Bhai.... Ingat lagi tak jumlah RM1.3 bilion yang gua citerkan masa PRU13 itu hari... Yeah .... Lu tak silap baca.... Nilainya aderlah RM 1.3 bilion...
Bukan kecik anak tue.... Hahaha.... Banyaknyer dana BN...
Kemana disalurkan... Untuk tujuan apa... Siapa yang membiayainya.... Hahaha... Inilah persoalan yang wajib kiter tanya...
Salah satu daripada penyaluran dana ini pergi kepada pembelian iklan berasaskan CPC (cost per click) dan CPM (cost per million) di beberapa penyedia besar pengiklanan dalam talian... Sebahagian lagi disalurkan untuk menyediakan prasarana portal BetterNation termasuklah menggajikan para pekerja dan para konsultan media.. Jangan lupa bahawa terdapat pembiayaan kos pengiklanan untuk media cetak dan elektronik yang berleluasa pada PRU13.
Jangan kita lupa ... Sebahagian daripada dana ini disalurkan juga kepada Unit Media Baru UMNO ternasuk kepada blogger-blogger dan para facebooker yang berdaftar dengan UMB... Ader blogger yang didapati mendapat dana yang agak besar "melampau" manakala ader blogger UMB yang mendapat dana paling ciput..
Sebahagian dari RM 1.3 bilion ini juga digunakan dalam kempen pilihanraya calon-calon BN dan sebagai kos menggerakkan semua PDM, pondok panas dan membayar wang balik mengundi. Ada pengundi yang mendapat RM500 wang balik mengundi dan ada juga yang hanya mendapat RM30 sahaja... Hahaha... Bagi pondok panas BN..
Gua dapat tau peruntukan satu pondok panas aderlah RM40 ribu... Tapi berapa yang sampai ketangan orang bawah gua tak tau... Gua tengok sendiri dokumen peruntukan tue. Tapi yang bagi negeri Kelantan lar... Negeri lain maybe lebih atau kurang sikit jer.... Hahaha
Persoalan yang perlu ditanya... Dari mana datangnya dana ini.... Hahaha ... Gua dan kengkawan dah lama mengesan pergerakan transaksi wang dalam beberapa akaun "master" di beberapa bank utama Malaysia... Gua ader beberapa "informer" kat dalam Maybank dan CIMB yang selama ini selalu memberikan input terbaek kepada gua..
Akaun "master" ini dikesan dibiayai dana nya daripada sumber luaran... Dari offshore account... Tidak terkecuali dana datang dari beberapa syarikat terkemuka Malaysia (kroni) serta dana awam dari beberapa GLC...
Bagi dana yang datang dari GLC ... Ianya telah ditukarkan pernyataan transaksinya bagi tujuan audit... Sebahagian besar pernyataan transaksi dinyatakan sebagai kos pembayaran konsultan dan promosi media...
Gua takmo nak menamakan siapa antara penyumbang terbesar dari sektor swasta nih cuma gua nak bagi hint.. Dier adalah seorang bilionaire.... Hahahaha... Bukan sorang bhai. Ader tiga empat... Hahaha
Soklan paling utama... Ader ker SPR nak siasat... Hahaha... Jangan la guna alasan takder saper nak buat laporan... Sebab alasan tue kuno dah la.... Alasan lapok....
So.... Ader paham ka???