Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

25 October 2013

NUBE Pun Takut Kat Maznah Hamid Ker?

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper gunanyer kalu join kesatuan sekerja... tapi biler kena isu kepentingan pekerja.... kesatuan langsung buat derk jer.... senyap membisu.... sudah nak masuk 72 jam dah nih.... satu statement pon tarak keluar dari mulut NUBE....

Takkan la NUBE pun takut kat Maznah Hamid yang jadik pemilik Securiforce Sdn Bhd kot..... atau... Takkan la NUBE pon sudah kena beli.... Hahahaha

Sori... kepada sesiapa yang ingat benda nih akan sejuk lima enam hari lagi..... gua nak bagitau kat lu orang aaa..... sori aaaa..... gua takkan senyap punya...

Punya la sial dan celakanyer KDN sampai tabrani nak sebut nama syarikat kawalan keselamatan yang terlibat..... sekadar cakap kononnyer lesen operasi sudah dibatalkan... sampailah kepada pentadbiran tertinggi AMBANK yang macam cilanat kecut telur tabrani nak tamatkan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan tue.....

Samer jer bekap sana sini nak mampus..... bangsat betul ka diorang nih... Aper punya kebal la Maznah Hamid nih.... berapa kuat aaa dier mandrem.... hahaha ..... sampaikan Zahid Hamidi yang katanyer samseng besar (kaki pukul) tue pon tabrani nak keluar statement langsung isu nih.... aper punya Menteri KDN la.... takder telor..... hahahaha

Gua nak kasitau satu mender jer.... selagi KDN tak mengaku yang diorang cuai dalam operasi diorang... selagi tue la gua akan hangatkan citer nih..... samer macam selagi KDN takmo nak dedahkan nama Securiforce Sdn Bhd kepada umum... selagi itulah gua melalui blog ini akan berterusan mengwarwarkannyer...

Kepada semua pembaca dan pengunjung blog nih.... satu jer gua nak mintak lu orang buat.....  iaitu dengan kemudahan telefon berkamera yang lu orang ader.... sila rakamkan gambar atau video yang menunjukkan operasi syarikat Securiforce Sdn Bhd masih berjalan seperti biasa walau dimana pun.... Ingat... KDN kata dah batalkan lesen.... kiter tengok... betul atau tidak lesen tue dah dibatalkan...  boleh emelkan kat gua di cipantapirtenuk [at] gmx.com 

Kepada NUBE..... tolong jangan jadi celaka..... tolong prihatin skit.

Bacaan Lain : Citer 1, Citer 2, Citer 3 dan Citer 4


Maklumat Terkini: 

Gua diberitahu bahawa pada masa kejadian, syarikat Securiforce Sdn Bhd tidak mempunyai cukup anggota... Jadi mereka meminjam kakitangan dari syarikat Kawalan Prima Sdn Bhd.

Nampaknyer ader yang akan jadi kambing hitam lepas nih.... Hahahaha

10 comments:

  1. Bhaiii, towkey gad itu dalam henbeg ada simpan rahsia vvip. Kasii batal kaloo lu punya stori kasi picahhhh....oooo

    ReplyDelete
  2. -Nube nk back up cmner..kalo x silap wa arwah tu bukan kerani..hanya yg berpangkat officer ke atas je yg layak bukak peti besi..
    -so mayb abom (utk officer biase) or bcbesu (exec officer)..tp slalunyer 2 kesatuan kerja ni bkn jenis fighter mcm nube..mereka lebih pd mnjilat pihak atasan..so jgn mimpi kalo ade statement yg mengecam kejadian trsebut..
    -zargus-

    ReplyDelete
  3. Bhai...

    Maznah Hamid tu Biras sapa????
    Mak Mertua Sapa ...ha ha ha..

    Ha ha ha..

    ReplyDelete
  4. apabila peraturan diringan ringankan itula balasan nya

    ReplyDelete
  5. Iskandar ZulkarnainOctober 26, 2013 at 10:36 PM

    http://nube.org.my/about-us/history/

    Bro ..NUBE cuma cover clerical & non clerical sahaja...FYI clerical Ambank under in house union dipanggil KEPPA dan ofiicer dicover ABOM (Association of Bank Officer Malaysia) mereka yg sepatutnya keluar kan statement tp jgn harap la..KEPPA & ABOM macai management...

    ReplyDelete
  6. bro, mmg ini blog u punye..tp yg baca bukan lu sorang..xtahu menahu psl NUBE baik jgn babitkan NUBE dlm hal ni..sama mcm yg lain dah kasi tau, Ambank x join NUBE & officer under ABOM & bukan NUBE...NUBE akan jaga kebajikan perkeranian & bukan perkeranian shj (tu pun yg jd members,yg x nak join NUBE itu dorang tanggung sendiri klu kena tindas dgn majikan or jadi ape2 pada dorang). Psl members (ahli NUBE) yg kena tindas dgn majikan xde plak nmpak lu tulis kat blog lu ni..kasi tau semua org la...itu baru betol...ckp NUBE bukan2 plak..xde NUBE, xdele kenaikan gaji & benefit lain woi...len kali buat research dulu la..baru tau lu org berilmu pengetahuan yg tinggi or not..Fight for your right

    aza

    ReplyDelete
  7. bhai, cuba kau baca info dr bro Iskandar Zulkarnain & sis Aza..itu bru fakta bhai..kau tulis blog kau mcm kau tau ja smua info bhai..lain kli kau kna study btl2 bab yg kau nk kritik ni bhai bkn main hentam ja kau tulis..sedih la aku tgk kalangan org melayu yg cetek ilmu pengetahuan, umpama "tin kosong" bunyi mmg kuat tp isi tkde..aku tahu ni blog kau bhai dan suka hati kau nk tulis apa tp cara penyampaian kau ni menampakkan kebodohan kau sbnrnya..

    ReplyDelete
  8. Bhai/DeeDee sekalian...

    Ini dier jawapan gua...

    http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/10/ini-masalah-lu-bukan-gua.html

    ReplyDelete
  9. PETALING JAYA (OCT 25) : KAWALAN PRIMA SDN BHD. THAT IS THE NAME OF THE SECURITY COMPANY THAT HIRED A MURDERER.

    Saya dengan penuh bertanggungjawab, ingin memperjelaskan dengan benar kepada kenyataan-kenyataan palsu, tidak tepat dan yang mempunyai agenda-agenda lain bahawa SECURIFORCE SDN BHD bukanlah syarikat yang terlibat menggajikan Pengawal Keselamatan yang menembak mati Pegawai Bank (AMBANK) Cawangan Subang Jaya baru-baru ini. Kami amat kesal dengan fitnah yang dilemparkan dalam blog tuan, kenyataan-kenyaatan murahan, yang malas membuat research, yang miskin dengan sumber maklumat dengan pandai-pandai dan sesuka hati menamakan SECURIFORCE sebagai syarikat yang terlibat dan seterusnya membabitkan nama Yang Berbahagia Datuk Hjh Maznah Hamid selaku pemilik syarikat.

    Susulan daripada itu, saya bagi pihak SECURIFORCE SDN. BHD. memberi PERINGATAN dengan tegas bahawa pernyataan-pernyataan yang tidak betul dan tidak tepat seperti ini boleh menyebabkan pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Ini kerana kandungan lapuran yang dimuatkan lebih menunjukkan satu niat yang buruk, mencemarkan peribadi seseorang dan secara langsung ditujukan kepada SECURIFORCE SDN. BHD.

    Saya ingin memperingatkan kepada tuan agar lebih bertanggungjawab, carilah maklumat dengan tepat dan betul sesuai dengan peranan dan etika untuk menyampaikan berita, komen, maklumat yang benar kepada umum. Untuk pengetahuan tuan, warga alam maya pada masa sekarang lebih bijak dan beinformatif untuk menilai sebarang berita.

    Berkemungkinan mereka mempunyai informasi yang lebih betul dan tepat daripada berita tuan seperti yang dikutip dari tong sampah ini. Seharusnya saya bersimpati dengan tuan. Jadilah seorang blogger yang sebenar, bukan sebagai ‘blocked head’.

    Sebagai panduan, dan sedikit tips kepada tuan, maklumat sebenar syarikat yang terlibat sentiasa boleh didapati dengan tepat daripada :
    1. Kementerian Dalam Negeri (Bahagian A, Keselamatan, KDN),
    2. Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
    3. Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM),
    4. AMBANK atau
    5. sila layari www.fz.com.
    6. Sila layari www.malaysiandigest.com
    7. Syarikat yang terlibat, KAWALAN PRIMA SDN BHD (www.kawalanprima.com.my)

    Sehubungan dengan itu, dengan maklumat yang disediakan, pihak kami menuntut agar tuan bertanggungjawab untuk memperbetulkan fakta yang sebenar secepat mungkin. Sekiranya memerlukan penjelasan dan maklumat lanjut sila hubungi pihak kami. Kami sedia untuk bekerjasama demi menyatakan kebenaran.

    Ini adalah satu kes sensitif yang melibatkan kematian dan memberi impak kepada waris yang masih hidup. Janganlah mempermain-mainkan situasi ini. Seharusnya tuan meminta semua pengikut blog untuk sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarhamah atau memberi apa jua bentuk sumbangan kepada warisnya. Bukan membawa niat buruk tuan untuk cepat popular.

    Marilah kita bersama sedekahkan surah al-Fatihah kepada Allahyarhamah mangsa, dan ucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
    Sekian, terima kasih.

    JALIL IBRAHIM
    Pengarah
    SECURIFORCE SDN. BHD.
    019-2234555 / 03-4042 0266

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja