Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Lebuhraya. Show all posts
Showing posts with label Lebuhraya. Show all posts

12 November 2024

Mengimpikan Pembangunan Lestari Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Ada 4 Lebuhraya yang kalu dibangunkan di Semenanjung Malaysia pastinya akan menguntungkan dan menjadi pemangkin ekonomi dan industri di Malaysia.


Pertamanya adalah Lebuhraya Pesisir Pantai Timur (dari Johor Bahru - Kota Tinggi - Mersing - Kuala Rompin - Endau - Nenasi - Pekan - Kuantan). Lebuhraya ini kenudiannya akan bersambung dengan jalinan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Keduanya adalah Lebuhraya Jalinan Selatan (Melaka - Seganat - Gemas - Muadzam Shah - Kuantan). Lebuhraya ini juga akan bersambung dengan jalinan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) serta disokong dengan satu Expressway Muadzam Shah - Pekan.

Ketiganya adalah Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) (Kg Gemuruh - Manir - Batu Rakit - Penarik - Tok Bali - Pasir Puteh - Kubang Kerian - Kota Bharu - Tumpat - Pengkalan Kubur). Jalinan jalan sokongan ke lokasi lain perlu dipertingkatkan.

Keempatnya adalah Lebuhraya Jalinan Dalam (Permaisuri - Setiu - Machang- Tanah Merah - Jeli - Pangkalan Hulu - Jeniang - Sungai Petani). Ianya akan bersambung dengan Leburaya Utara Selatan di Sungai Petani

Beberapa jalan sokongan seperti EkspresWay Arau ke Pengkalan Hulu boleh dirancang dan dibangunkan. Begitu juga EkspressWay Pangkalan Hulu ke Gua Musang serta EkpressWay Gua Musang je Jeli.

Semua EkspressWay ini wajar memanfaatkan dua lorong + 1 lorong kecemasan bagi setiap hala siap kemudahan Hentian Sebelah dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R)

Maybe juga boleh diadakan satu ExpressWay yang menghubungkan Pengkalan Kubur ke Padang Besar dan Wang Kelian Ini bagi melengkapkan jalinan lebuhraya dan ekspressway yang ada di Semenanjung Malaysia.

Dengan adanya semua ini.. maka pastilag ekonomi dan industri akan berkembang pesat di Pantai Timur sejajar dengan adanya beberapa pelabuhan yang dapat kita manfaatkan dan bangunkan.

Seperti contoh: (termasuk cadangan pelabuhan dan jetty baharu)

- Pelabuhan Pengerang (Oil & Gas, Petrokimia)
- Jetty Kota Tinggi (Perikanan)
- Jetty Mersing (Perikanan)
- Pelabuhan Kuala Rompin (Pembalakan & Perikanan)
- Pelabuhan Tanjung Agas (Petrokimia)
- Pelabuhan Kuantan (Industri & Kontena dan Petrokimia)
- Pelabuhan Kemaman (Oil & Gas)
- Pelabuhan Kuala Terengganu (Industri, Kontena dan Perikanan)
- Jetty Besut (Perikanan)
- Pelabuhan Tok Bali (Industri, Kontena, Petrokimia, Pembalakan & Perikanan)

Kalu negara ini tidak membazir benda-benda mengarut, pastinya mudah sahaja kita nak bangunkan semua ini sama ada dari dana Kerajaan sendiri atau pun kerjasama dengan swasta secara PFI.

Bezanya sama ada hendak atau tidak sahaja. Kalu kekal nak bermain politik, sampai kesudah Malaysia macam ni la.. Politik menekan dan politik geng… Payah nak berubah. Yang duduk berkeliling dengan kepimpinan dan penguasa bukan nak bagi idea bagoosh tapi lebih kepada menantikan habuan tulang belulang. Bangkai semua tue.

Huhuhu.

30 November 2023

Realiti

Bhai/DeeDee semua...

Grafik dibawah bukanlah nak menunjukkan betapa besarnya Sarawak berbanding Semenanjung Malaysia... tapi sebenarnya adalah lebih kepada berapa kroniknya jalinan jalanraya di Sarawak... yang macam kawah di permukaan bulan...

Hahaha.... naya sungguh la buat orang Sarawak dan Sabah...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 




19 April 2023

Betulkah Tol Percuma Selama 4 Hari?

Bhai/DeeDee semua...

Gua nak bawak korang melihat dari sudut pandang berbeza ... sudut pandang yang lebih luas... Jangan sempitkan minda korang sebab ketaksuban korang terhadap kepimpinan negara la nih...

Relaks...

Mari sini gua ulang tanya soalan nih... "Betulkah tol percuma selama 4 hari?"

Dari satu sudut... yer betul... pengguna lebuh raya tidak perlu membayar tol selama 4 hari tersebut... 4 hari pada musim perayaan Aidilfitri nih... berapa banyak kenderaan dijangka berada diatas lebuhraya?? Ikut jangkaan pihak berkuasa dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sekitar 2.5 juta kenderaan akan berada diatas lebuhraya...

2.5 juta ini telah mendapat manfaat tol percuma .... betulkan...

Tapi berapa sebenarnya kenderaan yang bergerak atas jalan diseluruh Malaysia pada masa cuti perayaan nih... ader sesapa yang buat statistik tak?? Agak lu orang berapa juta?? 10 juta?? 20 juta??

Aaahh... apa kata kita letak jer 10 juta kenderaan akan berada dijalanraya... pada musim cuti perayaan Aidilfitri nih... 10 juta kesemuanya.... tolak 2.5 juta yang akan menggunakan lebuh raya... makna kata ader 7.5 juta kenderaan lain atas jalanraya... 

Tapi.... kena ingat... semua ini tidak percuma kepada pemegang dan pemilik konsesi lebuhraya... mereka tetap mendapat manfaat... mereka tetap dibayar pampasan oleh Kerajaan Malaysia ... sekupang pun tak berkurang...

Jadi... duit pampasan yang Kerajaan Malaysia nih ambik untuk bayar pampasan nih...cekau @ amik dari mana??? Hahaha... mesti amik dari kantung Kerajaan Malaysia jugak... sama gak pada setiap kali mana-mana Kerajaan Malaysia buat benda sama... tetap amik duit dari kantung Kerajaan Malaysia...

Ini amik dari duit cukai.. duit dana negara.... berapa ratus juta pembayaran pampasan nih???

Yang dapat manfaat adalah syarikat Konsesi Tol dan 2.5 juta kenderaan yang melalui lebuhraya.... yang buta-buta kena taji adalah 32 juta rakyat Malaysia.... atas segala bentuk cukai dan kutipan lainnya....

Hahaha..... 

Itu pon setiap kali akan ader Mahacai, Macai, Walaun melompat keriangan dan bangga... la nih WalaNON dan Bangsa Slurpp pun sama melompat keriangan dan bangga..... Hahaha... sama ja bangangnya.... Hahaha

Eh... Raya Haji nanti takdak ka tol free? Macam mana dengan Krismas dan Tahun Baru China. Masa Deepavali kenapa takder..... Hahahaha... Lawak siot...

p/s ... Keluar duit KWSP depa kata tak boleh.. nanti rakyat naik lemak... hahaha... macam la tol percuma nih rakyat tak naik lemak... tahun depan mesti akan ader lagi... semua PM pon buat benda populis yang membazir nih.... hahaha... BANGANG aaaa

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD



22 March 2023

Naya Sungguh La

Bhai/DeeDee semua...

Hanya kerana lambat siap punya pasai... memang naya sungguh la kontraktor buat lebuhraya di Kelantan nih kena denda sampai RM30k sehari ... pergh... masak.... Dah la lewat 300 hari... denda sehari ja dah kena RM30 ribu.... masak wei...

Mampoih...

Bukan ker Projek Lebuhraya Rakyat nih idea Husam Musa dulu ker?


Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai berjalan dengan denda RM30,000 sehari disebabkan kelewatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, hari ini, Azami berkata, denda itu membabitkan Pakej 2B iaitu dari Ketereh hingga Kok Lanas, Kota Bharu.

"Kemajuan bagi pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus, namun yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda sangat tinggi iaitu RM30,000 sehari.

"JKR (Jabatan Kerja Raya) sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor," katanya yang menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan perkembangan projek berkenaan.

Pada Ogos tahun lalu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika itu, dilapor berkata, Pakej 2B Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai mengalami kelewatan daripada tempoh pelaksanaan asal yang sudah melebihi 300 hari.

Mengulas lanjut, Azami berkata, projek lebuh raya itu membabitkan tujuh pakej sepanjang 66.88 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM2.33 bilion.

"Ketika ini dua pakej siap sepenuhnya iaitu Pakej 1B (Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu) dan Pakej 2A (Kadok ke Ketereh), sementara pakej lain sedang berjalan," katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadok itu, Pakej 3B membabitkan jajaran 10km di Kampung Berangan Mek Nab, Machang ke Kampung Keruh, Kuala Krai) yang dahulunya, Pakej Lebuhraya Rakyat sudah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.

"Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk mengambil alih pembinaan, namun tanpa hutang... kita berhutang sebanyak RM60 juta.

"Kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang," katanya.

27 December 2021

Mana Mahunya

Bhai/DeeDee semua...

Anwar Ibrahim nih memang cari pasai... cari pasai nak bermusuh ngan geng-geng kayangan... Siap suruh syarikat balak untuk lebih bertanggungjawab dan membayar pampasan yang lebih kepada mangsa banjir disesetengah kawasan... Hehehe

Anwar Ibrahim bukan tatau pemilik konsesi balak tu siapa... Pemunya lesen pembalakan tue siapa... Yang memiliki kompartment balak tu siapa... Mana mahunya pihak terbabit nak rugi.. Mana mahunya pihak kayangan ini nak keluarkan modal bayar pampasan kepada mangsa banjir... Tak pernah lagi dalam sejarah pihak konsesi balak... pemunya lesen pembalakan dan pemilik kompartment balak yang mengeluarkan duit diorang untuk membayar pampasan kepada mangsa banjir...

Mimpi lah.... mana mahunya...

Puak-puak kayangan nih ketegaq... selagi boleh mereka akan merosakkan alam... selagi boleh mereka akan keluarkan balak dan segala hasil hutan... Itu belum lagi mereka menjahanamkan alam dengan kerja-kerja perlombongan...

Mana ader pembalakan haram atau perlombongan haram di Malaysia melainkan semuanya ader yang memanyungi... ader yang dok bekap.. ader yang dok makan komisyen.. ader yang dibayar wang perlindungan... Ingat senang ka nak berlawan dengan geng-geng surat kuning....

Diorang siap boleh guna Polis lagi sebagai bekap dan pelindungan.... Hahaha... mana mau lawan... Bukan tak biasa mangsa-mangsa diugut dengan kuasa Polis... Bukan tak biasa orang kampung malah Orang Asal / Orang Asli yang digertak dengan kuasa Polis... Bukan tak biasa semuanya kena kepung dan kena warning.... Sudah biasa.... 

Media pon diorang cover supaya tak terbitkan isu berkaitan... Tak payah jauh la... 4 hari lebuhraya LPT ditutup akibat dari balak ader atas lebuhraya.... ramai orang tahu.. ramai orang viralkan... tapi satu media pun tak berani nak pickup cerita... TV langsung lar....  yang lagi menarik... siap pemilik syarikat konsesi lebuhraya keluar statement yang berita balak atas highway tue adalah berita palsu...

Tak ker gampang namanya.... huhuhu... punya la ramai bersekongkol... punya la ramai bekap kerja buat para kayangan nih... taik betul lar.... semua nak cover-up... Macam sial ja puak-puak kayangan nih...

Bertahun dah.... beratus tahun puak-puak kayangan nih menjahanamkan negara... dan mengungut rakyat dan orang awam....



30 October 2021

Adoilah... Bawak Slow Pun Kena Saman AES?

Bhai/DeeDee semua...

Di Malaysia nih pelik.... kalu bawak motor tue... rasa macam jadi penjenayah... mesti kalu roadblock motor la kena tahan dan siasat macam-macam... walhal... gengster paling ramai pakai kereta mewah... huhuhuhu...

Nih satu lagi hal.... bawak slow kat jalanraya pun salah..... speed maksima kawasan tue adalah 110 km/j ..... tapi bila ko bawak 102 km/j .... ko kena saman.... Hahaha....

Naya siot .... Hahaha... Giler aaa Malaysia nih... Ingat jalan tue sama macam kat German ka... Autobahn??? Hahaha



23 March 2021

Kes SUKE Bukanlah Yang Pertama

Bhai/DeeDee semua...

Semalam kita dikejutkan dengan kejadian kemalangan di tapak pembinaan lebuhraya SUKE ... yang menyebabkan ada kematian. Tidak berapa lama sebelum ini juga berlaku satu kes yang hampir serupa yang juga menyebabkan kematian...

Dan kalu kita kaji dan semak... memang banyak kes kejadian kemalangan di tapak pembinaan yang berkaitan dengan jalanraya dan lebuhraya... Masalahnya... ianya telah melibatkan kehilangan nyawa kepada pengguna jalanraya...

Nampaknya pihak berwajib gagal memastikan keselamatan pengguna jalanraya yang melalui kawasan pembinaan ini...

Gua selalu naik motor di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.... dan kerapkali gua lihat proses menukar premix pada lebuhraya dibuat dengan cara memotong panjang kawasan yang nak di tukar premixnya...  Dan hanya kon yang tidak berlampu sahaja menjadi peringatan kepada kita bahawasanya premix jalanraya itu telah dikorek... Tiada lampu... tiada amaran lain....

Malah kedudukan kon yang sangat hampir dengan premix yang dipotong juga menyebakan satu bahawa kepada penunggang motorsikal atau kereta jika kawasan tersebut gelap.... kemungkinan besar tayar kenderaan boleh terjerlus kepada kawasan premix yang telah dikorek (dipotong) ini jika tak berhati-hati...

Bukan apa... sebab dalam banyak keadaan ... kon keselamatan ini pon hilang atau dipasang jarak yang tidak sekata...

Apa salahnya dipasangkan lampu dikawasan kerja-kerja jalanraya ini...

Dalam kes Lebuhraya SUKE semalam... sepatutnya aliran trafik dilencongkan daripada melalui kawasan bawah tapak pembinaan.... sebab kita tak tahu bila skru, besi atau alatan kerja di tapak pembinaan akan jatuh menimpa kenderaan atau orang yang melalui kawasan kerja tersebut...

Ini semua ada prosidurnya... tapi pasai ramai yang malah nak ikut maka jadilah kemalangan ini...









02 June 2013

Kemalangan Bot Di Belaga Adalah Salah Anwar Ibrahim

Bhai.... Kat Malaysia nih... semua perkara akan disabitkan kesalahannya kepada Anwar Ibrahim ... Memang betul... Gua salahkan Anwar Ibrahim.... sebab aper... sebab kalu la dier tak bangang dan bodoh.... masa dier duduk dalam BN dulu ... masa dier jadi Menteri Kewangan... patutnya dier dah hulurkan bajet (sen) untuk meningkatkan infrastruktur jalanraya di Sarawah...

Tambah lagi Sarawak adalah antara negeri terkaya didalam Malaysia.... kaya dengan sumber hutannya ... kaya dengan sumber mineralnya... kaya dengan flora dan fauna... dan yang terpenting skali... nisbah pelancong asing yang datang lebih banyak pergi ke Sarawak....

Cuba bayangkan aaa... kalu masa Anwar Ibrahim dok dalam Kabinet Malaysia.... dari tahun awal 90'an sampailah dier terhumban keluar pada 1998.... agak-agaknyer aaa... dah berapa panjang lebuh raya dan jalan raya dapat dibuat ..  Stakat bajet beratus juta atau berbilion aper ader hal.... Malaysia kaya aper..... Kalu amik sikit daripada kekayaan Taib Mahmud tue... rasayer satu Sarawak dah ader jalinan jalanraya yang terbaek...

Kalu alasan susah nak buat lebuh raya..... sebab banyak gunung ganang dan bukit bukau.....  aper ader hal.... Dulu masa nak buat lebuhraya Utara Selatan pon payah gak... kat Ipoh dan Kuala Kangsar tue kena tebuk terowong... kena blasting bukit dan gunung... kena tarah bukit dan gunung.... aper ader hal...  Nak buat Smart Tunnel pon kecik punya hal lar kat Malaysia nih...

Gua pernah terlibat masa muda belia dulu di projek TNB membuat terowong empangan untuk janakuasa elektrik di Sungai Piah (Sg Siput, Perak) bersama dengan syarikat Kerjaya Balfour Beatty Cementation (KBBC) dan Ret Ser Engineering Agency (RetSer) ... sebelum gua dipindahkan ke projek Pergau....  Memang projek kejuruteraan awam di Malaysia nih hebat.... sebab seingat gua la... kedua-dua projek kejuruteraan yang bersaiz mega nih langsung tak menggunakan tenaga kerja Indonesia mahupun Bangla....

Semua pekerjanya adalah rakyat Malaysia... dari Jurutera, blasting expert, shot firer sampailah kepada buruh-buruh.... semua bangsa ader... cuma takder Indonesia atau Bangla jer.... ini cerita tahun 90'an la bhai... Maknanyer... kalu stakat nak buat lebuhraya tue... kecik anak jer.... Projek Lebuhraya Utara Selatan pon dulu mana ader pakai pekerja asing.... Projek Jambatan Pulau Pinang ... pon takder gak guna warga asing... melainkan konsultan dan sesetengah jurutera dan spesialist...

Saper kater nak buat lebuhraya di Sarawak tue susah dan modal besar.... aper susahnyer.. buat sajer la lebuh raya yang paralel (selari) dengan sungai.... Sungan Rejang tue kan ker panjang..  dan banyak penempatan serta bandar terletak berhampiran dengan sungai tue.... aper masalahnyer kalu buat lebuhraya ikut laluan tue...


Ini semua salah Anwar Ibrahim.... bukan salah Taib Mahmud..... ini semua salah PKR.... salah Pakatan Rakyat.... sebab selama nih pon Pakatan Rakyat la yang memerintah Malaysia... pasai tue la ekonomi kiter teruk..... dah 56 tahun dah Pakatan Rakyat memerintah Malaysia..... pasai tue la...  yang menyebabkan pinjaman lebih 56% terhadap GDP Negara nih pon salah Pakatan Rakyat..... semuanya salahguna kuasa dan rasuah dibuat oleh Pakatan Rakyat..... UMNO dan BN tak pernah salah... sebab UMNO dan BN memang terbaek..... hahahaha

Hahahaha... ader paham ka....... errrk.... mana gua nak letak tempat untuk PAS aaa....... hahahaha... sudah jumpa..... Semua kesalahan yang berlaku ini adalah kerana Anwar Ibrahim terpengaruh besar dengan Amanat Hadi yang "mengtakfirkan UMNO/BN" ...... hahahaha.....  Nampak gayanyer Hadi Awang pon ader salah gak..... hahahaha.....

Ader paham ka????

24 March 2013

Surat Terbuka Kepada PM

Disini gua "mak lampir" kan satu surat terbuka dari seorang rakan blogger iaitu Ondscene.My berkenaan isu laluan motosikal bagi lebuhraya ... lu boleh baca kat blog Ondscene.My

Kredit kepada blogger Ondscene.My
Sungguh... untuk pengetahuan lu orang sumer... gua pon rider gak.... biasa sehari gua akan ride dalam lebih kurang 200km pergi dan balik atas macam-macam urusan.... mostly gua ride pakai kapchai jer.... bukan spek mahal pon... cuma 110cc jer.... dan kalu bab endurance tue... gua pernah rider kapchai sejauh 500 km dengan hanya berhenti untuk makan, solat, isi minyak dan buang air jer... gua takder hal nak ride 2 jam straight tanpa henti....

So.... laluan persekutuan.... jalan nombor 1.... memang bahaya... lori banyak... jalan plak kat Malaysia nih tak mesra pengguna motosikal.... berlubang-lubang dan banyak batu serta pasir atas jalan..... hampeh....  gua beberapa kali dihimpit oleh lori dan kereta... tambah lagi kalu kereta mewah tue... cam haram jer himpit orang....

Contohnya semalam... masa gua dari Gambang ke Kuantan.... kat area Sg Isap... ader mamat rider motor RXZ yang langgar handle motor gua.... nasib baik gua tak jatuh... gua jerit sound dier... dier siap maki-maki gua... sampai tunjuk isyarat lucah.... gua aper lagi.... gua acah dier.. kalu berani mari la.... gua siap lambai dier supaya bawak motor rapat ngan gua.... tapi tampak macam gampang macho berani.... biler gua henjut kejar dier... mencicit lari hilang terus dalam kesesakan jalanraya..... hampeh... ingatkan gempak berani sangat.... Yang paling gua tak tahan tu... mamat tue pakai baju biru Pemuda BN tue..... hahahaha.... tak sangka pengecut... itu belum lagi kalu gua ader tatu ker aper.... hahahaha... macam kes Pemuda UMNO yang langgar orang lepas tue lari lintang pukang pasai nampak orang bertatu.... hahahaha

Aper pon.... gua sapot sangat la surat terbuka dari blogger Ondscene.My tu.... memang patut ader laluan motosikal... bukannyer kerajaan rugi pon.... tak rugi mana.... so... kepada semua .. mari tolong sapot rayuan blogger Ondscene tu.....

17 June 2010

Ini Ada Satu Cerita

Bhai... mari gua story sama lu.. ini ada satu cerita... maybe lu pon dah tahu.. tapi sudah lupa... takpa... gua kasi ingat sama lu... okeh...

Awal tahun 1980'an dulu .... masa Kerajaan Malaysia mola-mola bercadang nak buat lebuhraya.... hahaha... lu agak kat mana lebuhraya tue... hahaha... (gua tak citer pasai tol lebuhraya aaa... yang itu gua tak setuju)....

Ader dua jajaran penting lebuh raya yang Kerajaan Malaysia nak buat dahulu....

1. Antara KL dan Seremban...
2. Antara Ipoh dan Changkat Jering...

Dua lokasi nih kira sebenarnya paling strategik... gua ingat lagie ... sebab apa kedua-dua lebuhraya nih dibuat.... hehehe... sebab utama dier bukanlah untuk memudahkan aliran trafik antara dua kawasan nih..... tapi.... jeng...jeng...jeng... it's about strategic move for ATM....

Yeah.... Angkatan Tentera Malaysia terutamanya Tentera Udara (Air Force) perlukan satu jaringan landasan terbang yang mampu menerima pendaratan kecemasan pesawat tempur/logistik tentera pada bila-bila masa..

Jadi... LLM terpaksa design lebuhraya yang mana bahagian tengahnya mudah dibuka/dipasang balik dengan kadar cepat dan pantas.. Malah disetiap point nih (gua takleh la nak kasi tau lu orang koordinat dier... hahaha) .. ader special access route disediakan untuk sistem bantuan bagi Tentera Udara.

Kalu tak silap gua... di jajaran Ipoh ke Changkat Jering tue... totally ader 3 point utama... dan dari KL ker Seremban tue... ader 5 point... itu dulu la.. masa awal pembinaan lebuhraya... Sekarang nih gua tak tau la sama ada konsep HANRUH diterapkan masa penyediaan plan mana-mana lebuhraya di Malaysia...

Untuk pengetahuan lu orang aaa... ader beberapa padang terbang yang skrang nih korang boleh tengok penuh lalang (tak terjaga) sebenarnya adalah aset backup untuk TUDM untuk operasi Helikopter.... yang ini gua sure lu orang tak perasan punya...

Cuma yang pelik sekarang nih... yang gua tak paham biler mana aset paling utama bagi TUDM di KL dikhabarkan telah dijual kepada pihak komersial.... Wei.. bangsat mana yang buat keputusan untuk jahanamkan Padang Terbang Sg Besi tue.... Mesti bangsat nih (Menteri Pertahanan) takder baca itu buku tentang peranan HANRUH (Pertahanan Menyeluruh)... giler aper...

Padang Terbang Sg Besi tue mampu untuk terima semua jenis pesawat pejuang dan logistik... sampaikan semua pesawat supersonik boleh landing di landasan tersebut... panjang ooo.. landasan tue... gua pernah merasa landingkan pesawat kat sana dulu... (satu masa dulu la.... hehehe.. pesawat ringan jer la...)

So... ini soalan gua kat Menteri Pertahanan Malaysia.... Lu jadi Menteri Pertahanan nih... ader tau ka aper kerja lu... lu tau ker aper itu HANRUH... apa itu kesiapsiagaan .. lu tau tak apa makna strategik point... lu tau dak kenapa dulu Sg Besi ader padang terbang....

Bodoh nak mampus.... Gua maleh la nak citer pasai isu pertahanan nih... tak larat nak membocorkan strategi dan taktik... gua tak nak musuh tau apa point kita....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1