Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

19 June 2013

Baru Nak Bertindak?

Bhai/DeeDee sekalian..... Hahaha... baru nak bertindak... takkan la sebelum nih tak tau pon keujudannyer... malah diorang siap boleh deal dan jumpa serta berbincang lagi dengan PDRM sebelum nih.... hahaha... Takkan la tak tau ko....

Aper la lawak KOMIDI yang dibuat oleh Zahid Hamidi nih..... hahaha.... memalukan sungguh la .... punya la dah lama dah geng-geng Jabatan "E" salurkan info kat Menteri nih.... takkan la baru nak amik pot.... aper daaa....

Takkan la isu tentang Agensi Ranger Khas Malaysia nih input dier tak sampai kat KDN kot??? Hahahaha ..... lawak aaa...

Berkaitan : Malaysia Darul Lawak


Tindakan Keras Terhadap 'Agensi Renjer'

PETALING JAYA: Polis akan melancarkan tindakan keras di seluruh negara terhadap sekumpulan individu beruniform yang menyamar sebagai agensi penguat kuasa undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan yang dikenali sebagai Agensi Ranjer Khas Malaysia (MSRA) itu akan diburu dan diharamkan kerana menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kumpulan yang menyamar sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang yang menjadikan orang awam sebagai mangsa," kata Dr Ahmad Zahid kepada The Star.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak mengikuti mana-mana arahan yang dikeluarkan ahli kumpulan terbabit.

Sebelum ini tersebar gambar di Internet menunjukkan ahli kumpulan itu berpakaian seragam menyerupai pasukan polis yang turut dilengkapi lencana pangkat.

Perkara berkenaan mendapat perhatian orang ramai yang mempersoalkan sama ada kewujudan kumpulan itu sah mengikut undang-undang terutamanya bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan.

Kewujudan MSRA pertama kali dikesan bulan lalu selepas seorang doktor perubatan ditahan di Ipoh kerana menyamar sebagai seorang anggota polis dan mendakwa bahawa beliau adalah salah seorang ahli kumpulan itu.

The Star Online pada 6 Jun melaporkan bahawa menurut maklumat yang terdapat dalam laman Facebook MSRA cawangan Johor, kumpulan itu mendakwa mereka ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 258/1952.

Walau bagaimanapun, pemeriksaan mendedahkan bahawa Akta 258 atau Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 (Disemak 1981) memperuntukkan penubuhan pemegang amanah dan bukan pembentukan kumpulan sukarelawan beruniform.

Gambar dari laman Facebook kumpulan itu menunjukkan beberapa orang memakai pakaian seragam yang sama dengan pakaian biru gelap polis.

Gambar lain menunjukkan kumpulan yang menjalankan sesi latihan mempertahankan diri.

Satu lagi posting pada Ogos tahun lepas menyatakan bahawa kumpulan itu ditubuhkan "secara sukarela" yang membantu agensi-agensi kerajaan mengenai pencegahan jenayah, memadam kebakaran, bantuan perubatan dan keselamatan jalan raya.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis telah menyiapkan siasatan terhadap kumpulan itu di negeri ini.

"Kami telah mengemukakan kertas siasatan kami ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang akan memutuskan tindakan selanjutnya,"kata DCP Mokhtar.

Adalah difahamkan bahawa polis Johor menyiasat kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

3 comments:

  1. berikhtiar untuk untuk menipu tak pernah pudar maka berhati hatilah hai manusia dalam kehidupan harian setiap hari ada yang baik ada yang jahat terus menjalankan tugas

    ReplyDelete
  2. Baru tahu kot Bhai yang kumpulan ni tak SAH.. lol..

    kalau ikut dalam facebook gambar apa semua ada hubungan rapat dengan polis..

    So ni masalah teknikal la kot.. :) akta undang-udang.. yang polis tak sedar hahahaha.. Atau ada pihak yang tak dapat untung (tak bayar yuran) suruh polis siasat sebab ahli dia katanya ramai..

    ReplyDelete
  3. nasib baik tahun ni. kalau 50 tahun lagi nk bertindak. hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1