Okeh... pertama sekali... gua bukan bijak pandai Islam... pengetahuan mengenai Agama Islam gua cuma dapat kat sekolah dulu dan sikit sebanyak dengan mengikuti kelas ilmu dan berdamping dengan orang yang bijak pandai dalam bab Agama Islam nih..
So... ader satu persoalan yang dah lama dah ditanyakan kepada gua oleh member gua... "Perlukah Membayar Zakat Kepada Kerajaan Melalui Amil Yang Dilantik?"
Dulu... masa member gua tanya soalan nih (sekitar 1995)... gua terus jer cakap camnie... errr... gua rasa aaa... tak perlu... member gua terkejut.. dier tanya kenapa gua cakap camtue...
Gua bagi hujah ikut kepala hotak gua masa tue la... hujah gua... err... kita perlu bayar zakat kat Khalifah Daulah Islamiah... selagi kerajaan yang ada tidak berpaksikan kepada Daulah Islamiah (gua labelkan kerajaan thagut) ... so selagi itu kita tak perlu bayar zakat... Kita wajib bayar zakat terus kepada asnaf-asnaf yang berhak terima...
Amil yang dilantik sebenarnya tidak berhak untuk menjadi amil... ini kerana ramai yang dilantik menjadi amil bukanlah datang dari golongan yang kaya raya.. maka dengan itu terpaksalah diperuntukkan satu bahagian dari kutipan zakat untuk selesaikan urusan amil...
Sedangkan dizaman Nabi dulu... sebab amil dilantik dari golongan kaya raya adalah untuk mengurangkan peruntukan bahagian zakat untuk diperuntukkan kepada amil dan dengan itu zakat menjadi banyak untuk diperuntukkan kepada asnaf yang lain...
Sekarang nih... sebahagian besar duit zakat abis untuk urusan amil dan pengurusan.... sedangkan ianya tidak sepatut begitu... sekarang ini sudah terbalik.. anak yatim, orang miskin, orang fakir dan fisabilillah jadi kumpulan minoriti dalam pembahagian zakat.. dan amil serta pengurusannya pulak mendapat bilangan yang besar.. terbalik kot..
Sebab itu la gua dari dulu lagi tidak bayar zakat kepada amil yang dilantik... sebab pada gua pengurusan zakat kat Malaysia nih pincang.... gua bayar terus kat asnaf yang telah gua kenalpasti...
So.... apa pandangan korang...