Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

20 June 2013

Samsul Adabi Mamat Memang Lawak

Bhai.... Kesian sungguh la Malaysia nih... ramai sangat la pendidik yang bukan setakat bangang sendiri-sendiri... tapi cuba membangangkan orang lain samer....  Yang lagi lawak tue... pusat pengajian tinggi di Malaysia nih banyak dikuasai oleh ahli akademik bertaraf kangkung..... nak buat camana..... hahaha... Kalu dah level pensyarah kanan pon kangkung... macam mana la jadinyer para pelajar..... kalu dah level kangkung yang mengajar..... hahaha....

Ala Canggung Si Ala Kangkung ....

Hahahaha.... gua nak tanya Pensyarah Kanan UKM nih .... Samsul Adabi Mamat .. yang katanyer mengajar bidang Sains Politik..... errr... gua nak tanya nih..... "Sejak bila cukai impot yang dikenakan terhadap barangan dari luar ditentukan oleh syarikat pembekal" ..... hahahaha.... Bukankah selama ini cukai impot ini ditentukan oleh kerajaan sesebuat negara itu sendiri... dan takder kena mengena dengan pengeluar dan pembekal....

Hahahaa.... macam gua beli barangan untuk filateli..... kotak bekas setem .... dari German..... caj cukai impot dan duti eksais dikenakan oleh Kastam dan Eksais Diraja Malaysia...... dan bukannya oleh pengeluar dan pembekal;.....  Gua oder barang semua clear takder cukai mender.... tetiba ditahan di pejabat Kastam KLIA .... sebab kena clearkan cukai impot dan duti eksais....... dan semua bayaran nih takder kena mengena dengan syarikat pembekal dan pengeluar....

So..... aper ker jadahnyer dengan adernya TPP nih.... cukai impot takder dikenakan.... sedangkan cukai impot tue aderlah hasil negara....  dikutip dan ditentukan oleh negara dimana barangan itu dibawa masuk...... Hahahaha.....  Kalu dah Samsul Adabi Mamat nih bodoh dan bangang... tolong aaaa... tolong la jangan bodohkan dan bangangkan orang lain,..... hahahaha ... tolong aaaa.... Kalu tak reti pasai dunia percukaian... sila la belajar dengan yang tahu..... sila aaaa jangan malu-malu ooooi... mangkuk Samsul Adabi Mamat ooi... dan tolong aaa... tolong jangan buat lawak bangang camnie...

Macam mana la anak murid lu.... kesian pasai dapat pensyarah kanan yang bangang...... hahahaha

P/S : Mana ader syarikat Malaysia yang berani menekan Kerajaan Malaysia dalam menentukan cukai impot.... kalu ader... sila bagitau gua nama syarikat tue.... hahahahaha


TPP beri kebaikan, cabaran - SUMBER

BANGI - Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) memberikan impak positif kepada negara apabila ia dilaksanakan kelak.

Pensyarah Kanan Program Sains Politik Pusat Pengajian Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, kebaikan kepada negara apabila cukai import dapat dikurangkan.

"Jika kita tidak tandatangani perjanjian ini, kita akan ditekan dengan cukai yang tinggi untuk mengimport barangan luar, jadi sebagai balasan kepada peraturan itu kita dapat membawa masuk barangan dengan cukai yang rendah.

"Selain itu, kebaikan yang diperoleh kerajaan ialah perkembangan perniagaan dalaman dan pertumbuhan kilang-kilang akan memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan meningkatkan pendapatan mereka," katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kebaikan dan cabaran mengenai TPP yang bakal dilaksanakan.

Bagaimanapun Samsul berkata, pelaksanaan TPP turut mempunyai cabaran yang terpaksa dihadapi negara berikutan saingan dengan syarikat-syarikat ternama yang mempunyai rekod kejayaan masuk ke negara ini.

"Ada kebaikan dan cabaran bakal dihadapi negara, sejak 10 tahun kebelakangan ini, kita menghadapi cabaran perdagangan global dan pendominasian global terhadap perniagaan tempatan yang akan menggugat atau menyekat perdagangan dalam negara.

"Syarikat-syarikat kecil sukar bersaing di peringkat lebih global," katanya.

Sebelum ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dilapor meminta kerajaan mengkaji semula penglibatan Malaysia dalam perbincangan pembentukan perjanjian TPP.

Selain itu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) juga mendesak kerajaan menarik diri daripada TPP kerana perjanjian itu didakwa bakal memudaratkan ekonomi negara.

Perbincangan bagi membentuk perjanjian TPP yang melibatkan 12 negara itu kini telah memasuki pusingan yang ke-17 dan dijangka dimuktamadkan menjelang Oktober 2013.

Negara terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.

Mengulas lanjut, Samsul berkata, bagi menghadapi cabaran itu, kerajaan disarankan memperkasakan produk tempatan supaya mampu bersaing di pasaran global.

"Kita perlu fokus kepada barang tempatan untuk dapatkan keuntungan kepada negara kerana cukai import diturunkan," katanya.

3 comments:

  1. cukai import rendah ini satu saja sampai bila nak rendah

    ReplyDelete
  2. kangkong mahu kangkongkan negara & rakyat jadi kangkong !apa punya turr kangkong ni ;) ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  3. Bhai,

    Fuyoo Dr Samsul Adabi Mamat dah dapat Datuk! Tu pasailah kerana merapu meraban kerana nak tunjukkan kepada pihak yang rekemen pangkat datuk tu yan dia memang layak terima anugerah tu...haha.

    Last aku dengar pasal mamat ni...dia kena belasah kow-kow dengan Dr Hasbullah Abu Hassan dalam satu wacana politik di balai Islam kerana cakap merapu meraban beberapa tahun dulu. sekarang dah dapat datuk.

    Sedangkan Dr Hasbullah masih dogel lagi, takde sape nak rekemen gelaran datuk...hahaha.

    Aku rasa mamat ni mesti belajar membodek UMNO no 1 di Malaysia ini...si Pandian Sivamurugan kat USM sana...hahaha. SI siva ni spesel maut punya bodek, Mahathir pun boleh terangkat bhai, sampai pucuk pokok kelapa tau.......kahkahkah.

    Prof kangkong UMNO kat UUM tu pun boleh kalah straight set : 21- 0, 21- 0, 21 - 0 dengan si siva nih....baik punya bodek!.......kahkahkah

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1