Gua dimaklumkan oleh seorang kawan yang kini sedang menjadi pengurus ladang kelapa sawit milik IOI Plantation....Dia dahulu pernah bekerja sekejap (beberapa tahun) di sebuah ladang kelapa sawit milik Istana sebelum dier kembali balik bekerja dengan IOI Plantation ...
Biasa masa dier bekerja dengan IOI Plantation... sebagai pengurus mereka ditekankan untuk menjadikan hasil ladang yang menguntungkan... sebab itu hasil ladang per hektar (yield per hectare) adalah sekitar minima 28 metrik ton ... dengan saiz ladang dan jenis serta umur pokok yang sekata..
Tapi masa dia bekerja dengan ladang kelapa sawit milik Istana... bilamana dier berjaya meningkatkan hasil pengeluaran ladang kepada sekitar 20 metrik ton sehektar... terus jadi isu yang panas.. ader pengurus diladang lain milik Istana yang sama marah sebab kawan gua nih macam menunjuk pandai... walhal kata kawan gua... 20 metrik ton sehektar nih paling cikai dan dier tak pernah buat serendah ini...
Rupanya ladang kelapa sawit milik Istana nih sudah biasa mengeluarkan hasil sebanyak 14 metrik ton sehektar jer.... Hahaha... lawak siot... Itu yang ader manager yang marah kat kawan gua tue...
Kelakar sungguh la.... saiz yang sama.. jenis benih pokok yang sama... hasil pengeluaran berbeza....
Kelakar sungguh la.... saiz yang sama.. jenis benih pokok yang sama... hasil pengeluaran berbeza....
Kawan gua bagitau... hasil pengeluaran ladang kelapa sawit milik GLC utama di Malaysia pun jenuh nak kejar hasil pengeluaran ladang IOI Plantation... Tatau la pasai apa... nak kata pasai baja tak berapa logik gak... sebab kekadang tu baja yang digunakan oleh ladang GLC atau ladang milik Istana tu lagi mahal dan berkualiti tinggi...
Tapi itu lah realiti... Hahaha
So... Manager semua pon Melayu gak... tapi kenapa ader beza... hahaha
Maybe sebab pengurusan atas ramai yang mangkuk ayun gamaknya.... Hahaha
Pasai tue la...
Anak2 pokok sawit yg bercambah dr biji sawit sentiasa kena cabut. Anak2 pokok sawit kuat mentekedarah baja kata kawan gua yg pernah jadi pengurus ladang sawit di indon. Gamaknya lah.
ReplyDeleteBiar hasil sikit asal melayu isle yg mengurus. Biar negeri mundur asal melayu isle yg perintah, tak gitu hadi awang? Asal melayu isle rasuah pun pejam mata dan 'Kami puas hati'
ReplyDelete