Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

13 June 2013

Zon Bebas Nuklear

Bhai.... setahu gua aaa... Malaysia adalah antara negara yang paling kuat menentang penggunaan Nuklear di Asia Tenggara... Malah sampai membuat perisytiharan bahawa Asia Tenggara adalah Zon Bebas Nuklear..... tapi....

Tapi... macam mana citer dibawah nih boleh berlaku... tak paham gua.....

Gua dari dulu lagi bertegas... Nuklear bukanlah option kat Malaysia.... dengan status Malaysia Darul Runtuh... anything can happen lar.... banyak lagi option tenaga boleh diperbaharui yang wajar dikaji dan diadaptasikan.... aper pon... Nuklear bukanlah option.....

Ini Zon Bebas Nuklear lar...



Mosti kaji tenaga nuklear sebagai pilihan

PUTRAJAYA - Kerajaan berusaha mewujudkan sumber tenaga boleh diperbaharui dengan membangunkan teknologi hijau dan mencari sumber asli baharu bagi menambah bekalan semasa berikutan permintaan tenaga elektrik yang meningkat setiap tahun.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Rosli Mohamed berkata kerajaan melalui kementerian itu sedang memantau penggunaan semua sumber asli yang ada dan melihat kesediaan negara untuk mewujudkan tenaga nuklear sebagai pilihan punca tenaga pada masa hadapan.

Beliau berkata kajian Agensi Nuklear Malaysia untuk menjadikan tenaga nuklear sebagai punca utama tenaga itu bukan bertujuan menggantikan sumber asli sedia ada sebaliknya sebagai menambah jenis sumber untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Namun sehingga kini kerajaan belum memutuskan untuk mewujudkan tenaga nuklear sebagai sumber kuasa elektrik di negara ini.

"Ini kerana sebagai negara yang pesat membangun, kita tidak boleh terkebelakang malah menjadikan usaha ini sebagai anjakan untuk bergerak seiring dengan kemajuan semasa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Hari Pelanggan Nuklear Malaysia 2013 dan menyaksikan pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama di antara Agensi Nuklear Malaysia dan 10 syarikat swasta.

Syarikat swasta yang terlibat ialah Winner Inspection Sdn Bhd, Diagnostic System (M) Sdn Bhd, Asian Heritage Museum Sdn Bhd, Yayasan Usahawan Perak, APM Nuklear Technology Sdn Bhd, Wonderful Compound Sdn Bhd, Valkua (M) Sdn Bhd, Selamat Indah Sdn Bhd, Green Regalia Sdn Bhd dan Revocomm Technologies Sdn Bhd.

Dr Rosli berkata perkhidmatan yang diberikan agensi itu sepanjang tahun lepas menghasilkan pendapatan sebanyak RM12.43 juta dan ia dilaburkan semula untuk program pengkomersilan dan aktiviti penyelidikan. - Bernama

3 comments:

  1. bhai,

    kalau gua tak silap, gua pernah terbaca malaysia dah melahirkan pakar nuklear sejak tahun 80an lagi. jauh terkehadapan berbanding negara jiran. nuklear ni bukan setakat nak buat bom je, banyak lagi hasil sampingan yang boleh digunakan untuk keperluan semasa. unlimited power source untuk electricity maybe? mungkin pakar2 ni boleh menghasikan sesuatu yang positif dan produktif demi untuk kebaikan bersama. macam senapang, kalau diguna untuk tembak haiwan perosak = +ve tapi kalau untuk merompak =-ve. fair kan?

    tapi kebimbangan lu ada asasnya kerana berita2 -ve tentang prasarana 2nd class di seluruh negara. rasuahkah puncanya? hmmm....

    ReplyDelete
  2. Yea, Kalau tak silap kita memang ada pakar nukluer.

    Aku pernah baca ada mamat kat US kalau tak silap boleh buat nukleur dalam rumah dia je.. lol. Jadi sebenarnye kalau kita nak buat sendiri kos penguraian nukleur ni takda la sampai berbillion atau juta. tapi biasa bila melibatkan keselamatan yang murah jadi mahal harga sejuta jadi ratusan juta apalagi bila kat malaysia yang sememangnya kos meningkat dengan hidden kos.

    ReplyDelete
  3. Bhai,
    Malaysia memang kena dan wajib ada teknologi nuklear... tapi bukan untuk tenaga atau senjata... untuk perubatan, testing equipment... AELB, LPTA, dan Suruhanjaya Tenaga Nuklear wajib diteruskan... sebab teknologi nuklear yang ada sekarang mesti diuruskan dengan sempurna kalau tidak masaalah bosar nanti...

    Hospital dan oil and gas pun pakai benda ni... jadi wajib ada RND supaya industri dapat berkembang... ada sapa pernah fikir, kat mana sisa sisa bahan radioaktif dari dua industri dan tak termasuk dari makmal penyelidikan yang guna equipment pakai gamma dimalaysia ini dilupuskan... isu ni banyak yang kena tengok dan dikaji...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja