Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

25 June 2013

Dulu Dan Sekarang

Bhai dan DeeDee sekalian ... Dulu-dulu.. Beratus tahun dulu.. beribu tahun dulu.... Kalu berlaku peperangan... Raja akan kedepan dahulu dan lead semua askar dan rakyat dalam peperangan... Dulu Raja akan berlawan bersungguh-sungguh... Tak pernah kita lihat Raja akan bergelak ketawa bertepuk bertampar gembira bila bersama musuh...

Skrang nih... Rakyat bertungkus lumus berperang.. Cedera dan luka.... Takder nampak pon Raja nak lead peperangan.... Tapi Raja boleh plak duduk ketawa gembira bersama musuh... Aper daa..

Yang dapat laba aderlah Raja, kaum kerabat dan keturunannya... Tapi yang dapat siksa... rakyat marhaen... Mmmm... Bila berhadapan dengan rakyat marhaen... Segala yang mulus sahaja keluar dari mulut sang Raja.... suruh rakyat banyakkan bersabar dan jangan hentikan peperangan... sebab matlamat masih tidak tercapai... tapi sang Raja boleh plak berehat untuk mengira berapa laba yang sudah mula masuk ke kocek...

Aper nak jadi aaaa...

Berpuluh tahun dah perkara camnie berlaku.... Malah masih ramai rakyat yang buta mata hati melihat perkara ini... Golongan Raja-Raja masih lagi terlalu dihormati.... Cakapnya umpama wahyu.. Walhalnyer golongan Raja-Raja nih cuma mementingkan diri mereka sendiri jer... Janji mereka dapat laba... Janji anak cucu cicit serta kaum kerabat mereka mendapat laba... Kalu pon mereka terpaksa berlakon didepan rakyat marhaen... Pastinya mereka akan melakonkan sebaiknya waima boleh mendapat anugerah Oscar atau Golden Globe... hahaha

Yang lagi best tue... Yang pertama kali dapat menjadi Raja pon bukan main canangnya... Bukan main gahnyer...  Malah sudah mula pandai berlakon ... Dan lakonan ader yang lebih baik daripada Raja yang dah sezen... Memang gampang perangai Raja yang macam nih...

Jangan la lu orang ingat Raja akan prihatin terhadap masalah lu... dan akan support lu... Sori aaa ... Sekarang Raja akan mula berlakon tahap "Maha Dewa" sekadar nak bagi lu orang nampak yang Raja bersama dengan lu... Walhalnya... Raja sedang mengira keuntungan laba yang telah, sedang dan akan diterima....

Rakyat jangan lupakan perjuangan... peranglah lagi... matlamat kita masih jauh tak tercapai... sementara kami para Raja sedang seronok menikmati laba.... Hahaha... Syoknya dunia ana yang punya.... hahaha

# artikel ini ditulis secara santai dan metafora.. memang ader kena mengena dengan yang masih hidup dan yang dah mampus kojol... hahaha.... kalu tak paham tulisan gua.. jangan pi belajar dengan Zulkifli Nordin atau Hassan Ali... pi la belajar kat Rusila.... Hahaha

15 comments:

  1. Tu lah. dari dulu lagi orang dok cakap hangpa kena tipu bulat2. hangpa tak percaya. lawan tetap lawan. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Bhai,

    lu jgn lupa sejarah Salahudin Al Ayubi. Masa bertempur dia dihadapan dan memberi arahan dengan jelas. Dia juga pernah cedera dalam pertempuran.

    Pada masa2 tertentu di masa bukan perang, dia akan pergi melawat musuhnya dan berbual bertanyakan khabar.Malahan beliau mengarahkan doktor peribadinya untuk merawat musuh itu sendiri. Itu akhlak muslim sejati.

    ReplyDelete
  3. baik punyer sinis... raja ketawa, rakyat ditangkap. oh my

    ReplyDelete
  4. kerana sekeping gambar, habis semua yang buruk dilemparkan. adakah kita berharap dia berperang sepanjang masa tanpa ada satu hari pun masa rehat untuk bertanya khabar musuh yang diperangi? salahkah itu dari segi moral dan akhlak muslim?

    kita yang bercakap disini, yang membuat tesis berdasarkan sekeping gambar, apa sumbangan kita dalam menggerakkan kesedaran menentang ketidakadilan yang berlaku? hanya melontarkan pandangan kita tanpa mengerti realiti yang lebih besar diluar sana? apa yang kita lihat tak semestinya sama dengan realiti itu sendiri.

    pernahkah kita dihumban ke dalm penjara, dibogelkan, dipukul dan dimalukan sedemikian rupa? cuba khabarkan pada ku, pemimpin/raja mana yang pernah diperlakukan sedemikian rupa semenjak malaysia merdeka sehingga sekarang? Anda semua sahabatku, seandainya anda yang diperlakukan begitu, dimalukan dan disumbat dalam penjara bertahun, sanggupkah anda melaluinya walau sehari cuma?

    Ya, pemimpin datang dan pergi. dan mereka bukan bebas dari dosa dan kesilapan. tapi sekurang2nya, tunjuk hormat pada dia yang pernah melalui zaman fitnah yang dahsyat. tanpa fitnah dan kesusahan yang dilalui dulu, tanpa zaman reformasi, percayalah, kita rakyat malaysia masih terus diperbodohkan oleh penguasa yang zalim dan rakus.dan jangan kita pula menjadi sebahagian dari puak yang membuat fitnah tanpa kita sedari.

    dan aku yang menulis ini bukan penyokong tegar dia.aku tidak berparti tapi aku pengkagum semangat kentalnya, yang mungkin tak ada pada kita yang hanya melihat dari jauh. Wasalam.

    ReplyDelete
  5. kena memondok kat permatang pauh atau segambut...tu yg afdhal

    ReplyDelete
  6. bro C++,
    Gua dh cakap .. anak muda akan tolak jugak raja nnt bila ada kawasan baru di tubuhkan dan akan berperang balik dengan raja ni . tunggu dan lihat.

    p/s: Raja kata nak bagi duit tp tgok keadaan ekonomi malaysia. hahahahahaha.. xdpt gua merasai duit RM600 .. byk worr leh mkn setaung.. kah kah kah.

    penjejak_13

    ReplyDelete
  7. Bhai/DeeDee semua...

    Biler gua tulis camnie... ramai yang tembak tak kena .. bunuh tak mati... hahaha... takper.. takper...

    Camnie... lu orang kena bukak minda.. dan tengok dari sudut lain... bhai... gua citer dari sudut yang jauh berbeza dari aper yang lu rasa ader dalam kapla lu...

    Jangan marah la bhai... aper yang gua citerkan nih aderlah realiti hidup.... dan gua tak citer pasai gambar yang lu orang saspek gua citer pasai tue... Hahaha

    Gua citer dari pemerhatian gua disebalik semua isu... hahaha relaks bhai.... relaks...

    Sebab selamanyer dari dulu ... dari ribuan tahun dulu.. yang pong-pang pong-pang bagi semangat juang aderlah Raja... tapi bila laba ader depan mata... Raja lupa pada yang berjuang bersama dier.... Hahahaha

    Juak Agama (Ilmuan) pulak dok makan sisa laba dari Raja.... rakyat yang berjuang... mimum air mata jer...

    ReplyDelete
  8. Wakaka... kalau tak silap gua 2 3 hari lepas ada dengar kata2 semangat gila kalau PUNDEKar amin tak mulia masih jadi speaker akan berperang habis2an dlm parlimen.

    Sekarang bukan takat jadi speaker malah dah jadi sub-woofer lagi. Anak2 muda dibelasah oleh anjing2 umno kat luar parlimen, ahli2 parlimen dok main bangsat kat dalam parlimen. Malah ada yang syok membuta dah macam braim ali dulu2.

    Memang ahli politik sah BANGSAT.

    Gua suka lirik lagu ni... SPR BANGSAT... PR pun BANGSAT

    P/S... gua amat teringin tengok lebai hadi dan lebai harun taib kena tangkap dan duduk dlm lokap 2 3 malam at least. Nak tengok tahap kesabaran dan tahap mana dia berjihad.

    Nak tengok juga reaksi pecacai2 dia.

    ReplyDelete
  9. dalam sejarah islam ada menceritakan segala galanya tentang perangai manusia bermula dari Nabi Adam hinggalah saat ini apa nak diherankan walau apa pun setiap masa akan ada Allah jadikan segolongan manusia yang akan menegak keadilan. beruntunglah manusia yang dikurniakan keikhlasan dan keberanian untuk perjuangan

    ReplyDelete
  10. ada sekor mangkuk kaki ampu tu lagi dasat! tak dapat title raja dapat sapu titile tengku pun jadilah ! ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  11. Hanyalah dunia semata-mata Bhai Akhirat jua yang kekal selama-lamanya

    ReplyDelete
  12. Dugaan bagi Mereka dan dugaan bagi mereka yang berjuang...kisah ni akan berulang sampai hari kiamat...apa yang penting ialah... pilihan dan tindakan kita...berputus asa? berpeluk tubuh? sebab tu bagi mereka yang beriman akan sentiasa mohon doa agar digolongkan dalam golongan yang Allah Taala beri nikmat sebelum ini dan bukan golongan yang Allah Taala Murkai...sokong ketika benar, lawan ketika amanah dikhianati...tak kira sapa pun pemimpin ketika itu... camna nak lawan dan nak sokong... kenalah ada ilmu...jangan membuta tuli je... ha ha ha

    ReplyDelete
  13. kalau lebai abd hadi..dalam gambar..tu,gamaknya..ada yg pergi ke rusila pelangkung ngan selipar..mujurlah bukan..lebai anwar no hal..la.insan kamil mutakammil

    ReplyDelete
  14. Bhai...

    Ada jugak pentaksub nak try debugging dengan rekruitkan pahlawan-pahlawan hebat... adui...

    bagi aku, lepas angkat sumpah, masing-masing blahlah... tak payahlah nak tunggu mengeteh ke apa ke...

    'takut nanti orang cakap tak reti bersosial lah pulak'... itu belah sana punya pandangan, adakah kita perlu kesah...

    tulah, kat Bersih ke, Blackout ke... aku lebih berbangga bergambar dengan aktivis dari politikus...

    COBOL

    ReplyDelete
  15. Bhai/DeeDee semua...

    Lu orang punya komen best aaa... cuma kesian.... orang besar tak baca blog nih.... nak buat camana...

    Bhai Cobol....

    Hahaha... lu punya idea samer cam gua... hahaha... hebat...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja