Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Duta Khas Timur Tengah. Show all posts
Showing posts with label Duta Khas Timur Tengah. Show all posts

15 December 2022

Masih Selamat Lagi Jawatan Duta Khas Timur Tengah

Bhai/DeeDee semua...

Setakat hari nih... Jawatan Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri masih lagi kekal pada Abdul Hadi Awang... jawatan itu tak terbubar dengan terbubarnya Parlimen tempohari... Ianya masih lagi kekal...


Hehehe... apa salahnya kalu Perdana Menteri 10, Anwar Ibrahim untuk kekalkan terus jawatan Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri tue kepada Abdul Hadi Awang... apa salahnya kan... Hahaha... pastinya para Walaun akan bertakbir kalu jawatan Abdul Hadi Awang masih dikekalkan...



12 December 2022

Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang

Bhai/DeeDee semua...

At least mamat nih dier tak puas hati pasai dier makan gaji buta... Dier bantah.. dier pertikaikan.. dan dier bawak kes masuk Mahkamah...  Kalu tidak dier dah sebijik perangai Abdul Hadi Awang.... 

Tak macam Abdul Hadi Awang.... makan gaji buta jadi Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri yang langsung tak pergi buat kerja Dutanya.... malah pejabat pon kita tatau dimana... siapa staff dier pun kita tatau... Hahaha... tapi senyap ja... masyuk....


=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL



Seorang pekerja syarikat pengendali rangkaian kereta api di Dublin, Ireland, yang dibayar gaji sebanyak £105,000 setahun (RM560,729) bertindak menyaman majikannya kerana mendakwa menjadi mangsa buli di tempat kerja, lapor laman berita Wion News.

Dermot Alastair Mills, memberitahu Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja bahawa dia tidak melakukan apa-apa semasa bekerja sebagai pengurus kewangan untuk firma Irish Rail.

Menurutnya, sebahagian besar masanya di tempat kerja dihabiskan dengan membaca surat khabar, makan sandwic dan berjalan-jalan.

Mills berkata, setiap hari, dia cuma menghidupkan komputer dan membaca e-mel namun, tiada yang berkaitan dengan pekerjaannya, tiada mesej atau komunikasi bersama-sama rakan sekerja. 

Daripada lima hari waktu bekerja, Mills mendedahkan bahawa dia memasuki pejabat hanya dua hari seminggu dan disebabkan tidak banyak yang perlu dilakukannya, dia sering pulang awal.

Tambahnya, walaupun menerima kenaikan pangkat pada 2010, dia terpaksa mengambil cuti sakit selama tiga bulan.

Majikannya kemudian menjanjikan bahawa dia akan menerima jawatan, gaji serta pangkat yang sama, menyebabkan dia kembali bekerja semula.

Menurut Mills, dia dilarang daripada menggunakan kebolehannya di tempat kerja ketika memberikan keterangan pada perbicaraan di Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja baru-baru ini.



09 November 2022

Kaki Fitnah Datang Lagi

Bhai/DeeDee semua..

Korang jangan ingat kalu ilmu agama tu tinggi... kitab banyak baca... hadith banyak hafal... sure akan takut dengan azab Allah Taala... tak nak buat dosa... takut nak buat fitnah bagai... 

Sebab ader jer puak-puak yang orang kata tinggi ilmu agama bagai nih dah serupa malah lagi rendah akhlaknya dari orang kapir...  Bukan sahaja depa selamba jer berbuat dosa... tapi... setakat fitnah dan adu domba tue dah jadi zikir harian.... zikir pagi petang siang malam...

Dah lama gua perhatikan Lobai nih...

Makin hari... makin berani dan selamba jer dier keluarkan ayat-ayat fitnah dan adu domba... Tak pernah miss... tatau la apa yang ader dalam pikiran dier nih... pelik...

Itulah dia Abdul Hadi Awang... Presiden PAS .... tak habis-habis dengan fitnah dan adu domba.... apa nak jadi la.... patut dah tua namampos nih ... elakkan lah buat fitnah dan adu domba... keluar la kata-kata yang baik... tapi sebab politik, jawatan dan kuasa... selamba jer buat benda dosa... tak takut masuk Neraka ke agaknya???




24 February 2022

RUU355 - Sembang Tak Guna Kalau Tak Reti Manfaatkan Jawatan Sedia Ada

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang dok bising pasai selepas negara ini lama mencapai kemerdekaan sepatutnya "kita" wajar mentafsir perlembagaan mengikut bahasa sendiri dan kefahaman agama yang dianuti.

Dia pertikaikan kes 3 beradik yang telah memeluk Islam yang sedang viral sekarang ini. Dan dia juga bising pasai kes sembilan Hakim Mahkamah Persekutuan yang berkata Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah tidak berperlembagaan dan terbatal dalam bentuk semasa.

"Kini terserlah bahawa agama Islam yang dikatakan di bawah naungan raja-raja melalui pentadbiran khusus - yang dinamakan majlis agama Islam - tidak boleh bertindak mengatasi undang-undang ciptaan manusia.

"Bahkan, hukum yang nyata daripada hukum Islam boleh dibatalkan oleh mahkamah dan para hakimnya," kata ahli parlimen Marang itu lagi.

Masalahnya... sekarang ni Menteri Agama adalah dari PAS... dan Abdul Hadi Awang sendiri adalah berjawatan Duta Khas berstatus Menteri. Kenapa dia dan PAS tidak meneruskan RUU355. Kalau dulu betul la PAS berada diluar kerajaan dan sebagai Pembangkang. Tapi kini PAS ada dalam kerajaan. Takkan tak boleh nak memperkasakan RUU355. Takkan tak boleh nak usulkan dan bahaskan kembali sementelah sedang berada dalam kerajaan.

Cukup-cukuplah berpolitik Abdul Hadi Awang ooi... sembang tak gua kalau tak reti nak manfaatkan jawatan sedia ada.

Hadi mahu perlembagaan ditafsir ikut kefahaman agama.

#RUU355 #AbdulHadiAwang #Islam #Murtad #Mualaf #PAS #Sembang

04 February 2022

Akhirnya Sampai Juga

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya .... sampai juga Abdul Hadi Awang ke Timur Tengah... Itu pun sekadar ke Doha, Qatar .... kawasan mewah dan santai... bukannya dikawasan bergolak macam di Lubnan atau di Syria....

At least la sampai juga... setelah berbulan-bulan malah lebih dua tahun makan gaji buta...

Hehehe...


09 July 2021

'Kadir Jasin tak kenal pun PAS' kata Ahmad Tarmizi

Bhai/DeeDee semua...

Ahli Parlimen Sik nih kata A. Kadir Jasin tak kenal pun PAS... dier siap kutuk A. Kadir Jasin. Hahaha... Takpa... bukan gua nak bekap A. Kadir Jasin pon...

Tapi... Gua tak tahan nak gelak biler Ahmad Tarmizi nih bekap giler Abdul Hadi Awang... katanya Abdul Hadi Awang la yang jadi pendamai puak-puak Islam yang bertelagah di Timur Tengah... tambah lagi yang berkait dengan Palestin dan Israel...

Hahaha,.... ader betul ka???

Jejak kaki ke Israel pon Abdul Hadi Awang tak pernah .... lagi mau sembang deras... Kalu betul la Abdul Hadi Awang nih sohor di Timur Tengah... mesti nama dier ader disebut oleh media-media sana... Media Israel pun patutnya mesti pernah pickup nama Abdul Hadi Awang kalu betul dier ader significant value kat sana...

Hahaha... sembang boleh lar... Hahaha

#Harakah #AbdulHadiAwang #DutaTimurTengah

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1