Selepas Singapura keluar dari Malaysia, negara mereka masih miskin dan tiada sumber asli.
Apa yang mereka buat adalah “Free Port” dengan kadar cukai yang rendah atau tiada cukai. Untuk memastikan ianya telus, tindakan keras terhadap perasuah (pemberi dan penerima) sehingga boleh dijatuhkan hukuman mati. Memanglah kejam tapi inilah cara terbaik menangani rasuah.
Kemudian, dengan banyaknya setinggan yang tidak teratur, kerajaan Singapura membangunkan skim perumahan awam dimana Kerajaan sendiri yang membangunkan apartment 3 bilik untuk rakyat dan dijual secara ansuran kepada rakyat pada harga asas. Dengan cara ini tiada manipulasi harga kediaman berlaku. Hampir semua rakyat Singapura memiliki rumah sendiri. Bagi yang kaya mereka boleh beli rumah kondo yang pihak swasta bangunkan.
Kerajaan Singapura juga membangunkan beberapa GLC. Dan semua GLC ini dimestikan membuat untung tanpa pengecualian. Mana-mana GLC yang rugi akan dikenakan tindakan dan berkemungkinan ditutup operasinya.
Dan yang paling menguntungkan Singapura selain dari perkhidmatan perbankan (banyak orang kaya Malaysia yang sorokkan duit di Singapura dimana LHDN tabley nak kacau) adalah perkhidmatan terkait petroleum dan petrochemical.
Singapura menyediakan prasarana penapisan dan “bulk storage” bagi minyak mentah. Ini secara tidak langsung memang menguntungkan Singapura. Dah lama Singapura buat benda nih… Mereka proses minyak dari banyak negera.
Berbalik kepada Malaysia, GLC rugi pun tak apa sebab Kerajaan akan bailout… Hahahaha… Jahanam…. Macam bangang jer kan.
Betul bhai ini baru ilmiah kongsi ilmu perkara yang sebenarnya. Hukuman pancung tak zalim bhai selaras dengan hudud bagi pengkhianat2 agama bangsa dan negara.
ReplyDeleteMacam mana nak perangi rasuah bila ulama Pas drp yg paling top iaitu tuang presideng hinggalah ke ustaz muda menganggap rasuah perkara kecik demi pertahankan rakan gabungan, mulanya Najib dan seterusnya penyamun2 Bersatu. Mereka yg mengundi Pas/PN pun turut bersubahat. Tuang presideng dah fatwakan bahawa apa yg mereka lakukan bukan rasuah tetapi sedekah. Jadi makin sakanlah mereka bersedekah!
ReplyDelete