Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

10 June 2013

Polis Malaysia Kejam

Bhai.... dalam mana-mana kes jenayah sekalipon... melainkan suspek mati serta merta akibat dari tembakan anggota keselamatan....  mana-mana suspek yang cedera perlulah diberikan rawatan kecemasan.... Ini adalah hak asasi manusia la bhai... Samer macam dalam pertempuran di medan perang... jika ada musuh mati serta merta... itu isu lain..  tapi kalu ader musuh yang cedera... rawatan kecemasan perlulah diberikan...

Soal sama ader dier musuh atau penjenayah ... memang bukan satu isu dalam kes kecemasan yang melibatkan nyawa... Ini standard dunia nih bhai.... gua pernah terlibat dengan beberapa situasi macam nih sepanjang berkhidmat dengan Agensi .... dan gua tau SOP ini..... satu dunia tau... dan ianya termaktub dibawah Geneva Convention...

Tindakan Polis tidak rasional gua nampak bilamana anggota Polis membiarkan suspek kes cubaan rompak kedai emas di Kota Bharu semalam yang cedera ditembak dikaki .... terguling-guling tanpa bantuan perubatan selama 20 minit adalah tidak berperikemanusiaan... Non-Humane....  Walaupun suspek adalah penjenayah... beliau berhak untuk mendapatkan rawatan dan bantuan perubatan kecemasan... ini menunjukkan bahawa Polis Malaysia kejam....

Ketua Polis Kelantan perlu memberikan satu jawapan yang rasional atas tindakan membiarkan suspek menderita kecederaan selama 20 minit itu tanpa rawatan kecemasan.... Dan Ketua Polis Negara wajar memberikan satu sidang akhbar bagi menjawab isu kenapa suspek dibiarkan tanpa rawatan kecemasan selama 20 minit...

Gua tidak dapat bertoleransi dalam isu nih... Bukan kerana gua sokong suspek itu.... tapi dalam kes nyawa manusia... walau siapa pon dia.... dalam isu kecemasan... perlulah diberikan bantuan....  Lainlah kalu anggota PDRM memang tidak berhati perut... dan tidak berperikemanusian...

Patut la anggota PDRM membelasah para demonstran pada setiap perhimpunan BERSIH macam orang gila ... pasai diorang takder berperikemanusiaan... Sori... gua kurang respek tindakan membiarkan mangsa tembakan tanpa rawatan kecemasan... Hukuman telah dijatuhkan lebih awal tanpa perbicaraan.... aper ke jadahnyer jadi macam nih..... ini memang kejam.....

UPDATE: Gua bukan sajer citer pasai kes ini.. tapi kes-kes lain yang bukan melibatkan jenayah (ancaman senjata).... macam contoh kes pesakit mental yang ditembak dikepala sampai mati di Perlis dulu.. Walhal boleh sahaja ditembak dibahagian lain (yang kemudiannya boleh dirawat).



KOTA BHARU - Dua perompak bersenjatakan pisau dan pistol terpaksa berputih mata selepas cubaan menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini pagi semalam gagal.

Akibat tindakan mereka itu, salah seorang daripadanya terkena dua das tembakan yang dilepaskan polis di bahagian kaki dan mati di tempat kejadian manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

Menurut saksi kejadian, Zulkifli Mohktar, 46, dia yang berada di dalam kedai emas berkenaan ternampak dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan menaiki kereta waja berwarna hitam turun dari kereta kemudian memakai topi keledar

“Melihatkan keadaan itu, saya terus keluar dari kedai terbabit untuk melihat di luar kedai dan semasa melakukan tinjauan, saya diacu pisau oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar dengan tujuan menakutkan saya yang kebetulan datang bersama isteri dan anak.

“Saya pun terus menolak anak ke bawah tempat duduk bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku dan meniarap di atas lantai,” katanya kepada pemberita di sini.

Zulkifli berkata, selang beberapa minit kemudian, beberapa anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu datang dan mengacukan pistol ke arah dua lelaki itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Zulkifli berkata, dua penjenayah berkenaan kemudian cuba melarikan diri dan polis melepaskan dua das tembakan bagi menakutkan mereka dan terkena ke arah kaki salah seorang suspek yang bersenjatakan pisau manakala lelaki yang membawa pistol berjaya melarikan diri.

Menurutnya, suspek yang ditembak kemudiannya rebah 15 meter dari kawasan kejadian, selepas cuba melarikan diri dan mati di tempat kejadian lebih kurang 20 minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian dan setakat ini pihaknya sedang memburu seorang lagi penjenayah yang melarikan diri.

“Gerakan mengesan mangsa yang bersenjatakan pistol kini giat dijalankan setakat ini dan kes disiasat di bawah seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPA) 1971,” katanya.

16 comments:

  1. Mungkins ampai masanya kita guna senjata yang melumpuhkan saja dari mencederakan macam electric shock gun..

    ReplyDelete
  2. INI HATI GERMAN DAA ! ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  3. bhai,

    tu yang kes tontonan public pon dorang selamba badak je. bayangkan apa yang depa mampu buat kat tahanan dalam lokap? no wonder yang mati berderet2. pas tu masing wat muka dekkk....

    ni dok laung polis malaysia pro, berintegriti tapi mati berderet2. imagine kalau tak pro tak berintigriti?? mau bergelimpang mayat sana sini macam dalam cite koboi vs red indian! hahaha

    ReplyDelete
  4. bhai.. gua tak setuju... klu penjenayah yg tidak merbahaya tanpa senjata padanya... mmg patut kita beri bantuan kecemasan dan perikemanusian.. tp bila mana bersenjata.. apa2 boleh berlaku.. bayangkan klu mereka mencederakan anak kita isteri kita.. diorg pun akan membiarkan anak isteri kita tanpa rawatan kecemasan... so kesimpulan cerita tak payah nak kesian dgn org yg macam ni..
    maaf bhai cipan klu bro tak setuju dgn gua

    ReplyDelete
  5. Bhai Anonymous 2.03 pm...

    Aper pandangan lu plak kalu yang mati tue adik beradik, sanak saudara lu, bapak lu ker...... aper perasaan lu... Tak kisah la dier penjenayah pon... isunya disini .. kenapa tiada bantuan perubatan diberikan.

    Betul macam lu citer tue ... kadang-kadang kena hati kering macam yang lu cakapkan tue... tapi nih dah jadi tontonan umum la bhai... nampak sangat PDRM macam buat tak kisah jer kat nyawa orang....

    Hati diorang tue sudah mati ker? Sori bhai... even anjing nazak kena langgar pon gua tak sanggup nak biarkan tanpa rawatan... inikan pulak manusia...

    ReplyDelete
  6. polis raja di malaysia?????

    ReplyDelete
  7. hati kering tak sama dengan hati basah juga tak sama dengan tangkap basah.manusia sudah kehilangan nilai

    ReplyDelete
  8. kesian je gua tgk...

    kalau pun ambulans lambat sampai, gua rasa sebagai sebuah "negara Islam", di mana lambang polisnya ada allah n muhammad, sewajarnya anggota PDRM dilatih utk mengajar mangsa nazak utk mengucap. bukan biar je mcm tgk ayam lepas kena sembelih.

    ReplyDelete
  9. xde dlm SOP atau terlupa kut...
    pas tembak.. klu cedera bg rawatan..

    ReplyDelete
  10. Bhai cipan...

    IAllah adik beradik sanak saudara atau ayah saya tak buat kerja penyamun tu.. jadi kan pengajaran buat bakal penyamun yg masih ada lg hidup... next time diorg xberani dah menyamun orang.. biar hilang nyawa seorang penyamun.. dari hilang nyawa org yg tak berdosa dan bersalah


    Bhai Anonymous 2.03 pm...

    Aper pandangan lu plak kalu yang mati tue adik beradik, sanak saudara lu, bapak lu ker...... aper perasaan lu... Tak kisah la dier penjenayah pon... isunya disini .. kenapa tiada bantuan perubatan diberikan.

    Betul macam lu citer tue ... kadang-kadang kena hati kering macam yang lu cakapkan tue... tapi nih dah jadi tontonan umum la bhai... nampak sangat PDRM macam buat tak kisah jer kat nyawa orang....

    Hati diorang tue sudah mati ker? Sori bhai... even anjing nazak kena langgar pon gua tak sanggup nak biarkan tanpa rawatan... inikan pulak manusia...


    ReplyDelete
  11. Bhai Anonymous 6.30pm...

    Persoalan gua bukan pasai dier penjenayah ker mender ker... lu kena paham baik-baik aper yang gua tulis.... gua citer pasai nyawa manusia...

    Kalupun penjenayah tue bangang tak hormat nyawa manusia... takkan la kita yang pon nak ikut bangang samer tak hormat nyawa manusia....

    Bhai... nyawa tue kurniaan Allah... kalu kita tak hormah (dalam keadaan kiter waras dan mengaku Islam)... sewajarnya kita hormat nyawa... Waima yang sedang nazak tue adalah orang kafir/kuffar sekalipun.... isunya adalah nyawa...

    Gua harap lu paham aper yang gua citerkan... tentang senario yang gua kata kalu kena kat adik beradik, sedara mara tue... jangan la lu baca sekali lalu.... pahamkan citer dan metafora yang gua kasi tue....

    Tambah lagi takder sorang pon polis yang ader even bystander pon takder sorang yang nak mengajar mamat tue mengucap dua kalimah syahadah... siapa kita nak menghukum orang di hujung nyawa dier.... jangan bhai...

    Jangan kita jadikan diri kita samer macam mereka... jangan jadikan hati kita hitam seperti hati mereka...

    Gua harap lu paham ... maaf kalu lu kecik ati...

    ReplyDelete
  12. concludekan cerita diatas ini , 1. polis itu sepatutnya tidak boleh melepaskan tembakan selagi penjenayah tidak melepaskan tembakan . 2. jikalau penjenayah melarikan diri , dan polis menembak di kaki dan penjenayah rebah , salah seorang anggota polis/polis yang melepaskan tembakan wajib memberikan rawatan/stop the bleeding. Tapi sekarang ni , polis mcm tidak lagi ikut SOP yang tersedia ada , ataupun SOP itu telah diubah ? aku tak tau , sebab aku bukan polis . huhu .

    ReplyDelete
  13. sy x kecik hati.. tapi tajuk yg bhai cipan tulis tu merujuk pada penjenayah... adoiii kunfius plak gua ni... bhai cipan cuba baca balik

    Gua tidak dapat bertoleransi dalam isu nih... Bukan kerana gua sokong suspek itu.... tapi dalam kes nyawa manusia... walau siapa pon dia.... dalam isu kecemasan... perlulah diberikan bantuan.... Lainlah kalu anggota PDRM memang tidak berhati perut... dan tidak berperikemanusian...



    ReplyDelete
  14. bhai,

    Shooting method untuk PDRM kena ubah, bukan lagi centre mass atau kat kaki... must be to the head dan bukan untuk VAT69 and UTK je cam sekarang tapi meliputi untuk semua cabang dalam PDRM termasuklah polis mahkamah...ROE pun nak kena ubah... shoot first before they shoot you... macam SND pulak...

    Senang tak buang masa, ambulan,kakitangan penjara, mahkamah dan lain-lain lagi...

    Orang awam yang tukang tengok pon cam hampeh... lantaklah orang tu mati... sapa suruh dia merompak...nafsi nafsi... samalah juga kalau accident... sapa suruh dia bawa laju... atau tak berhati-hati...tambah lagi kalau yang kena mak bapak dan kaum keluarga mereka sendiri... biar mati menggelepar macam menatang... sapa pun jangan tolong...sapa suruh depa guna jalanraya... kan tempat tu bahaya...semua makhluk yang bernama manusia wajib contohi dan jadikan ikutan...

    ehsan dan timbangrasa dah terhakis... kalau ehsan dah takde barang tentu Islam dah hilang dijiwa... iman lagila jauh...

    apapun nilah realiti masyarakat kita sekarang, tak kisahlah melayu islam ke atau bangsa lain... apa ada pada ugama...melainkan ia dah jadi adat dan ikut ikutan...

    ReplyDelete
  15. Yang kes rompakan di KB tu bukan org ramai xnak tolong tapi bila tolong pas2 jadi apa2 kat dia sape nak jawab,benda ni dah slalu berlaku even dlm kejadian accident yg teruk.Ada org yang tampil ajar mengucap,bukan xde.Lagi satu dlm kes ni bagi saya mmg patut perompak mendapat layanan begitu,sbb apabila mereka mendapat bantuan yang segera dan dapat diselamatkan,bila mereka sihat nnt, mereka akan merompak lagi,sape yang susah,ibarat menolong anjing yang tersepit.

    ReplyDelete
  16. 1.cuba klu penjenayah ini bukan melayu..mesti byk kerja polis nk menjawab.
    2.semua manusia yg menonton kat situ tiada semangat kemanusiaan yg sejati.
    sikap yg dungu dengan hanya duduk menonton.
    3.cuba bygkan apa yg berlaku di syiria contohnya adakah pemuda2 penonton2 td seberani pejuang2 sunni disana.
    4.meluat tengok gelagat mat2 penonton yg ramai2 tp tiada akal dlm saat2 kecemasan sebegini.
    5.melayu..layu..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja