Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts

11 February 2024

Pegang Teguhlah Kamu Dengan Tali Allah

Bhai/DeeDee semua...

Post ini gua tujukan kepada orang Islam. Takder kena mengena dengan orang bukan Islam atau atheis serta murtadin.

Camnie… 

Kalaulah enakmen syariah yang dicadangkan oleh DUN Kelantan itu digubal dengan hukuman yang lebih “PADU” berbanding hukuman sivil, agak korang la Nik Elin akan cabar jugak ke tidak?

Dan kalu hukuman dalam cadangan DUN Kelantan itu lebih berat dari hukuman sivil, adakah korang bersetuju enakman syariah itu digagalkan atau dihalang?

Kena ingat satu perkara. Jenayah Syariah (ta’azir) tidak menawarkan pengurangan hukuman atas sebab berkelakuan baik atau diampunkan oleh Sultan atau YDPA.

Tapi jenayah sivil memberi kuasa kepada Sultan dan YDPA untuk mengurangkan dan mengampunkan semua kesalahan sivil waima jenayah terkait seksual seperti Liwat dan Rogol dibawah Lembaga Pengampunan.

P/S: Kalu pun enakmen itu ada kekurangan, adalah lebih wajar ianya di perbaiki dan di rundingcara untuk mendapatkan sesuatu yang  lebih baik daripada terus menyekat dan menghalangnya.
 
Sebagai orang Islam, walaupun sedikit usaha yang dibuat, kita wajar cuba untuk mengangkat apa-apa yang akan menaikkan dan memartabat syiar Islam.

Gua tak kisah lu orang nak maki hamun dan fitnah gua sebagainya, sebab gua insyaAllah teguh dengan jawapan gua depan Allah Taala, Tuhan Yang Maha Adil.

Gua nak tanya lu orang satu perkara nih ja.. Jawab dengan tenang dan yakin.

Korang nak tengok mamat penzina #HotDaddy tu dihukum bawah syariah ke atau sivil?

Kalu dia dihukum berzina bawah syariah.. disebabkan dier adalah Mukhsan, dia boleh dikenakan hukuman yang lebih berat. Betul la takdak enakmen benda ni… Tapi benda boleh dibincang, dibuat, diperkukuhkan dan dan digubal. Kalu la ada hukum hudud, dia boleh dikenakan rejam sampai mati. Dalam syariah, tiada pengampunan.

Tapi,

Kalo korang berpandangan dia wajar dihukum dibawah sivil, dia boleh kena hukuman yang berat jugak tapi dia berpeluang untuk memohon pengampunan dengan Lembaga Pengampunan. Dia juga boleh dikurangkan hukuman atas sebab berkelakuan baik.

So… apa pilihan korang..

Dier pon ramai yang dah jadikan idola. Tengok muka bangkai yang senyum bangga kat bawah nih… Bangkai yang tak berakal.



17 June 2023

Beli Kat Kedai Bunian Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Kah kah kah .... Kata dah 27 tahun semua kedai judi Kelantan ditutup, drebar lori ni beli di kedai judi bunian ke...?

Hahaha ... memang lawak nih.... Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ




28 November 2022

Betul La Tu

Bhai/DeeDee semua...

Betul la tu.... Memang orang baik takkan duduk sama orang jahat... Persoalannya sekarang... siapa yang baik dan siapa yang jahat?

Kalu lu kata UMNO/BN tu jahat.... abis tue pasai apa PAS buat Muafakat Nasional dengan UMNO??? Hahaha... Siap berpeluk sakat Abdul Hadi Awang dengan Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi tempohari....

Hehehehe... takkan sudah lupa?? Cepatnya lupa...

Adakah PAS itu baik dan Pakatan Harapan itu jahat? Betui ka camtue? Hangpa pakai neraca mana nih??? Parti Gerakan tue baik ka??? Bukan ka Gerakan tu yang kuat tolak RUU355, Hudud dan Tulisan Jawi???

Hahahaha ... adoilah



14 June 2022

RUU355? Bila Lagi?

Bhai/DeeDee semua...

PRU15 dah nak dekat... PAS pon dah jadi Menteri Agama dan Timbalan Menteri Agama... tapi apa hasilnya kepada RUU355 .... Kalu dulu boleh la kata usul ni dibawa oleh Pembangkang... kini PAS dah jadi Kerajaan... takkan tak boleh nak dahulukan usul Kerajaan pulak kan..

Hahaha.... RUU355? Bila lagi? Bila nak bentang usul dan bahaskan usul di Parlimen??



11 June 2022

Mau Sembang RUU355? Takkan Berani Punya?

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum nih PAS bukan main sembang deras berkenaan isu RUU355.... sembang pasai Hudud... sembang pasai Qisas... sembang pasai Ta'azir ... Tapi biler orang suruh buatla forum ka wacana ka.. PAS takmo buat... Bila orang suruh dapatkan dulu persetujuan Ketua Agama setiap negeri... PAS senyap....  PAS terus ja buat kapla sendiri langgar semua dan publishkan dalam Parlimen...

Pastue PAS jugak yang mintak tangguh usul tu... tapi PAS tak letak tarikh... kecoh konon PAS dah mulakan usaha RUU355... tapi takder satu Ketua Agama pun dah bagi greenlight untuk benda nih... PAS ingat semuanya boleh steemroll macam tu ja... walhal bab Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu semua tu bawah Ketua Agama (Sultan dan Raja Melayu)....

Bukan orang Melayu Islam lainnya tak setuju ngan RUU355 atau Hudud ka .. Qisas ka... Ta'azir ka... tapi please la ikut step,... maklumkan ngan Ketua Agama dulu.. dapat persetujuan depa... pastu buat forum penerangan ka...wacana ka... halaqah ka... apa sahaja.... orang okey ja...  Ini tidak.... main steemroll jer...

Yang lawak tu... PAS jugak yang mintak tangguh pembentangan usul tanpa ada tarikh.... Gila.... Hahahaha... Konon nak kena perhalusi lagi la.... wei... patut perhalusi la sebelum bentang...  Adoilah...

La nih... PAS senyap pasa RUU355... pasai apa?? Hahahaha ... Walhal sekarang dah jadi Menteri dan Timbalan Menteri Agama?? Kalu bawak sambung usul RUU355 tue sekarang dah dikira usul dari Kerajaan.... takkan nak bagi alasan sama macam dulu yang katanya usul RUU355 dari pembangkang..

Kan sekarang dah jadi anggota kabinet Kerajaan??? Hahaha... Abdul Hadi Awang pun dah jadi Duta Khas bertaraf Menteri.... hahahaha



10 June 2022

Mahu Lawan Ketua Agama?

Bhai/DeeDee semua..

Hahaha.... Sekarang baru la kita tahu... Puak PAS bukanlah sebenarnya berani sangat.... Kata nak menobatkan Islam ... kata nak menobatkan RUU355... kata nak menobatkan Hudud bagai... sekali kena sound dengan Ketua Agama pasai Bon Odori pun dah terkatup mulut... 

Walaun jangan citer la... semenjak PAS dok dalam Kerajaan... langsung takder suara walaun... Nak bangkang dan bantah pon takder... Malah siap bekap lagi apa sahaja kebejatan Kerajaan walaupun Walaun sendiri pun terkesan dengan masalah.... Hahahaha... Kelakar la walaun PAS nih... hahhaha

Semua sudah takder tolo... Hahahaha...

Lepas nih kalu PAS dah takder dalam Kerajaan... sure Walaun akan menyalak bukit balik... Hahahaha... masa tu kita boleh gelakkan beramai-ramai... Hahaha



11 March 2022

Hudud & RUU355 : Betulkah ianya satu kekangan perlembagaan?

Bhai/DeeDee semua...

Satu persoalan perlu kita tanyakan. Pernahkah walau sekali Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) memberikan satu taklimat khas kepada YDP Agong, Majlis Raja-Raja Melayu dan Sultan serta Raja-Raja Melayu berkaitan isu Hudud dan RUU355?

Setahu gua tak pernah... Malah Abdul Hadi Awang ada berbangga katanya elemen Hudud ader dimasukkan dalam Enakmen Undang-Undang Syariah Kelantan dan Terengganu. 

Persoalannya... adakah rakyat Terengganu ada mendapat penerangan jelas mengenainya? Adakah ada satu forum soal jawab khas diadakan? Adakah ada manual atau booklet yang pernah diedarkan kepada rakyat Kelantan dan Terengganu? Adakah rakyat dimaklumi secara khusus dan lengkap? Adakah Sultan dan Raja di dua negeri itu diberikan penjelasan secara detail?

Kalu tak buat lagi... tak payah la nak sembang salahkan kekangan Perlembagaan ..... kalu sendiri malas nak buat kerja... Ingat Allah Taala boleh diperbodohkan ka?

Hudud tersekat kerana kekangan perlembagaan - Hadi Awang

#Hudud #RUU355 #Perlembagaan #YDPAgong #MajlisRajaRaja #Sultan #Raja #Islam #Syariah #EnakmenSyariah #CipanTapirTenuk #SocialCritics

15 December 2021

Mahathir Mohamed Sengaja Cari Nahas

Bhai/DeeDee semua...

Bukan semua yang diperkatakan oleh Mahathir Mohamed yang gua tolak dan tak suka... tak semua... ader yang bagoosh... terutama dalam kajian dan mentakrifkan posisi sebenar Raja Berperlembagaan seperti yang selayaknya...

Ada banyak perkara yang berlaku terkait dengan impak Raja Berperlembagaan. Malaysia tak mengamalkan Raja Mutlak... Kita negara demokrasi berparlimen... kita ader Perlembagaan...

Islam dan Raja-Raja Melayu tertakluk dibawah Perlembagaan.. Dan semuanya kena ikut by the book.

Tiada yang lebih atas dari Perlembagaan dalam konteks Malaysia... Ini jelas ada dinyatakan dalam Perlembagaan.... So Perlembagaan menentukan undang-undang Malaysia... dan tidak ada seorang pun yang boleh melanggar undang-undang waima siapa pun dia...

So benda ini jelas...

Banyak benda yang perlu disemak supaya tidak disalahgunakan. Ingat, Malaysia adalah Negara Demokrasi Berparlimen. Malaysia tidak mengamalkan sistem Raja Mutlak macam Brunei atau Arab Saudi.

Sistem kita sebenarnya adalah sistem berasaskan "check and balance" ala Westminster Parliament. Sistem yang sepatutnya tiada satu orang berkuasa mutlak.

Tiada orang boleh salahguna kuasa. Melainkan kedua-duanya (Executive & Royal) bersekongkol bersama menunjal (Judicial) atau sebaliknya...







08 September 2021

RUU355 - Tak Lari Gunung Di Kejar

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum ada kuasa... bukan main sembang hebat dan kasar tentang RUU355... sampaikan mana-mana orang yang bertanya proses dan sebagainya dianggap kafir dan kalu mati mayat boleh ditanam di jirat.... Pergh... sembang masa tu hebat... bab kafir dan sesat bermain di mulut jar...

Tak sempat cerah bak kata orang lama aaa...

La nih... bila dah ader kuasa... biler dah berjawatan... biler dah jadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan... langsung tak berdetik... langsung tak terkutik semua tue.... senyap sunyi... bukan kata masa singkat sangat baru berapa hari dapat kuasa.... walhal yang selama 17 bulan sebelum nih nak kira macam mana???

Dalam aturcara mesyuarat sesi pertama penggal keempat sidang Parlimen ke 14 pun masih takder dimasukkan agenda pembentangan RUU355.... takkan la kot tak sempat... yang mintak tangguh pon bukan orang lain.... sendiri nak bentang dan sendiri nak tangguh..... hahaha.... dalam hari yang sama masa tue...

Hahaha...

Layan jer la lawak bangang nih semua... Hahaha






29 August 2021

Simpan Dulu Peluru

Bhai/DeeDee semua...

Kita simpan dulu peluru. Awal lagi nih.. Hahaha... Sebenarnya cukup banyak dah peluru nak dihalakan... tunggu masa ja.... sabaq aaa... Hahaha

Bagi chan dulu aaa...



28 August 2021

Kepercayaan Penuh Dari PAS

Bhai/DeeDee semua...

PAS nih kadang-kadang kita nak ketawa besar dengan sikap dan tingkahlaku depa.... Naif tak tentu hala satu hal... jenis percaya dan walaq bulat-bulat pon satu hal... Hahaha... pening...

Nih Abdul Hadi Awang kata PAS berikan kepercayaan penuh atas jawatan dalam Kabinet...

Wei.... itu jawatan perangkap buat PAS la...  Menteri dan Timbalan Menteri Agama semua dibagi kat PAS ... maka apa yang kita boleh nampak kar situe?? Kita boleh nampak itu satu cara nak perangkap... nak dajai... nak perkena dan nak jahanamkan PAS...

UMNO tau... kalu bagi jawatan nih kat PAS... dan kalu PAS tak dapat nak selesaikan apa yang PAS selalu cakap dan sembang sana sini tue... PAS akan mampos dengan sendirinya... hahaha... Tambah lagi sekarang nih UMNO boleh dajaikan PAS dengan pemuda PAS push PAS untuk RUU355.... Hehehe

Mau terkojol PAS kalu tak dapat nak laksanakan... atau sekurang-kurangnya naikkan usul RUU355 dalam penggal Parlimen yang terhampir nih... So... amacam?? Masih lagi naif?? Hahaha... mampoih la ini macam..



30 March 2021

Bersilat Abdul Hadi Awang

Bhai/DeeDee semua...

Hehehe... bila membaca keratan media berkenaan dengan Abdul Hadi Awang mengulas berkenaan dengan Perhimpunan Agung UMNO memang menerbitkan rasa nak ketawa besar... Hahaha

Bilamana terpaksa bersilat Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya di fesbuk... Itu pon selepas 1 hari selesai Perhimpunan Agung UMNO (PAU).... hahaha .... terpaksa mencari ayat dan dalil untuk menjustifikasikan kenyataan dier...

"Ummah yang dimaksudkan ialah umat Islam dan juga kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem. Inilah agenda perpaduan kita.

"Maka jangan kita berkasar terhadap rakan kita. Sebaliknya kita mesti menjalinkan hubungan bersaudara dan berukhuwah sesama kita.

"Jangan pula kita menjadi sebab berlakunya perpecahan. Bersabar dan jadilah pendamai,"

Hahaha..... lawak siot... hahahaha
Tapi takper la.... kita layan jer la lawak nih.....

Bab bukan Islam yang tak ekstrem tue.... Abdul Hadi Awang citer tentang MCA dan MIC ker?? Hahaha... aik... takkan la kot... Bukan ker MCA dan MIC terang-terang halang RUU355 dan Hudud.... hahaha

Bab berkasar dengan rakan sesama grup nih... Abdul Hadi Awang memang terra... dulu lagi dier selalu buat... malah Abdul Hadi Awang jugaklah yang keluarkan amanat di Banggol Peradong dulu... kes Abdul Hadi Awang maki Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution tue pon ader faktanya... malah ianya disahkan oleh ramai orang.... itu masa masih bersama dalam Pakatan Rakyat.....  sekarang sudah tak mau berkasar la pulak...

Hahaha.... lawak siot lar... maybe betul macam aper yang ramai orang kata... ader short mana-mana wayar nih... hahaha...



11 May 2020

Patutlah Kerajaan Kelantan Tak Berapa Nak Ada Duit

Bhai/DeeDee semua...

Umum mengetahui yang Kerajaan Kelantan adalah antara kerajaan yang agak kurang pendapatan bagi menguruskan negeri... Malah setiap tahun perlukan bantuan dan geran tambahan dari Kerajaan Persekutuan untuk dana mengurus...

Agaknya ini semua berpunca dari kenyataan yang boleh kita baca dalam keratan akhbar dibawah ini.... Huhuhu.... Siapa yang bercakap ini ... pastinya kita semua kenal....  Ini keratan akhbar bertarikh 6 Zulhijjah 1413 (27 Mei 1993) ...

Selepas 3 tahun PAS perintah Kelantan.....


01 April 2016

Maaf, Sekadar Bertanya

Bhai/DeeDee semua...

Gua sekadar nak bertanya jer ni.. Jangan mare aaa... Cuma nak tau la... Siapa sebenarnya Presiden PKR la ni.. Wan Azizah ker Azmin Ali?

Sebab aper gua tanya... sebab nampak sangat Azmin Ali yang lebih naik tocang... Wan Azizah pulak macam tak tau mender jer... Biar betul lar ni?

Aper nak jadi la ngan PKR....

Oh yer.. satu lagi.... Biler pimpinan DAP, PKR, PAS dan AMANAH nih nak umumkan pengisytiharan harta masing-masing... PRU14 dah dekat dah pun... tak lama mana lagi... Kalu depa yang dikatakan telus pun tak berani nak telus ... aper barang UMNO./BN pun nak telus....

Boleh blah la wei...

**** Kata 8 April Hadi Awang nak bentang hudud kat Parlimen.... 8 April tahun biler aaa... Hahaha .... sembang kencing 1Walaun boleh la.... Hahaha

14 June 2015

Empat Hari Sahaja Lagi

Bhai/DeeDee semua...

Sidang Parlimen sesi ini cuma berbaki 4 hari sahaja lagi... InsyaAllah ianya akan selesai dan tamat dengan cepatnya... Sampaikan kita takkan terasa ianya sudah tamat... Hahaha... Tapi Private Bill Akta 355 tue ntah biler nak nampak masuk dalam aturan dewan untuk dibahas....

Hahaha...

Itu hari bukan main sembang nak cepat la.. Konon UMNO dah kasik greenlight la.... Hahahah.... Pakat kena kencing jer la ngan UMNO.... Berkali-kali..... Orang kata.. Kalu kena kencing berkali-kali tue bukan lagi stakat tolol... Tapi bangang nak mampus... Tak kira la sarban sebesar bakul durian ker.... Atau suka "main" pakai siku dan lutut ker.... Hahaha.... Tapi kalo bodoh dan bangang... Tetap bodoh dan bangang la...

Aper lu ingat diorang tabley jadi bodoh dan bangang ka? Wei... Dah terbukti banyak kali yang diorang nih bodoh lagi bangang... Bukan sekali kena tipu dan kena kencing.... Berkali-kali...... Hahahaha.... Dengan Ibrahim Ali pon boleh kena tipu hidup-hidup..... Usahkan itu.... Dengan Mokhtar Senikmpon boleh Ulama kena kencing dan kena tipu hidup-hidup....

Pasai tue la dah banyak kali gua citer... Semak la latar belakar Mokhtar Senik tue.... Tanya la dier kenapa SB rajin jumpa dier banyak kali kat sana sini... hahaha... Tanya dier kenapa dier boleh dilepaskan dan dibebaskan tanpa pertuduhan .... Hahaha... Tanya dier.... Bilee last skali dier jumpa pegawai SB..... Hahaha... Takkan itu pon gua nak ajar dan tunjukkan....

Yang lagi best tue.... Tuan Ibrahim Tuan Man pon boleh kena main..... Hahaha... Sampaikan boleh terhasut dan terikut rentak serta terlibat dalam masterplan diorang nih.... Hahaha... Kata orang akademik tabley kena tipu... Hahaha... Itu lar.. Orang akademik pon kalu kepada ader sikit jumud... Boleh kena main lor....

Nak bagi hint sikit ja..... Banyak pihak skrang nih kena main oleh pecatur utama politik dan keselamatan Malaysia.... Tak kisah la belah sana ka... Belah sini ka.... Samer jer.... Semua kena catur dan plan tanpa lu orang tau.... Macam gua ader sikit hint dua tiga hari jih yang PRU14 mungkin akan diawalkan terlalu awal..... Hehehe.... Lu tarak percaya... Lihat sajer la nanti.... Hahaha

Best aaaa....

22 April 2015

Dengar Sini Semua Orang Kampung ...

Bhai/DeeDee semua....

Kalo pon lu tak ngam ngan Asri Zainal Abidin... tapi jangan kerana lu tak ngam tue menyebabkan lu tolak pandangan dier berkaitan bab ini.... berlaku adil la bhai.... dengar sini semua orang kampung.... dengar dan pahamkan.... Gunakan akal yang Allah Taala berikan tue.... jangan kufur nikmat...

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" - Surah Ar Rahman (Al Quran) ..




Video nih gua tujukan kepada puak-puak pemwala' yang mencacai dalam FB setiap minit tue.... Jangan taksub dan wala' tanpa guna akal.... Jangan hinakan nikmat akal yang Allah Taala telah berikan selama ini...

Jangan kufur nikmat...

Jangan la biler dah ader peluang untuk score kan gol .... boleh pulak lepak berhenti dengar ceramah dulu sampaikan peluang untuk menang tue dah ilang dan bola yang ader dikaki dirembat oleh pemain lawan.... Aper ke bangang tue....  Ostad tak Ostad... kalu dah bangang.... tetap bangang.... tak kira la berapa tebal dan banyak serta berat kitab-kitab kuning, hijau dan kelabu yang dibaca dan dihafal..... Oh yer gua lupa.... penyakit bangang nih aderlah penyakit keturunan... so susah nak dihilangkan... Hahaha ... samer macam Menteri 3.85 tue la.... Hahaha

Jenis bangang camnie biasa tak boleh nampak microphone.... kalu wartawan hulur ja microphone dan gambar diamik dek kamera TV... sure mengelejat tak tentu hala sampaikan bercempera kenyataan yang diberikan.... Giler glamer gak tue.... Hahaha ... Hancuss

Ader paham ka???

24 March 2015

Cerdik Tidak Boleh Diikut

Bhai/DeeDee semua...

Dah banyak kali gua tulis perkara nih.... Dan dah banyak event gua upkan benda nih... Dan dah banyak venue dah gua storikan benda nih.... Benda yang sama sekali mustahil akan dilaksanakan di Malaysia ... Kecuali setelah semua sembilan dewa dan ketua dewa di"pancung" dari jawatan yang Rasulullah dan semua Khalifah kerajaan Islam terdahulu tak buat dan tak mengaku pon... 

Iaitu.... Jawatan Ketua Agama  ... Dalam Islam tidak akan ader ketua agama.... Noktah.... Kalu nak ader pon ketua agama, lu orang boleh tengok dalam agama Kristian...  Yahudi pon takder ketua agama.... Jadik yang memandai bagi jawatan dan gelaran Ketua Agama kepada Islam nih kenapa.... Dah gila ker? Cukup-cukup la membodek ... Cukup-cukup la menyembah manusia... Ini buat kerja bagi gelaran nih siapa aaa... yang ngaku alim ulamak ker? Memandai ja....

So...

Berbalik kepada citer nih.... Lim Kit Siang memang bodoh walaupun fakta yang dier ader tepat.... Hadi Awang plak dalam satu segi ader maklumat betul... Tapi disebabkan jenis kapla angin dan takmo nak dengar nasihat tue yang jadi bangang tue... Mangkuk-mangkuk ayun dalam PKR pon samer... Tak abis ngaji dan semak semua dalam Perlembagaan dah melalak melolong samer dengan DAP.... Yang seronok tepuk tangan dan kaki dalam kes nih aderlah UMNO ..... Inilah tindakan cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.... Hahahaha

Nih gua nak bagitau untuk kali yang entah keberapa aaaaa...... tak tau la...

Walaupun UMNO dan PAS bekerjasama untuk luluskan pindaan supaya Hudud, Qisas dan Ta'azir dapat dijalankan menggunakan kuasa Parlimen... Ianya tetap tidak akan dapat dikuatkuasakan dan dilaksanakan... Bukan sebab DAP atau PKR yang halang dan takmo nak undi.... Tapi pasai ader sembilan dewa dan satu ketua dewa yang PASTInyer tidak akan menjadikan ianya terlaksana...

Semua semua yang berkaitan dengan Islam aderlah diletakkan dibawah kuasa sembilan dewa dan satu ketua dewa.... Yang dinasabkan sebagai Ketua Agama.... Kalo sorang ja dewa yang stuju pon tabley gak... akan ader kekangan dari Parlimen la plak... dier kena ader satu konsensus dari semua dewa...

Aper... Lu ingat diorang nak kasik ka benda nih jalan... Jangan mimpi la... Kalo benda nih jalan aaa.. Yang akan kena dulu aderlah diorang dan keluarga diorang serta kaum kerabat diorang.... Takkan la diorang nak menjerat tengkuk sendiri... Mimpi la wei....

Kalo lu kata boleh ja Brunei jalankan benda nih,... Hahaha gua gelak ja... Mesti lu sudah kena kencing dek citer Brunei nih.., hahaha... Wei.. Kat Brunei... Dewa dan kaum kerabat dewa takder masuk dalam list aaa.... Ader exemption... Ader pengecualian... Kalo bicara pon dalam perbicaraan khas tertutup yang dihakimkan oleh Dewa sendirii.. Lu ingat Dewa tue ader brani ka mau dajaikan Keluarga Shariff.... Mampuih nanti dier kena hambat dari kerusi.... Hahaha... 100 tahun lebih dulu dah pernah perang pasai rebut kerusi Keluarga Shariff di Brunei.... Siap mintak tolong James Brooke lagie.... Hahaha... Tue yang tergadai Sarawak tue... Hahahaha ... Sampai James Brooke dapat title Maharajah lagie... Hahaha

So... Kalo betul nak jalan Hudud, Qisas dan Ta'azir.... Kena kasi hilangkan dulu title Ketua Agama nih.... Benda khurafat dan bidaah dholalah nih kena buang.... InsyaAllah baru la boleh jalan.... Ituppn kena ader majoriti la dalam Parlimen....

Selagi tak dapat majoriti dan tak buang benda khurafat dan bidaah dholalah tue.. selagi itu la... mungkin sampai kiamat kot??? Ntah la...

Ader paham ka???

Bacaan Tambahan : SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI

*** Ingin gua tegaskan... Kita semua akan dihadapkan kepada Allah Taala biler sampai masanyer nanti... dan janganlah kerana sikap para Sultan dan Raja-Raja Melayu yang tidak mahukan Hudud, Qisas dan Ta'azir dijalankan maka kiter semua dihukum masuk Neraka.... Kalo Sultan da Raja-Raja Melayu nak masuk Neraka.... gua takder hal.... pegi la masuk....   gua mufaraqah... 

09 February 2015

Gua Liberal?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... ader yang tuduh gua Liberal... gua anti golongan alim ulama... Gua anti ostad.... Hahahaha... lawak la siot lu orang nih.... Semua pasai gua dok tibai selama nih isu Sidang DUN untuk Hudud di Kelantan.... Hahaha... Memang lawak...

Tapi takper... lu orang tarak kenal gua... Hahaha ...

Jadi... jadi gua takmo nak sembang panjang bab nih... sebab kalu lu orang ader baca artikel gua berkenaan isu hudud nih ... cukup banyak rasanyer gua dah tulis kat sini.... semua segmen gua dah cover.... semua citer gua dah kaitkan... Antara lu orang boleh nampak atau tidak ja...

Macam selalu la yang gua cakap..... tak payah dok pong-pang pong-pang nak heboh pasai hudud.... pasai nak menegakkan undang-undang Allah Taala.... tapi diri sendiri dok asik menyembah Sultan dan Raja... dok takut kepada Daulat Sultan dan Raja.... walhal Sultan dan Raja tue walaupon perasan mengaku Ketua Agama Islam... tapi banyaknyer jalan hidup takder menunjukkan contoh sebagai Ketua Agama Islam... Lagi lu orang mau sembah manusia... Syirik tue...

Tambah lagi yang  sebenarnya menghalang selama nih urusan nak ujudkan Hudud, Qisas dan Ta'azir bukanlah orang lain.... melainkan Sultan dan Raja-Raja Melayu la jugak.... Bukankah segala urusan berkaitan Agama Islam terletak dibawah kuasa diorang.... Bukan susah pon nak bagi jalan segala urusan nih... just keluarkan dekri ja.... dekri yang memberikan kuasa untuk terlaksananyer undang-undang Islam nih... Sure boleh punya la.. 

Tapi kan.... Hahaha... mana diorang mau buat itu dekri.... sebab diorang sendiri pon bergelumang dengan kerja maksiat.... Dulu mungkin la takut British tak bagi kemerdekaan... Tapi selepas Merdeka... kenapa tak buat.... Hahaha.... semuanya sembang ja lebih Ketua Agama nih.... Karut wal marut... Sebab tue la gua kata aaaa... Kalo pon DUN Kelantan luluskan... Parlimen plak luluskan... Belum tentu boleh jalan kalo Majlis Raja-Raja takmo nak jalankan... Tapi kalo Majlis Raja-Raja mau jalankan... Parlimen dan DUN terpaksa luluskan... Ader paham ka???

Poodah....

Sila baca sini untuk maklumat lebih lanjut.

07 June 2013

Siapa Penghalang?

Bhai.... sempena ulangtahun keputeraan YDP Agong... dan juga sempena hari Jumaat yang mulia dan barokah ini........ nih gua... C++ ingin memperingatkan YDP Agong.... agar kembali kepada Allah Taala.... dan segera melaksanakan segala hukum dan undang-undang Islam berlandaskan Al Quran secara haq .... Tak perlu lagi nak dolak dalih.... tak perlu lagi nak pusing belit.... sebab.... YDP Agong adalah "Ketua Agama Islam" ...

Selama ini kita di Malaysia dimomokkan dengan isu Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam.... so sebagai Ketua Agama Islam.... tentunya keputusan sama ada nak melaksanakan segala undang-undang Islam yang berasaskan kepada yang haq seperti yang terkandung didalam Al Quran adalah terletak dibahu Ketua Agama Islam ini... diorang berkuasa.. malah Perlembagaan Malaysia juga memberikan kuasa kepada mereka berkaitan dengan isu Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu...

Daulah Islamiyah sepatutnya telah lama tertegak di Malaysia nih sebab kiter ader Ketua Agama Islam... tapi kalu Ketua Agama Islam sendiri semacam tidak mahu menegakkan segala yang haq.... so... baik tak payah la ader title Ketua Agama Islam tue.... buat malu jer.......

Kalu Ketua Agama Islam mengarahkan bahawa undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) dilaksanakan... pastinya Kerajaan Malaysia akan terpaksa melaksanakannya... sebab kuasa yang paling besar dalam menentukan Agama Islam di Malaysia adalah terletak dibawah kuasa Ketua Agama Islam nih...

Tapi... lupakanlah... takkan ader seorang pon .... stakat nih takder seorang pon Ketua Agama Islam nih yang nak melaksanakan undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) secara haq walaupun dalam konteks negeri yang dibawah kuasa mutlak Ketua Agama Islam nih....

So..... isu tentang siapa penghalang? siapa yang menghalang? semua persoalan ini gua humbankan kat batu jemala Sultan dan Raja-Raja Melayu yang "katanya" adalah Ketua Agama Islam nih....

Pandangan gua jelas.... gua tak heran pon ugutan dan tekanan.... selagi mana Sultan dan Raja-Raja Melayu yang "katanya" adalah Ketua Agama Islam dan berkuasa atas isu Agama Islam tak berani nak tegakkan undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) secara haq .... selagi itu gua rasa diorang nih tak payah la nak menggelarkan diri mereka "Ketua Agama Islam"...

Jadi.... sebelum para Sultan dan Raja-Raja Melayu nih kena belasah di hari hisab (akhirat)... lebih baik para Sultan dan Raja-Raja Melayu keluarkan dekri suruh Kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) secara haq... dan bukannyer undang-undang syariah (lakonan) yang ader seperti sekarang nih...

Bacaan :

  1. 9.8 daripada 10 Ahli PAS Buta Tentang Hudud
  2. Hudud-Hududullah
  3. Siapa Sebenarnya Penghalang Hudud?
  4. Alasan Majoriti
  5. Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
PERINGATAN : Artikel ini ditulis sememangnya "menghasut" dalam ertikata "menghasut ke arah menegakkan undang-undang Islam dan Daulah Islamiyah secara haq" mengikut sepertimana yang diarahkan oleh Allah Taala didalam Al Quran.

Artikel ini ditulis bertujuan menghasut orang yang mengaku dirinya Islam sahaja... bagi orang yang tidak mengaku dirinya Islam... atau orang Kafir/Kuffar... maka hasutan ini tidak termasuk dalam konteks artikel ini.... Lu orang sendiri tau lu Islam ker idak.... sendiri ader akai... fikir... fikir.... jangan tak fikir...

15 May 2013

Bila Dewa Berpolitik

Bhai.... hahaha... lama betul gua tak bermetafora nih bhai... hahaha... jadi hari nih gua nak bermetafora secara penuh.... hahaha.....

Lu tau kan... Zeus nih kapla dewa-dewa di Olympia...  dier nih ketua (lebih dikenali sebagai Dewata Raya)..... dibawah dier ader banyak dewa-dewa Olympian..... Apollo, Poseidon, Arthemis, Aphrodite, Hermes dan sebagainya.....  semua dewa-dewa nih selalu bersidang.... berbincang.... dan kalu ikut kuasa yang diorang ader... diorang boleh buat semuanya...

Diorang boleh gubal undang-undang.... diorang boleh buat hukuman.... tapi.... semuanyer hampeh... diorang lagi suka tengok manusia berperang dan bergaduh sesama sendiri... Alasan yang selalu diberi aderlah "Dewa tak boleh campur tangan dalam urusan manusia" ..... macam haram jer kan....

Tapi..... tapi biler ader dewa yang berpolitik.... dok "sided" satu pihak... dok bercakap menyebelahi satu pihak.... dok cakap yang kononnya satu pihak manusia nih memang teruk... walhal manusia nih nak menolak kezaliman syaitan yang dikenali...... nampak sangat la frasa "Dewa tak boleh campur tangan dalam urusan manusia" tue sebenarnya bussit.... memang bussit...

Macam mana lar manusia nak hormat dewa-dewa kalu dewa-dewa pon tidak berlaku adil..... Aper daaa...  Tambah lagi dengan Zeus yang selalu tertidur.... lagi lah payah....  Dan biler Zeus selaku Dewata Raya dan semua dewa-dewa yang lain bersekongkol dengan syaitan yang dikenali.... aper lagi la yang manusia nak harapkan....

Penat aaa..... biler Zeus sebenarnya aderlah boneka... Hahahaha...

Agaknyer Zeus dan para dewa lupa kot bahawa Allah SWT aderlah yang tertinggi.... mmmmm..... aper nak jadi aaa.....

Ader paham ka????


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1