Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

26 November 2022

Politik Baru Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Pasca PRU15 dan setelah Yang Di Pertuan Agong dengan consent dari Majlis Raja-Raja Melayu mengangkat dan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke sepuluh, nampaknya satu fasa dalam kemelut politik Malaysia dapat dirungkaikan.

Sebagai rakyat Malaysia yang bernaung dibawah titah perintah Yang Di Pertuan Agong, maka hendaklah kita semua menerima dengan hati yang terbuka akan keputusan ini...

Sama ada kita suka atau tidak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, kita tetap perlu bersetia dan berkerja untuk membetulkan dan membangunkan kembali Malaysia sebagai semua negara hebat. Begitu jugalah masa dulu bilamana Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri... walaupun mungkin ada yang kita tak bersetuju... tapi tetap mereka adalah Perdana Menteri...

Dan kita sama-sama mengharungi keadaan ekonomi yang muram serta kesan dari wabak Covid-19 yang berlaku.... Dan akhirnya kita berjaya melepasi semua halangan itu..

Kini... dengan naiknya Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia... dan dengan ujudnya Kerajaan Perpaduan yang digagaskan oleh Yang Di Pertuan Agong... Maka hendaklah kita bersama-sama berpadu tenaga dan usaha untuk menukar Malaysia dari berpolitik cara lama kepada politik baru Malaysia...

Gua berpandangan... perlunya ada lantikan kabinet dari semua parti yang ada di Malaysia.... sebagai contoh... 

Anwar Ibrahim (PKR/PH) sebagai Perdana Menteri
TPM1 = Calon dari GPS
TPM2 = Muhyiddin Yasin (BERSATU/PN)

Menteri Kewangan : Johari Abdul (UMNO/BN)
Tim. Menteri Kewangan : Lim Guan Eng (DAP/PH)

Menteri Pengangkutan : Anthony Loke (DAP/PH)
Tim. Menteri Pengangkutan : Wee Ka Siong (MCA/BN)

Menteri Pertahanan : Hishamuddin Hussein (UMNO/BN)
Tim. Menteri Pertahanan : Mat Sabu (AMANAH/PH)

Menteri Pendidikan : Senator Maszlee Malek (PKR/PH)
Tim. Menteri Pendidikan  : Radzi Jidin (BERSATU/PN)

Menteri Komunikasi : Gobind Singh Deo (DAP/PH)
Tim Menteri Komunikasi : Saifuddin Nasution (AMANAH/PH)

Menteri Agama : Abdul Hadi Awang (PAS/PN)
Tim. Menteri Agama : dari (DAP/PH)

Menteri Kesihatan : Dr Zulkifli (AMANAH/PH)
Tim. Menteri Kesihatan : Dr Azman (PAS/PN)

Menteri Kerjaraya : Dr Fadhilah (GPS)
Tim. Menteri Kerjaraya : Senator Lando Zawawi (PEJUANG/GTA)

Menteri Dalam Negeri : Salahudin Ayub (AMANAH/PH)
Tim. Menteri Dalam Negeri : dari (DAP/PH)

Menteri Pembangunan : dari GRS
Tim. Menteri Pembangunan : dari GPS

Menteri Luar Bandar : Shafie Apdal (WARISAN)
Tim. Menteri Luar Bandar : dari GPS

Menteri Belia : Syed Saddiq (MUDA/PH)
Tim. Menteei Belia : Adam Adli (PKR/PH)

Menteri Sains : dari PKR/PH
Tim. Menteri Sains : dari PAS/PN

Menteri Luar : Fahmi Fadzil (PKR/PH)
Tim. Menteri Luar : Saifuddin Abdullah (BERSATU/PN)

Menteri Wanita : Dr Wan Azizah (PKR/PH)
Tim. Menteri Wanita : Young Seyfura (DAP/PH)

Menteri Komoditi : dari (DAP/PH)
Tim. Menteri Komoditi : dari (UMNO/BN)

Menteri Wilayah : dari (PKR/PH)
Tim. Menteri Wilayah : dari (AMANAH/PH)

Menteri Alam Sekitar : Yeo Bee Yin (DAP/PH)
Tim. Menteri Alam Sekitar : Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS/PN)

Menteri Perpaduan : dari (AMANAH/PH)
Tim. Menteri Perpaduan : dari (DAP/PH)

Menteri Ekonomi : dari (PKR/PH)
Tim. Menteri Ekonomi : dari (DAP/PH)

Menteri Tenaga : dari (DAP/PH)
Tim Menteri Tenaga : dari (UMNO/BN)

Menteri Sumber Manusia : S. Saravanan (MIC/BN)
Tim. Menteri Sumber Manusia : dari (DAP/PH)

Bagi yang takder nama tue... korang bagilah cadangan nama calon yang terbaek dari parti yang gua cadangkan itu... 

Dengan cara ini.... pada gua inilah pilihan terbaek dan cara terbaek untuk kita membangunkan Malaysia kearah Malaysia Baru....

Tambahan : Kalu Muhyiddin atau Abdul Hadi Awang taknak bekerjasama duduk dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan... Ianya dikira sebagai MENDERHAKA kepada YDP Agong... dan hukum menderhaka boleh menyebabkan seseorang itu digugurkan kerakyatan dan di buang dari Malaysia.... HAHAHAHA



13 comments:

  1. yang ada kes mahkamah jnagn la nak nak bagi jawatan buat kecoh saja
    pemimipin akan ditnaya di akhirat kelak ada berani ka nak jawap nanti depan Allah???
    dunia tetap dunia akan hancur jangn gila sangat ngan dunia ni
    satu doa dari Nabi
    Ya Allah jadikan dunia ni hnaya ditangan kami bukan dihati kami

    satu nasyid dari ilham ambo untuk tenangkan hati
    aku bukan jutawan tak ramai kawan
    hidup tak mewah
    tapi aku adaa Allah
    Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Pagi2 dah buat lawak. Helloooo mana2 yg melampau2 buat JENAYAH salah guna kuasa dan menyamun besar2an wajib didakwa dan di hukum. Apa ke hal nya radzi jidin yg direkomenkan. Mike tak tahu ke banyak projek2 PPD dan sekolah2 di Perak di anugerah pada puak2 kelantan. Tak abis2 sikap assobiah puak2 ini bila di beri kuasa dari dulu sampai la ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau... sajer bagi cadangan perangkap nih... Hahaha

      Delete
  3. Bai, lu masukkan PN dalam kabinet buat spa? Dia orang tk nk join le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang aku rasa pelik sangat. Mujur tidak dicadangkan presiden parti yang dapat 49 kerusi yang jadi TPM...tumpo yop...tumpo!!!

      Delete
    2. Ini cadangan perangkap bhai.... hehehe... sengaja gua cadangkan camnie...

      Delete
  4. H20, wee ka siong sudah jadi sejarah bro.. Hadi sruh jaga marang je, dh tua dh tk efficient dh..

    ReplyDelete
  5. Hadi cuma layak 'ajar' di pondok sendiri dan sebar fitnah serta kebencian. Dia tak ada kompetensi utk jadi menteri. Dan Pas BUKAN Islam, cuma sebuah parti menunggang islam. Rafizi bukan ahli Pas tapi tak bermakna dia bukan seorang islam yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kesian kat dier... jadi Duta pon failed... hahaha

      Delete
  6. Semoga Allah merahmati DSAI dan kerajaannya. He is not perfect but he is the best that we have now.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1