Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Raja. Show all posts
Showing posts with label Raja. Show all posts

10 February 2025

Akta 3R - Tiada Dalam Perlembagaan

Bhai/DeeDee semua...

Bila bangsa lain kecam Islam, Melayu dan Raja ,,, orang Melayu diminta bersabar, Bertoleransi...

Tapi bi;a orang Melayu mempertahankan Islam. Melayu dan Rajanya... laju jer dikatakan 3R ... Gila sungguh lah...

25 October 2022

Selagi Boleh Ditarah ...

Bhai/DeeDee semua...

Mereka-mereka nih mana ader kira tentang alam sekitar ker.. atau ancaman banjir jer... tak kira semua tue.. Pada diorang yang penting adalah duit ringgit... Mana taknya... mereka semua nih duduk di puncak kuasa.. rumah pon berada dikawasan bebas banjir... dikawasan tinggi..

Jadi mereka tak terkesan pun dengan semua ini... 

Paling kurang pun... dengan duit ringgit hasil keuntungan nih ... mereka akan membeli aset hartanah di luar negara... di negara lain... dan menjadikan Malaysia nih tempat mereka mengaut keuntungan dan seterusnya ditinggalkan lalu memunggah segalanya di negara lain...

Betapa bangsatnya mereka-mereka ini... memang bangsat... sebangsat-bangsat spesis..

Celaka 700 keturunan...

Yang jadi mangsa adalah orang biasa yang alam sekitar dah tercemar... kena pulak banjir kilat... banjir besar... banjir air termenung... jahanam harta benda.. jahanam aset.... hutang bertambah.... adoilah.... memang celakalah semua nih...






08 July 2022

Zalim Sangat Dah Pemerintah Ini

Bhai/DeeDee semua...

Dah tak tahu nak cakap macam mana .... Untuk meneruskan hidup rasanya ramai yang dah tak mampu... Harga barang naik mencanak... Tapi Pemimpin... macam Sultan dan Raja-Raja Melayu dilihat langsung tidak terbeban... mereka enjoy macam tiada masalah... 

Yer la... dana boleh sahaja diperuntukkan buat mereka bila-bila masa...

Rakyat marhaen mustad'afin... biarlah mampus sampai ada yang bunuh diri sekali pun... tapi tidak memberi apa-apa makna kepada yang diatas nih... 

Jangan tanya dengan orang politik.. pemimpin politik... depa lagi lah tak berguna... sialan betul lar semuanya....

Moga semuanya yang diatas tue menjadi bahan bakar api neraka lah hendaknya... Aamin Ya Rabb...



15 May 2022

Memang Salah Raja ... Rajapaksa

Bhai/DeeDee semua...

Jahanam satu negara ... hanya sebab kebangangan seorang Raja.... memang salah Raja ... Rajapaksa.

huhuhuhu



29 December 2021

Sebab Apa Pembalakan Di Kanada Mesra Alam

Kanada jugak adalah negara yang punyai luas kawasan hutan yang agak besar. Hampir 70% kot kawasannya dilitupi hutan. Kayu balaknya pun besar. Kayu maple ader, kayu birch ader, kayu spruce ader… macam-macam ada..

Diorang pun agresif gak dalam bab pembalakan. Tapi menariknya, alam sekitar tak terjejas pun. Air sungai tetap mengalir bersih dan jernih.

Udara toksah kata la… nyaman… Flora dan fauna disana nampak lebih melata tak diusik. Mereka ader musim memburu. Ramai yang ader lesen senjata dan ianya jugak agak mudah dilesenkan. Memburu tu boleh dan dibenarkan. Tapi ikut permit dan limit yang ditetapkan. Sebab itu haiwan tak pupus.

Kanada jugak ada hutan simpan (forest reserve) … dan ianya juga memang solid berstatus hutan simpan. Mereka betul-betul jaga status itu. Mereka kekalkan ianya tersimpan.. mana-mana orang yang menceroboh akan diambil tindakan tanpa prejudis.

Sebab utama pembalakan disana tak cemarkan alam sekitar, tak rosakkan flora dan fauna, tak menyebabkan pencemaran air mentah dan sungai, takder menyebabkan sungai bertukar warna.. semua ini adalah satu sebab jer…

Sebab mereka tiada Raja atau Sultan. Prince Philips dah meninggal dunia. Queen Elizabeth pulak duduk di England…

Queen Elizabeth takder memiliki slot compartment balak. Queen Elizabeth takder memiliki konsesi balak tambah lagi di kawasan Hutan Simpan atau Hutan Simpan Kekal.

Malah kalu pun Queen Elizabeth ader konsesi balak, baginda tabley sesuka hati membalak tanpa mengambil kira kesan terhadap alam. Queen Elizabet pun boleh disaman atau didakwa.

Itu ja sebabnya pembalakan di Kanada kita panggil sustainable deforestation.



27 December 2021

Mana Mahunya

Bhai/DeeDee semua...

Anwar Ibrahim nih memang cari pasai... cari pasai nak bermusuh ngan geng-geng kayangan... Siap suruh syarikat balak untuk lebih bertanggungjawab dan membayar pampasan yang lebih kepada mangsa banjir disesetengah kawasan... Hehehe

Anwar Ibrahim bukan tatau pemilik konsesi balak tu siapa... Pemunya lesen pembalakan tue siapa... Yang memiliki kompartment balak tu siapa... Mana mahunya pihak terbabit nak rugi.. Mana mahunya pihak kayangan ini nak keluarkan modal bayar pampasan kepada mangsa banjir... Tak pernah lagi dalam sejarah pihak konsesi balak... pemunya lesen pembalakan dan pemilik kompartment balak yang mengeluarkan duit diorang untuk membayar pampasan kepada mangsa banjir...

Mimpi lah.... mana mahunya...

Puak-puak kayangan nih ketegaq... selagi boleh mereka akan merosakkan alam... selagi boleh mereka akan keluarkan balak dan segala hasil hutan... Itu belum lagi mereka menjahanamkan alam dengan kerja-kerja perlombongan...

Mana ader pembalakan haram atau perlombongan haram di Malaysia melainkan semuanya ader yang memanyungi... ader yang dok bekap.. ader yang dok makan komisyen.. ader yang dibayar wang perlindungan... Ingat senang ka nak berlawan dengan geng-geng surat kuning....

Diorang siap boleh guna Polis lagi sebagai bekap dan pelindungan.... Hahaha... mana mau lawan... Bukan tak biasa mangsa-mangsa diugut dengan kuasa Polis... Bukan tak biasa orang kampung malah Orang Asal / Orang Asli yang digertak dengan kuasa Polis... Bukan tak biasa semuanya kena kepung dan kena warning.... Sudah biasa.... 

Media pon diorang cover supaya tak terbitkan isu berkaitan... Tak payah jauh la... 4 hari lebuhraya LPT ditutup akibat dari balak ader atas lebuhraya.... ramai orang tahu.. ramai orang viralkan... tapi satu media pun tak berani nak pickup cerita... TV langsung lar....  yang lagi menarik... siap pemilik syarikat konsesi lebuhraya keluar statement yang berita balak atas highway tue adalah berita palsu...

Tak ker gampang namanya.... huhuhu... punya la ramai bersekongkol... punya la ramai bekap kerja buat para kayangan nih... taik betul lar.... semua nak cover-up... Macam sial ja puak-puak kayangan nih...

Bertahun dah.... beratus tahun puak-puak kayangan nih menjahanamkan negara... dan mengungut rakyat dan orang awam....



15 December 2021

Mahathir Mohamed Sengaja Cari Nahas

Bhai/DeeDee semua...

Bukan semua yang diperkatakan oleh Mahathir Mohamed yang gua tolak dan tak suka... tak semua... ader yang bagoosh... terutama dalam kajian dan mentakrifkan posisi sebenar Raja Berperlembagaan seperti yang selayaknya...

Ada banyak perkara yang berlaku terkait dengan impak Raja Berperlembagaan. Malaysia tak mengamalkan Raja Mutlak... Kita negara demokrasi berparlimen... kita ader Perlembagaan...

Islam dan Raja-Raja Melayu tertakluk dibawah Perlembagaan.. Dan semuanya kena ikut by the book.

Tiada yang lebih atas dari Perlembagaan dalam konteks Malaysia... Ini jelas ada dinyatakan dalam Perlembagaan.... So Perlembagaan menentukan undang-undang Malaysia... dan tidak ada seorang pun yang boleh melanggar undang-undang waima siapa pun dia...

So benda ini jelas...

Banyak benda yang perlu disemak supaya tidak disalahgunakan. Ingat, Malaysia adalah Negara Demokrasi Berparlimen. Malaysia tidak mengamalkan sistem Raja Mutlak macam Brunei atau Arab Saudi.

Sistem kita sebenarnya adalah sistem berasaskan "check and balance" ala Westminster Parliament. Sistem yang sepatutnya tiada satu orang berkuasa mutlak.

Tiada orang boleh salahguna kuasa. Melainkan kedua-duanya (Executive & Royal) bersekongkol bersama menunjal (Judicial) atau sebaliknya...







08 October 2021

Kertas Pandora : Bagaimana Penyangak Kewangan Ini Beroperasi.

Bhai/DeeDee semua...

Kompleks betul... hehehe... ader part yang memang gua dah lama tahu terutamanya semasa berkhidmat dulu... dan ader yang gua baru tahu... huhuhu

Celaka kan...

02 September 2021

Terkait Kayangan Juga

Bhai/DeeDee semua...

Lu ingat semua penyahwartaan hutan simpan dan sebagainya nih dilakukan oleh korporat biasa jer ker?? Hahaha... Kalu lu berpandangan macam tue... lu memang naif la...

Bhai... takder satu benda yang besar macam nih dalam Malaysia yang takder terkait dengan kayangan juga... Hahaha....

Tak logik kalu Puak kayangan tak terlibat... hahaha... memang lawak.... sure tak sikit banyak mesti ader.... hahaha...

Macam contoh nih la.. dan yang ini 


 

13 August 2021

Gila. Semakin Gila

Bhai/DeeDee semua...

Bila satu orang biasa diangkat menjadi Yang Dipertua Negeri ... statusnya dirinya sudah naik jadi semacam Raja atau Sultan ... Hebatkan...  Langsung dah tak boleh di usik... sudah menjadi dewa kayangan laksananya.. Adoilah...

Payah la macam ni... Kentut dan Berak tetap sama busuk... Kencing tetap sama haring... tiada beza...

Takkanlah hanya sebab tanda soal... ramai yang dikira menghasut? Adoilah..

Pembonsaian minda rakyat betul lar...



19 June 2021

Macam Celaka ...

Bhai/DeeDee semua...

Rakyat marhaen hidup merana... hidup melata... seksa nak sara hidup... dibuang kerja... dipotong gaji... atau digantung tugas... tapi yang kaya...yang bersultan dan beraja dimata dan dihati... yang jutawan.. yang bilionaire... tak terasa pun beban dan susah...

Betapa macam celaka semua ni...



04 April 2021

Kalaulah Sultan Dan Raja Melayu Kita Prihatin Sebegini

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu... ader orang lain tindakannya... ader orang lain caranya... dan kita taklah nak minta sesuatu tanpa sebab... tapi kita sebenarnya nak rasa sedikit personal touch...

Kita mengundi pada setiap pilihanraya... kita nak lantik wakil rakyat.... dan mungkin bukan calon yang kita pilih yang menang... tapi bagi yang menang itulah sewajarnya menjadi wakil kepada rakyat dikawasannya tanpa mengira yang menyokong, yang membangkang malah yang berkecuali.... sebagai wakil rakyat... sewajarnya tiada seorang rakyat dalam kawasan yang diwakilinya terabai dna dilupakan.

Itu gunanya pejabat wakil rakyat.. Itu gunanya setiap wakil rakyat diberikan dana oleh Kerajaan... supaya ada peruntukan untuk menggajikan pegawai-pegawai pembantu kepada wakil rakyat... bukan sahaja pembantu ini hanya tunggu dipejabat wakil rakyat tapi mestilah turun ke padang dan mendapatkan input dari rakyat pada setiap masa.

Dan wakil rakyat... bila dah berstatus itu maka tumpuan mestilah kepada amanah yang telah diberikan... 100% tumpuan perlu dilaksanakan... Jika sebelumnya dia ada perniagaan, dia perlu lantik orang menguruskan perniagaannya... dan bukannya semasa dia jadi wakil rakyat masanya habis dalam urusan peribadi dan bisnesnya.... 

Tapi yang rakyat nampak.... menang sahaja jadi wakil rakyat... mula sibuk dengan bisnes, tender dan kontrak.... tugasan wakil rakyat diserahkan 100% kepada pegawai pembantu.... wakil rakyat akan hanya turun padang berjumpa rakyat hanya bila masa nak berkempen pilihanraya je...


Gua cukup teruja dengan cara Saudara Steven Sim (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) yang begitu cakna dengan rakyat yang diwakilinya di Parlimen Bukit Mertajam. Masalah rakyat dari macam-macam segi sampailah kepada pendidikan memang diutamakan.... Walaupun ramai pegawai pembantunya macam Saudara Rosly Yusuf yang sentiasa berada di lapangan ... tapi YB Steven Sim sendiri memang setiap hari akan turun padang sambil berkhidmat. Inilah personal touch seorang wakil rakyat...

Dan gua respek sesangat. Sungguh... Gua doakan YB Steven Sim terus sihat sejahtera dan dapat terus berkhidmat kepada rakyat yang diwakilinya.

Kalaulah semua wakil rakyat semacam YB Steven Sim... gua percaya Malaysia punyai sistem yang terbaik.... tapi... ini semua mimpi disiang hari jer.... susah nak jumpa wakil rakyat yang macam ni... Wakil rakyat yang berlabel agama lagilah payah lu orang nak tengok jadi camnie... Kalu ader pon sikit sangat atau dah mati...

Tajuk artikel ini memang gua sengajakan.... sendiri mau faham la.... benda nampak jelas depan mata....

Sekian.

21 February 2021

Bukan Gua Yang Fitnah

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah tulis banyak kali.... tapi banyak orang di Malaysia percaya selama ini bahawa pendatang dari China dan India dibawa masuk oleh penjajah British... Walhal semua penulisan gua selama ni mengatakan yang bawa masuk pendatang dari China dan India adalah Sultan, Raja-Raja dan Pembesar Melayu...

Hahaha...

Hari nih... biler gua baca satu artikel dari akhbar TheStar ... ianya membuktikan apa yang selama ini gua cakap...  Hahahaha.... lu tak puas hati kalu.... lu saman la akhbar TheStar dan saman jugak la Sultan Johor...

Hahaha

Citer banyak tarak guna... Hahaha... baca la artikel tue di TheStar... Hahaha

By the way.... Perjanjian Pangkor hanya ditandatangani pada 1874 ....




19 February 2021

Malaysia Kembali Ke Zaman Gelap Feudalisme

Bhai/DeeDee semua...

Malaysiakini dah kena hukuman.... atas komentar para pembacanya... RM500 ribu dendanya.... Dan keputusan ini akan menjadi precedent kepada kes-kes yang lainnya... Macam gua jugak kat sini... kalu ader komen lu orang yang dikira menghina Mahkamah atau lain-lainnya ... kemungkinannya boleh dihukum setara...

Huhuhu...

Nampak gayanya Malaysia seakan kembali ke zaman gelap feudalisme ... dimana semua kuasa terpusat kepada yang paling atas... tiada kritikan sosial dibenarkan walaupun ianya fakta..

Tiada lagi peluang untuk rakyat kritis dan soal bicara.... semuanya kena ikut apa yang telah ditetapkan sepertimana apa yang Pimpinan mahukan... Ini lebih komunis dari sistem komunis... Ini lebih Apartheid dari Apartheid... ini lebih celaka dari zaman Sultan Mahmud mangkat dijulang...

Adoilah....

Apa sahaja yang kerajaan buat... apa sahaja yang pimpinan negara buat... apa sahaja mahkamah buat... walaupun ader potensi salahguna kuasa... semua tabley ditegur dan tabley dikritik.... kalu buat jugak bersedialah RM500 ribu dalam tangan...

Huhuhu



16 January 2021

KKM Tak Perlu Susah Payah Cari Sukarelawan

Bhai/DeeDee semua...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam dah publish satu posting berkenaan untuk mencari 3000 sukarelawan untuk buat ujian keberkesanan Covid-19.... 

Pada pandangan gua la... sebenarnya KKM tak perlu pun untuk membuat siaraya nih...

Sebabnya.... boleh sahaja amik sukarelawan vaksin ini dari kalangan Sultan dan Raja-Raja Melayu serta kerabat-kerabat mereka... Itu sahaja pon mungkin lebih dari 500 orang kalu campur semuanya sekali.... Tue belum masuk ambil pula dari kalangan pemimpin politik dan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta ahli keluarga terdekat mereka... Itu pon dah lebih dari 2500 orang kesemuanya...

Apa ader hal kan nak cari sukarelawan...

Itu belum lagi kutip segala Olamak, Mopti, Tuan Guru, Ostad dan Lobai semua sekali tue dengan ahli keluarga mereka semua... itu dah berapa puluh ribu dah... sebab ramai yang kawin lebih dari satu.... Hahaha... Takkan kot depa takut nak mati.... Kalu tak mati macam mana nak masuk Syurga.... adoilah... sembang pasai Syurga tapi takut nak mati....

Hahahaha....

Adoilah... setel dah masalah sukarelawan... apa yang payahnyer...



28 October 2016

Yang Hidup Yang Mati

Bhai/DeeDee semua..

Urusan yang hidup keatas yang hidup, urusan yang mati keatas yang mati.... Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiuun.

Ramai orang menuduh yang bukan-bukan buat Al Marhum Mohd Sukri Saad.. Yer benar dia telah mati... dia telah meninggal dunia... Tapi adakah lu orang semua pasti yang kematian dia akibat dari kesan dia bunuh diri? Tidakkah mungkin Allah Taala ambil nyawa dia lebih awal seminit dua dari pada tindakan dia itu? Kita tidak tahu dan Allah Taala Maha Mengetahui dan Maha Pengampun.

Soalan tentang tindakan dia tu gua takmo nak komen lebih lanjut sebab gua takder ditempat kejadian pada masa itu... tapi satu ja yang gua nak tekankan...

Semua ini berlaku akibat dari tindakan "pembuat dasar dan hukuman" iaitu Ahli Parlimen dan Kabinet....  Dasar hukuman atas penjualan rokok seludup diluluskan oleh Kabinet dan Parlimen... dan Kabinet dan Parlimen yang sama juga membuat dasar hukuman keatas rasuah dan salahguna kuasa...

Tidak kira lah sama ada Ahli Parlimen itu mengundi atau tidak, ponteng atau hadir.... semua mereka ini akan lebih awal ditanya oleh Allah Taala atas kejadian yang berlaku kepada Al Marhum Mohd Sukri Said.

Bersedialah lu orang wahai Ahli Parlimen untuk menjawab persoalan ini nanti depan Allah Tuhan Rabbul Jalil...

Sama jugak dengan para Sultan, Raja dan YDP Agong.... Lu orang tunggulah masanya nanti untuk berjawab depan Allah Taala.... Kalo asbab kematian Mohd Sukri Saad ini berlaku sebab Ahli Parlimen, Sultan, Raja dan YDP Agong tak amik pot... maka bersedialah lu orang kena balasannya lebih lagi daripada yang terkena pada Mohd Sukri Saad...

Nasib la lu orang... Patut lu orang semua tu sedar diri la....

Tunggu masa jer lu orang kena.....  betul ... pastinya ada hukuman pada Mohd Sukri Saad... tapi pastinya hukuman pada dia taklah lebih besar dari hukuman yang akan kena pada Ahli Parlimen, Sultan, Raja dan YDP Agong.,....

Masak lah lu orang ooi...

05 April 2015

Makam Pahlawan Sudah Jadi Macam Nirvana Memorial Park

Bhai/DeeDee semua....

Gua nak tanya lu orang aaaa.... agak-agak lu orang aaa.... aper kelayakan warga Malaysia yang layak dikuburkan kat Makam Pahlawan tue..... Hahaha.....  Sebab kalu ikut standard gua.... orang yang nak dikebumikan di Makam Pahlawan tue mestilah disahkan layak tanpa ader bantahan dari semua rakyat... Malah rakyat yang menentukan sama ader seseorang itu layak kat Makam Pahlawan atau tidak...

Kalu dah main ikut suka jer dok kebumi kat Makam Pahlawan.... ntah saper-saper yang tak tau aper sumbangan dier kepada agama, bangsa dan negara...... maka jatuh status la Makam Pahlawan.... sudah sama level macam Nirvana Memorial Park jer gua rasa la nih.... Hahaha ...

Ini Bukan Makam Pahlawan ..... hahahaha

Kaki maksiat (maksiat ader macam-macam kategori la bhai) pon boleh dikuburkan kat Makam Pahlawan.... so.... aper kejadahnyer dah jadi camnie??? Hahahaha .... Nampaknyer kena tukar nama la ini Makam Pahlawan jadik "Le Royale Nirvana Memorial Park"..... Hahaha .... memang Ahlul Punah Wal Rasuah betul lar....  hahaha

Hampeh aaaa.....


13 December 2014

Kenapa Rakyat Anti Raja Dan Sultan?

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum puak-puak pembodek dan pengampu para Sultan dan Raja-Raja Melayu nak mengkategorikan tulisan gua nih sebagai menghina golongan Sultan dan Raja-Raja Melayu... Dan konon diklasifikasikan sebagai hasutan.... Mari gua habaq mai sama lu orang....

Jangan tanya pasai aper orang sumer (rakyat) makin benci dan menyampah serta anti ngan Sultan dan Raja-Raja Melayu sebelum lu tanya Sultan dan Raja-Raja Melayu aper yang diorang sumer buat selama nih yang bagi manfaat kepada rakyat.... Cuba habaq mai... Cuba la stori... Aper manfaat yang pernah dibuat kepada kepentingan rakyat sumer...

Yang menggadai harta dan nyawa mempertahankan negara nih daripada penjajahan sejak dulu lagi bukanlah dari golongan Sultan dan Raja-Raja.... tetapi para rakyat biasa... Rakyat Marhaen yang cedera dan terkorban... Cuba habaq mai nama Sultan atau Raja-Raja Melayu yang terkorban berjuang menentang penjajahan.... Tak payah nak sembang la... Gua cukup hafal sejarah tanah air nih yang real punya... Bukan yang fabrikasi punya yang ader dalam library sekarang nih...

Dikala rakyat susah payah makan ubi kayu semasa penjajahan Jepun, ader tak golongan Sultan dan Raja-Raja Melayu hidup susah... Makan ubi kayu... Kebuluran..... Takder bhai... Diorang sumer duduk enjoy dalam Istana dengan layanan kelas A daripada penjajahan Jepun... 

Jangan tengok dalam buku sejarah yang ader sekarang nih... Semua banyak fabrikasi... Macam citer konon Maharaja Lela dan Dato' Sagor dok menentang JWW Birch yang kononnya menjadi lead kepada gerakan rakyat... walhal yang sebenarnya diorang bengang ngan JWW Birch sebab tabley dah nak kutip cukai kepala dan mempunyai hamba abdi..... Tahun 1910 dulu British haramkan hamba abdi di tanah air tercinta nih...

Itu belum citer pasai Sultan dan Raja-Raja Melayu yang dok jual Pulau Pinang dan Temasek kepada Inggeris ... hanya kerana tamakkan antara 8 hingga 12 ribu dolar Sepanyol... Giler siot murahnya jual negeri... Itu lagi ader Sultan yang kononnya menangis pasai hilang Pulau Pinang ..... Ader jugak yang perasan keturunan Sultan dok menangis pasai ilang Temasek...

Lagi satu.... Yang suruh kejar, tahan dan tangkap serta seksa Tok Janggut tue bukanlah pihak British tetapi Sultan Kelantan sendiri... siap gantungkan jenazah Tok Janggut kaki keatas dan kepala kebawah selama seminggu.... Tak celaka ka gitue... Memang celaka... Ini sejarah la bhai... Sejarah yang betul tak menipu...

Yang jual Selangor kepada British pon bukan rakyat... Tetapi para Sultan dan Raja-Raja Melayu serta kerabatnya... Itu belum lagi yang dok gila amik anak dan bini orang buat gundik di Istana ... Gua boleh listkan kalo lu orang nak tau... Hahaha... Malah ader dalam fakta sejarah yang mengatakan bahawa Sultan Mahmud yang dibunuh semasa dijulang orang oleh Laksamana Megat Seri Rama di Kota Tinggi Johor dulu tue aderlah Gay...

Itu belum lagi biler sampai masa kini... Biler rakyat nak suarakan sesuatu... hantar memo... hantar surat... ader tak Sultan dan Raja-Raja Melayu amik pot dengan turun sendiri menerimanya... Takkan la para Sultan dan Raja-Raja Melayu tak baca paper... tak tengok TV... tak masuk Internet... Bodoh la kalu gitue tak tau aper yang berlaku dalam negeri dan negara...

Kurang-kurang Sultan Alauddin Riayaat Shah at least pernah la menyamar jadi pengemis untuk tau aper yang berlaku dalam negeri... Dier amik contoh Saidina Umar r.a punya kerja satu masa dulu... Sultan dan Raja-Raja Melayu sekarang mana nak buat benda camnie... Baik diorang layan VVIP kat kelab-kelab dan pi obersi...

Ader kes dulu... Biler rakyat jelata nak mari jumpa Sultan... Boleh plak time tue la Sultan nak pi main kuda la kat luar negara... Macam dah takder hari lain dah... Itu menunjukkan bahawa Sultan tak prihatin... Memang mementingkan diri sendiri dan bukannya mementingkan rakyat jelata... Kalo dapat sampai tepi pintu keter pon bukan Sultan dan Raja-Raja Melayu nak bukak tingkap tanya apa hal... Lagi tak amik pusing ader la...

Tak payah jauh la... Ader satu Sultan tue buat Istana dier kat kawasan bukit kat tepi laut tak jauh dari kawasan sekolah... Harga Istana dikhabarkan mencecah 1 Billion.... Tapi disimpang jalan masuk ke Istana tue punya banyak la rumah rakyat jelata yang macam nak roboh pon ader... Yang macam reban kambing pon ader... Ader Sultan nih pandang dan tanya khabar rakyat dier biler dier lalu keluar kat jalan tue naik kereta... Oh ... Baru gua tau pasai aper kereta Sultan dan Raja-Raja Melayu bercermin gelap... Bukan sebab takut ader yang kena tembak... Tapi pasai takmo nak amik pot masalah rakyat...

So jangan marah la kalu rakyat jelata dah makin menyampah dengan Sultan dan Raja-Raja Melayu serta kerabat-kerabatnya.... Pada rakyat... Sultan dan Raja-Raja Melayu nih cuma tunggul ja... Stakat nak bagi gempak supaya kaum Cina dan India serta lain-lain tabley nak naik atas kapla ja... Konon pasai jadi last line untuk Ketuanan Melayu... Guna untuk bagi pingat ja... Guna untuk bagi hadiah dan anugerah... Bukan gua sajer-sajer kata... Tapi itu aderlah realiti.... 

Kalo Sultan dan Raja-Raja Melayu tak percaya.. Pi la menyamar masuk kelompok rakyat... Dengar sembang rakyat.. Sure boleh tau... Betul.. Kalo stakat dengar dari mulut balachi pembodek dan pengampu memang la tak sampai punya real cerita...  Jangan jugak tanya para mufti... Sebab mufti pon dok jaga dier punya elaun, pangkat dan pingat ja...

Pi la Sultan dan Raja-Raja Melayu ilang sekejap dari Istana dan keluar menyamar jadi pengemis... Boleh dengar macam-macam citer rakyat.... Hahaha...

Tambah lagi takder satu perangai Sultan dan Raja-Raja Melayu nih yang boleh dijadikan contoh... Tolak tepi la seorang dua yang cuba nak bagi nampak bagoosh... Tambah lagi biler rakyat tahu bahawa Sultan dan Raja-Raja Melayu sebenarnya tak layak nak jadi Ketua Agama Islam pasai banyak sangat terlibat ngan maksiat... arak la... zina la... judi la....  

Aper yang gua cakap nih realiti... Bukan nak menghasut pon... Kalo Sultan dan Raja-Raja Melayu nak orang hormat mereka... Mereka kena la pandai hormat rakyat... Sebab kalo rakyat takder... Maka tiadalah jawatan Sultan dan Raja-Raja Melayu tue...

Sebab rakyat tak mati dan tak susah pon kalo takder Sultan dan Raja-Raja Melayu... Sebab rakyat survive pakai usaha sendiri manakala Sultan dan Raja-Raja Melayu sekadar makan tanggung berak cangkung hasil dari cukai rakyat...

So.. Sultan dan Raja-Raja Melayu serta kerabat-kerabatnya tak perlulah nak sombong mender pon.... Rakyat tak hadap pon.... Rakyat tak heran pon.... Betul... Tarak percaya ka???

Jadi kalo nak rakyat hormat... Silalah hormatkan rakyat... Jangan lu orang ingat rakyat terutamanya orang Melayu tue sebodoh dan sebebal Hang Tuah... Cukup-cukup la perasan bagoosh... cukup-cukup la ngabiskan duit rakyat joli sana sini buat mahligai sana sini... buat maksiat sana sini...

Biler mahasiswa dan rakyat nak jumpa dan serahkan memorandum... Biler rakyat nak jumpa dan bagitau masalah rakyat..... Bawak-bawak la turun dan jumpa serta amik sendiri... Ular yang menyusur akar takkan ilang bisanyer... 

Kalo tabley nak terima nasihat... Tak payah la jadi manusia...  Sebab hanya manusia ja yang boleh terima nasihat... Ayam, itik, kambing dan lembu mana boleh kiter kasik nasihat... Tak Gitue... Tatau la pulak kalo dah sama spesis yang empat gua sebutkan tadi... Aiyo...

Ader paham ka?? Kalo tak paham memang la bodo tukil.... Aiyo... Tak dapek den nak nolong aih...

TAMBAHAN : Nasib baik la bomoh Orang Melayu kalo ader ilmu santau pon maleh nak buang karan menyantau para Sultan dan Raja-Raja Melayu nih...  Kalo tidak agaknyer dah lama ader yang kojol kena santau... 

Lagi satu ... Semenjak ilmu agama dah makin ramai yang paham... Maka takder saper dah nak buat angkat sembah dah..  sebab itu sumer syirik... boleh jatuh aqidah... syirik tue dosa yang Allah Taala takmo nak ampunkan la wei...

05 February 2014

Exit Plan Taib Mahmud

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknyer Taib Mahmud macam ader buat perancangan terbaek untuk exit plan dier... Hahahaha.... kalu la betul aper yang gua dikhabarkan.... nampaknyer tindakan Taib Mahmud mengintai peluang untuk menduduki kerusi Yang diPertua Negeri Sarawak aderlah satu planning terbaek... hahahaha

Kalu selama ini status Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri memberikan kuasa yang cukup besar untuk memudahkannya merompak hasil khazanah Negeri Sarawak.... maka dengan mendapat kerusi Yang Di Pertua... maka ini akan melengkapkannyer menjadi Rajah Sarawak menggantikan keturunan Rajah Brooke.... Hahaha


Kalu la Taib Mahmud dapat duduk kerusi Yang Di Pertua... makanyer takkan la SPRM akan berani nak teruskan siasat salah laku dan rasuah yang telah dibuat olehnyer selama nih.... Hahahaha... Takkan la SPRM berani dan ader telor... Hahaha... Dalam keadaan jadi Ketua Menteri Sarawak pon SPRM tabrani nak kacau... inikan pulak biler dier dah dapat kuasa lagi power....

Hahaha.....

Aper pon.... gua memang merasakan bahawa Taib Mahmud memang mengintai peluang dan ruang untuk menduduki kerusi Yang Di Pertua Negeri Sarawak yang berstatus samer macam Raja dan Sultan..... so... hahaha ... Kiter tunggu dan lihat.... rasanyer informer gua tak salah kasi maklumat.... hahahaha

18 January 2014

Pembiaya Sultan Berjudi Dicari Polis

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Sepatutnyer PDRM dok cari siapa yang mempergunakan para Sultan dan Raja nih untuk kepentingan peribadi diorang... Cuba la cari siapa yang sponsor duit kepada Sultan dan Raja untuk berjudi... Cuba la cari siapa yang sponsor "betina" dan "jantan" kepada Sultan dan Raja demi untuk dapat lot balak....  Cuba la cari siapa yang sponsor hadiah macam-macam kepada Sultan dan Raja demi untuk mendapat kontrak dan tanah.... Cuba la carik saper yang sponsor berbotol-botol wiski dan vodka serta segala mak nenek khamar..... hahahaha

Cuba la cari siapa yang dok bagi Sultan dan Raja menang dalam golf setiap kali main hanya kerana nak dapatkan gelaran dan habuan...... Hahahaha.... Itu lagi bagoosh..... itu lagi bertepatan..... itu lagi berbaloi... hahahaha

Ini bukan tuduhan aaa.... Ini bukan hasutan aaa... ini bukan fitnah aaa..... ini sekadar persoalan jer.... ader akai boleh pikir... kalu takder akai... tak dapek den nak nolong..... hahahaha


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1