Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kufur. Show all posts
Showing posts with label Kufur. Show all posts

06 February 2014

Elok Sangatlah Tue Buat Kerja Menghina Proses Sembelihan

Bhai/DeeDee semua...

Didalam Islam, setiap sembelihan binatang yang halal dimakan ader satu perbuatan mulia lagi suci. Dalam setiap sembelihan, ada dua hak yang perlu dilunaskan.... satunya ... hak binatang mendapat sembelihan yang pantas, sempurna dan tidak menghinakan..... manakala  keduanya... hak Allah Taala bagi sepatutnya setiap sembelihan diniatkan kepada Allah, dibacakan basmallah ke atas sembelihan dan sembelihan dilakukan dalam keadaan menghadap kearah Kiblat.

Bagi yang menyembelih pula, sewajarnya ada wudhu yang sempurna dan tidak terbatal....

Jadi... kalu kesemua syarat hak ini tidak dipenuhi,,, maka binatang yang disembelih tersebut tidak layak untuk dimakan sekadar menjadi bangkai sahaja semata-mata. Orang Islam dilarang untuk membuat pembaziran kerana pembazir itu aderlah sahabat kepada Azzazil (Iblis & Syaitan)

So..... setelah gua dapat tengok gambar-gambar camnie yang dibuat oleh puak-puak bangang nak mampus di depan Menara Maybank KL hari nih.... maka layaklah gua kata ini kerja sia-sia... ini kerja sesat... ini kerja menghasut... dan yang lagi parah... ini kerja berdosa... sebab Orang Islam yang beriman takkan buat benda hina macam nih...

Ini bukan kerja orang Islam yang beriman.... ini kerja orang fasik... ini kerja orang bukan Islam...... Ini kerja menghina Islam.... Ini kerja berdosa.... elok sangatlah tue buat kerja berdosa....

Aper plak Harussani Mufti Bughah tue nak bagi komen pasai nih..... Hahaha... gua nak tunggu jawapan dier....

Menghadap arah Kiblat ker? Diniatkan kerana Allah Taala ker?

Ader wudhu ker bhai? Jangan main-main menghina proses sembelihan yang mulia...

Ini bangkai ayam.... kerja Syaitan yang sia-sia .... Betul-betul menghina Islam..

Orang Tua Tapi Bangang Dan Bodoh.... Ini Bukan Kerja Orang Yang Beriman... 
PDRM takmo nak siasat ker tindakan diorang nih dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) ... rasanyer perhimpunan nih takder permit.... Lagi satu... takkan la PDRM takmo nak siasat bawah Akta Hasutan 1948 (menghasut untuk melakukan keganasan kaum) ... Atau PDRM memang endorse aper yang diorang nih buat..... Hahahaha....

14 June 2013

Islam Tidak Terima Sosialis

Bhai dan DeeDee sekalian.... Ader puak-puak "yang kunun" hebat dalam bab agama nih dalam PAS mengatakan Islam tidak terima Sosialis kerana ianya tiada ruh Islam...  Sosialis nih kononnya sama macam Komunis... Tiada beragama... Dan puak-puak ini la jugak hebat menyokong demokrasi......

Tapi diorang nih terlupa... Bahawa Demokrasi juga tidak sealiran dengan Islam... Dalam demokrasi... Semua ada kuasa... Semuanya berdasarkan pengaruh undi... Demokrasi adalah bersandarkan undi dan pilihanraya... Dalam demokrasi... Semua orang adalah sama... Yang beragama dengan yang tidak beragama... Yang beriman dengan yang kufur.... Sama sahaja... Sama level atas dasar kuasa undi....

Kalu Sosialis dan Komunis itu sesat sebab ianya ciptaan manusia... Demokrasi pon sama jugak... Sesat sebab ianya adalah ciptaan manusia... Ciptaan manusia mana sama dengan ciptaan Allah Taala..

Jadi... Oleh yang demikian... Sepatutnya puak-puak ini janganlah menerima demokrasi... Dan jangan pula mengamalkan demokrasi... Sebab demokrasi juga sama sesat sepertimana sosialis, kapitalis dan komunis...

Maka... Selayaknyer la lepas nih... Tolong aaa ... Tolong jangan terlibat dah dengan proses demokrasi di Malaysia... Sebab demokrasi itu ciptaan manusia... Dan demokrasi itu sesat...nanti PRU14 tolong aaa.... Tolong jangan bertanding... Jangan gatal nak bertanding dan menjadi calon... Sebab demokrasi itu bukan dari susur galur Islamiyah... Demokrasi itu sesat... Yang ader sekarang pon patut gugurkan sajer jawatan yang dapat melalui proses demokrasi tue... Haram bersekongkol dengan sistem yang sesat... Sistem yang tidak Islamik....

Ader paham ka wei Geng Rusila ooi.... hahaha....  Lawak la lu orang nih... Nak bekap bos yang dok  bantai sosialis konon... Tapi tak sedar diri sendiri dan bos pon bergelumang dengan kesesatan demokrasi.... Hahaha... Lawak siot.... Hahahaha

So.... Sempena hari Jumaat yang mulia nih... Elok sangat la lu orang tolak demokrasi..... Hahaha

15 January 2013

Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah


Ahmad, Joseph, Muthu dan Lim sedang duduk minum di kedai kopi menikmati tea-break mereka.  Dalam perbualan mereka, terselit perbualan berikut:

Ahmad:  “Joseph, siapa yang jadikan kamu?”
Joseph:  “ALLAH”
Ahmad:  “Muthu, siapa yang beri kamu rezeki?”
Muthu:  “ALLAH”
Ahmad:  “Ah Lim, siapa tuhan yang jaga dan urus alam ini?”
Lim:  “ALLAH”
Ahmad:  “Alhamdulillah”

Ahmad yang mendengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan sekerjanya itu berasa lega kerana mereka mengakui bahawa tuhan yang menjadikan, yang memberikan mereka rezeki dan menjaga alam ini ialah ALLAH.  Lantas Ahmad mengucapkan ‘alhamdulillah’ kerana bersyukur dapat mendengar jawapan tersebut dari mulut rakan-rakannya yang belum beragama Islam itu.

Walaupun mungkin konsep yang mereka faham mengenai ALLAH itu tidak tepat yakni mengikut doktrin kepercayaan dan agama mereka.  Tetapi sekurang-kurangnya bagi Ahmad ia suatu yang penting untuk diterima iaitu mengakui bahawa ALLAH itulah yang menjadikan mereka, yang mengurniakan kepada mereka rezeki dan yang mengurus tadbir alam ini.  

Tinggal satu lagi perkara iaitu meluruskan kefahaman yang sebenar tentang siapakah ALLAH yang sebenar dan mengajak kepada mentauhidkanNYA (meng-esa-kan ALLAH).

Walaupun mungkin konsep yang difahami oleh Joseph si penganut Kristian, Muthu si penganut Hindu dan Lim si penganut Buddha tidak sama dengan konsep yang difahami oleh Ahmad si penganut Islam, namun ia permulaan yang baik untuk Ahmad mendakwahkan ajaran tauhid kepada rakan-rakannya.  Dan Ahmad faham itulah tugasnya selepas ini.

  • Tahap pertama:  Mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.
  • Tahap kedua:  Menjelaskan sifat-sifat ALLAH yang sebenar dan mentauhidnya.

Apa kata ALLAH?

Apa yang dilakukan oleh Ahmad di atas adalah suatu yang dicontohi dari apa yang ALLAH suruh kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam seperti yang disebut di dalam 2 ayat al-Quran di bawah.  Iaitu supaya bersyukur dengan mengucapkan ‘alhamdulillah’ jika orang-orang kafir mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.

ALLAH Ta`ala berfirman:


“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”
(Surah al-`Ankabut, 29:63)

Dan firman ALLAH dalam surah yang lain:



“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).” - (Surah Luqman, 31:25)

Cuma yang menjadi masalahnya ialah kefahaman salah mereka tentang sifat-sifat dan ketauhidan ALLAH.

Jadi, masalah inilah yang diambil tindakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan orang-orang yang mengikuti Baginda untuk diselesaikan.  Iaitu dakwah kepada mengenal ALLAH, sifat-sifatNYA dan mentauhidkanNYA.  Hal inilah perlu dijadikan keutamaan dalam dakwah, bukannya menggelabah apabila orang kafir menyebut ALLAH sebagai tuhan mereka.  Apatah lagi jika menjadikannya sebagai isu.  Sekali lagi ingin disebut dan ditekankan:  KEUTAMAAN DAKWAH.

Semoga tulisan ringkas ini dapat memberikan kita semua akan petunjuk bagaimana untuk memilih tindakan kita apabila ada orang yang belum-Islam mahu menggunakan nama ALLAH sebagai nama tuhan.  Saya juga pernah menulis hal seumpama ini dalam tulisan berikut pada tahun 2010 sewaktu isu ini menjadi panas dahulu:


Selepas ini terpulanglah kepada kita samada mahu memilih tindakan yang macam mana?  Adakah mahu:

  1. Marah-marah dan membantah dengan kekerasan?  ATAU,
  2. Menerimanya dengan tenang dan menyusul dengan tindakan memberikan penjelasan siapakah sebenarnya ALLAH?
Allahu A`lam.  SubhanAllah.

(entri artikel ehsan dari Saudara Muzir yang diperkenalkan oleh QueAchmad)

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1