Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Demokrasi. Show all posts
Showing posts with label Demokrasi. Show all posts

10 December 2023

Komen Lebih Karang Sure Kedalam

Bhai/DeeDee semua...

Pemusatan kuasa hanya pada satu individu ... walau siapa pun individu itu adalah sesuatu yang tidak wajar... tambah lagi kuasa itu melibatkan banyak benda terkait dengan kekayaan negara dan segala yang bersangkutan...

Oleh itu waima Perdana Menteri sekali pun... tidaklah boleh pemusatan kuasa itu hanya terhenti padanya... malah kalu ianya terhenti pada Yang Dipertuan Agong sekali pun tetaplah tidak wajar...

Apa yang wajar dalam konteks pendemokrasian di Malaysia ini... ialah segala pemusatan kuasa ini wajar diletakkan sama ada ke atas pundak Parlimen ataupun Majlis Raja-Raja Melayu...

Ini kerana pemusatan kuasa ini perlulah dikawal secara kolektif dan dipertanggungjawabkan kepada ramai orang... Kerana jika ianya pada seseorang individu maka kemungkinan akan berlakunya salahguna kuasa itu amatlah mudah...

Tapi yer la... jaman now nih... jaman PMX Anwar Ibrahim nih... mana boleh komen lebih.. waima nak komen tentang YDP Agong pun tak boleh... laju ja puak WalaNON dan Bangsa Slurpp akan buat laporan Polis.... huhuhu... sure kedalam punya.... Huhuhu...

Walhal apa yang diperkatakan ini adalah logik dalam sistem Kerajaan Berperlembagaan.... secara demokrasi..... huhuhu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Ini bukannya cara terbaik


05 August 2023

Kalau Begitu Tak Perlulah Diadakan PRK?

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih bukan pasai isu nak hormat orang ka apa ka.... Tapi ianya adalah untuk memastikan Demokrasi itu berjalan selayaknya...

Kalau begitu la pemikiran ramai, maka tak perlulah diadakan PRK setiap kali ada kematian pada penyandangnya... Baik terus bagi kepada warisnya untuk berkhidmat menggantikan yang dah mati... kan senang... tak perlu buat PRK ... jimat banyak wei....

Dah jadi macam filem Tamil la pulak...  Inspektor Polis bila mati terbunuh oleh gengster... bini atau anak pulak ganti amik alih jadi Inspektor... Hahahaha ... Giler sial lar...

Bangang punya pemikiran la... Gua dari dulu lago tak bersetuju dengan pemikiran macam nih... tak kira la siapa yang mati tue.... 

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Bangang punya cadangan


27 July 2023

Dulu Orang Cakap Nak Pecahkan Undi

Bhai/DeeDee semua...

Ingat lagi masa PRU15... ramai orang cakap PSM degil nak bertanding pasai nak bagi pecah undi supaya BN menang.... Hahaha... Yang lawaknya ... puak yang cakap tu la yang sekarang nih dok bekerjasama dengan BN... dengan UMNO... bersekongkol sebab nak pegang jawatan dan kuasa...

Itu semua gampang jer bhai... yang cakap semua tu gampang...  spesis gampang...

Jenis takdak pendirian... jenis yang kebuloq kuasa... pegang dan capai taik pon takpa la.. janji ader kuasa ader jawatan...

Spesis bangkai...

Salute buat PSM... ader integriti... Salute Komrad.

=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

PSM hanjingkan WalaNON dan Bangsa Slurpp


"Kelakar betul diaorang cakap kita nak pecahkan undi. Dulu dia tuduh saya nak pecahkan undi Pakatan nak kasi BN menang.

“Tengok apa berlaku. Sekarang BN dengan PH sudah join. Esok jangan hairan mungkin Kerajaan Perpaduan PH-BN ini akan kautim pula dengan Perikatan Nasional.

"Rakyat kena faham hipokrasi dan pembohongan ini,”

02 June 2023

Belit Sungguh La

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum menang PRU14 ... depa dok sekali dalam satu team.... Masa menang pon masih sekali... Walaupun lembab dan slow... tetap diangkat jadi Menteri Dalam Negeri....  Lepas tue... sebab tak puas hati dan nak kuasa lebih... dia "break loose" .... 

Jahanam Parti Bunga..... Alasan sebab tak percaya dengan keputusan pengerusi...

Hahaha.... dan semuanya jadi sejarah.... dapat jadi PM pon kerana nasib ja... bukan ada keterampilan pon.... sama la jugak dengan dua orang PM selepas dier... jadi PM pon sebab nasib.... keterampilan jauh sekali lar... setakat sembang boleh la...

La nih nak balik bekerjasama dengan Mahafiraun.... Hahahaha....

Belit sungguh lar.... adoilah... jahanam,,,

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Cubaan nak menipu Mahafiraun?


20 January 2023

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

Bhai/DeeDee semua...

Biar Demokrasi dalam UMNO berjalan. Bila kita bercakap mengenai Demokrasi, UMNO perlu benarkan proses ini berjalan sepertinya. Kedua-dua pendapat adalah betul.

Pendapat yang tak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan pada PAU2022 adalah betul begitu juga pendapat yang sebaliknya yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan.....

Biarkan Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society @ RoS) melaksanakan proses semak dengan teliti dan seimbang.

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

#PAU2022 #perhimpunanagungumno #PehimpunanPengampu #UMNO #KhairyKJ #KhairyJamaluddin #PRU15 #Undian #RoS #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

14 January 2023

Stendet La Kena Boo

Bhai/DeeDee semua...

Stendet la kena boo ... Ini normal ... Hahaha... sebab biasa la dalam ramai-ramai tue mesti ader yang tak bersetuju... hahaha... setakat kena boo kira okey lagi lar.... PKR dulu siap baling kerusi lagi ader la... Hahahaha...

Nasib baik la kat PAU2022 takder yang baling kerusi... Hahaha...

Kalu tidak boleh jadi perang besar... Hahahaha... apa pun ini semua normal dalam proses demokrasi... bukan semua orang boleh bersetuju atas semua benda... Hahaha


Perwakilan Negeri Sembilan hari ini mengemukakan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mohd Shukei Samsudin dari Rembau mengemukakan usul tambahan berkenaan ketika berucap bagi membahaskan ucapan dasar presiden petang tadi.

Bagaimanapun cadangan berkenaan mendapat reaksi berbeza perwakilan yang hadir.

Ketika ada segelintir perwakilan dikatakan kurang senang dengan usul berkenaan, sebahagian besar perwakilan yang lain pula bangun menyokong usul terbabit.

Usul yang dibawa perwakilan Mohd Shukei itu disokong perwakilan Wanita Umno, Suziyana Mahayuddin di sebaik ada sorakan daripada kumpulan yang tidak bersetuju.

12 January 2023

Hentikan Kegilaan Ini - Khairy Jamaluddin

Bhai/DeeDee semua...

Gua sokong dan tidak sokong cadangan Khairy Jamaluddin (KhairyKJ) ni... Dan gua dah terangkan dalam video nih... Itu stand gua... Ini negara demokrasi..

Tolak pertandingan dalam parti? Hentikan kegilaan ini, kata Khairy

#UMNO #ReformasiUMNO #khairyjamaluddin #KhairyKJ #TokMatHasan #AhmadZahidHamidi #PAU2023 #PerhimpunanAgungUMNO #UMNOBangkit #UBAH #Kritis #PemudaUMNO
#reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

20 December 2022

Cukup-Cukuplah ...

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih memang selalu berlaku... dan bukanlah benda baru... dah cukup lama berlaku... sampaikan Sultan Perak (Raja Nazrin Shah) pun perasan dan tegur benda nih...

Adoilah... Cukup-cukuplah ...

Jangan aniaya rakyat yang lain fikrah politik... Jangan la perdajai rakyat hanya sebab tak undi masa Pilihanraya... jangan tengok rakyat hanya time mengundi jer.... Sudah-sudahlah...

Huhuhu ...


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan pemimpin kerajaan negeri yang dilantik supaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan Perlembagaan serta berteraskan undang-undang.

Baginda bertitah mereka hendaklah bersifat adil mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama tanpa prejudis, diskriminasi dan penindasan kepada mana-mana pihak.

"Oleh itu, rakyat jangan dihukum untuk menanggung kesusahan, di sebaliknya dengan menjunjung semangat demokrasi, kepentingan dan kebajikan setiap rakyat jelata hendaklah berada di hati pemimpin dan senantiasa diutamakan," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipohi hari ini.

17 November 2022

Seharian Di Luar

Bhai/DeeDee semua...

Hari ini seharian gua ader di luar... berurusan ... mengambil dua orang pengundi Undi 18 balik untuk mengundi di Parlimen Kemaman.... Menariknya.... di Terminal Sentral Kuantan, gua lihat penuh orang muda balik untuk mengundi...

Gua jamin ini adalah sebahagian dari bilangan besar yang sedang dalam proses nak balik mengundi kali pertama pada PRU15 nih... hasil soal jawab tadi dengan beberapa responden... hampir semua orang muda nih bercerita tentang dua gabungan parti jer...

Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan... takder sorang pun yang gua tanya... tak kira lelaki atau perempuan yang nak bersembang dan menyokong Barisan Nasional... Gerakan Tanah Air lagi la depa siap kata ader ujud ker... Hahaha

Gua gelak jer...  

Tapi ... kesimpulan yang gua dapat tadi.... bilangan yang nak mengundi Perikatan Nasional adalah berganda lebih ramai berbanding Pakatan Harapan....

Bila gua tanya kenapa ... mereka jawab... mereka dah pernah lihat kepimpinan Muhyiddin Yasin mengemudi Malaysia sebelum ini... dan mereka tak tahu apa kemampuan Anwar Ibrahim untuk memimpin Malaysia... Mereka tahu Anwar Ibrahim di canangkan sebagai bakal PM10... tapi mereka tak ada rasa konfiden.

Itu depa cakap... dan gua taknak nak debunk depa punya pandangan... Malaysia kan negara demokrasi.... Rakyat berhak untuk pilih sesiapa yang dia suka... nak undi penyamun pun atau lobai kaki fitnah pun apa kita boleh halang.... Hak berasosiasi (berpersatuan) dijamin oleh Perlembagaan.

Hahaha...



15 November 2022

Jangan Buat Kerja Gila

Bhai/DeeDee semua...

Politik-politik juga... tapi jangan buat kerja gila sampai menyebabkan ketenteraman awam terjejas... jangan buat kerja gila sampai bergaduh, merusuh atau menyebabkan kacau ganggu.. Jangan buat semua itu...

Tolong la... negara ni negara demokrasi... suka orang la nak pilih siapa yang diorang mahu jadi pemimpin... diorang nak penyamun atau penunggang agama naik... nak buat camana... 

Apa pun... jangan buat kacau ganggu yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam... Please la...

Jangan halang orang lain nak keluar mengundi... jangan halang petugas SPR daripada melakukan tugas mereka... Jangan menghasut..... tolong lar...



15 October 2022

Banduan Pun Nak Bertanding Juga?

Bhai/DeeDee semua...

Buat masa ini terdapat sebanyak 47 buah penjara di Malaysia. 18 buah di Semenanjung dan 9 buah di Sabah dan Sarawak.

Kalu setiap penjara diperuntukkan 3 hingga 5 kerusi Wakil Banduan (WB) bergantung kepada saiz dan kapasiti Penjara itu sendiri, maka kita akan ader sekurang-kurangnya 141 Wakil Banduan atau 235 Wakil Banduan.

Wakil-Wakil Banduan ini akan bersidang dan melantik 5 bakal Calon Presiden Banduan. Setelah selesai pengundian maka yang memiliki undi terbanyak akan menjadi Presiden Banduan, yang kedua terbanyak akan menjadi Timbalan Presiden Banduan.

3 Calon yang lain akan diangkat menjadi Naib Presiden Banduan SeMalaysia.

Jabatan Penjara boleh juga melantik 3 orang Banduan yang mempunyai kepakaran undang-undang untuk menjadi Speaker Penjara dan Timbalan Speaker Penjara.

Maka dengan ini Penjara Malaysia akan menjaid contoh terbaek di seluruh dunia kerana sistem demokratik yang digunapakai. Standard pun akan naik.

Kan banduan di Malaysia nih ader banyak skilset. Boleh juga dilantik seorang banduan untuk menjaga urusan kewangan dan pendanaan politik Penjara.

Sekian,

Sekadar mencari pasal dan mencurahkan cuka keatas luka. Hahaha

*** sedikit tambahan.
Sepenggal mereka menjadi WB … mereka akan dapat pencen penuh. Kan berbaloi masuk Penjara. Tidaklah mereka segan nak masuk nanti.



15 December 2021

Mahathir Mohamed Sengaja Cari Nahas

Bhai/DeeDee semua...

Bukan semua yang diperkatakan oleh Mahathir Mohamed yang gua tolak dan tak suka... tak semua... ader yang bagoosh... terutama dalam kajian dan mentakrifkan posisi sebenar Raja Berperlembagaan seperti yang selayaknya...

Ada banyak perkara yang berlaku terkait dengan impak Raja Berperlembagaan. Malaysia tak mengamalkan Raja Mutlak... Kita negara demokrasi berparlimen... kita ader Perlembagaan...

Islam dan Raja-Raja Melayu tertakluk dibawah Perlembagaan.. Dan semuanya kena ikut by the book.

Tiada yang lebih atas dari Perlembagaan dalam konteks Malaysia... Ini jelas ada dinyatakan dalam Perlembagaan.... So Perlembagaan menentukan undang-undang Malaysia... dan tidak ada seorang pun yang boleh melanggar undang-undang waima siapa pun dia...

So benda ini jelas...

Banyak benda yang perlu disemak supaya tidak disalahgunakan. Ingat, Malaysia adalah Negara Demokrasi Berparlimen. Malaysia tidak mengamalkan sistem Raja Mutlak macam Brunei atau Arab Saudi.

Sistem kita sebenarnya adalah sistem berasaskan "check and balance" ala Westminster Parliament. Sistem yang sepatutnya tiada satu orang berkuasa mutlak.

Tiada orang boleh salahguna kuasa. Melainkan kedua-duanya (Executive & Royal) bersekongkol bersama menunjal (Judicial) atau sebaliknya...







16 September 2021

Era Baru Demokrasi? - Bangang Lagi Membangangkan

Bhai/DeeDee semua...

Tulisan gua kali nih nak menyanggah tulisan mamat dibawah nih... yang katanya adalah Pengarah Komunikasi REFSA..


Kalu ikut tulisan mamat nih.... Inilah bentuk demokrasi alaf baru ... dimana yang menang tak menang semua.... hahaha... nampak sangat bangangnya mamat nih...

Wei... Ini bukan era baru demokrasi... ini bangang...

Deyy thambi....Yang menang kena jadi pembangkang la skrang... hanya kerana ader katak-katak yang melompat ... katak yang takder integriti.. kata yang menghina mandat yang telah diberikan oleh pengundi... hanya ikut kepala depa ja... katak-katak yang lagi hina dari babi dan anjing...

Demokrasi ker jadahnya... bilamana penentuan kuasa ditentukan oleh Statutory Declaration (SD) yang boleh sahaja ditipu dan diejast untuk kepentingan berasaskan siapa yang boleh tunjukkan duit, pangkat dan jawatan...

Semuanya main SD jer... yang lagi celaka tue... SD pun ader dua salinan... satu sokong belah sini... satu sokong belah sana.... ikut mana suka la....  adoilah...

Yang lagi bodoh dan bangang adalah apabila percaya dengan SD sahaja sudah cukup untuk mengesahkan kuasa tanpa perlu diuji dalam Parlimen.... dan Parlimen kini dilihat macam lelucon jer... Macam Singa yang pakai gigi palsu....

Nak buat macam mana... pihak yang nak tentukan SD pon jenis terkenal berpihak... jenis bias... jenis yang kita tau arah mana condongnya.... adoilah....

So.... penulisan mamat nih agaknya ditulis selepas pekena gam cap Dunlop dan cokoroi agaknya... langsung kelaut dari realiti sebenar... Hahaha... hancuss lar....

Ini semua bukan demokrasi... tapi adalah "demo dah kasi" ... bangang lagi membangangkan..


12 August 2021

Makin Kelakar Malaysia Ni

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia ni dah jadi makin kelakar... Semenjak Muhyiddin Yasin mengambil alih tampuk kepimpinan negara tanpa mandat yang sah... semenjak itulah makin kelakar Malaysia ni..

Ditambah lagi dengan pengurusan kesihatan dan keselamatan yang caca marba... yang semacam ayam tiada kepala... huhuhu... memang haru biru...

Memang makin kelakar Malaysia ni...  ekonomi kacau.. merudum... 
Begitulah juga dengan Demokrasi.... sampaikan Parlimen pun dipasangkan kawat berduri... Hahaha... punya la teruk amalan Demokrasi di Malaysia... mengalahkan negara Afrika ..... hina betul lar..



19 July 2021

Demokrasi Terpimpin...

Bhai/DeeDee semua...

'Negara ni masih negara demokrasi ke, macam tak je' kata Elizabeth Tan.. Betul dah tue... cuma Malaysia ni sebenarnya mengamalkan demokrasi terpimpin.

Kena faham tu... Demokrasi terpimpin.

Jadi tak terkejut lar.

#ElizabethTan #Lizzie #KerajaanGagal

13 July 2021

Notis Panggilan Sidang Parlimen Perlu 14 Hari. Esok dah tinggal 12 Hari sebelum tarikh 26 Julai 2021

Bhai/DeeDee semua..

Notis Panggilan Sidang Parlimen Perlu 14 Hari. Esok dah tinggal 12 Hari sebelum tarikh 26 Julai 2021. So bila agaknya Takiyuddin Hassan akan edarkan notis panggilan sidang Parlimen tue.

Takiyuddin Hassan ni tau ka buat kerja? Dier tahu ka undang-undang?

Nampak macam bangang ja... Nak ngelat apa lagi ni??? Awat la orang PAS nih macam tatau buat kerja... Yang dapat jadi Duta Khas pon langsung tak buat kerja...

Huhuhu

#SidangParlimen #Notis14Hari #UndangUndang

17 June 2021

Kena Kencing Je La

Bhai/DeeDee semua

Segera pada Mi Segera pun ada jangkamasa (2 minit). Kaler Luna tak tetapkan masa ka? Hahaha



20 December 2020

Mahu Cerita Apa Lagi?

Bhai/DeeDee semua...

Orang kata... bodoh tu bukan satu penyakit... sebab kalu ianya penyakit tentu boleh diubati... Bodoh tak boleh nak ubat pon... Katok kepala si bodoh banyak kali pon bukannya ader faedah... Buang masa nasihatkan si bodoh... 

Dah banyak kali dah dinasihat... dah banyak kali dah dibagitau... tapi pasai bodoh dan bergaul serta dikelilingi pulak oleh penasihat yang level bangang... maka jadi camnie la...

Padan muka la kalu PRU15 nanti takder sapa nak undi... Padan muka la kalu PRU15 nanti hilang lebih banyak kerusi.... semua sebab bodoh yang tak boleh diajar...



Dah tau tindakan Anwar Ibrahim hari tu bodoh... still tak pandai-pandai lagi ka nak buat permohonan maaf secara terbuka.... mintak maaf kepada penyokong dan para pengundi atas pagar...  Nak harap Anwar Ibrahim mintak maaf secara terbuka... lupakan sajer la...

Nih Mat Sabu dan Lim Guan Eng pun sama perangai terikut macam Anwar Ibrahim....

Adoilah.... jangan nanti bila dah hilang kerusi pada PRU15 baru nak buat permohonan maaf secara terbuka... kalu buat masa tue... memang mencari nahas la... memang nak cari kena maki... memang nak kena carut lar...

Bodoh.... still nak sembang pasai Muhyiddin Yassin berkhianat... masih nak sembang pasai Azmin Ali berkhianat... nak sembang pasai Zuraida Kamarudin berkhianat.... ini bukan masanya nak sembang pasai khianat depa semua tue.... ini bukan masa nak sembang pasai apa Mahathir Mohamed letak jawatan.... masa tu dah berlalu...

Ini masa nak kena tunjukkan ader kekuatan... ini masa nak tunjuk bahawa Pakatan Harapan tu still relevan untuk memimpin Malaysia... Ini masa nak bagitau yang Pakatan Harapan sudah dan sedang berubah... Ini masa nak bagitau yang Pakatan Harapan ader plan baek punya untuk Malaysia....

Cukup-cukup la bawak cerita Tebuk Atap la.. aper la...  cukup-cukup la tunjukkan kebodohan sendiri tue...

Ader paham ka???

14 June 2013

Islam Tidak Terima Sosialis

Bhai dan DeeDee sekalian.... Ader puak-puak "yang kunun" hebat dalam bab agama nih dalam PAS mengatakan Islam tidak terima Sosialis kerana ianya tiada ruh Islam...  Sosialis nih kononnya sama macam Komunis... Tiada beragama... Dan puak-puak ini la jugak hebat menyokong demokrasi......

Tapi diorang nih terlupa... Bahawa Demokrasi juga tidak sealiran dengan Islam... Dalam demokrasi... Semua ada kuasa... Semuanya berdasarkan pengaruh undi... Demokrasi adalah bersandarkan undi dan pilihanraya... Dalam demokrasi... Semua orang adalah sama... Yang beragama dengan yang tidak beragama... Yang beriman dengan yang kufur.... Sama sahaja... Sama level atas dasar kuasa undi....

Kalu Sosialis dan Komunis itu sesat sebab ianya ciptaan manusia... Demokrasi pon sama jugak... Sesat sebab ianya adalah ciptaan manusia... Ciptaan manusia mana sama dengan ciptaan Allah Taala..

Jadi... Oleh yang demikian... Sepatutnya puak-puak ini janganlah menerima demokrasi... Dan jangan pula mengamalkan demokrasi... Sebab demokrasi juga sama sesat sepertimana sosialis, kapitalis dan komunis...

Maka... Selayaknyer la lepas nih... Tolong aaa ... Tolong jangan terlibat dah dengan proses demokrasi di Malaysia... Sebab demokrasi itu ciptaan manusia... Dan demokrasi itu sesat...nanti PRU14 tolong aaa.... Tolong jangan bertanding... Jangan gatal nak bertanding dan menjadi calon... Sebab demokrasi itu bukan dari susur galur Islamiyah... Demokrasi itu sesat... Yang ader sekarang pon patut gugurkan sajer jawatan yang dapat melalui proses demokrasi tue... Haram bersekongkol dengan sistem yang sesat... Sistem yang tidak Islamik....

Ader paham ka wei Geng Rusila ooi.... hahaha....  Lawak la lu orang nih... Nak bekap bos yang dok  bantai sosialis konon... Tapi tak sedar diri sendiri dan bos pon bergelumang dengan kesesatan demokrasi.... Hahaha... Lawak siot.... Hahahaha

So.... Sempena hari Jumaat yang mulia nih... Elok sangat la lu orang tolak demokrasi..... Hahaha

07 April 2013

Demokrasi Ala Malaysia

Bhai.... Inilah Malaysia... Sebuah negara yang dikatakan menjunjung tinggi demokrasi.... Hahaha... Hebat kan...

Hanya ader satu jer cara kalo Malaysia nak menang sukan ker mender ker... Nak jadi juara bolasepak piala dunia ker... Satu cara jer bhai.... Iaitu kena main cara tidak adil..

Contoh.... Kalu main ping pong.... Kiter main secara bergu... Tapi musuh main secara solo sambil musuh diikat kaki tangan... Kena pegang bat pingpong tue guna mulut.... Hahahaha

Macam kat bawah nih la... Cara nak menang... Gua ader 180 minit masa kecederaan... Lu orang ader 10 minit jer... Itulah cara terbaik untuk menang.... Hahaha

Inilah demokrasi terpimpin bhai-bhai dan deedee ooi.... Hahaaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1