikan senjata api hanyalah boleh melalui beberapa cara sahaja... termasuklah jika memiliki kebun dan ladang serta untuk kegunaan keselamatan diri..

Setiap pemilik senjata api di Malaysia diwajibkan menjalani ujian kecekapan dan ujian psiko. Malah terdapat juga senarai pemilik lesen senjata api disatu-satu kawasan yang dibawah pengawasan Ketua Polis Daerah (OCPD)... 

Jadi ... Gua ader satu cadangan... Gua rasa terbaik kalau ader satu Ballistic Database yang mengandungi semua ujian balistik dan data mengenainya bagi setiap senjata api yang dilesenkan...

PDRM patut mengujudkan satu pangkalan data bagi ujian balistik (ballistic fingerprinting test) bagi setiap senjata api yang dilesenkan.. Dan jugak semua senjata api milik anggota keselamaan bagi memudahkan untuk mengenal pasti senjata api mana yang terlibat dalam satu-satu kes jenayah...

Oleh yang demikian.. Secara otomatiknya ianya akan memudahkan pemantauan jika terdapat senjata yang dilesenkan terlibat dalam kejadian jenayah...

Tapi... Seperti mana yang kita tahu... Kebanyakan penjenayah akan menggunakan senjata api yang diseludup secara haram dalam mana-mana kes jenayah.. Walaupun begitu kita tidak boleh menolak begitu saja elemen senjata api berlesan yang disewa secara haram oleh pemiliknya untuk tujuan jenayah...

Jadi. Adakah PDRM mahu mengorak langkah kearah menyediakan satu pangkalan data balistik (ballistic database) bagi ballistic fingerprinting test ....  Atau... Ada pihak dalam PDRM sendiri yang akan menolak cadangan ini kerana takut segalanya terbongkar???

Kita tunggu dan lihat... Hahaha

UPDATE : Kalau tak paham tentang Ballistic Fingerprinting nih... sila baca di sini.


5 comments:

  1. wohoho.. aku tak faham sgt psl ni.

    ReplyDelete
  2. Bhai Carlos...

    Gua dah update kat dalam artikel tue maklumat tambahan... hehehe ... baca jangan tak baca...

    ReplyDelete
  3. hari ini hendaklah lebih baik dari hari yang lepas jadi mengapa tak mau yang terbaik kalau ada yang tak mau kasi tanya sama sesiapa yang tak mau apa pasai tarak mau.setiap sistem mesti di pantau keberkesanan nya dan diubahsuai ikut keadaan semasa. setiap peraturan manusia mesti melalui perubahan demi perubahan untuk tambah mantap

    ReplyDelete
  4. sama la macam bila penjenayah di tangkap tiba2 ada pistol yang dijumpai bersama. hahaha

    ReplyDelete
  5. Ak tahu benda nih sbb tgk CSI banyak sangat.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja