Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label GLC. Show all posts
Showing posts with label GLC. Show all posts

03 October 2023

Agak-Agak Boleh Sangkut Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Masa kes nih memuncak... 2 nama besar nih memang sangkut dalam kes nih.... Isa Samad dan Shahrir Samad....

Tiba-tiba tengah panas isu nih... terus senyap... terus selamat 2 mangkuk nih...

Harap kali nih kes bersambung di peringkat Mahkamah Rayuan... sangkut la hendaknya dua mangkuk nih dengan sabitan kes.... Hahaha... Supaya dua mangkuk nih boleh dok sebilik dalam jel...

Hahaha....

Tapi kan.... PMX kan suka sangat ngan DNAA.... Hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Sangkut ka atau DNAA???


14 July 2023

Sekadar Pancing Undi

Bhai/DeeDee semua...

Anwar Ibrahim nih memang nampak macam nak pancing undi... sebab apa gua kata begitu... sebab ader tak dier kali implikasi kewangan terhadap Kerajaan dan GLC .... Gua letak tepi dulu GLC... tapi kalu Kerajaan la.... nak bayar gaji Guru Sandaran pun sesak... nak bayar peruntukan claim pun jenih... 

Tunggakan gaji tahunan dan naik pangkat pun jenuh nak setelkan.... amik masa panjang...

Ini pulak nak bagi elaun Intern sebanyak RM800 ..... pergh.... dah fikir panjang ka... atau ini semua propa nak PRN ja... nak dapatkan Undi18...

Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Sembang kari lagi


28 May 2023

Lambat Sedar

Bhai/DeeDee semua ...

Kah Kah Kah.... lambat sedar la nampaknya KESEDAR nih... Kah Kah Kah... bukan aper... dari 2016 dah mamat nih buat kerja.... level Penolong Akauntan jer.... takkan la Akauntan sejak 2016 tak sedar apa yang berlaku...

Lawak... kalu Akauntan yang buat tue gua boleh la percaya ... ini level Penolong Akauntan ja... abis Akauntan tak cek ka ... tak buat kerja ka sejak 2016... sampai lambat sedar nih... Hahahaha

Lawak siot...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Memang lawak...  lambat sedar 


25 May 2023

I Rest My Case My Lord ...

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah... sebijik sebuntat perangai Kerajaan-Kerajaan sebelumnya... jadi tak payah la nak kata mengata... sama serupa... 2x5 jer... 

I rest my case my Lord...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Macam takder orang lain...



12 May 2023

Dua Kali Lima

Bhai/DeeDee semua...

Walau pusing macam mana pun ayat kata tiada lantikan politik untuk jawatan... Katanya mereka berlima ni dilantik sebab ada kepakaran bagai... tetap jugak rakyat nampak ini semua adalah lantikan politik yang diberikan kepada orang-orang kalah sebagai imbuhan jawatan...

Hahaha... Dua Kali Lima

Sebijik sebuntat perangai lama puak-puak yang lain... Hahaha... Takda perbezaan pun.. tengok background lantikan pun rakyat nampak banyak tak kena... takder kelayakan... 

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Justifikasi Lawak


10 May 2023

Susun... Jangan Tak Susun

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Susun... Jangan tak susun...
Gua gelak besar jer la.... 
2 kali 5
18 x 39


=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ






27 March 2023

Justifikasi Lawak

Bhai/DeeDee semua...

Penyamun sedang susun geng penyamun dalam semua cabang jawatan... Ini cara bijak ... puak penyamun nih macam nih la sejak dulu susun geng-geng penyamun kat sana sini... macam-macam justifikasi lawak yang akan puak penyamun buat... biasa dah nih...

Hahaha...

Yang lagi lawak.... puak yang dulunya anti sangat dengan geng penyamun nih pon dah terikut sama susun geng depa macam mana geng penyamun susun...

Hahaha...

Kita tengok jer la... nak nasihat pon bukan depa nak dengar... biaq la depa tergolek dog sama dengan penyamun nih.... atau kena sailang dengan geng penyamun nih...  Hahaha


Kerajaan Perpaduan tidak akan melantik mana-mana individu yang tidak berupaya memberi sumbangan kepada organisasi atau agensi kerajaan yang diketuainya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata semua lantikan adalah berdasarkan garis panduan Kabinet serta mengikut nasihat Perdana Menteri.

"Jangan dilihat hanya kerana seseorang itu memegang jawatan politik khususnya Ahli Parlimen dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri)… ia harus dilihat dari segi latar belakang dan juga kelulusan serta pengalaman seseorang itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Butterworth hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pelantikan ahli politik bagi memegang jawatan dalam agensi dan organisasi kerajaan.

15 March 2023

Isu Lantikan Politik Dalam GLC - Kini PH Sudah Senyap Sunyi

Bhai/DeeDee semua....

Ini sesuatu yang bangsat... Dulu bukan main PH bertegas konon tak mahu ada lantikan politik dalam GLC. GLA dan sebagainya... PH mahukan Kerajaan meletakkan orang professional dalam semua nih...

Tapi semenjak PH dan bekerjasama dengan Penyamun (UMNO) ... PH sudah tak ada bangkangan bilamana Ahmad Jazlan dilantik menjadi Pengerusi Felcra ... satu GLC dalam Kerajaan dibawah pentadbiran Kementerian Kewangan...

Jahanam aaa... PH dah tak "walk the talk" .... PH sendiri sudah senyap sunyi tak berkutik ... sudah rela dan redha... sudah bersama dengan penyamun.... Huhuhu...

#Felcra #AhmadJazlan #AnwarIbrahim #SamaSamaPenyamun #Kontradik #DuaKaliLima #Kecam #Walanon #BangsaSlurpp #Bangang #Relevan #Politik #MasaDepan 
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

02 March 2023

Tuntutan Sulu, Siapa Dalang Disebalik Semua Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Isu tuntutan Waris Sultan Sulu terhadap Sabah tu sudah jadi isu besar. Kalu tak ditangani segera lagi kronik masalahnya.

Apa yang pasti… Ada dalang besar dibelakang semua tuntutan ini. Ada pihak yang sedang mencari laba.

Dalam banyak-banyak syarikat milik bertaraf GLC yang boleh dikacau ganggu oleh waris Sultan Sulu ini, kenapa dijadikan sasaran syarikat terkait petroleum.

Apa motif sebenarnya.

Dari apa yang gua nampak, ada semacam satu dalang besar yang sedang nak menguji peluangnya untuk mengambil alih aset negara sebanyak yang boleh. Cuma gua takmo “create” kan insiden diplomatik. Itu ja. 

Sebab kalu gua petik satu nama tue… yang gua suspek berada dibelakang tuntutan waris Sultan Sulu nih… pastinya akan menimbulkan satu kegusaran di peringkat antara dua negara.

Gua tau penama tu tengah “sesak” dan ini ja cara paling sesuai untuk dia dapatkan dana besar dan sekaligus menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya..

Waris Sultan Sulu maybe hanya dapat sekitar 10 hingga 15% jer nanti hasil dari tuntutan besar nih…

Hahaha


28 February 2023

Banyak Kesilapan Malaysia Sebenarnya...

Bhai/DeeDee semua...

Selepas Singapura keluar dari Malaysia, negara mereka masih miskin dan tiada sumber asli. 

Apa yang mereka buat adalah “Free Port” dengan kadar cukai yang rendah atau tiada cukai. Untuk memastikan ianya telus, tindakan keras terhadap perasuah (pemberi dan penerima) sehingga boleh dijatuhkan hukuman mati. Memanglah kejam tapi inilah cara terbaik menangani rasuah.

Kemudian, dengan banyaknya setinggan yang tidak teratur, kerajaan Singapura membangunkan skim perumahan awam dimana Kerajaan sendiri yang membangunkan apartment 3 bilik untuk rakyat dan dijual secara ansuran kepada rakyat pada harga asas. Dengan cara ini tiada manipulasi harga kediaman berlaku. Hampir semua rakyat Singapura memiliki rumah sendiri. Bagi yang kaya mereka boleh beli rumah kondo yang pihak swasta bangunkan.

Kerajaan Singapura juga membangunkan beberapa GLC. Dan semua GLC ini dimestikan membuat untung tanpa pengecualian. Mana-mana GLC yang rugi akan dikenakan tindakan dan berkemungkinan ditutup operasinya.

Dan yang paling menguntungkan Singapura selain dari perkhidmatan perbankan (banyak orang kaya Malaysia yang sorokkan duit di Singapura dimana LHDN tabley nak kacau) adalah perkhidmatan terkait petroleum dan petrochemical.

Singapura menyediakan prasarana penapisan dan “bulk storage” bagi minyak mentah. Ini secara tidak langsung memang menguntungkan Singapura. Dah lama Singapura buat benda nih… Mereka proses minyak dari banyak negera.

Berbalik kepada Malaysia, GLC rugi pun tak apa sebab Kerajaan akan bailout… Hahahaha… Jahanam…. Macam bangang jer kan.



Bisnes Monopoli Pun Boleh Melingkup?

Bhai/DeeDee semua...

PN17 ... dah lama tak dengar ader syarikat yang kena PN17 .. Tambah-tambah lagi bila syarikat tu adalah syarikat yang berstatus Monopoli.... hehehe... syarikat yang berkuasa menentukan dan menetapkan harga... penguasaan pasaran dan pembekalan...

Hahaha... bila gua baca PharmaNiaga dah berstatus PN17 ... gua tergelak besar.... macam mana la syarikat level monopoli nih boleh jahanam.... Huhuhu... Bayangkan berapa banyak pegangan saham LTAT, KWSP, Khazanah Nasional, PNB dan lain-lain dalam tue...

Awat.... takkan la pengurusan cap ayam... sampai dah jadi PN17... adoilah... jahanam wei....

Aper nak jadi la.... Kat Singapura... mana-mana GLC dibuat dengan arahan "mesti untung" .... tapi kat Malaysia.... terbalik.... adoilah.... Payah....

Layak kena maki la pengurusan PharmaNiaga nih,,,



05 January 2023

Makin Meroyan Perikatan Nasional

Bhai/DeeDee semua...

Puak-puak Perikatan Nasional sekarang nih nampak makin meroyan... Mana taknya.... sampai isu syarikat Korporat pun nak disabitkan dengan kerajaan... Gila... Contoh macam kes 7-Eleven la...

7-Eleven tue bukanlah Government Link Company (GLC) ... ianya adalah syarikat berstatus Holdings... jadi apa sahaja urusan berkaitan dengan 7-Eleven adalah terkait dengan pemegang saham dan pengarah-pengarahnya... Aper diorang nak buat... hal diorang...

Takder kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.... jadi Perdana Menteri (PM) tak perlu pun bagi penjelasan mengenai apa yang berlaku dalam syarikat 7-Eleven nih.... Patut soalan yang mangkuk Ahli Parlimen Perikatan Nasional nih nak suruh Anwar Ibrahim jawab tue dier tanya kepada Vincent Tan .... selaku pemilik sebenar 7-Eleven...

Itu baru betul... tanya ditempat yang betul... tanya direct ngan pengurusan 7-Eleven.. bukan tanya dengan Kerajaan Persekutuan...

Mamat nih katanya dulu bekas Ketua Pengarah Perisikan ATM .... takkan la bodoh sangat.... huhuhu... Semenjak jadi Walaun PAS terus jadi bodoh ke??? Huhuhu


Perdana Menteri Anwar Ibrahim digesa untuk bersuara berhubung pelantikan jawatan-jawatan besar yang disandang oleh bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador, kata Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor.

Menurutnya, jawatan-jawatan besar yang disandang oleh Farhash sebaik sahaja Anwar memimpin negara sejak lebih sebulan lalu adalah perkara yang bertentangan dengan prinsip tatakelola yang baik dan janji-janji yang pernah dilaungkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.

“Mana pergi janji-janji yang dilaungkan oleh PH untuk tatakelola yang baik dan integriti dalam mentadbir negara?

“Perlantikan Farhash adalah bukti bahawa agenda ‘reformasi’ yang dilaung-laungkan oleh PH dan Anwar sekian lama adalah bohong dan merupakan taktik politik untuk memperdaya pengundi.

Semalam, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dalam satu kenyataannya mengumumkan Robin Tan Yeong Ching telah meletak jawatan sebagai pengerusinya, “untuk meneruskan minat lain" dan digantikan oleh Farhash.

Robin Tan, anak kepada pemegang saham utama 7-Eleven, taikun Vincent Tan Chee Yioun dengan 41.8 peratus kepentingan, dilantik ke lembaga pengarah kumpulan itu sebagai pengerusi, pengarah bukan eksekutif bukan bebas pada 25 Nov 2021.

15 December 2022

Masih Selamat Lagi Jawatan Duta Khas Timur Tengah

Bhai/DeeDee semua...

Setakat hari nih... Jawatan Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri masih lagi kekal pada Abdul Hadi Awang... jawatan itu tak terbubar dengan terbubarnya Parlimen tempohari... Ianya masih lagi kekal...


Hehehe... apa salahnya kalu Perdana Menteri 10, Anwar Ibrahim untuk kekalkan terus jawatan Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri tue kepada Abdul Hadi Awang... apa salahnya kan... Hahaha... pastinya para Walaun akan bertakbir kalu jawatan Abdul Hadi Awang masih dikekalkan...



06 December 2022

Senyap Pulak Bangsa Slurpp

Bhai/DeeDee semua...

Dulu masa anak perempuan Ahmad Zahid Hamidi nih dapat pingat pon berjujuk orang kritik dan maki... Dulu dapat bisnes Hotel pon orang akan pertikaikan Nurul Hidayah nih....Hahaha

La nih apa sudah jadi...  Takkan senyap ja pulak Bangsa Slurpp

Skrang sudah lain ka?? 

By the way... Bangsa Slurpp dapat apa? Elaun Chairman ke? Elaun Pengarah ke? .... hahaha... Bangsa Slurpp nak topup henpon pun pecah tabung ayam atau paw bini.... HAHAHAHA



05 December 2022

Tiada Beza Nampaknya

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak bias... gua bukan pentaksub.. gua bukan "bangsa slurpp" .. jadi tak kira parti mana yang memerintah kerajaan... tetap akan gua kritik mana tindakan yang tak betul... mana tindakan yang mengarut... 

Gua tau gua banyak haters... dari supporter... hahaha... tak heran aaa... bukan korang (atau parti korang) yang bagi rejeki kat gua... hahaha... aper ader hal.. Takmo kena kritik... jangan jadi pemimpin atau kerajaan... Hahaha... jangan jadi lobai atau ostad ostajah.... jangan jadi kaler luna...

Hahaha....

Setakat hari nih.. gua tak nampak apa beza Kerajaan Perpaduan nih dengan Kerajaan 1Malaysia, Kerajaan Keluarga Malaysia...  gua nampak sama jer...

Untuk sedapkan hati geng-geng... semua akan dibedak-bedakkan jawatan dan pangkat... janji sokong depa... yang tak layak pon boleh diejast dapat jawatan dan pangkat... kalu takder slot dalam kabinet... depa letak dalam Kerajaan... takpon depa letak dalam GLC atau GLA .....

Macam haram jer kan....

Tu yang tetiba boleh jadi Chairman sana sini... jadi directorship sana sini... pegang jawatan dua tiga... macam la hebat sangat skill yang ader... walhal bercambah lagi orang yang ader skill lagi dasat dari dier...

Hahaha... korang boleh kata gua bluff ... takpa... tapi tunggu sat... tak lama... korang akan nampak apa yang gua tulis nih... kalu korang bukak mata dan bukak hati .... tapi kalu korang spesis "bangsa slurpp" ... bangsa pentaksub... walanon... memang takkan nampak punya... Hahahahaha

Jahanam negara nih...



29 November 2022

Macam Mana Lah Boleh Jadi Begini?

Bhai/DeeDee semua...

Gua dimaklumkan oleh seorang kawan yang kini sedang menjadi pengurus ladang kelapa sawit milik IOI Plantation....Dia dahulu pernah bekerja sekejap (beberapa tahun) di sebuah ladang kelapa sawit milik Istana sebelum dier kembali balik bekerja dengan IOI Plantation ...  

Biasa masa dier bekerja dengan IOI Plantation... sebagai pengurus mereka ditekankan untuk menjadikan hasil ladang yang menguntungkan... sebab itu hasil ladang per hektar (yield per hectare) adalah sekitar minima 28 metrik ton ... dengan saiz ladang dan jenis serta umur pokok yang sekata..

Tapi masa dia bekerja dengan ladang kelapa sawit milik Istana... bilamana dier berjaya meningkatkan hasil pengeluaran ladang kepada sekitar 20 metrik ton sehektar... terus jadi isu yang panas.. ader pengurus diladang lain milik Istana yang sama marah sebab kawan gua nih macam menunjuk pandai... walhal kata kawan gua... 20 metrik ton sehektar nih paling cikai dan dier tak pernah buat serendah ini...

Rupanya ladang kelapa sawit milik Istana nih sudah biasa mengeluarkan hasil sebanyak 14 metrik ton sehektar jer.... Hahaha... lawak siot... Itu yang ader manager yang marah kat kawan gua tue...

Kelakar sungguh la.... saiz yang sama.. jenis benih pokok yang sama... hasil pengeluaran berbeza....

Kawan gua bagitau... hasil pengeluaran ladang kelapa sawit milik GLC utama di Malaysia pun jenuh nak kejar hasil pengeluaran ladang IOI Plantation... Tatau la pasai apa... nak kata pasai baja tak berapa logik gak... sebab kekadang tu baja yang digunakan oleh ladang GLC atau ladang milik Istana tu lagi mahal dan berkualiti tinggi...

Tapi itu lah realiti... Hahaha

So... Manager semua pon Melayu gak... tapi kenapa ader beza... hahaha
Maybe sebab pengurusan atas ramai yang mangkuk ayun gamaknya.... Hahaha

Pasai tue la...



02 October 2022

Kerajaan Tidak Mesra OKU

Bhai/DeeDee semua...

Pada gua la, semua #syarikat yang beroperasi di Malaysia nih terutamanya #GLC wajib menggajikan sekurang-kurangnya 10% dari kakitangannya dari kalangan OKU.

Syarikat yang engkar perlu dikenakan cukai lebih tinggi. Sebab hasil #cukai ini akan digunakan untuk menangani isu terkait #OKU.

Amacam #LHDN? Boleh ka buat camnie?



23 March 2022

Rafizi Ramli Terkhilaf Isu Sapura Energy

Bhai/DeeDee semua...

Bukan semua sembang Rafizi Ramli tu tepat. Banyak jugak kelaut. Kita tau kekadang tu Rafizi Ramli terlihat lebih emosional dan pandangannya tidak strategik. Tapi biasa la... manusia kan... bukan semuanya tepat pada semua keadaan.

Bila Najib Razak beri cadangan untuk bantu Sapura Energy... ianya dilihat oleh Rafizi Ramli sebagai satu cadangan untuk bailout segolongan elit dalam GLC tersebut. Tapi pandangan Rafizi Ramli ini dilihat dalam sudut pandang yang sempit.

Sebab itu gua react dalam video ini... Supaya kita semua dapat lihat dalam konteks yang lebih luas. Kepada para pentaksub Rafizi Ramli...... gua gelak jer... sama macam kepada pentaksub Najib Razak.... gua pun gelakkan jer...

Hahaha..... bukak minda tue.... jangan taksub macam tak berakal... rugi la Allah Taala bagi otak tapi takmo pakai.

Sapura Energy - Jangan terpedaya lagi dengan idea ekonomi Najib, kata Rafizi

#SapuraEnergy #RafiziRamli #NajibRazak #Bailout #PNB #Petronas #OilAndGas #Petroleum #GLC #Pentaksub #CipanTapirTenuk #SocialCritics

18 September 2021

Bila GLC Pun Berkira

Bhai/DeeDee semua...

100% pekerja kontrak pembersihan di Hospital Bahagia Ulu Kinta terdiri dari warga Malaysia. Warga negara Malaysia.... bukan orang lain.... bukan warga Myanmar, bukan warga Indonesia. ..... bukan... bukan... 

Dan mereka semua sebenarnya bekerja dibawah satu syarikat (UEM Edgenta) yang dimiliki oleh sebuah Syarikat Bekepentingan Kerajaan (GLC)... Khazanah Nasional nih la yang biasanya bayar gaji/elaun/bonus sampai jutaan RM buat Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan CEO kan??

Takkan la nak bayar tambahan RM30 untuk pekerja seramai 40 orang pun nak berkira.... Tak abis pun sekitar RM1200 sebulan tambahan kos...






06 September 2021

Tak Dapat Slot Ke Bhai?

Bhai/DeeDee semua...

Gua perhatikan... sejak awal lagi Puad Zarkashi dok tibai Muhyiddin Yasin .... sejak dari Muhyiddin Yasin jadi PM lagi... dier dok tibai... macam-macam dier kata...

Nih Muhyiddin Yasin dah jatuh pon dier tibai lagi.... dan sekali lagi berlaku bilamana Muhyiddin Yasin telah dilantik oleh Perdana Menteri Ismail Sabri sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN)....

Kita paham la pasai apa Puad Zarkashi nih tibai Muhyiddin Yasin... semua sebab bekas PM yang gagal... dilantik mengetuai team yang gagal dan seterusnya akan memberikan impak negatif kepada Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri.

Hahaha....

Cuma..... Tindakan meroyan Puad Zarkashi nih nampak macam orang tak puas hati... Err... tak dapat slot ke bhai?? Hahaha .... Maybe patut Ismail Sabri lantik Puad Zarkashi nih apa-apa jawatan bertaraf Menteri... takpon lead mana-mana GLC dan bertaraf Menteri... Hahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1