Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

28 November 2022

Abdul Hadi Awang Dan Hasutan

Bhai/DeeDee semua...

Pada 7 April 1981, Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan ucapan ini di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu...

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
 
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan 'politik suku, agama suku'.

Dan asbab dari ucapan ini... maka berlakulah elemen ketaksuban melampau yang menjuruskan berlakunya Insiden Memali (19 November 1985) yang menyebabkan ramai yang mati meninggal dunia...Insiden hitam ini adalah satu titik gelap dalam negara bilamana suspek yang hendak ditahan dibawah ISA telah bertempur dengan pihak polis...

Gua taknak citer pasai yang dah mati... tapi gua nak citer tentang bahayanya Hasutan... dan Abdul Hadi Awang memang terkenal dengan banyak kenyataan berbaur hasutan sejak dari zaman mudanya sampai ke sekarang...

Sikap menghasutnya kekal tebal dan kronik... tak boleh dah nak dinasihat... dan sekarang nih setelah PAS tidak menjadi Kerajaan Pusat...maka Abdul Hadi Awang lebih kerap mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan...

Ini bahaya sebab golongan pentaksub dan golongan muda amat mudah mempercayai semua yang diperkatakan oleh Abdul Hadi Awang... dan perkara ini semua sedang membiak dan membarah didalam media sosial...

Satu yang menarik.... tak pernah sekali pun Abdul Hadi Awang ditahan atas sebab menghasutnya ini.... pelik tapi benar... hehehehe...  cuma gua harap ... biarlah kali ini Abdul Hadi Awang dapat ditahan untuk mengekang kegilaannya menghasut orang ramai dan mencetuskan kegusaran dan ketenteraman awam.

Sekian.

#AktaHasutan #BahayaMenghasut #AbdulHadiAwang #RisikoKeselamatan #KetenteramanAwam #PAS #InsidenMemali #Pentaksub #Walaun #Tiktok #13Mei #Kutip #Sekat #UcapanMerbahaya #Menderhaka #SosMed #Gila #AmanatHadi 







9 comments:

  1. “Operasi Lalang” dia tak kena ISA.
    Fikirkan….
    Gua dah lama perhatikan dari tahun 1982.
    Bahaya dia ni….!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah bliau...? Apakah? Benarkah bliau ?.....hihi....admin cipan tau jwpn nya...cuma pura² hairan & bertanya....

      Delete
    2. Adehh... jangan la pecah lobang.... Hahaha

      Delete
    3. biasala cipan tu... sudah gaharu cendana pula

      Delete
  2. Mesti ada sebab dia tak pernah masuk dalam jeriji besi. Pikir2 kan lah. Ingat kecik anak ke atok dgn pakembar haha.

    ReplyDelete
  3. klau betoi pegang prinsip perjuangan seperti ynag dikatakan sebelum TGNA ada ok jugak tapi bila TGNA tiada dah berubah rubah ini ynag aram bejadah.

    orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.

    ReplyDelete
  4. Ularmak sesat. Muhyiddin tak silap bila dia kata Parti Ajaran Sesat. Cuma skrg dia desperate, terpaksa bersama dengan orang sesat!

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1