Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Hartanah. Show all posts

04 July 2024

Inilah Masalahnya Bila Kerajaan Dipimpin Oleh Si Bangang

Bhai/DeeDee semua...

Orang tua dulu-dulu cukup marah kelaku macam nih... Dah terberak baru terpikir patutka bukak seluar dan spender dulu. Adoilah. Ader gambang.

Inilah masalahnya bila Kerajaan dipimpin oleh Si Bangang... Satu Kerajaan yang bangang yang mana pentaksubnya tolol. Maaf cakap la…



07 March 2022

Hadiah hartanah RM70 juta untuk Pak Lah dikritik Dr Mahathir

Bhai/DeeDee semua...

Part nih gua setuju dengan Dr Mahathir... Apa kejadahnya keputusan untuk memberikan hadiah hartanah kepada bekas PM hanya melalui satu mesyuarat kabinet.

Sepatutnya isu sebegini wajar dibentangkan di Parlimen, dibincangkan dalam Parlimen.. sama ada secara umum ataupun melalui satu jawatankuasa khas Parlimen. Ini lebih selayaknya... sebab seorang Perdana Menteri dipertanggungjawabkan kepada Parlimen... bukannya kepada Kabinet.

Apa pun... nilai RM70 juta tu melampau sangat lah... sama macam Najib Razak mohon hartanah kerajaan bernilai RM100 juta... Ini negara ini hanya diorang ja yang ujud ka? RM70 atau RM100 juta tue kalu buat sekolah atau hospital lebih bermanfaat. Lebih menguntungkan.

Dr M bangkitkan hadiah hartanah RM70 juta untuk Pak Lah

#HadiahPencen #PakLah #MahathirMohamed #Kritik #PencenPM #HadiahHartanah #GoldenHandshake #Rolex #DrM #TunM #CipanTapirTenuk #SocialCritics

20 September 2021

Kejadahnya Nak Buat Taman Tema?

Bhai/DeeDee semua...

Pasca Covid-19 ... tak logik lagi nak bukak taman tema ... sebab kos pengendalian Taman Tema akan meningkat berkali ganda... tambah lagi apa-apa halangan dan sekatan yang terkait dengan SOP dan larangan yang berkaitan..

Biler mana ader pihak nak buat Taman Tema baru di Cameron Highland.... gua bukan sahaja risaukan ekosistem dan kelestarian Cameron Highland... tapi gua pikirkan macam mana pemaju nak dapat balik keuntungan...

Berapa harga tiket yang akan dikenakan?? Semua ini kos.. 




04 July 2013

Tangan Siapa Disebalik Isu Galing Besar?

Bhai/DeeDee sekalian... bagi yang biasa di Kuantan... pastinya tahu tentang Galing Besar .... Kawasan nih mempunyai sebuah sekolah iaitu SK Galing. Kawasan yang dahulunya diduduki oleh orang Melayu... Hanya tinggal kawasan ini sahaja yang masih diduduki oleh orang Melayu di kawasan pusat bandar Kuantan....

Kawasan lain semua sudah jadi kawasan perniagaan dan komersial....

Baik Punya Skandal
Jadi... pada Disember tahun lepas... berlakulah banjir besar di Kuantan... antara kawasan yang terjejas teruk aderlah dikawasan Galing Besar... banyak rumah penduduk ditenggelami air banjir...  Ader yang kata kawasan ini diduduki oleh setinggan... ader pulak yang kata mereka ader geran tanah....

Yang pasti.... mereka telah duduk disini lebih 40 tahun ..... dan yang menjadi persoalan.... jika kedudukan mereka ini aderlah setinggan... kenapa selama ini susah benar pihak Kerajaan Negeri Pahang untuk memberikan geran tanah kepada mereka. Pastinyer mereka mampu untuk membayar premium bagi mendapatkan geran tanah tersebut...

So... berbalik kepada isu banjir besar tue.... semua rumah kena.... teruk.... tapi... hanya kawasan ini sahaja... kawasan bersebelahannya iaitu kawasan komersial langsung tidak terjejas akibat banjir... Ader yang kata kawasan ini aderlah rendah... ader yang kata perparitan kat kawasan ini tidak baik..... Hehehehe .. tapi sebenarnya ader isu dan skandal disini....

Jika di tempat-tempat lain... cara terbaek untuk menghalau setinggan aderlah dengan cara membakar sahaja penempatan setinggan tersebut... dan perkara macam nih dah banyak kali berlaku di Lembah Kelang dan Pualu Pinang sejak tahun 80'an lagie...

Tengku Mahkota Pahang tiba-tiba jer datang dan menjengah serta masuk dan duduk dalam rumah-rumah "so called setinggan" ini selepas banjir surut..... masuk dengan membuka kasut.... hebat.... cakna.... ...

Dan.... . Tengku Mahkota Pahang pula bertitah agar mangsa banjir ini dipindahkan ke penempatan baru di Kempadang....... hehehehe... disinilah bermulanya terselah segala skandal.... Ini kerana harga tanah di Galing Besar khabarnya mencecah RM38 sekaki persegi..... manakala harga tanah di Kempadang (Kg Pak Mahat) aderlah sekitar RM12 sekaki persegi.... Disini kita boleh nampak kong kali kong skandal Galing Besar nih terdedah....

Persoalannyer sekarang.... siapakah yang akan untung disebalik perpindahan penduduk Galing Besar ke Kempadang..... tangan siapa disebalik isu Galing Besar nih? ....... dikhabarkan... bahawa tanah di Galing Besar telah berjaya dilobi oleh Kumpulan TAS .... sebuah syarikat hartanah yang agak tersohor di Pahang.... memang untung besar lepas nih syarikat tue.... hahaha

Cuba lu cek semak.... aper makna TAS nih..... hahaha.... dan lu akan tahu tangan siapa disebalik isu Galing Besar.......  heheheh

Berkaitan : Baca Sini

P/S: Mungkin ader beberapa nama syarikat tue agak kabur... sebab maklumat susah nak dapat... tapi ianya aderlah realiti di Pahang nih

04 January 2013

Banglo Runtuh : Putar Belit Nong Chik Dan Kerajaan Terdedah

Bhai.... Hahaha... Isu pampasan bagi banglo Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique atas alasan zon penampan sudah jadi satu isu besar. Mula-mula diorang ingat benda macam nih takder saper nak bising... Tetiba geng-geng jurunilai hartanah plak yang pecah lobang kat gua... Yang diorang tak puas hati macam mana JJ dan Zulhasnan Rafique boleh dapat pampasan dan boleh menentu nilaikan rumah mereka lebih dari nilai pasaran...

Jadi biler gua dapat maklumat tue minggu lepas... Aper lagi.. Gua kasi kecoh la... Terkujat agaknyer ader orang di peringkat Kerajaan Malaysia... Dan maybe Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique pon dapat tau gak... Jadi diorang maybe la berbincang sama sendiri.. Dan akhirnya keluar la kenyataan dari Nong Chik pasai isu nih ... Konon nak cover up... Nak menafikan bahawa pampasan tue akan datang dari Kerajaan... Dari Kementerian Kewangan..

Nong Chik cakap pampasan tue akan dilunaskan oleh Pemaju Perumahan tue... Wei... Liabiliti Pemaju Perumahan cuma 18 bulan dari tarikh pembelian hartanah dan dapat CF... Selepas itu tanggung sendiri la... Mana ader pemaju nak tanggung sampai biler biler... Lagipon banglo yang Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique tue beli dah lebih dari 24 bulan.... Mana ader lagi tanggungan liabiliti lagi...

Hahahaha... Nong Chik nak tipu pon berpada la... Jangan la nampak sangat bodohnyer... Hartanah di Puncak Setiawangsa tue dah lama dah lepas dari liabiliti 18 bulan pemaju.... So aper ker hal pemaju nak kena bagi pampasan.... Lagipon kenaper isu pampasan nih nak kena bawak dalam perbincangan di Kabinet kalu la pemaju yang kena bayar... Tak payah la nak buat lawak la wei....

Hahaha... Nong Chik oooi... Macam mana la lu nak jadi calon PRU13 di Lembah Pantai nih... Nampak bodoh jer... Hahahaha

08 September 2012

Laguna Mersing???

Sebelum lu baca lebih lanjut artikel kat bawah nih... Ini disclaimer gua... Gua takder niat lahiriah mender atau nak kutuk mender pasai golongan bangsawan kat selatan Tanah Melayu nih... so... kalu lu orang gatai-gatai mender nak report samer JMF...  suka gua nak ingatkan... lu jangan ingat lu orang bakal terlepas dari gua dimasa akan datang.... hahaha (statement berbaur ugutan nih... hahaha).... hahaha...  gua cumer nak citer pasai pelaburan hartanah jer... hahahaha

Okeh... ini citer sebenarnya..... Camnie... pada April 2012 yang baru beberapa bulan lepas nih... hehehe... Sultan Johor (susur galur Temenggung) telah mengumumkan bahawa satu projek pelaburan hartanah bernilai berbilion RM akan dilaksanakan di Mersing.. wilayah utara pantai timur Johor... Lokasi pelaburan hartanah tue aderlah berhampiran dengan Hospital Mersing.... hahaha (tak berapa jauh dari rumah bapak mertua gua)...

Kecoh satu Mersing dan kawasan berhampiran seperti Endau, Penyabung, Rompin dan Kota Tinggi pasai projek hartanah yang pastinya akan melonjakkan lagi nilai komersial Bandar Mersing... Kalu nak kira aaaa... bandar Mersing nih dah kira okeh... ader pasaraya yang boleh tahan la besarnya (bagi bilangan penduduk disini) seperti Giant, Kini dan Tunas Manja... Pastu.. pejabat JPN, Kastam, Imigresen dan beberapa bank utama ader di Mersing (Maybank, Public Bank, Ambank, Bank Islam, Bank Rakyat, BSN, CIMB)...

Stesen Minyak plak ader 5 buah... kira hebat gak... Merrybrown dan KFC pon ader kat sini.... cuma McDonalds jer takder... hahaha... Pulak tue si Sekakap, satu kawasan berhampiran dengan Bandar Mersing nih... ader ujudnya Kem Iskandar (Kem Grup Gerak Khas) yang mempunyai kapasiti penduduk dalam kem tersebut sekitar 5000 orang...

MRSM, Sekolah Sains dan Politeknik Mersing pon ader disini.... Punyalah hebat bandar Mersing nih....

Kiranya kalu jadilah projek Laguna Mersing nih... nilai hartanah di Mersing akan meningkat sekurang-kurangnya sekali ganda.... hahaha... ramai yang dah memasang angan-angan nak makan besar dan untung atas angin kat sini... hehehe... Jiran sebelah rumah Pak Mertua gua memang orang kuat UMNO... boleh kata banyak projek kat Mersing nih bawah tangan dier... so.. hari raya baru nih dier citer dengan bangganya bahawa dier akan dapat projek besar dibawah pelaburan Laguna Mersing nih... hahaha... gua gelak jer... walaupun gua tau yang dier baru jer tukar BMW dier kepada model terkini.... pergh.... hahaha

So... aper citer yang gua nak maksudkan nih.... hahaha...  setahu gua ader tiga citer yang berkait dengan isu Laguna Mersing nih...

Pertamanya... pelabur utama untuk projek ini katanya datang dari Taiwan... diorang bersedia nak melabur dengan besarnya... namun diorang kurang bersetuju biler terpaksa membayar wang sogokan untuk melancarkan urusan projek nih kepada pihak-pihak tertentu.. Masalahnyer.. wang sogokan tue dikhabarkan mencecah 1/3 daripada kos projek......

Keduanya... pelabur terpaksa menjalankan projek nih sepenuhnya... namun hasil dari projek ini perlulah dikongsi bersama dengan beberapa individu lain... ntah .. gua tak berapa paham sangat mender pasai bahagi sama rata projek tue.. tapi yang pastinyer.. projek tue macam tak menyebelahi pelabur utama... ntah ler....

Ketiganya.... EIA khabarnya tidak meluluskan pelan cadangan projek tersebut... tapi gua tak clear setakat mana yang tak lulusnya.. sebab biasanyer EIA nih senang diugut dan dipujuk... biasa la... dulu kilang Oil and Gas tempat gua bekerja pon ader deal something ngan EIA nih...

Aper pon... biler projek nih dah terbongkang... pening la kapla-kapla yang dok pasang angan-angan besar nak jadi jutawan tak pon billionaire... hahahaha ... pening kapla la diorang...  bagi yang dah tempah kereta mewah dan bot mewah tue... hahaha.. takkan nak kensel kot... jiran-jiran sumer dah tau... hahaha....

BTW... ini semua citer orang-orang kampung... hahaha.. kira macam gebang kampung la... gebang kedai kopi... Jangan mare aaa..... hahahaha

24 July 2012

Tanah Di Johor Tergadai...

Bhai... sori gua tak berapa tahu detail tentang benda nih... cuma aper yang jadi musykil kat gua aderlah.... bilermana nilai matawang Ringgit Malaysia yang sedang merudum berbanding Dollar Singapura.... maka dengan berbondong-bondongnyer warga Singapura membeli hartanah di Malaysia...

Err.... macam mana diorang boleh beli hartanah di Malaysia nih dengan senang... takkan takder sekatan ker.. levi ker.... takkan takder limit... pening aaa... chilakak la camnie.... mana dier polisi kerajaan ... takkan nak biarkan sahaja...

Dulu masa Muhyiddin Yassin jadi MB Johor.. banyak tanah di Johor dijual kepada warga Singapura.. mudah plak tue... malah ader beberapa kes... tanah rezab Melayu pon telah ditukar status dan kemudiannyer dijual kepada warga Singapura...

La nih...warga Singapura dok lagi senang nak beli hartanah di Malaysia... semenjak adernyer projek Iskandar Johor...sampaikan ader warga Singapura yang beli hartanah sampai ke Mersing dan Kota Tinggi.... macam mana boleh jadi nih... Sedangkan warga Malaysia tak boleh pon beli hartanah di Singapura melainkan membeli dengan menggunakan syarikat yang berdaftar di Singapura..... kalu beli secara peribadi... surely tabley...

Macam chilakak kan..... siot jer lar....sampaikan tanah di Johor tergadai...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1