Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Jerebu. Show all posts
Showing posts with label Jerebu. Show all posts

29 August 2022

Syarikat terkait Malaysia suspek utama pencemaran jerebu di Indonesia

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya terhukum juga si celaka yang mencemarkan alam sekitar dan udara kita dengan pencemaran berskala besar... Bayangkan saban tahun inilah antara syarikat yang menyebabkan jerebu menyesakkan udara kita dan menyebabkan pernah sekolah ditutup akibat dari kesan langsung jerebu.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang selalunya tidak sihat. Celaka betul lah.

#Jerebu #KulimBerhad #PembakaranHutan #Jenayah #AlamSekitar #IPU
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

24 June 2013

Darurat Di Kemaman

Bhai... Kalu nak tunggu MB Terengganu (Ahmad Said) tue declare Darurat di Kemaman... gua rasa MB Terengganu nak tunggu ada yang mati dulu kot.... Payah.. Payah....

Jadi... gua dengan ini mengambil inisiatif sendiri dengan mengisytiharkan bahawa Kemaman adalah kawasan darurat disebabkan indeks pencemaran udara yang agak teruk.... malah lebih teruk daripada Kuala Lumpur dan hampir sama dengan Pelabuhan Kelang bagi bacaan IPU... bahaya nih... aiyark.. tabley nak bernafas la....


Kepada murid-murid sekolah, sila jangan terlibat dengan aktiviti luar dan kepada sesiapa yang terlibat dengan urusan diluar... sila kurangkan sikit aktiviti...

Kesihatan lu orang sumer adalah keperihatinan gua....

Gua cadangkan sekolah ditutup sementara hari ini sehingga kadar IPU turun kepada dibawah 100 mata dan gua akan arahkan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman untuk mengagihkan secara percuma topeng muka kepada semua pelajar dan juga penduduk Daerah Kemaman.

Gua juga arahkan diujudkan pusat khas menangani masalah kesihan yang berkaitan dengan pencemaran udara dibuka 24jam di Hospital Kemaman dan setiap laporan mesti dihantar kepada gua.

MB Terengganu Nak Tunggu Ada Yang Mati Kot

Bhai..... Hari nih Kuantan, Pahang diumumkan sekolahnya cuti... Dan biler sekolah cuti... bebudak dapat kurangkan aktiviti diluar dalam keadaan jerebu yang makin teruk nih..... Walaupun Kuantan takder la cecah lebih 160 nilai IPU dier.... tapi... MB Pahang... si Adnan Yaakob tue ader la otak skit.... dan umumkan supaya sekolah ditutup sementara sehingga keadaan jerebu surut...

Tapi..... MB Terengganu nih plak... si Ahmad Said tue.... nak tunggu ada yang mati kot... baru la nak umumkan supaya sekolah ditutup sementara.... walhalnyer... kalu ikut Indek Pencemaran Udara di Kemaman (contohnya).... memang lagi teruk dari Kuantan.... sampai dah tak nampak bukit bukau dah...

Tapi yer la... MB Terengganu nih skrang duduk kat Kuala Terengganu..,.. jadi efek dier tak la teruk sangat di sana... Tapi di Kemaman nih... sesak nafas la wei.... dah teruk sangat dah nih.... sampai tak nampak jalan dah... Takkan la MB Terengganu nak tunggu ada yang mati kot....

Aper daa...




Di Kuantan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini.

"Kalau kita tengok keadaan (jerebu) hari ini, memang teruk...jarak penglihatan pun makin kurang, nak bernafas pun sudah tidak selesa. Bayangkan kalau anak-anak kita ke sekolah esok, ini boleh membahayakan kesihatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, The Zenith Hotel dan Menara Zenith Putra Square, di sini hari ini oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Menurut laman web JAS setakat 11 pagi ini IPU dua kawasan di Kuantan dilaporkan mencatat bacaan tidak sihat iaitu Balok Baru 149 dan Indera Mahkota.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah ini.

"Sebelum ini pun kita sudah keluarkan arahan kepada semua sekolah supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kokurikulum," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mengingatkan semua guru besar dan pengetua mengikuti garis panduan dikeluarkan sebelum ini, bagi menangani sebarang masalah jika jerebu melanda negara. - SUMBER

23 June 2013

Penat Lar...

Bhai... Sori pasai tak update blog... Dok dalam tugasan... Susah skit nak cari masa private untuk update blog.... Hahaha... Aper pon gua takmo nak citer pasai Blackout 505 kat Padang Merbok yang pada pandangan peribadi gua sudah kureng momentumnyer... Macam kureng oksigen lar... Hahaha

Sudah tak macam BERSIH 3.0 atau HKR112....

Ader komen yang gua baca tanya mana dier geng LSF dan FRU serta tear gas dan sebagainya... Untuk pengetahuan lu orang... Semua tue memang ader dah... Sudah standby kat beberapa lokasi... Hehehe... Terutamanyer kat kawasan belakang Taman Tasik Perdana... Dan dikawasan Parlimen...

Maleh aaa nak citer ... Penat lar ...

Gua cuma nak citer tentang jerebu... betapa bongkaknyer kita manusia nih... sombong dan ta'ajub..... rasa hebat... dan selalu pandang rendah kat binatang waima kepada katak sekalipon...  Punya la berlagak manusia nih... Sampaikan mungkin dalam setahun tue tak pernah pon berdoa kepada Allah Taala mintak diturunkan hujan bagi membasahi bumi... Punya la bongkak...

Last-last ... Baru padan muka... Cuaca yang panas... Kering... Malah berjerebu dan mendatangkan pelbagai penyakit berasaskan kepada masalah pernafasan... Masa nih baru la ader ingat skit... itu pon tak  tau la selama mana nak beringat tue...

Bila jerebu melanda baru nak ingat berdoa kat Allah Taala mintak turunkan hujan... Hari lain lupa nak berdoa.. Katak dan kodok hari-hari berdoa kepada Allah Taala minta diturunkan hujan. Tumbuhan pon samer berzikir dan berdoa mintak diturunkan hujan...

Demi kemuliaan dan keberkatan doa-doa haiwan, serangga dan tumbuhan... Maka Allah Taala pon menurunkan hujan... Dan yang berbondong-bondong menyebat dan menggunakan air hujan aderlah manusia... Wei ... Tak malu ka... Takder perasaan malu ka... Mintak hujan takmo... Berdoa takmo... Tapi hujan yang turun atas doa haiwan, serangga dan tumbuhan pandai plak lu orang kebas.... Aper daaa

Malu la sikit bhai.... Malu aaa...

17 July 2012

Krisis Air Selangor 1998 - Sambungan

Bhai.... gua tau tak ramai yang baca blog gua nih... hahaha... biasa la... blog syok sendiri... hahaha... tapi takper.. walaupun takder saper nak komen pasai aper berlaku krisis air Selangor 1998 tue... nih gua bagi jawapannyer.... sebelum tue... sila baca artikel Krisis Air Selangor 1998 yang gua tulis semalam...

Hahaha.. 1998 biler berlaku krisis air di Selangor... masa tue bukanlah ader kemarau terus mana pon... jerebu biasa la... jerebu paling teruk berlaku di Malaysia aderlah pada tahun 1997 (awal dan pertengahan tahun) .... gua cukup ingat .. pasai masa tue gua ader tulis satu sajak yang bertajuk "Jerebu Datang Lagi" .... hehehehe

Okeh.... berbalik kepada cerita krisis air Selangor 1998 tue... lu orang tau dak mana pergi semua air yang ader... bukan gua nak citer tentang air yang dirawat... tapi air mentah... hehehe.... kalu lu nak tau..... hehehe

Semua air tue di pam dan disalurkan ke "Tasik Putrajaya" yang baru siap pada masa tue... masa tue kapasiti air yang ader cuma seciput... terlalu sedikit.. jadi atas arahan Mahafiraun masa tue... semua air mentah yang ader di Selangor dipamkan  dan disalurkan ke Putrajaya...

Pasai tue tetiba jer paras air di semua empangan dan takungan air di Selangor jadi rendah.. dan mencecah paras bahaya.. kalu ikut perkiraan Mahafiraun masa tue... kalu ader hujan... takderlah akan berlaku masalah kekurangan bekalan air mentah di Selangor... tapi dier tak tau... sebaik mana dier merancang... Allah lagi hebat perancangannyer.... maka berlakulah sedikit kemarau (minima) yang mana menjadikan satu Selangor dan Kuala Lumpur terkena jerebu yanga agak teruk...

Maka ... hujan yang diharapkan turun dengan lebat cuma turun sedikit jer... jadi ... takungan air yang ader tak dapat cukup supply.. semua semata-mana nak layan kerja giler Mahafiraun masa tue...ini lah sebenarnya yang berlaku... hehehe....

Dan gua tau... tak ramai orang kat Selangor dan Kuala Lumpur yang tau benda nih... gua tau pasai member baik gua kerja kat pusat rawatan dan takungan air di Sungai Tengi di Hulu Selangor... hehehehe .. masa tue gua ader pi melawat ke pusat rawatan bekalan air Selangor nih .. hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1