Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

27 October 2013

Ada Dua Kemungkinan

Bhai/DeeDee sekalian...

Begitu banyak persoalan yang timbul dalam kes rompak dan bunuh di Ambank USJ baru-baru ni... Terlalu banyak cover-up yang dilakukan... Sampaikan rakyat jadi pening... Tak tau mana satu nak percaya...

1. KDN tuduh syarikat keselamatan cuai dan tidak buat siasatan latar belakang.

2. Kad Pengenalan suspek pula palsu... Tapi JPN senyap membisu... Iris Technology Sdn Bhd pon diam jer... Walhal syarikat ini yang bekalkan MyKAD.

3. JPN.pun dibawah KDN... Jadi isu ini balik kepada KDN. Menteri KDN iaitu Zahid Hamidi buat-buat pekak dan bisu tak keluarkan apa-apa statement.

4. KDN takmo kasitau dan dedahkan nama syarikat kawalan keselamatan yang terlibat... Biler blogger dedahkan Syarikat Securiforce Sdn Bhd yang terlibat... Langsung takder apa-apa input daripada pengurusan Securiforce Sdn Bhd secara rasmi...

4. Securiforce Sdn Bhd plak tuding kawalan Prima Sdn Bhd kononnya yang terlibat... Tapi takder satu pon statement rasmi dari Kawalan Prima Sdn Bhd.

5. Takder wakil dari mana-mana syarikat kawalan keselamatan nih hadir dan menunjukkan simpati waris mangsa. 

6. Kenyataan media "kononnya" dari Securiforce Sdn Bhd hanya dibuat oleh blogger dan tidak melalui mana-mana media cetak dan elektronik yang sepatutnya.

7. Ambank sendiri tidak pasti sama ada mahu meneruskan kontrak kawalan keselamatan syarikat terbabit atau tidak.

8. Industri Insuran dan Takaful juga lengang tanpa ada cerita-cerita dan kekecohan macan biasa bila ader kes besar yang melibatkan tuntutan dan pampasan.

9. Adakah nilaI RM450 ribu itu nilai sebenar atau nilai yang di"bloated"kan sekadar untuk memenuhi tuntutan Insuran & Takaful.

10. Paling best skali... Semacam ader "gag order" terhadap media... Sampaikan takder satu media pon berani nak risik dan dedahkan nama syarikat keselamatan yang terlibat. Mungkin disebabkan ader ugutan saman kot...

Jadi... Berasaskan semua point diatas... Ader beberapa poiny lagi yang malas gua nak sebutkan kat sini (sebab banyak sangat orang yang bengap tabley nak berfikir dengan rasional).... Disini gua nak dedahkan lagi dua senario kemungkinan

Pertama - Suspek adelah sebenarnya agen rahsia dari negara luar yang beroperasi di Malaysia dimana semua maklumat peribadinya serta dokumen perjalanan dan dokumen peribadinya telah dengan sengaja dibina dan difabrikasikan. Tapi... Gua kureng yakin sangat dengan kemungkinan nih pasai biasanyer special-ops operative takkan menonjolkan diri mereka ...

Kedua - Suspek aderlah pembunuh upahan @ bekas pembunuh upahan yang dalam masa yang sama mengambil upah untuk kawalan keselamatan.. Sebab itu dokumen peribadi dan perjalanannya semua palsu. Ini memudahkannya untuk menyelinap keluar selepas tugasannya selesai... Bagi kemungkinan yang ini pada gua ianya agak relevan skit... 

Ntahlah...

Oh yer... Sekadar info kepada lu orang... Masa gua bertugas dalam Ops Alpha Two-Zero yang bertempat di Cagayan De Oro sekitar Februari 2013... Gua masuk ke Filipina dengan dokumen perjalanan diri Indonesia... Dengan SPLP ... Dengan Paspor.. Gua blending di sana tanpa masalah... Bila Imigresen Filipina semak masa kat Airport... Semuanya valid dan clear.... Takder masalah... Walhal semua dokumen tue dibekalkan oleh Agensi.... Hahaha...

Samer macam masa gua di Slovenia dulu sekitar tahun 90'an..... Masuk guna ID Thailand..... Hahaha.... Semua dibekalkan....

UPDATE: 

Ada berita warga asing tidak dikenali didapati mati dibunuh di Shah Alam tadi. Mungkinkah dia suspek kes rompak dan bunuh di Ambank USJ?

UPDATE LAGI:


Rasanyer geng-geng IO kes ini boleh semak dengan Ambank Taipan .... sebab pada 26 Jun katanyer suspek dapat bukak akaun bank.... Errr... macam mana nih... IC dier nih betul ker palsu nih.... Macam mana boleh lepas dengan biometrics verification.... Ambank mesti jugak kena siasatan nih...

Lagi satu.... Patut IO kes nih kena semak dan siasat semua member FB suspek nih.... siasat betul-betul lar....okeh.... wa caya sama lu orang....

P/S: Lagi satue... khabarnyer dier nih dulu belajar di Sunway College... yang nih pon patut kena semak jugak... kaitannyer...

9 comments:

  1. Salam C++

    Adui!!! Altantuya dikatakan mati di Malaysia. Tapi maklumatnya takde di immigresen. Maknanya dia tak masuk Malaysia.

    Endless possibilities.

    ReplyDelete
  2. Ddlm surah al-Baqoroh ada kisah mengapa sapi betina wajib disembelih utk mncari 'punca' & mmbuka RAHSIA..
    -'punca' n RAHSIA pmbunuhan!

    Ddlm surah Yusoff ada kisah baju brdarah serigala utk menipu KELIRU agar RAHSIA tidak trbuka..
    -RAHSIA nabi Yusoff cuba d'padam'

    Kita ada beratus2 @ beribu skolah2 pondok & pusat TAHFIZ ttpi cuma skadar tak lebih drp hanyalah mnjd sbg pngHAFAL..mngHAFAL..mngHAFAL!
    -mrk bangga/syok dgelar HUFAZ

    Ada brpuloh ribu yg balik dr arab syiria & jordan serta PERASAN diri mrk sbg org2 yg 'fakeh' ttpi BUTA drp 'realiti' RAHSIA semasa yg wajib diSULOH dgn CAHAYA para anbiya' agar ummat sedar/trJAGA drp tidur mrk..
    -ttpi mrk lebih syok dgn istilah2 glamor 'hudud-tahalluf-fullus' multaqo-multaqi-br'ug2 yg sgt aneh bahkan meNGELIRUkan skali.
    -mrk inikah WARISAN nabi2?
    -@ WARISAN tipu AUTA & keliru??

    Bhai..
    you have done such a great job..
    Apa ada dgn itu gelaran 'ulamak', alahai.."action speaks LOUDER than words.."

    ReplyDelete
  3. apa yang anda kemukakan itu adalah perkara biasa bagi orang yang paham. merata ada ajen didunia ni silap haribulan dan tahun meletup sana sini.ada kepalsuan yang diredoi ada yang tidak.benar itu pahit.untuk tegak kebenaran perlulah menelan kepahitan.teruskan perjuangan walau sepatah ayat

    ReplyDelete
  4. Saya rasa awak nie keluarkan fakta sendiri..

    Awak dah semak kea dengan Ambank USJ, siapa security diorang.. jgn tabur fitnah sesuka hati..

    Setahu saya Securiforce takde kena mengena dengan Kawalan Prima.. Saya sendiri menggunakan perkhidmatan dari Securiforce.

    Fakta yang awak kemukakan berdasarkan pemikiran awak sendiri atau hasutan daripada mana2 pihak untuk menjatuhkan seseorang?

    Saya beri cadangan kepada awak lebih baik awak terus bersemuka dengan Securiforce dan bertanyakan hal nie.

    Nanti awak ulas sendiri selepas berjumpa dengan Securiforce.

    Untuk makluman awak, Securiforce masih beroperasi seperti biasa. Bermakna fakta yang awak kemukakan adalah tidak benar sama sekali..

    Renung2kan dan fikir2kan lah..

    ReplyDelete
  5. Cipan,

    Aku rasa kes bunuh pegawai bank Ambank USJ yang lalu ianya bukan atas kehendak pengawal keselematan itu secara bersendiriabn... ianya melibatkan beberapa pihak yang berkepentingan.

    Punca utama kejadian itu boleh berlaku adalah 'RASUAH'. Kita tidak menolak ada kemungkinan KDN, PDRM, JPM, syarikat keselamatan dan VVIP dari kalangan UMNO Baru adalah dalang disebalik pembunuhan tersebut. Sama seperti pembunuhan Altantuya.

    Jika mereka tidak punya kepentingan masakan sehingga sekarang tiada pendeahan secara jelas dan telus ?

    Lihat bagaimana polis tangkap dadah tanpa orang yang empunya dadah. Tindakan itu tak ubah seperti pemutihan......matlamat menghalalkan cara.

    Setelah tunjuk dadah yang dirampas ditv, polis tidak pula menceritakan kemana dadah yang berharga jutaan ringgit itu akan dihala kan ?

    Apakah dadah itu dimusnahkan atau polis akan mengagihkan sesama mereka untuk dibawa pulang dijadikan bahan perisa dalam makanan atau diedarkan semula kepada tokan yang mereka lindungi ?

    Lihat juga penguatkuasa kastam buat kerja...., mereka selalu berjaya mendapatkan barangan seludup tapi tidak pernah kita lihat orang yang menyeludup barang ditangkap dan dibawa kemuka pengadilan. Kemana barang rampasan itu dihalakan..... perbuatan itu juga tidak jelas sehingga kita beranggapan bahawa mereka juga bersubahat dengan penyeludup.

    Amat malang nasib rakyat di Malaysia bila Lim Kit Siang kata ...Malaysia sebuah negara ‘jenayah besar, tetapi penjenayah’ dan menteri pula kebal daripada tindakan undang-undang walaupun cuai dalam tugas mereka...

    ReplyDelete
  6. bangsa melayu kebanyaknnya (abasiyyah) mmg ekstrim dgn izin alllah / kehendak allah semata2 drpd menjaga pengertian izin allah / kehendak allah dgn redha-nya dan pengertian izin allah / kehendak allah dgn murka-nya.

    Kredit to http://sabdalangit.wordpress.com/

    ReplyDelete
  7. bangsa melayu kebanyaknnya (abasiyyah) mmg ekstrim dgn izin alllah / kehendak allah semata2 drpd menjaga pengertian izin allah / kehendak allah dgn redha-nya dan pengertian izin allah / kehendak allah dgn murka-nya.

    Kredit to http://sabdalangit.wordpress.com/

    ReplyDelete
  8. Bhai/DeeDee sekalian...

    Terima kasih atas komen lu orang... dan kepada Anonymous 8.21 PM .... gua nasihatkan lu baca balik keseluruhan artikel gua yang ini dengan slow.... baca dan dalamkan maksud disebalik story tue....

    Jangan baca sekali lalu jer.... okeh...

    ReplyDelete
  9. Gua pun muskhil dengan pembunuhan2 yang terjadi dari trafic light sekarang kat bank pulak dengan pembunuh berIC palsu?

    Adakah pembunuh terlampau desprate nak duit sampai tertembak mangsa?

    Siapa pula yang melindungi pembunuh? dari mana datangnya IC palsu ni sampai boleh menembusi sistem bank etc.

    Mungkin IC ni valid untuk sistem bank atau tertentu sahaja? atau mungkin ianya mempunyai chip cangih yang boleh mengakses data/ic orang lain untuk pengenalan jadi ianya valid semasa digunakan.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1