Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Shamsul Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Shamsul Iskandar. Show all posts

03 January 2023

Sebab Kifarah?

Bhai/DeeDee semua...

958 orang kakitangan kontrak di LHDN dibuang kerja... ada yang dah lama dengan LHDN sampai lebih 10 tahun... ader yang tak lama.... Masa depa nih berkhidmat di LHDN... bukan setakat gaji yang okeh... tapi LHDN katanya ada beri bonus yang lebat bila kutipan lebih.... 

Masa tue.. diorang jarang bagi muka kat pembayar cukai... langsung takder timbang rasa.... semua atas alasan dalam SOP LHDN... bayar dulu... sembang kemudian... takder budi bicara ....

Sekarag diorang dah takder kerja.... dibuang kerja oleh LHDN... pulak depa pertikai kenapa LHDN takder budi bicara dan timbang rasa dengan diorang... kenapa diorang tak ditawarkan jawatan tetap walhal selepas diorang dibuang kerja... LHDN amik 700 kakitangan tetap yang baru....

Ramai kata kat depa nih... Hadan Huker....  ini semua sebab kifarah.... dulu tak ehsan kat orang... huhuhu


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditempelak kerana mengambil lebih 700 pekerja baharu yang berstatus tetap dan tergamak membuang staf kontrak yang berpengalaman luas.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, agensi itu sepatutnya mengutamakan pekerja tidak tetap yang berpengalaman.

Sebahagian besar kakitangan terbabit malahan ada berkhidmat lebih 10 tahun dan tidak perlu pun dilatih semula kerana sudah mahir dengan sistem kerja LHDN yang kompleks.

“Saya dimaklumkan LHDN boleh ambil pula lebih 700 staf baharu sebagai pegawai tetap walhal mereka pernah ada kata tidak perlu ramai pekerja lagi,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan surat ‘Rayuan Untuk Sesuap Nasi’ kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin di sini hari ini

Memorandum itu disampaikan oleh bekas Pemangku Presiden MTUC, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang hadir mewakili pemimpin blok berkenaan, Mohd. Effendy Abdul Ghani.

Ia diserahkan susulan isu penamatan seramai 958 petugas kontrak LHDN gred 21 pada 31 Disember lalu selepas rundingan terakhir pihak kesatuannya tiga hari sebelum itu gagal.

Badan berkanun tersebut dalam reaksi balasnya pada 29 Disember lalu memberikan alasan kononnya pembuangan itu perlu dilaksanakan kerana isu peralihan kepada fasa digitalisasi.

11 September 2013

Jamil Khir ... Jamil Khir...

Bhai/DeeDee sekalian...

Cuba la lu orang nasihat skit si Jamil Khir Baharom nih.... Aper nak jadi aaa dengan dier... memang dah sah dier cuba menyekat isu qazaf sampai bawak lawan isu qazaf tue kat Mahkamah.... la nih nak saman orang lain pasai "kononnya" dok main citer tue...\

Kalu Jamil Khir Baharom tak halang dan lawan isu qazaf Anwar Ibrahim itu hari... sure Mahkamah Syariah akan jalankan perbicaraan qazaf tue.... Abis tue ... bukan ker duit zakat yang digunakan oleh Jamil Khir Baharom sebagai usaha nak halang perbicaraan qazaf tue tempohari.... aper daaa...

Satu Malaysia memang tau yang Jamil Khir Baharom memang cuba nak halang isu qazaf tue....

Skrang nih Jamil Khir Baharom gunakan plak Mahkamah Sivil sebagai usaha nak menyaman Shamsul Iskandar..... Hahaha... awat... sudah tarak percaya sama Mahkamah Syariah ker.... kata Menteri yang jaga institusi agama.... Poodah lar wei....

Ini macam punya orang memang memalukan institusi agama..... chit poodah...

Aper nak jadi la ngan Jamil Khir Baharom nih.... errr.. nak tanya aaa.... pakai duit mana plak kali nih untuk urusan saman di Mahkamah Sivil.... duit Baitulmal ker.... hahahaha

Jamil Khir.... Jamil Khir..... lu nih ader blaja agama Islam ker idak nih???

22 May 2013

Lagi Ditekan Lagi Melawan

Bhai.... ader dua jenis pejuang dalam dunia nih... tak kira la pejuang dunia virtual mahupun pejuang dunia nyata... tetap akan ader dua jenis pejuang....

Kedua-dua jenis pejuang nih amat kontra antara satu samer lain.... amat berlawanan.... walaupun dari segi fitrahnya nampak sama... berjuang... tapi... dari segi makrifatnyer... amat jauh berbeza....

Okeh... mari kiter tengok kedua-dua jenis pejuang nih...
  1. Pejuang yang lagi ditekan lagi melawan..... jenis nih... walaupun disogok daki dunia sebesar gunung Fujiyama sekali pon tidak akan goyah... tidak akan gentar... tidak akan berpaling.... dier tetap akan istiqamah dalam perjuangannya.... dier berjuang kerana idealisma... dier berjuang kerana agama... dier berjuang kerana masyarakat... dier berjuang kerana negaranya.... dan jenis nih....jenis tegar.... jenis yang lagi ditekan lagi melawan.... membujur lalu melintang patah....  bagi pejuang dunia nyata dan dunia virtual .. perjuangannya kadang-kadang dipandang sinis oleh pimpinan.... tetapi... para pemimpin memang mempergunakan pejuang ini....
  2. Pejuang yang bila dihamburkan kekayaan, kesenangan, pangkat, darjat dan laba.... diorang akan lupa kepada perjuangan.... lupa kepada apa yang mereka buat selama nih... lupa kepada masalah masyarakat... lupa kepada masalah negara.... lupa kepada idealisma....  Dan nampak ketara pejuang jenis nih lebih mementingkan perut dan bawah perut... Mereka-mereka ini cukup takut kalu ditahan... cukup takut kalu merengkok dalam penjara... malah dalam banyak senario.... pejuang jenis ini boleh berubah arah.... mengikut angin ...
Dan... yang lagi best tue.......

Barisan Nasional (BN) cukup tahu macam mana nak handle benda nih.... yer la.... dah 56 tahun dah dier ader pengalaman..... hahaha.... diorang memang cukup tahu....  cara mudah untuk mengekang pengaruh pejuang nombor satu aderlah dengan memperbanyakkan spesis pejuang nombor dua.... pejuang yang mudah digula-gulakan.... dan diorang cukup tahu bagaimana nak mempergunakan.... malah dengan strategi yang BN ada.... mereka boleh buat magik supaya pejuang nombor dua menang dalam pilihanraya umum....

Sebab itulah dikawasan yang dimenangi oleh pejuang nombor dua tue.... takder banyak signifikan yang boleh dilihat dalam pola pengundian..... Hahaha...

Yang jadi mangsa...... rakyat marhaen mustad'afin... macam lu dan gua....  hahaha

25 May 2010

Yang Ini Gua Respek


Khairy Jamaludin gua kurang respek sebab banyak benda yang dier buat merugikan negara... banyak kes la... tapi yang ini gua respek...

"6210405 itu identiti saya selama satu bulan, di Rejimen 508 Wataniah di mana apabila kita masuk dalam rejimen ini, kita tinggal segala gelaran, pangkat di luar pagar" - Khairy Jamaludin



Kalu macam nie la Ketua Pemuda UMNO boleh buat.. rasanyer patut semua Ketua Pemuda PAS, DAP dan Angkatan Muda Keadilan pon join sama jugak... Askar Wataniah nih bagus... gua pernah join... detachment semboyan....

Macam-macam kita boleh belajar kat sana... baru la bagus untuk diri kita sendiri.. baru ader rasa patriotik...

"Kalau pemuda PAS nak masuk, kalau pemuda DAP nak masuk go ahead, saya tidak halang. Saya galakkan Ketua Pemuda Keadilan, Ketua Pemuda PAS, Ketua Pemuda DAP masuk rekrut, bawa kawan kawan masuk sekali pasal askar ini tidak tengok pada kesungguhan politik, dia tengok pada kebolehan kita." - Khairy Jamaludin

Err... lu rasa la... Nasrudin Tantawi ngan Shamsul Iskandar tue boleh masuk Askar Wataniah ker... dengan badan dan perut macam tue... hahaha... Anthony Loke pon sama gak.. hahaha


Artikel sepenuhnya lu orang boleh baca kat SINI

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1