Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

07 June 2013

Siapa Penghalang?

Bhai.... sempena ulangtahun keputeraan YDP Agong... dan juga sempena hari Jumaat yang mulia dan barokah ini........ nih gua... C++ ingin memperingatkan YDP Agong.... agar kembali kepada Allah Taala.... dan segera melaksanakan segala hukum dan undang-undang Islam berlandaskan Al Quran secara haq .... Tak perlu lagi nak dolak dalih.... tak perlu lagi nak pusing belit.... sebab.... YDP Agong adalah "Ketua Agama Islam" ...

Selama ini kita di Malaysia dimomokkan dengan isu Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam.... so sebagai Ketua Agama Islam.... tentunya keputusan sama ada nak melaksanakan segala undang-undang Islam yang berasaskan kepada yang haq seperti yang terkandung didalam Al Quran adalah terletak dibahu Ketua Agama Islam ini... diorang berkuasa.. malah Perlembagaan Malaysia juga memberikan kuasa kepada mereka berkaitan dengan isu Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu...

Daulah Islamiyah sepatutnya telah lama tertegak di Malaysia nih sebab kiter ader Ketua Agama Islam... tapi kalu Ketua Agama Islam sendiri semacam tidak mahu menegakkan segala yang haq.... so... baik tak payah la ader title Ketua Agama Islam tue.... buat malu jer.......

Kalu Ketua Agama Islam mengarahkan bahawa undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) dilaksanakan... pastinya Kerajaan Malaysia akan terpaksa melaksanakannya... sebab kuasa yang paling besar dalam menentukan Agama Islam di Malaysia adalah terletak dibawah kuasa Ketua Agama Islam nih...

Tapi... lupakanlah... takkan ader seorang pon .... stakat nih takder seorang pon Ketua Agama Islam nih yang nak melaksanakan undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) secara haq walaupun dalam konteks negeri yang dibawah kuasa mutlak Ketua Agama Islam nih....

So..... isu tentang siapa penghalang? siapa yang menghalang? semua persoalan ini gua humbankan kat batu jemala Sultan dan Raja-Raja Melayu yang "katanya" adalah Ketua Agama Islam nih....

Pandangan gua jelas.... gua tak heran pon ugutan dan tekanan.... selagi mana Sultan dan Raja-Raja Melayu yang "katanya" adalah Ketua Agama Islam dan berkuasa atas isu Agama Islam tak berani nak tegakkan undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) secara haq .... selagi itu gua rasa diorang nih tak payah la nak menggelarkan diri mereka "Ketua Agama Islam"...

Jadi.... sebelum para Sultan dan Raja-Raja Melayu nih kena belasah di hari hisab (akhirat)... lebih baik para Sultan dan Raja-Raja Melayu keluarkan dekri suruh Kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang Islam (hudud/qisas/ta'azir) secara haq... dan bukannyer undang-undang syariah (lakonan) yang ader seperti sekarang nih...

Bacaan :

  1. 9.8 daripada 10 Ahli PAS Buta Tentang Hudud
  2. Hudud-Hududullah
  3. Siapa Sebenarnya Penghalang Hudud?
  4. Alasan Majoriti
  5. Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
PERINGATAN : Artikel ini ditulis sememangnya "menghasut" dalam ertikata "menghasut ke arah menegakkan undang-undang Islam dan Daulah Islamiyah secara haq" mengikut sepertimana yang diarahkan oleh Allah Taala didalam Al Quran.

Artikel ini ditulis bertujuan menghasut orang yang mengaku dirinya Islam sahaja... bagi orang yang tidak mengaku dirinya Islam... atau orang Kafir/Kuffar... maka hasutan ini tidak termasuk dalam konteks artikel ini.... Lu orang sendiri tau lu Islam ker idak.... sendiri ader akai... fikir... fikir.... jangan tak fikir...

4 comments:

  1. bhai,

    ada org bertanya, dewata ni ketua agama tapi agama apa? tindak tanduk dan perangai ada yang menjolok mata dan terkeluar dari ajaran Islam. itu la persoalannya, ketua agama apa? kalau begitu perangai ketua, kenapa orang bawahan/marhaen je yang diambil tindakan atas tuduhan berkhalwat,minum arak,berjudi, dan dan dan.... yang ketua terlepas atau di ghaibkan terus dari undang2?

    realitinya, kalau para dewata ini berkehendak pada yang haq, dari awal merdeka lagi kita sudah mengguna pakai undang2 hudud.perlukah sampai 56 tahun untuk menggubahnya? hendak seribu daya.......

    persoalan yang lagi besar, perlukah Islam itu ada jawatan ketua? tidak cukupkan kita yakin Allah itu lebih dari upaya untuk menjaga agama NYA? sedangkan yang dilantik ini, sampai KE-TUA tidak berbuat apa2......

    ReplyDelete
  2. segala puji bagi MU Tuhan seru sekian Alam...

    ReplyDelete
  3. Besar tangungjawab ni :|

    Mengucap 2 kalimah shahadah tu je pun dah pikul tangungjawab besar tida makhluk lain di seluruh alam maya ni yang mampu kecuali manusia..

    Jadi pemimpin apalgi ketua agama lagi-lagi la besar amanah dan tangungjawab ni..

    ReplyDelete
  4. ISLAM boleh diwarisi IMAN tak boleh... Pegang yang nyata tolak yang ghaib mana nak dapat... sama tapi tak serupa kot...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja