Akhirnya Anwar Ibrahim telah jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh.. PM10 ... satu jawatan yang memang dia idamkan sejak dulu... Betul 24 tahun satu masa yang panjang... panjang untuk mengubah apa yang ada... tapi itulah... Takdir Allah Taala kita sebagai makhluk nih takkan tahu... yang penting usaha kena terus dibuat...
Apa yang pasti... jawatan PM10 yang kini disandang oleh Anwar Ibrahim sebenarnya bukanlah sesuatu yang seronok-seronok sahaja... tapi satu galas beban yang paling besar...
Anwar Ibrahim cuma ada masa 4 tahun lebih sahaja untuk membuat perubahan yang besar... membuat satu anjakan paradigma terhadap struktur ekonomi dan tadbir urus yang lebih baik... Rakyat meletakkan harapan yang amat besar kepada Anwar Ibrahim... Anwar Ibrahim kena usahakan untuk mendapatkan team yang bagoosh untuk mengemudikan Malaysia kearah yang lebih baik....
Malaysia yang kurang politiking tapi lebih bekerja untuk negara... untuk memajukan negara... untuk membawa Malaysia menjadi Harimau Asia kembali....
Galas bebas yang paling besar ini perlu Anwar Ibrahim buat dengan pantas dan berhati-hati... Musuh dalam negara sentiasa ada dan menunggu masa nak menjatuhkan Anwar Ibrahim kembali... Jadi buatlah cepat... tanganilah segera beban kos sara hidup rakyat...
Rakyat dah cukup menderita... Rakyat perlukan jalan keluar dari kemelut ini semua...
Rakyat mahukan perubahan...
Malaysia ni unik bhai. Dgn lebih 60% laluan kapal dunia belayar di selat melaka negara kita ibarat gadis sunti yg di idami kuasa2 besar dunia. Moga Allah pelihara kita semua dari percaturan kuasa2 jahat. Ntah berapa banyak dan lama mole2, sleeper2, spy2 leman asing yg dah bertapak di sini.
ReplyDeleteAamin Ya Rabb... betui apa lu citer tue bhai...
Delete