Hanya kerana lambat siap punya pasai... memang naya sungguh la kontraktor buat lebuhraya di Kelantan nih kena denda sampai RM30k sehari ... pergh... masak.... Dah la lewat 300 hari... denda sehari ja dah kena RM30 ribu.... masak wei...
Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai berjalan dengan denda RM30,000 sehari disebabkan kelewatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor.
Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, hari ini, Azami berkata, denda itu membabitkan Pakej 2B iaitu dari Ketereh hingga Kok Lanas, Kota Bharu.
"Kemajuan bagi pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus, namun yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda sangat tinggi iaitu RM30,000 sehari.
"JKR (Jabatan Kerja Raya) sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor," katanya yang menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan perkembangan projek berkenaan.
Pada Ogos tahun lalu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika itu, dilapor berkata, Pakej 2B Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai mengalami kelewatan daripada tempoh pelaksanaan asal yang sudah melebihi 300 hari.
Mengulas lanjut, Azami berkata, projek lebuh raya itu membabitkan tujuh pakej sepanjang 66.88 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM2.33 bilion.
"Ketika ini dua pakej siap sepenuhnya iaitu Pakej 1B (Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu) dan Pakej 2A (Kadok ke Ketereh), sementara pakej lain sedang berjalan," katanya.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadok itu, Pakej 3B membabitkan jajaran 10km di Kampung Berangan Mek Nab, Machang ke Kampung Keruh, Kuala Krai) yang dahulunya, Pakej Lebuhraya Rakyat sudah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.
"Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk mengambil alih pembinaan, namun tanpa hutang... kita berhutang sebanyak RM60 juta.
"Kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang," katanya.
Bila timbul masalah minta tolong kerajaan pusat. Padahal tiap2 hari lobai mencerca kerajaan pusat. Tak ada KEMALUAN punya orang politik Kelantan!!!! Lu pula kenapa bangkitkan nama Husam sedangkan tak kena mengena dgn beliau. Cheap shot la...
ReplyDeleteHahaha tempat sendiri pun haru biru menyemak dua kali buat minggu anak kelantan di Lumut Perak tanpa pedulikan sensitiviti orang2 Perak.
ReplyDeleteIni kasi point sama Husam.
ReplyDeleteMembuktikan pengurusan bawah kerajaan negeri tak tahu urus projek.
Biasanya bila certain % dah jadi projek sakit. Terminatelah. Takkan tunggu delay sampai 300 hari? Gila ke?
Naya rakyat negeri Islam geng Islam x tahu kerja.
Sekalipun betul idea husam musa nape pulak dia yg menjadi mangsa kegagalan projek tu? Kalu berjaya adakah husam musa boleh tuntut kejayaan tu kerana ideanya? Dulu masa mula2 nak dijadikan Janda Baik sebagai lokasi pentadbiran kerajaan persekutuan gua bantah sambil mencadangkan perang besar sbg lokasi yg lebih baik. Tup tup madey buat keputusan yg sama ngan idea gua. Sekarang lu boleh lihat putrajaya hasil idea gua? Utk yg kurang berinitiatif gua tak kuar satu sen pun utk membiayai projek putrajaya sumernya duit petronas
ReplyDeleteEnte apa tahu? Ana apa peduli! Ini ana punya sukalah.
ReplyDelete