Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label DOSH. Show all posts
Showing posts with label DOSH. Show all posts

27 April 2022

Letupan Bahan Bukti PDRM Sentul - Ada cerita lain ke?

Bhai/DeeDee semua...

Macam pelik pun ada... Kenapa dilupuskan kat situ? Kenapa dibuat di tempat penyimpanan bahan bukti? Kenapa dibuat dalam kawasan yang sempit? Inikah SOP sebenarnya? Apa kata BOMBA?

Atau... ada cerita lain ke?

Kebakaran dan letupan di PDRM Sentul tempat lupus mercun - Bukan Biasa Biasa

#PDRM #IPDSentul #Mercun #BahanBukti #BOMBA #Perlupusan #Risiko #DOSH #NIOSH #Letupan #CipanTapirTenuk #SocialCritics

23 March 2021

Kes SUKE Bukanlah Yang Pertama

Bhai/DeeDee semua...

Semalam kita dikejutkan dengan kejadian kemalangan di tapak pembinaan lebuhraya SUKE ... yang menyebabkan ada kematian. Tidak berapa lama sebelum ini juga berlaku satu kes yang hampir serupa yang juga menyebabkan kematian...

Dan kalu kita kaji dan semak... memang banyak kes kejadian kemalangan di tapak pembinaan yang berkaitan dengan jalanraya dan lebuhraya... Masalahnya... ianya telah melibatkan kehilangan nyawa kepada pengguna jalanraya...

Nampaknya pihak berwajib gagal memastikan keselamatan pengguna jalanraya yang melalui kawasan pembinaan ini...

Gua selalu naik motor di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.... dan kerapkali gua lihat proses menukar premix pada lebuhraya dibuat dengan cara memotong panjang kawasan yang nak di tukar premixnya...  Dan hanya kon yang tidak berlampu sahaja menjadi peringatan kepada kita bahawasanya premix jalanraya itu telah dikorek... Tiada lampu... tiada amaran lain....

Malah kedudukan kon yang sangat hampir dengan premix yang dipotong juga menyebakan satu bahawa kepada penunggang motorsikal atau kereta jika kawasan tersebut gelap.... kemungkinan besar tayar kenderaan boleh terjerlus kepada kawasan premix yang telah dikorek (dipotong) ini jika tak berhati-hati...

Bukan apa... sebab dalam banyak keadaan ... kon keselamatan ini pon hilang atau dipasang jarak yang tidak sekata...

Apa salahnya dipasangkan lampu dikawasan kerja-kerja jalanraya ini...

Dalam kes Lebuhraya SUKE semalam... sepatutnya aliran trafik dilencongkan daripada melalui kawasan bawah tapak pembinaan.... sebab kita tak tahu bila skru, besi atau alatan kerja di tapak pembinaan akan jatuh menimpa kenderaan atau orang yang melalui kawasan kerja tersebut...

Ini semua ada prosidurnya... tapi pasai ramai yang malah nak ikut maka jadilah kemalangan ini...









17 January 2013

DOSH : Boiler Meletup

Bhai.... Bagi yang tak pernah kenal gua... hahaha... gua kerja dalam bidang IT kat syarikat berkaitan Minyak dan Gas (ini kerja hakiki yang real .... kerja lain dengan agensi tue... itu kerja hakiki yang real gak... hahaha) dikawasan industri Minyak dan Gas Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu.... Kawasan industri Minyak dan Gas nih sebenarnya dari Gebeng di Kuantan... sampailah ke Hulu Dungun .. iaitu termasuk Paka dan Kerteh...

Hebat kan kawasan industri Minyak dan Gas Malaysia nih.... dan saper kater Malaysia nih cuma negara pengguna minyak dan bukannya pengeluar... hahahaha.... Kalu dengar dari mulut orang politik UMNO/BN... itu la yang disurahkan... walhal.. diorang nih kalu jejak kaki kat kawaasan Industri nih cuma masa perasmian jer... hahaha... lain tak tau... camana beroperasi pon diorang tak tau...

Okeh... biler bercerita pasai industri Minyak dan Gas nih... perkara paling penting aderlah pasai keselamatan pekerja mahupun kilang (plant)... dan semuanya mesti mengikut peraturan yang ketat dimana semuanya perlu ikut SOP... dan ditetapkan oleh NIOSH dan DOSH... Green Card kena ader... hahaha... training kena ader... termasuklah "confined space" training.... memadam kebakaran (bomba @ firefighting) dan sebagainya semua kena tau... dan yang paling utama sentiasa semak keadaan persekitaran dengan "gas detector" ... hahahah.... kalu rasa nak mampus cepat try la buat kerja bodoh...

Itu baru kat onshore... kalu offshore ... kat plafrom lagi la banyak cekadaknyer... kena ader Paspot... bukan paspot yang amik kat Imigresen tue... tapi nih paspot untuk kerja offshore... kena amik sea survival course ... tak kisah la yang basic ker..... kena amik HUET (helicopter underwater escape training)... kalu ader lesen PADI lagi bagoosh... PADI nih lesen untuk divers .... hehehe... nasib baik gua ader sumer tue... hahaha... lengkap dengan green card...

Okeh... gua bukan nak citer pasai nak kelaut... kerja ngan syarikat Minyak dan Gas... tapi gua nak citer pasai keselamatan.... dalam industri nih... terlalu banyak boiler... terlalu banyak pressure vessel... semuanya kalu tak jaga betul-betul... dah maintenance betul-betul... takder ikut spec.. takder ikut SOP... ader yang tak pasai-pasai boleh jadi arwah... mampus biler boiler meletup...

Sebab itulah semuanya kena semak betul-betul... semuanya tabley main cincai bancai... semuanya tabley cap ayam....  rasa nak mampus.. try la... Jadi... aper sebenarnya yang berlaku di Felcra Bukit Kapah nih.... sampaikan pengukus tandan kelapa sawit boleh meletup dan mengakibatkan kemalangan jiwa... empat orang meninggal dunia bhai...

Ini pon satu jenis pressure vessel.... sejenis boiler (dandang)... dan ader tekanan.... salah percaturan maut menunggu... gua tak tau la diorang nih ader buat maintenance ker tidak.. ader buat kerja ikut spec atau tidak.... atau pon kualiti boiler dan pressure vessel dier memang kualiti rendah.... masak la kalu camnie... maknanyer semua kilang memproses kelapa sawit milik Felcra kena siasat la... itu baru Felcra... belum lagi yang milik Felda....

Aper-aper pon... gua ucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan bacaan Al-Fateehah untuk mangsa (tak kisah la agama apa sekali pon mangsa tue)....

Al- Fateehah



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1