Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Alam Sekitar. Show all posts
Showing posts with label Alam Sekitar. Show all posts

23 August 2023

Kalau Bagus, Pasanglah Di Tepi Rumah

Bhai/DeeDee semua...

Orang bantah pasai nak pasang benda nih berdekatan dengan kawasan kediaman diorang... Jadi diorang risaukan bahaya dan impak daripada pemasangan dan pengoperasian Insinerator nih... Dari ancaman bau, toksik, toksin, asap serta abu nya...

Kalau lu rasa pemasangan dan pengoperasian Insinerator WTE nih bagus, tunggu apa lagi... pasanglah di tepi rumah lu...

Lu sendiri pon takmo benda tu berada berhampiran rumah kediaman lu... lagi lu nak suruh ianya dipasang di kawasan rumah diorang... ajer gambang lar...

Hahaha... bangang tak sudah... gua dah ulas dah isu Insinerator sebelum nih

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Ada berani ka pasang di tepi rumah lu?


20 August 2023

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Bhai/DeeDee semua...

Dalam apa keadaan pun, matlamat tidak menghalalkan cara... Contohnya... matlamat Insinerator Waste to Energy (WTE) yang dicadangkan di Batu Arang (Rawang) khabarnya akan menjana lebih kurang 50 Megawatt tenaga elektrik adalah sesuatu yang baik.... tapi impak kesan dari pembakaran sampah secara insinerator ini yang kita risaukan... gas dan wap toksik yang terbebas ke udara serta abu hasil dari pembakaran di insinerator...

Tambah lagi kawasan yang dicadangkan untuk pembinaan Insinerator ini amat berhampiran dengan kawasan kediaman dan aktiviti penduduk... Bahayanya agak besar juga...

Itu yang penduduk di kawasan terbabit membuat bantahan... Ini kita kena tengok dari banyak sudut... Tak boleh main belasah je buat Insinerator WTE .... Huhuhu...

Apa pun harapan yang ada hendaklah memberikan keputusan yang menang-menang kepada semua... Sampah perlu dikitar semula.. dan yang perlu dibakar perlu dibakar untuk menjanakan tenaga elektrik... Proses menambun atau melonggokkan sampah di pusat perlupusan sampah kini sudah tak viable.... tidak mesra alam...

Itu kita kena tengok dari segi kelestarian proses dan program.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 


Bahaya Insinerator WTE


09 August 2023

Takut Kantoi Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah ... takut kantoi ka?? Kah Kah Kah... Kita tau la ini projek siapa... Kalu approved jugak... nampak sangat la kan.... pasai tue la serang utara.... hahaha...

Bagoosh la projek ini kensel...  Kah Kah Kah.... meroyan la puak-puak tue... Kah Kah Kah...
Kalu takder musim PRN 6 negeri ... mesti jadik punya projek nih... Kah Kah Kah

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Meroyan La


06 July 2023

Tengok La Siapa Punya Projek

Bhai/DeeDee semua...

Hehehehe.... sebelum apa-apa... tengok la dulu siapa punya projek nih.... hehehe... macam tak biasa.... Untung mesti mau jadi.... EIA ka apa ka... itu semua boleh kawtim... Hahaha

Janji masyuk....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



Tioman Infra Sdn Bhd


16 December 2022

Perkhemahan Budak Sekolah Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Sedih mendengar berlakunya kes macam nih... itu hari sekolah wife gua ader nak buat event perkhemahan di Cameron Highland cuti sekolah nih... tapi gua berjaya cadangkan mereka tukar venue... buat kat satu kawasan di Paka....

Allahuakbar.... kalu la perkhemahan yang terkena tue adalah perkhemahan budak sekolah... sure lagi sedih gua.... Allahuakbar... semoga semuanya selamat hendaknya...


Kira-kira 69 individu dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh itu berlaku di tepi jalan berhampiran ‘Father’s Organic Farm’ dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berhampiran dengan jalan.

“Dianggarkan ketinggian setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuh satu ekar. Maklumat awal pihak polis mendapati terdapat 100 orang di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, setakat pukul 5.30 pagi tadi, seramai 31 mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat

25 October 2022

Selagi Boleh Ditarah ...

Bhai/DeeDee semua...

Mereka-mereka nih mana ader kira tentang alam sekitar ker.. atau ancaman banjir jer... tak kira semua tue.. Pada diorang yang penting adalah duit ringgit... Mana taknya... mereka semua nih duduk di puncak kuasa.. rumah pon berada dikawasan bebas banjir... dikawasan tinggi..

Jadi mereka tak terkesan pun dengan semua ini... 

Paling kurang pun... dengan duit ringgit hasil keuntungan nih ... mereka akan membeli aset hartanah di luar negara... di negara lain... dan menjadikan Malaysia nih tempat mereka mengaut keuntungan dan seterusnya ditinggalkan lalu memunggah segalanya di negara lain...

Betapa bangsatnya mereka-mereka ini... memang bangsat... sebangsat-bangsat spesis..

Celaka 700 keturunan...

Yang jadi mangsa adalah orang biasa yang alam sekitar dah tercemar... kena pulak banjir kilat... banjir besar... banjir air termenung... jahanam harta benda.. jahanam aset.... hutang bertambah.... adoilah.... memang celakalah semua nih...






29 August 2022

Syarikat terkait Malaysia suspek utama pencemaran jerebu di Indonesia

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya terhukum juga si celaka yang mencemarkan alam sekitar dan udara kita dengan pencemaran berskala besar... Bayangkan saban tahun inilah antara syarikat yang menyebabkan jerebu menyesakkan udara kita dan menyebabkan pernah sekolah ditutup akibat dari kesan langsung jerebu.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang selalunya tidak sihat. Celaka betul lah.

#Jerebu #KulimBerhad #PembakaranHutan #Jenayah #AlamSekitar #IPU
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

07 March 2022

Banjir kilat landa Lembah Klang - Hukuman atau Peringatan?

Bhai/DeeDee semua...

Lembah Klang dilanda banjir kilat lagi. Dalam tahun ini je dah berapa kali Lembah Klang dilanda banjir kilat. Sebelum PKP dan sampai sekarang dah berapa kali Malaysia dilanda banjir kilat dan banjir besar.

Boleh kata semua negeri kena banjir kilat dan banjir besar kebelakangan ini... Timbul persoalan... adakah ianya hukuman atau sekadar peringatan buat kita manusia yang sering lalai dan leka.

Kitalah juga yang merosakkan alam ini... ditangan kitalah semua keputusan... ditangan kita ini jugalah kita lalai dan leka ... berbangga dengan pembangunan yang tidak sekata.

Adakah kita mahu sedar?

#BanjirKilat #LembahKlang #Bala #BencanaAlam #Pembangunan #Lestari #Mapan #CipanTapirTenuk #SocialCritics

29 December 2021

Sebab Apa Pembalakan Di Kanada Mesra Alam

Kanada jugak adalah negara yang punyai luas kawasan hutan yang agak besar. Hampir 70% kot kawasannya dilitupi hutan. Kayu balaknya pun besar. Kayu maple ader, kayu birch ader, kayu spruce ader… macam-macam ada..

Diorang pun agresif gak dalam bab pembalakan. Tapi menariknya, alam sekitar tak terjejas pun. Air sungai tetap mengalir bersih dan jernih.

Udara toksah kata la… nyaman… Flora dan fauna disana nampak lebih melata tak diusik. Mereka ader musim memburu. Ramai yang ader lesen senjata dan ianya jugak agak mudah dilesenkan. Memburu tu boleh dan dibenarkan. Tapi ikut permit dan limit yang ditetapkan. Sebab itu haiwan tak pupus.

Kanada jugak ada hutan simpan (forest reserve) … dan ianya juga memang solid berstatus hutan simpan. Mereka betul-betul jaga status itu. Mereka kekalkan ianya tersimpan.. mana-mana orang yang menceroboh akan diambil tindakan tanpa prejudis.

Sebab utama pembalakan disana tak cemarkan alam sekitar, tak rosakkan flora dan fauna, tak menyebabkan pencemaran air mentah dan sungai, takder menyebabkan sungai bertukar warna.. semua ini adalah satu sebab jer…

Sebab mereka tiada Raja atau Sultan. Prince Philips dah meninggal dunia. Queen Elizabeth pulak duduk di England…

Queen Elizabeth takder memiliki slot compartment balak. Queen Elizabeth takder memiliki konsesi balak tambah lagi di kawasan Hutan Simpan atau Hutan Simpan Kekal.

Malah kalu pun Queen Elizabeth ader konsesi balak, baginda tabley sesuka hati membalak tanpa mengambil kira kesan terhadap alam. Queen Elizabet pun boleh disaman atau didakwa.

Itu ja sebabnya pembalakan di Kanada kita panggil sustainable deforestation.



20 September 2021

Kejadahnya Nak Buat Taman Tema?

Bhai/DeeDee semua...

Pasca Covid-19 ... tak logik lagi nak bukak taman tema ... sebab kos pengendalian Taman Tema akan meningkat berkali ganda... tambah lagi apa-apa halangan dan sekatan yang terkait dengan SOP dan larangan yang berkaitan..

Biler mana ader pihak nak buat Taman Tema baru di Cameron Highland.... gua bukan sahaja risaukan ekosistem dan kelestarian Cameron Highland... tapi gua pikirkan macam mana pemaju nak dapat balik keuntungan...

Berapa harga tiket yang akan dikenakan?? Semua ini kos.. 




11 July 2021

Pelik - Lantai benteng pemecah ombak pecah dihempas ombak

Bhai/DeeDee semua...

Gua sungguh pelik membaca artikel ini di Harian Metro. Bukan apa... sebab ayat dan tajuk yang digunakan agak klise... hahaha.... Pelik - "Lantai benteng pemecah ombak pecah dihempas ombak"

Hahaha.... Memanglah tugas benteng pemecah ombak sepatutnya memecah ombak... tapi tak sangka ombak pulak yang memecahkan benteng.

Kelakar pun aderr... Hahaha

#Langkawi #BentengPemecahOmbakPecahSebabOmbak #Ribut

23 June 2021

Jahanam Alam Sekitar Kita Akibat Tangan Ghaib

Bhai/DeeDee semua....

Habis segala hutan banat diteroka untuk perladangan, perlombongan dan pembalakan. Habitat semulajadi haiwan (terutamanya spesis terancam) dikacau ganggu. Bukan sahaja kawasan tapak garam semulajadi untuk haiwan, tetapi sumber air untuk haiwan pun terjejas.

Kawasan untuk Orang Asal/Orang Asli pun lama dah dikacau ganggu, malah ada kes para kontraktor melakukan tindakan tak sewajarnya kepada komuniti Orang Asal/Asli terutamanya kepada anak-anak perempuan mereka.

Rezab air juga tercemar sama ada dari aktiviti pembalakan mahupun perlombongan. Tambah lagi kalau perlombongan yang menggunakan bahan kimia tertentu semacam Cynide dan Mercury.

Tangan-tangan yang terlibat pulak bukan kecik-kecik anak.... sampai ke paling atas. Nak salahkan pegawai yang meluluskan pun tak berapa adil kalu yang khianat nih adalah orang yang punya kuasa tidak terbanding... Kuasa yang maha dewa... Kuasa yang tidak boleh dicabar sama ada disegi undang-undang mahupun tindakan.. Siapa yang berani?

Akhirnya... yang jadi mangsa adalah alam sekitar itu sendiri (termasuklah haiwan, flora fauna dan Orang Asal/Asli) ..... ekosistem berubah... kestabilan biodiversiti juga terganggu...

Kitalah yang merosakkan warisan untuk anak cucu cicit kita.... kononnya demi pembangunan, ekonomi dan kekayaan... walhal itu semua bukan boleh semudahnya diganti kembali.... jahanam...

Semoga Allah Taala membalas semua kerja celaka yang dibuat oleh mereka-mereka ini sebaiknya.... tidak kisah lah siapa mereka ini. Aamin Ya Rabb

13 February 2021

2 Biji Je Tapi Canangnya

Bhai/DeeDee semua...

Nilai sebenar kemusnahan akibat dari banjir pada penghujung 2020 adalah amat besar.. Bayangkan bilamana banyak lokasi yang terjejas teruk akibat dari banjir tersebut... majoritinya berlaku di kawasan tengah Semenanjung Malaysia... Pahang, Johor, Perak, Terengganu dah Kedah memang terjejas.... 

Negeri antara yang paling teruk terjejas adalah Pahang.... ini realiti...

Dan kita semua tahu apa sebabnya Kuala Lipis, Raub, Temerloh, Rompin, Pekan dan beberapa tempat lagi terkena banjir... Semuanya akibat dari kesan pembalakan hutan yang tak terkawal... sampaikan hutan simpan kekal pon kena rembat balaknya .... dan ini semua dilakukan dengan ijin dari pihak yang berkuasa...

Pihak yang pegang kuasa.... suara dari kayangan janganlah di bantah...

Jadi..... tetiba je tercanang seantero alam bahawa kayangan dok bantu bangunkan rumah untuk mangsa banjir...  yang kelakarnya.... dua biji je.... kecohnya hebat sangat... 2 biji je tapi canangnya.... huhuhuhu

Hehehe... sabor je la.... cakap banyak karang cepat ja masuk kedalam walaupun apa yang kita cakap ni benar belaka..... huhuhu






Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1