Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

12 June 2013

Petisyen Pilihanraya Kerana Ustaz Azhar Idrus

Bhai.... biar betul BN nih... punya la banyak alasan yang lain... boleh pulak diorang guna alasan nih.. diorang salahkan Pakatan Rakyat guna kata-kata Ustaz Azhar Idrus.... hahaha... walhal punya la banyak ayat-ayat kempen BN yang macam haramjadah......yang guna macam-macam statement mengugut ... aper daa...

Bukan sajer Ustaz Azhar Idrus punya statement jadi sasaran... statement Ustaz Zahazan Muhammad pon jadi sasaran gak.... Hahaha.... Errr kenaper diorang tak quote statement Nik Abdul Aziz.... lagi banyak sentimen agama dan kerohanian ader dalam statement tue..... hahaha... Kenapa tak failkan dalam petisyen..... hahahaha...

Lawak aaa BN nih.... gua nak dengar plak alasan PR buat petisyen... ader tak samer bangang macam petisyen BN nih.... hahaha

Aper daa...


UAI antara alasan BN fail petisyen

KOTA BHARU - Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.

“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

“Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.

Petisyen itu difailkan calon kerusi masing-masing melalui Tetuan Mohd Ilyas and Co di hadapan Pendaftar, Noor Haslinda Che Seman, pada jam 2.30 petang.

BN turut memfokuskan dakwaan sogokan berbentuk wang ringgit dan 2,000 rumah yang dijanjikan calon Pas atau ejen yang berkhidmat di bawah calon terbabit sebagai alasan utama supaya mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan kemenangannya.

Sebelum itu, calon PKR bagi kawasan Parlimen Machang, Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan calon PKR Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir serta wakil calon Dun Selising, Timbalan Pengarahnya, Semsudin Muhmmad, juga memfailkan petisyen di hadapan pendaftar sama pada jam 2.25 petang.

Kelmarin, Pas memfailkan dua petisyen membabitkan Dun Ayer Lanas dan Dun Kok Lanas di mahkamah sama, menjadikan jumlah petisyen difailkan Pas, lima.

Pada PRU13 lalu, calon BN Parlimen Bachok, Datuk Awang Adek Hussin tewas kepada Ahli Parlimen Pas, Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi, sementara Adun Ayer Lanas, Datuk Sri Mustapa Mohamed menang dengan majoriti 47 undi, menewaskan calon Pas, Abdullah Ya’kub - SUMBER

4 comments:

  1. Petisyen paling bangang daripada Barisan NOOB

    ReplyDelete
  2. Yang BN buat kat tv setiap masa tak pulak nampak lol.. :)

    Petikan kata-kata apa yea? kerohanian? keagamaan? menolak parti zalim? lol


    hahaha..

    ReplyDelete
  3. Hebat juga UAI sampai jadi alasan utama petisyen...Nasib baik diaorang tak salahkan Allah Taala dalam petisyen sebab ALLAH TAALA MAHA HEBAT... tapi kalau dah terdesak mungkin...

    ReplyDelete
  4. bhai,

    dunia akhir zaman bila datang kebenaran,mereka2 yg jahil akan berlumba2 menentangnya. bila bergema suara2 kebatilan, mereka yang jahil berlumba2 menyokong.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1